Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 10, 2018

Tengku Asmadi sertai AMANAH

Tengku Asmadi sertai AMANAH
Bekas calon BN Parlimen Kuala Nerus, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad akan menyerahkan borang keahlian Amanah pada majlis Makan Malam Amal Pemuda Amanah di Terengganu Equestrian Resort (TER), malam ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ketika ditemui selepas Konvensyen Amanah Terengganu di Wisma Peladang, petang tadi.
“Ya, bekas calon BN bagi kawasan Kuala Nerus akan hantar borang keahlian malam ini untuk menyertai Amanah.
“Selain beliau, ada beberapa lagi individu terdiri dalam kalangan kumpulan profesional yang turut akan berbuat demikian,” katanya dipetik Sinar Harian.
Tengku Asmadi merupakan pakar motivasi terkenal negara yang pertama kali dicalonkan mewakili BN untuk bertanding dalam PRU14 mewakili BN di kerusi Parlimen Kuala Nerus.
Dalam PRU lalu, beliau yang memperoleh sebanyak 29,527 undi tewas kepada calon Pas, Datuk Khairuddin Aman Razali dengan majoriti 8,447 undi.
mdl
Picture

1 ulasan:

  1. Betul ker tua kutuk tu mintak zahid midi bubarkan umno dan masuk parti bunga ramai2?????
    Ish..ish..ish

    Klu nk berjuang demi rakyat...kuasa yg ada tu pon dh cukup.
    Atau tak cukup kuat utk mendominasi pakatan haprak demi memewahkan legasi 22tahun???????
    Klu benar...mmg sah tua kutuk tu gila kuasa!!!!!!

    Apa2 pon kita tggu jer dlm tempoh 2 tahun nie.Perang saudara serta tikam menikam antara ahli parti dlm haprak dh jelas nampak.Apa yg sebenarnya nak mrk kejar?????!!!!!!!
    Hehehehehehe....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...