Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 18, 2018

Pembangkang semakin terancam Anwar kembali ke Parlimen

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berpendapat pembangkang semakin terancam dengan kembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen.
“Pembangkang semakin sukar dan terancam apabila Anwar kembali ke Parlimen.Menurutnya, pendirian Ketua Umum PKR itu dalam hal-hal berkepentingan nasional membuatkan Pas dan Umno sukar untuk menyerang Pakatan Harapan (PH) yang kini menguasai kerajaan.
“Hal ini kerana kebanyakan isu yang sering dibangkitkan oleh pembangkang seperti isu berkaitan Melayu, Islam, institusi diraja akan dapat dipatahkan oleh Anwar sendiri di Parlimen.
“Sebabnya, Anwar dianggap tokoh yang banyak berjuang isu-isu tersebut dahulu dan kini,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Jelasnya, kemunculan Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam perbahasan di Dewan Rakyat selepas ini juga memberi isyarat kukuhnya PH sebagai kerajaan.
“Anwar ke Parlimen bermakna kedudukan PH semakin kuat, semakin mantap dan mampu mematahkan hujah-hujah pembangkang dalam isu nasional juga,” kata Dr. Awang Azman.
Mengulas lanjut, pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM) UM itu berkata, Anwar juga dijangka akan mereformasikan Parlimen iaitu memastikan proses semak dan imbang berlaku dalam fungsi eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Ujarnya, Anwar akan memastikan ketiga-tiga institusi tersebut berfungsi dengan baik dan tidak bertindan bagi mengelak wujudnya situasi monopoli daripada mana-mana pihak.
“Dengan pendekatan berkenaan, badan eksekutif akan terus memainkan peranannya dan badan kehakiman mempunyai sempadan tersendiri.
“Jikalau terdapat unsur yang cuba memanipulasikan antara tiga fungsi ini, ia boleh menjejaskan sistem pentadbiran negara.
“Jadi, peranan Anwar penting kerana reformasi di Parlimen memerlukan pemimpin yang berkarisma, berpengalaman dan memainkan peranan yang dinamik,” jelasnya.
Membimbing
Dr Awang Azman juga berpendapat, Anwar bakal memantapkan suara PH di Dewan Rakyat.
“Pengalaman dan kredibiliti bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dapat dimanfaatkan untuk membantu Ahli Parlimen lain agar lebih berfungsi dan berkesan.
“Reformasi yang dilakukan Anwar juga akan turut memastikan isu-isu penting diketengahkan dan dibincangkan di Dewan Rakyat,” ujarnya.
Sehubungan itu, Dr. Awang Azman berharap perbahasan dan perbincangan Parlimen yang akan datang lebih bermutu.
“Ada Ahli Parlimen yang agak baru dan kurang pengalaman. Maka tugas Anwar untuk membimbing kelompok ini agar mereka ini boleh berfungsi dengan lebih baik lagi.
“Anwar akan buktikan beliau bukan gopoh dan hanya lakukan proses untuk jadi PM dalam tempoh dua tahun akan datang.
“Anwar akan memberikan Tun Mahathir ruang dan laluan untuk buat hala tuju politik dalam tempoh dua tahun ini dalam tadbir urus negara tanpa campur tangan politik Anwar,” hujahnya.
Beliau juga berpendapat Anwar akan membuktikan bahawa dirinya ialah Perdana Menteri yang terbaik untuk mengambil alih teraju pimpinan selepas dua tahun akan datang.
“Pada masa yang sama, Anwar juga akan pastikan tidak akan overshadow PM pada masa kini kerana belajar daripada tragedi politik 1998 agar tidak berulang kali,” tambah Dr Awang Azman lagi.
mdl

Picture

5 ulasan:

  1. ada lagi pihak lain selain PAS dan UMNO yang lebih terancam kah kah kah tak nampak ? ye lah biasalah gajah depan mata memang melindung pandangan kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu anwar sanggup jilat pelir manusia yg mgaibkan dia dan keluarganya mgkin pembangkang akan terancam.
      Klu sebaliknya..mgkin tua kutuk sial serta konco2nya yg akan terancam jika dia berpegang dgn prinsip asas reformasi 98.
      Rakyat zaman smartphone bukannya bodoh mcm menteri kewangan haprak.Ingat mudah ker dgn menipu rakyat skrg.Ingat mudah ker memomokkan rakyat dgn cerita hutang negara yg kononnya besar tu?!
      Klu 'hutang negara' tu dibayar sepenuhnya oleh KERAjaan maka rakyat tak perlu byr ansuran rmh..kereta..hutang peribadi dan sebagainya.Begitu juga syarikat2 glc dan swasta boleh lepas tgn dpd membayar apa2 hutang.
      BANGANG!!!!Takrifan hutang sebenar kerajaan dgn hutang2 lain pon tak faham atau sekadar nak menipu rakyat agar melanggar janji2 manipistol mrk.
      Anwar...klu ko sekadar penjilat tegar rasanya riwayat politik ko akan terkubur dan bakal jd badut2 yg gagal....hehehehehehe

      Padam
    2. Tua kutuk tu kata hutang bnyk tapi mampu nak bina keta ke3 pula.Rakyat sedar tua kutuk tu hanya nak selamatkan vendor2 proksinya yg terancam dgn kerjasama geely dan proton.Geely dah kata mrk mampu menurunkan 60% dpd harga2 yg ditawarkan oleh vendor2 proksi yg dimanjakan oleh wang rakyat.60% tu besar nilainya dan itu salah satu punca utama vendor2 proksi rasa terancam.Maka perlu diselamatkan dgn membina kereta ke3.Rakyat tak bodoh dgn alasan2 yg plbagai dpd penipu tua.Klu nak buat keta eco..dulu dlm proton pon gagal wlpun dana kerajaan masa itu cukup utk membiayainya.Mmg pelaburan di bwh tua kutuk tu asyik gagal selain forex dan mbf.Mmg gagal dlm hal menjana ekonomi negara dan rakyat.Klu menjana ekonomi anak..waris..proksi dan kroni mmg hebat...hehehehehehe

      Padam
  2. Yang terancam bukan PAS tapi Madey sendiri, PAS tetap pembangkang kenpa pulak terancam? Biasanya yang pegang kuasa akan terasa terancam takut kehilangan kuasa dan jawatan.....kahkahkah...boddo punya statement.

    BalasPadam
  3. I do believe all the ideas you have presented for your post. They’re really convincing and can definitely work. Still, the posts are very quick for novices.

    poker online

    domino qiu qiu

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...