Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 25, 2018

Kerajaan Persekutuan beri pinjaman RM22.5juta kepada Kelantan

Kerajaan Persekutuan beri pinjaman RM22.5juta kepada Kelantan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kerajaan Persekutuan telah memberi pinjaman sebanyak RM22.5 juta kepada kerajaan negeri Kelantan tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Katanya pemberian pinjaman yang dipohon pada Jun lepas adalah untuk membolehkan kerajaan negeri membayar gaji kakitangannya.
Berikutan itu Lim melahirkan kekesalannya atas dakwaan beberapa pemimpin Pas  Kelantan yang menyatakan beliau anti-Melayu dan anti-Islam.“Pada asalnya mereka memohon pinjaman bagi pengurusan termasuk pembayaran gaji sebanyak RM24.5 juta tetapi Kerajaan Persekutuan hanya luluskan RM22.5 juta kerana kita hendak beri cepat (beri pinjaman) supaya gaji kakitangan mereka dapat dibayar,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
“Sampai hati mereka kata saya anti-Melayu dan anti-Islam. Bila saya sebut fakta dan angka dan Kerajaan Persekutan telah menghulurkan bantuan kenapa pula timbul soal agama dan kaum,” katanya.
Lim dalam satu kenyataan semalam berkata, pada tahun 2016, Kelantan memang telah menerima RM398 juta, secara keseluruhan, sebagai pemberian daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang diterima negeri-negeri lain dalam Malaysia.
Turut termasuk dalam pemberian RM398 juta itu ialah pemberian defisit sebanyak RM59.9 juta kerana hasil kerajaan negeri Kelantan tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaannya, termasuk gaji dan emolumen.
Kerajaan Persekutuan juga telah meminjamkan RM100 juta dana tambahan sebagai pinjaman pendahuluan untuk menampung perbelanjaan kerajaan negeri.
Sehingga 31 Dis 2017, kerajaan negeri Kelantan masih belum membayar balik pinjaman pendahuluan sebanyak RM388 juta, yang menjadikan kerajaan negeri itu sebagai penghutang terbesar pinjaman pendahuluan ini, kata Lim.- Bernama.
mdl

Picture
      

5 ulasan:

  1. Klu tak krn kerajaan persekutuan...hutang negeri p.pinang pon msh bnyk sehingga skrg.
    BANGANG punyer menteri kewangan!!!!

    BalasPadam
  2. Bila lge tunjuk bukti apa mau cakap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko dgn bos ko sama2 bangang!!!!
      Rakyat suruh ko tunaikan janji.
      Bukannya bina keta ke3 atau jambatan bengkok!!!!!
      Konon hutang negara trillion2 tapi mampu pulak buat benda luar manipistol...BANGANG!!!!!

      Padam
  3. Politik matang ialah jangan melawan Singa dalam wilayahnya, lawan Bila IA masuk kandangnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Singa terlepas dpd dakwaan rasuah...

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...