Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Oktober 24, 2018

Kerajaan negeri buat permohonan bertulis pinjam duit bayar gaji kakitangan, kata Menteri Kewangan

Kerajaan negeri buat permohonan bertulis pinjam duit bayar gaji kakitangan, kata Menteri Kewangan
Menteri Kewangan mendakwa ada sebuah kerajaan negeri menghantar surat kepada kementerian kewangan secara jelas memohon untuk bantuan kewangan dari kerajaan pusat bagi membayar gaji kakitangannya.
Lim Guan Eng ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan negeri berkenaan secara jelas memohon wang untuk membayar gaji kakitangannya.
“Tetapi ada kerajaan negeri yang dengan jelas menulis surat kepada kementerian kewangan untuk meminta pinjaman bagi membayar gaji kakitangannya,” kata Guan Eng.“Saya ingin jelaskan di sini kerajaan negeri Sabah dan Sarawak tidak pernah memohon wang dari kerajaan pusat untuk membayar gaji kakitangannya.
Sebelum ini Dewan Rakyat kecoh apabila Lim Guan Eng menyindir kerajaan negeri Kelantan yang mahu mengambil alih pembinaan ECRL sedangkan kerajaan negeri itu tidak mampu membayar gaji kakitangannya sendiri.
Ia telah dibantah oleh wakil- wakil rakyat Pas dengan membuat sidang media khas mengenainya di Parlimen.
Guan Eng pada Selasa berkata Kelantan adalah sebuah negeri yang gagal dari segi urusan ekonomi kerana tidak mampu membayar gaji dan emolumen kepada anggota pentadbirannya.
Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan dibuat Guan Eng dan meminta dibuktikan sekiranya kerajaan Kelantan kononnya tidak dapat membayar gaji kakitangan awam di negeri itu dan terpaksa dibantu kerajaan Persekutuan.
mdl

Picture
      

4 ulasan:

  1. Letak jawatan jer tokong oiii...
    Berdegar2 berjanji kata mampu hapuskan TOLol...
    Mengatakan kutipan TOLol selama ini dah cover semua kos dan ada keuntungan pada pihak konsesi.
    Klu ada maruah...letak jawatan krn gagal tunaikan janji.
    Menipu rakyat jer keja...
    MENTERI KEWANGAN PALING BANGANG DLM SEJARAH MALAYSIA....

    BalasPadam
    Balasan
    1. suruh BAPAK kau aje jadi menteri kewangan. BAPAK KAUmesti pandaikan..

      Padam
  2. I do believe all the ideas you have presented for your post. They’re really convincing and can definitely work. Still, the posts are very quick for novices.

    poker online

    domino qiu qiu

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...