Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 04, 2018

Elak perbalahan, perpecahan dalam gabungan PH, kata Mat Sabu

Elak perbalahan, perpecahan dalam gabungan PH, kata Mat Sabu
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Gabungan parti di bawah Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak berbalah sesama sendiri walaupun mempunyai pandangan berbeza sehingga menimbulkan pelbagai masalah  yang akan  membawa kepada perpecahan komponen parti, kata Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu.
Presiden AMANAH itu berkata, faktor utama kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei, menumbangkan Barisan Nasional (BN) disebabkan kekuatan gabungan antara PKR, DAP, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Jika AMANAH, Bersatu, PKR, DAP sahaja yang bertanding memang tak menang jika nak ambil negeri dan negara kerana gabungan.
“Kita boleh berbeza pendapat dan pandangan tetapi jangan hingga hingga kita (gabungan parti) bercerai. Jika ada parti lain, tambah pun tidak mengapa, tetapi jangan bercerai.
“Perpaduan empat parti disamping NGO yang bersama dengan kita akan terus pupuk kekuatan yang kita mahukan adalah perubahan.
“Ini kerana kebangkitan rakyat yang menumbangkan BN,” ujarnya ketika berucap pada ceramah PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia di Shah Alam malam tadi.
Menteri Pertahanan ini juga berkata, kerana kekuatan gabungan parti, telah menyedarkan Pas untuk menjalinkan kerjasama dengan Umno dalam PRK diadakan di Sungai Kandis dan PRK Dun Seri Setia.
“Pas pun tahu gabungan ini penting sebab itu Pas tidak bersendirian, sekarang mereka bergabung dengan Umno,” katanya.
Beliau juga berkata, perpecahan yang berlaku dikalangan komponen BN selepas PRU-14 jelas dalam PRK di Dun Balakong apabila MCA mengunakan simbolnya.
“MCA bertanding guna simbol buah durian (logo MCA) di Balakong ertinya nampak mereka (MCA) nak keluar (BN).
“Kita (Pakatan Harapan) tidak boleh guna simbol sendiri dalam PRU14 dan PRK Sungai Kandis kerana RoS tidak luluskan simbol Pakatan Harapan,” ujarnya.
mdl

Picture

9 ulasan:

  1. Zaza sihat ke?...kehkehkeh

    BalasPadam
  2. en walaun, hebatnya hangpa, "mari bersama saya masuk syurga". awat! kad dan no ahli parti kira jadi kabel dan dan lesen besaq masuk syurga ke? kira kira hangpa tu vvvip syurga la ya walaupun mulut tu berasap dgn fitnah. asap rokok tok sah kira lagi, bergembut!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaza sihat ke hari ni? I love you so much syg....I love you too abg....hehehehe

      Padam
  3. Abg bawa Zaza pergi Terengganu la abg, biar kita berdua-dua je kat sana, nanti bila kena tangkap kita kena sebat berdua dikhalayak ramai, biar la satu Malaysia tahu yang kita berdua ni sepasang kekasih dan kita bukan LGBT.....kehkehkeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi rm800k dan perempuan...jadi bodo menteri haprak nie...hehehehehehe

      Padam
  4. Kehkehkehkehkeh... kelucahan dan seks melampau memang budaya politik dibawa oleh Umno - Pas - MCA. Dari bilik hotel sampai ke dalam surau.

    Hehehehehehehehehehe....

    BalasPadam
  5. Bagus Bang Mat Menteri Pertahanan. Jumpa terus dengan anak buah cerita masalah kuarters tentera kita. Patut diamalkan oleh pemimpin semua parti.

    Jangan buat perangai celaka bila PRU PRK baru nak tunjuk muka. Baru nak belanja mengeteh. Ini perangai Menteri da YB dari Israel.

    BalasPadam
  6. Wow. MCA dapat barua baru untuk kempen free di Balakong? Bertuahnya. Hehehehehehehehehe...

    BalasPadam
  7. Belum setahun...pak menteri haprak yg ada salahlaku rasuah terlepas dgn amat mudah.
    Ilmu diperolehi dpd sifu tua kutuk bangang dan bahlol.Syukur ISA tak ada...klu tak ramai yg mati terkejut....hehehehehehe

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...