Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Ogos 11, 2018

Mufti, tokoh agama sokong tindakan Mujahid

Harussani
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa mengarahkan potret aktivist Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di festival pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ di George Town, Pulau Pinang diturunkan mendapat sokongan mufti dan tokoh agama negara ini.
Menurut Mufti negeri Perak Tan Sri Harussani zakaria LGBT adalah perbuatan mungkar yang dilaknat dan diharamkan oleh Allah sama ada dilakukan secara terus terang atau sembunyi.
Bahkan katanya, LGBT juga merupakan perbuatan terkutuk yang menyalahi hak kemuliaan seseorang manusia kerana menafikan hak berhubung melalui perkahwinan yang sah dan diiktiraf syarak.
Tambahnya, perbuatan mempromosikan ikon-ikon LGBT di khalayak ramai adalah usaha untuk menggalakkan dan mengiktiraf perbuatan haram tersebut.
“Saya menyokong sepenuhnya tindakan Menteri agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengarahkan potret aktivis LGBT yang dipamerkan di festival pemeran fotografi diturunkan.
“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri Agama kerana berani menyatakan kebenaran dan secara tidak langsung mempertahankan kredibiliti agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menulis di Facebooknya turut menyokong tindakan berani Mujahid itu dan mengucapkan tahniah kepada beliau.
“Bravo Dr Mujahid! Congratulation! May Allah bless and guide you. Alhamdulillah!,” ujarnya di Facebooknya.
Sokongan itu juga turut dinyatakan oleh Presiden Murshid Dr Zaharuddin Abdul Rahman di laman Facebooknya dengan menegaskan tindakan Mujahid itu adalah tindakan yang tepat.
“Tahniah dan perlu disokong tanpa mengira parti politik. Ia kelihatan kecil tetapi membawa suatu mesej yang besar dan jelas,” katanya.

Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Tambahnya, hak mereka sebagai individu dan perlakuan secara individu, namun mempromosi gerakan kepada awam, ia memang patut disekat.
“Kita tidak mahu promosi mereka ‘menceroboh’ rumah-rumah masyarakat Malaysia yang bencikan perlakuan LGBT,” ujarnya.
Terdahulu, Mujahid berkata, tindakan menurunkan potret aktivis LGBT kerana hal itu bertujuan promosi di mana bertentangan dengan polisi Pakatan Harapan berhubung isu LGBT.
“Adakah perlu ikon sedemikian? Tiada ikon lain yang boleh ditampilkan. Jadi, jika saya tidak berkata apa-apa mengenainya, kita dilihat seperti mencabar polisi yang kita katakan beberapa kali sebelum ini,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen kelmarin.
Pameran bertemakan patriotisme itu menampilkan aktivis Nisha Ayub dan Pang Khee Teik bergambar bersama Jalur Gemilang dan arahan penurunan potret mereka itu dilaporkan diarahkan oleh kerajaan Persekutuan.
Selain itu, Mujahid berkata, pihaknya menghormati golongan LGBT tetapi tidak bersetuju mempromosi gaya hidup golongan tersebut.
Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Farizan Darus menjelaskan beliau menerima aduan mengenai potret kedua-dua aktivis berkenaan dan telah meminta pihak penganjur GTF menurunkannya.
mdl

Picture

20 ulasan:

  1. Agenda Islam yang menepati prinsip Rahmatan lil alamin. Tolak perlakuan dan promosi amalan negatif tetapi tidak diskriminasi mereka.

    Teruskan berdakwah dalam tugas tuan Mujahid. Insya Allah dikurniakan hidayah dan pahala.

    BalasPadam
  2. Jgn sokong ketua penipu haprak dah lah...hehehehehe

    Bank negara mengatakan rm66billion telah disalurkan kpd pasaran negara demi mengekalkan nilai ringgit yg jatuh berbanding dolar.Rm66billion hilang dlm tempoh 2 bulan pakatan haprak jadi KERAjaan...mampuihhhhh!!!!!

    Kebodohannya adalah menetapkan gst kpd 0% dlm tempoh yg agak pjg dan kebangangan dlm meyakinkan pelabur2 asing sehingga ramai yg melarikan diri.
    Sindrom berkempen book keeper dan BAPAKSEGALATOLol turut menyebabkan negara asing melakukan perjanjian perdagangan dgn negara lain bagi hasil mentah negara.

    BODOH!!!!
    Rakyat suruh korang setel dulu janji2 dan bukannya sebok dgn keta nasional ke3.Apa rasionalnya???Hisssh...BANGANG!!!!!!
    Hehehehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita panjang, berapi tapi kosong. Tak kemana suara hang. Baik diam dari melalut. Takut fitnah...hahaha

      Padam
    2. Ya, Saudara Erizlovect Shahrizal, betul tu. Kalau setakat nak memaki dan berludah, baik mamat tu berdiam diri sahaja. Orang tak akan sokong, sebaliknya benci.

      Padam
    3. Layan macai fakenews bagus. Semua fakenews yang disebar menyebabkan orang mencari berita sebenar.

      Jadi tidaklah rugi kalau kita sama-sama menilai berita yang disampaikan macai fakenews. Mung masih dihormati sebab istiqamah menyebar fakenews.

      Padam
    4. Hehehe...sentap ker?????
      Mmg bangang ketua penipu haprak tu!!!!

      Para pengikut hanya angguk2 kena kencing....hehehehehe
      Manipistol bukan kitab!!!!
      Hehehehehe......

      Rakyat yg menyokong berharapkan perubahan....
      Apa perubahan yg dia bawa?????
      Kereta nasional ke3....
      Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

      Dah nyanyuk tu ganti jer dgn org lain...
      Takkan tak ada dlm haprak yg mampu ganti BAPAKSEGALATOLol tu ker????
      Hehehehehehe....

      Padam
    5. 2 bulan...rm66billion dh hangus oleh KERAjaan haprak....apalah!!!
      Hehehehehehe.....

      Lepas nie apa perkara bodoh yg akan dilakukan....

      Menteri yg jaga buku kira2 mcm samseng ahlong memekak dlm dwn rakyat.Mcm itu muka nak tarik pelabur luar????
      Ptuiiihhh....mcm lidah biawak jer...hehehehehehe
      Bangang!!!!!
      Tukar dgn org lainlah...buat malu negara jer....tak meyakinkan negara luar utk melabur...
      Mmg bangang punya perangai...mcm kera je_lutong jer....hehehehe

      Hilang rm66billion....hrp bangang tu tak melabur dlm forex mcm 22tahun jd peeM....hehehehehehe

      Padam
    6. Tax holiday Mat Maslan kata rugi 11b.
      Macai fakenews pula kata rugi 66b.
      Rakyat pula kata Alhamdullilah syukur Malaysia Baharu kurang sedikit beban.

      Padam
    7. Ahmad maslan gabenor bank negara ker????
      Hehehehehehe....

      Padam
  3. Makin ramai pula macai Umno dan walaun Pas yang menghentam usaha Mujahid mendekati golongan LGBTP sebagai Menteri Agama di JPM.

    Sedap juga komen macai sampai tahap mengiktiraf kahwin sejenis pun boleh masuk ke akal waras mereka. Agaknya jenis kurang membaca dan otak lucah maka mereka hanya mampu fikir perkara seksual apabila berbincang tentang LGBTP.

    Jika macai Umno dan walaun Pas yang ada boleh berikan cadangan kaedah menyelamatkan golongan LGBTP apa salahnya dicadangkan kepada MP yang ada?

    Kalau tidak yang keluar daripada mulut MP Be eNd macam Puk*mak dan Fuc* *ou akan terus menjadi cara MP pembangkang buat provokasi. Matanglah sikit umur sudah tua.

    Tak salah nak provok Kerajaan dengan soalan-soalan macam kes LGBTP dan masalah sosial lain. Barulah ada prihatin rakyat dan memahami masalah gejala sosial yang wujud.

    Kalau terus masih nak bawa kaedah menghukum, meneraka-syurgakan, meletak dosa pahala di tangan sendiri dan melaknat manusia lain, tanpa ada apa-apa usaha murni membanteras dan mencari jalan terbaik, lebih baik berdiam diri dan belajar daripada isu.

    Itu lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe...dapigs dan anak mahdey raikan golongan lgbt

      Kenapa tak bertegas dlm lembut...
      Just kata haram dan jauhkan....
      Kenapa nak sekat dana kpd pihak yg ingin membetulkan mrk????

      Klu mujahid rasa itu cara dia nak mendekati mrk...no pblm
      Tapi biarlah buat kenyataan tegas secara terbuka ttg haramnya golongan lgbt dlm agama dan masyarakat serta buatlah pgrm khas utk mendidik mrk...

      Mgkin abg non boleh membantu mrk slps ini....hehehehehe
      Tak pon menteri belia dan sukan ker...hehehehehe
      Kaki clubbing rupanyer....hmmmm

      Padam
    2. Bertegas dan jauhkan dapat selesaikan masalah apa macai? Masalah sembelit mung sahaja boleh selesai.

      Mujahid anak ulama yang tahu hukum hakam agama. Kalau Mujahid cuma letak hukum haram dan halal, Jakim kerja apa? Mufti buat apa? Macai mung komen ada sumbangan apa?

      Iksim yang disekat dana sudah mengaku salahguna wang zakat sebagai fisabilillah. Tetapi dana digunakan 7 juta tanpa ada bukti penggunaan.

      Kalau nak lawan DAP atau kafir sekalipun guna duit zakat, jangan langgar undang-undang. Islam mana ajar ambil duit zakat suka-suka guna tanpa tujuan. Lebih teruk daripada kapir harbi lagi perangai Melayu Islam.

      Baik beri zakat fisabilillah kepada rumah anak yatim dan maahad tahfiz! Ada yang viral lauk biskut dan teh sahaja tinggal tau.

      Padam
  4. Untuk pengetahun anda, Nisha Ayub ini adalah aktivis yang memperjuangkan hak transgender. Pada tahun 2015, beliau telah menerima anugerah dari Asia LGBT Milestone Awards (ALMA) sebagai Hero of the Year. Dan pada tahun 2016, beliau telah menerima anugerah dari kerajaan Amerika Syarikat atas nama International Women of Courage Award, dikatakan sebagai transgender pertama yang menerima award ini secara terbuka. Jelas Nisha adalah pejuang hak LGBT. Apakah kita menerimanya atas nama rahmatan lil alamin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah sesiapa yang merujuk penerimaan berdasarkan anugerah atau perbuatan songsang? Rasanya tidak. Malah negara kita tidak termasuk negara mengiktiraf hak LGBT.

      Yang jelas Kerajaan menerima mereka sebagai warganegara yang ada hak sebagai rakyat. Jangan mencuri dan merompak, jangan promosi budaya songsang.

      Selain itu hak Rakyat mendapat pendidikan, perlindungan, perubatan, peluang kerja dan keperluan asas tidak boleh diabaikan. Diskriminasi sampai tahap mengasingkan mereka dan menjauhkan diri apa akhirnya? Dapatkah masalah sosial diselesaikan?

      Yang patut kita laknat bersama sekarang ialah skandal perompak besar negara. LGBTP hanya sekelompok kecil Rakyat yang perlu diberi perhatian. Jika ada tokoh yang bersedia memberi khidmat cuba memulihkan mereka, mengapa macai dan walaun panas punggung? Adakah sumbangan walaun dan macai dalam memulihkan mereka, sekadar komen laknat dan komen menghina?

      Masalah Skandal perompak besar negara sampai Perdana Menteri sehingga Pengawal Keselamatan terlibat! Kesannya mungkin sampai 7 keturunan pun masih dirasakan sebab satu dunia menjadi saksi. Marilah bersama kita melaknat mereka ini supaya generasi masa depan tahu mereka punca Malaysia dipandang serong! Tapi apa pula komen macai dan walaun?

      Padam
    2. Ketua penipu haprak tak pernah merompak ker????
      Rasa2nya lebih 7 keturunan dia tak habis harta mrk...hehehehe

      Padam
    3. LGBT pun sama taraf dengan perompak dan penyamun....

      Padam
    4. Ramai lgbt kat dalam ni.....kehkehkeh

      Padam
    5. Itu sahajalah taraf otak mung. Taraf sampah. Mung tiada idea dan jenis ada masalah mung tutup dan masuk bawah karpet.

      Bila pemimpin mung minta penyelesaian dan cadangan, mung lari mengopi kedai mamak. Bila kondem dan maki hamun, mung duduk depan sekali tunjuk lubang hidung.

      Apalah sumbangan mung macai untuk bangsa, agama dan negara? Sampah pun boleh guna kitar semula atau jadi baja. Mung?

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...