Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 02, 2018

Terbaik!! Sembilan jabatan kerajaan bebas, 10 lagi bubar dari JPM

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN) antara sembilan agensi kerajaan yang tidak lagi tertakluk di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Kesemua agensi terbabit diletakkan sebagai entiti bebas dan melapor terus kepada Parlimen berkuat kuasa 1 Julai.
Tujuh lagi agensi berstatus demikian menurut surat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa kepada JPM bertarikh 26 Jun itu adalah seperti berikut:
– Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)
– Pejabat Pendakwa Raya Negara (Fungsi pendakwaan)
– Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
– Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
– Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
– Parlimen Malaysia
– Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Sementara itu, 10 lagi agensi atau jabatan kerajaan dibubarkan termasuk 19 pejabat kecil di bawah Pejabat Perdana Menteri:
– Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Republik China
– Pejabat Duta Khaske India dan Asia Selatan dalam Bidang Infrastruktur (sehingga tamat kontrak pada 31 Disember 2018)
– Pejabat Penasihat kepada Perdana Menteri (Prof Datuk Seri Wira Khairil Annas Jusoh)
– Pejabat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri ((Datuk Seri Shaziman Mansor)
– Pejabat Penasihat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor
– Pejabat Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan (sehingga tamat kontrak pada 30 Jun 2018)
– Pejabat Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
– Pejabat Penasihat Sains kepada Perdana Menteri
– Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita
– Pejabat Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri
– Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan
– Institut Wasatiyyah Malaysia
– Bahagian Penjenamaan Negara (Brandworth Corporation)
– Special Implementation Task Force (SITF)
– Pasukan Komunikasi Negara
– Pejabat Penasihat Transformasi Negara
– Duta Khas Keganasan
– Fasilitator Mindanao
– CSDU & Sekretariat TN50 – (EPU, JPM).
Senarai sembilan lagi agensi kerajaan yang lenyap ketika Pakatan Harapan (PH) buat julung kalinya mendapat mandat ke Putrajaya adalah:
– Unit Kawal Selia Felda (UKSF)
– Majlis Profesor Negara (MPN)
– Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
– Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
– Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC)
– Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) – Bubar dan pindah fungsi ke Kementerian Pengangkutan
– Institut Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERI)
– MyWin Academy
– International Multilateral Partnership Against Cyber-Threats (IMPACT)
Rombakan besar-besaran JPM turut menyaksikan 40 jabatan/agensi kerajaan dipindah fungsi dan lima digabung manakala 26 lagi kekal di bawah JPM.
Langkah mereformasi institusi pentadbiran dan politik antara janji utama Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya bertemakan ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’ jika dipilih menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lalu.
mdl

Picture

5 ulasan:

  1. Kita tidak mahu lagi ada Kleptokrat Sial 2.0! Cukuplah seekor dua yang sekarang tengah panas kena bakar dengan kes kleptokratnya. Malaysia Baharu wajib tolak Umno 3.0 kesinambungan budaya warlords yang menjadi punca Kleptokrat Sial 1.0 di Malaysia! Tahniah Malaysia Baharu.

    BalasPadam
  2. Membubar..membubar..membubar
    Lakonan Bersih..Cekap dan Amanah
    1 utk ngko..2 utk aku...hehehehehe

    Dah nak habis 100hari...jgn biarkan macai2 haprakmu menunggu di stesen2 minyak menanti minyak rega rm1.50 seliter..
    Hehehehehe...

    Ko kencing macai2 mu demi anak dan kroni yg lama menanti di lubuk emas.Mmg boleh tahan bau hancing kencing mu..dpd mamat yg ingin dipenjarakan ko dijadikan ketua kpd macai2 mu yg sedia menerima taik dan bunga....hehehehehe

    BalasPadam
  3. Macam celaka berapa punya banyak penasihat pm dan pejabat haram jadah dibawah jpm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dpt lawan punaisihat diketuai daim...skejap jer kroni dpt syer projek ecrl...hehehehehe
      Konon semua syer dijual balik...ptuuiihhh

      Kesian tokong...dia cuma mampu jaga buku akaun dan melapor negara bangkrap sehingga pelabur lari lintang pukang...hehehehe
      Majlis punaisihat cuma gelak dan mencatur dgn tun klepet bgmana nak buka lubuk emas utk anak..waris..kroni dan proksi...hehehehe

      Macai dpt apa???
      Kos sara hidup makin kurang???
      Minyak turun rm1.50 seliter???
      Konsesi TOLol dikaji dan dimansuh???
      Sistem pengangkutan makin canggih???
      Br1m makin bertambah???

      Hehehehe...1 utk ngko..2 utk aku

      Padam
  4. Nak bagi dedak punya pasal, tubuh macam-macam pusat agihan dedak. Pemikir warlords Umno 3.0 masih prinsip politik wang dan cash is king. Ini mentaliti nak bagi Melayu cepat mati. Duit disogok untuk sokongan. Idealisme perjuangan tak ada. Ilmu hanya guna untuk perut dan bawah perut tak pakai akal fikiran. Baca komen macai mereka yang ada? Sedih. Ini macai jenis fikir negara bapak mereka yang punya. Nasib baik mereka dah ditolak oleh Rakyat. HAHAHA.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...