Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Julai 26, 2018

MP Shah Alam cadang PH lantik ketua penyokong kerajaan pastikan cukup korum

MP Shah Alam cadang PH lantik ketua penyokong kerajaan pastikan cukup korum
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan Pakatan Harapan (PH) melantik ketua penyokong kerajaan dalam kalangan ahli Parlimen parti pemerintah untuk memastikan korum mencukupi di Dewan Rakyat.
Beliau berkata, masalah tidak cukup korum kerana PH hanya mempunyai ketua whip bagi setiap parti komponennya.
“Maknanya, semua ahli Parlimen kerajaan perlu ada seorang ketua.
“Saya syorkan semua ketua whip duduk berbincang dan putuskan sesama mereka sementara menunggu keputusan Majlis Presiden,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, persidangan Dewan Rakyat tertangguh 6 minit kerana tidak cukup korum dan ia disambung semula selepas 35 ahlI Parlimen berada dalam dewan.
Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 13(1) menyatakan perlu ada 26 ahli Parlimen, tidak termasuk speaker untuk menyambung persidangan.
Khalid yang juga Menteri Wilayah berkata, ahli Parlimen PH mengadakan mesyuarat semalam, tetapi belum membuat keputusan berhubung pelantikan ketua.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong akan meminta parti komponen PH mengadakan mesyuarat bagi memilih seorang ketua yang bertanggungjawab memastikan ahli Parlimen kerajaan memasuki dewan dan mempunyai korum secukupnya selepas lonceng dibunyikan.
Dalam perkembangan sama hari ini,  Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub dipetik berkata, bersetuju dengan cadangan supaya elaun bulanan Ahli Parlimen yang gagal menghadiri persidangan Dewan Rakyat dipotong sekiranya ketidakhadiran mereka mengganggu perjalanan mesyuarat.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga, berkata, tindakan itu boleh diambil jika Ahli  Parlimen dengan sengaja tidak hadir tanpa satu alasan yang kukuh.
mdl

Picture

9 ulasan:

  1. Pemalas!!!!
    Klu bab memfitnah dan menipu...mrk rajin...
    Patut kaya raya anak..waris..proksi dan kroni mrk...
    Hehehehehehe....

    BalasPadam
  2. Bila ntah BAPAK SEGALA TOLol nak mgkaji perjanjian konsesi TOLol nie....

    Rm1.50seliter dah kena kencing...apa lagi lps nie...hehehehehe

    BalasPadam
  3. Tak cukup kuorum konon tapi video bahas di youtube berkoyan-koyan dan macam pisang panas. Boleh dikatakan sidang Parlimen kali ini cukup sifatnya sebab Speaker tidak gila kuasa dan gila nak halau orang. Yang ada cuma pembangkang yang gila nak tutup ruang bahas skandal dengan peraturan dan celahan buang masa. Ubah sikap pembangkang Rakyat sedang memerhatikan kamu.

    Yang kesian sidang DUN Kelantan dan Terengganu. Manifesto ke mana, check and balance masuk laut. Speaker sampai ke ADUN pembangkang hanya syok sendiri berbahas dan macam suami berbini baru umur 11 tahun berbulan madu tanpa diganggu bini lain.

    Kalau 5 tahun jenis sidang begini berterusan, padan muka orang Kelantan dan Terengganu. Pilih YB yang syok sesama sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa haprak jadi pembangkang membahas di dwn...ok sgt ker????!!!
      Hehehehehehehe....

      Yg paling dasyhat...ada yg bersidang di bwh pokok dgn speaker mrk sendiri...
      Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah...


      Tlg pesan dgn ketua penipu haprak...udah2 ler nak menipu rakyat.
      Zaman ISA takda smartphone...bolehlah dia duk kencing macai2 yg mendambakannya....hehehehehehehe
      Skrg semua maklumat di hjg jari...rakyat duk perati kaki tipu sedang memanipulasi konon semuanya buruk.Dia tu bagus sgt ker????
      Hehehehehehe....TOLol blm tentu lepas janjinya...

      Yg terkini konon kata klu rakyat dan pencacai haprak sukakan dia...janji lepaskan jwtn slps 2tahun mgkin bukan kitab...hehehehehe
      Mgkin malang bagi bekas banduan tapi malang juga kpd rakyat yg mempercayai kaki tipu dan penyamun besar...hehehehehe

      Padam
    2. Bekas speaker yang pendek akal Pandikar pernah berkata I have power but if I not use my power I am bloodyfool. Ini Pandikar bekas speaker tiada kualiti dan harga murah dengan diskaun percuma lagi kalau jual sekarang. Memang tak ada harga terpaksa backup pencuri dalam Dewan yang mulia.

      Kalau banding dengan budi bahasa Nga Kor Ming yang steady berbahasa Melayu macam langit dengan bumi! Paling menarik video adinda kekanda hari ini. Petah dan perkasa Bahasa Melayu datang daripada YB PH. Yang bahas bahasa rojak ramai daripada Pembangkang. Dengan izin tak habis. 5 tahun lagi bertandinglah dekat US barulah tak payah dengan izin lagi.

      Dan paling buruk hari ini video MP Pendang bercakap. Kalau nak beri ceramah baiklah balik kampung jadi penceramah bebas. Cakap nak hentam tapi bila disoal balas tak beri laluan. Apa punya wakil rakyat low class.

      Padam
    3. Nasihat aku satu je macai fakenews. Jangan lepas kena perli sidang Kelantan sejuk kerana aircond lagi kuat bahas terus naik siku dan lutut.

      Rakyat nak tengok apa pemimpin boleh buat - untuk masa depan. Kalau berlakon naik siku lutut semata-mata nak bagi Dewan sejuk jadi panas tunggulah undi protes.

      Padam
    4. Skrg baru nak cakap rakyat nak tengok apa pemimpin boleh buat....hehehehehe

      Klu ketua penipu bertuankan kronisme dan nepotisme....sandiwara jer lebih.

      Hidup asyik menyalahkan org sedangkan diri sendiri adalah penyamun tarbus.Rakyat diarah utk meyakini kitab dan fatwanya tapi dlm masa sama anak..waris..proksi dan kroni mengaut keuntungan...
      Hehehehehe...

      Sebagai BAPAK SEGALA TOLol...klu dia mampu mengubah perjanjian berat sblh yg dia telah lakukan sementara berkuasa...barulah boleh dianggap bekerja utk rakyat.
      Belum termasuk janji2 yg lain...hehehehe

      Padam
  4. Datuk Arif bekas hakim juga speaker yang cool. Tak sia-sia pembangkang serang selama 30 minit dalam isu Umno parti samseng.

    Akhirnya YB Ram Karpal dikenakan tindakan walaupun hujahnya berasas dan ada bukti kukuh. Jelas Datuk Arif speaker adil dan bijaksana.

    Zahid Komedi pun terpaksa memuji Nga seorang yang adil bila dia tidak kena ruling. Sedangkan jelas niat busuknya menuduh munafik kepada orang Melayu Islam sebelah Kerajaan.

    Kesimpulannya, perbahasan Dewan Rakyat bawah Kerajaan Malaysia Baharu antara semua parti pemerintah atau pembangkang memang berbeza dan terbaik. Inilah yang Rakyat mahu supaya Malaysia kembali dihormati dan dipandang tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg patut pon digelar munafik klu tak menunaikan janji.
      Bagi macai haprak...janji kena kencing dah cukup baik....hehehehehe

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...