Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Jun 25, 2018

‘Kita menang kerana tiada duit, Umno kalah sebab lebih duit’

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengingatkan kepada semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) agar mengambil iktibar daripada kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berpunca daripada salah guna wang.
Berbeza dengan PH yang tidak mempunyai banyak wang, Menteri Pertahanan tersebut berkata, kerjasama keempat-empat parti iaitu AMANAH, PKR, Bersatu dan DAP membolehkan blok politik itu mendapat mandat daripada rakyat.
“Kita menang dalam pilihan raya di antaranya kerana kita tidak cukup duit. Kita bantu-membantu, bekerjasama secara sukarela menyebabkan kita menang.
“Umno kalah sebab dia lebih duit sehingga polis dan SPRM menggeledah, ratusan juta (ringgit) masih berada di rumah,” ujarnya ketika berucap sempena Rumah Terbuka Aidilfitri AMANAH Shah Alam di perkarangan Stadium Shah Alam hari ini.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, wang hanya sebagai alat untuk bekerja bukan matlamat kerana itulah yang mengundang kekalahan BN.
“Peringatan kepada kita semua supaya parti-parti kita – AMANAH, PKR, Bersatu, DAP – InsyaAllah, kita tidak akan menjadi BN.
“Ini harapan kita supaya perkara yang berlaku menjadi iktibar kepada kita,” tegasnya dalam sambutan Aidilfitri julung-julung kali diadakan selepas PH mendapat mandat pada 9 Mei lalu.
Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat pada masa ini menilai kerajaan PH sedia ada selepas mereka menjatuhkan BN.
“Ini peringatan kepada kita yang baru ambil alih kuasa. Peringatan itu juga kepada kita yang memerintah. Kalau kita juga menjadikan wang sebagai matlamat kita juga akan kalah seperti BN.
“Kalau kita lakukan hal yang sama, kita akan dihukum oleh rakyat seperti mereka menghukum BN. Peringatan ini perlu kepada diri saya yang bercakap ini.
“Kita ingatkan di peringkat awal ini bahawa kita insaf apabila kita mendapat kuasa ini, kita telah diperhatikan oleh rakyat,” kata Timbalan Presiden PH itu lagi.
Turut hadir dalam program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam itu ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi AMANAH negeri, Izham Hashim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
mdl

Picture

4 ulasan:

  1. Bendera PKR PH paling sedikit dipasang. Bendera Pas dan Be End pasang sejak bulan MAC dan banjir bendera berlaku bulan APRIL sampai MEI. Nampak kecil tapi Rakyat tak mahu parti yang membazir. Sebab kami tahu duit siapa yang dipakai berkempen!

    BalasPadam
  2. Tak apa abg mat...lepas nie boleh bantu tun klepet dgn kroni2 nya dpt bnyk wang...hehehehehe

    Projek ecrl yg dibatalkan akan diteruskan semula...mgkin boleh kawtim di situ...hehehehe
    Maklumlah...kroni besar dah jd pemegang saham kontraktor...hehehehe

    Projek keta nasional ke3 mgkin dibina dan mgkin boleh jadi vendor di situ...hehehehe

    Projek rm30b di langkawi dan airport baru di pulau tioman...mgkin ada masyuuk di situ...hehehehehe

    Projek gagal dan nazak...boleh bailout mcm dulu2...hehehehehe

    Cuma..bila BAPAK SEGALA TOLol nak kaji perjanjian konsesi TOLol nie!!!!
    Mana menteri kewangan kita nie????!!!!
    Buatlah sesuatu..jgn makan gaji buta jerrr...
    Dulu kata nak hapuskan TOLol...hapuskanlah!!!!
    Skrg ko dah pegang putra jaya...lakukan!!!!

    Takkan main tulur jerr!!!!!

    Pak menteri lain oklah jugak...buat epf utk surirumah...kurangkan bayaran internet..piala dunia percuma...

    Yg mangkuk kata nak hapuskan TOLol...bila lagi!!!!!
    Hehehehehehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zahid Komedi bisnes Bangla sampai untung ratus ribu satu Bangla. Bangla broker dah jadi billionaire. Jawa usahasama Bangla-Melayu bisnes jual beli orang. HAHAHA.

      Padam
    2. Zahid komedi dgn tokong tin milo 2x5....hehehehehe

      Sebok dgn bangkrap dan hutang trillion2....pelabur lari dan kroni tun klepet ambil alih saham syarikat.

      Yg untung dan kenyang...kroni tun klepet
      Yg bangang...pengikut haprak yg cuci kencing hancing
      Hehehehehehe....

      Maka...layanlah legasi 22tahun utk 5 tahun akan dtg....hehehehehehe
      Macai dan pengikut...dpt taik dan bunga....hehehehehehe

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...