Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mei 14, 2018

Kabinet - jangan cicirkan Husam Musa

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Husam Musa diharap jadi
penawar duka untuk Pantai Timur.
KETEWASAN kubra Pakatan Harapan (PH) 59 - 0 di Kelantan dan 40 -  0 di Terengganu sesuatu menyedihkan. Bertambah sedih apabila rakannya di negeri-negeri sebelah Barat banjaran Titiwangsa menang besar.

Bukan setakat menang besar, tetapi boleh menguasai negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Makin membaca dan menganalisa kehebatan PH di sebelah Barat itu, makin berat jiwa menanggungnya. Mereka menang besar manakala kita pula kalah parah. Kosong, telur tembelang.
Jika kekalahan itu menimpa hati orang yang lemah ia boleh menyebabkan jantung menjadi lemah tiba-tiba dan tidak mustahil membawa maut.

Tetapi syukur para pejuang PH di Kelantan dan Terengganu kuat dan ampuh. Mereka sudah berjaya melalui ujian perjuangan apabila kekalahan itu tidak ada seorang pun calon-calon yang kalah itu menyeberang kepada parti menang.Bahkan sudah ada calon yang menyembelih lembu mengadakan kenduri kesyukuran serentak menyambut ketibaan Ramadhan.

Para pejuang PH di Kelantan dan Terengganu tidak seperti orang-orang Umno di Johor, Perak, atau Sabah yang mudah goyah dan berputus asa bila kalah lalu terus menyeberang mencari pulau kemenangan untuk menyelamatkan diri. Inilah kelebihan orang-orang PH berbanding dengan orang-orang Umno yang dididik dengan materialistik.

Namun duka tetap duka, dada tetap bergetar dengan rentak dan irama kepiluan. Air mata tetap mengalir tetapi darah juang yang ada dalam tubuh tidak menampakkan kedukacitaan mereka kepada umum lantaran kekalahan yang dinesta itu. Saya yang berada di titik tengah ini turut pun sama menjadi sebak dan sedih dengan apa yang berlaku di Kelantan itu khasnya. Walaupun sudah menduga tetapi tidak menjangka keputusannya seburuk demikian.

Pun para pendukung PH Kelantan tidak menunjukkan kesedihan dan aliran air mata, kandatipun fitrah sebuah kekalahan itu dapat dirasai. Kepiluan yang menimpa dada hanya Tuhan sahaja yang ketahui. Cuma ia terpadam perlahan-lahan apabila melihat dan mendengar sorak sorai para sahabat mereka di negeri lain sebelah Barat banjaran Titiwangsa yang merayakan kemenangan.

Kedukaan dan kesedihan itu menipis apabila, menonton seorang demi seorang Menteri Besar PH mengangkat sumpah untuk mengederai kerajaan Harapan.

Dari konteks Parti Amanah Negara pula ia terubat apabila Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari mengangkat sumpah menjadi KM Melaka. Adly adalah Pengerusi PH Melaka dari fraksi Amanah. Kesediahan terus beralun pergi apabila selepas itu Mohamad Sabu, Presiden Amanah pula dilantik mengisi tiga menteri kanan selaku Menteri Pertahanan. Dua posisi diberikan kepada pemimpin PH (Amanah) itu (setakat ini) menjadi penawar.

Mungkin kalau Salahuddin Ayub jadi mengangkat sumpah menjadi MB Johor, kegembiraan dan kelukaan itu makin menghujung. Keseronokan akan bertambah-tambah. Namun apa diharapkan itu tidak diizinkan Allah. Salahuddin tidak diangkat menjadi MB walaupun pada awalnya beliau yang disebut-sebut dan diharapkan oleh rakyat bangsa Johor untuk menjadi ketua memimpin negeri itu.

Hakikatnya hati dan jiwa rakyat Kelantan terhiris halus khususnya ahli-ahli PH sebenarnya tidak dapat dikambusi dengan apa-apa jua kegembiraan. Biarpun jiwa mereka kuat tetapi perasaan malu membelit diri mereka tetap ada. Maka kesedihan dan kepiluan itu harus diubati. Ia memerlukan penawar serta ubat untuk mengeraskan semangat para pendukung PH di Kelantan bagi meletakkan negeri itu juga setara dengan negeri-negeri di sebelah Barat banjaran Titiwangsa.

Penawar itu juga perlu untuk membela diri mereka yang diejek dan dinesta dengan kekalahan itu.

Penawar mengubat duka

Apakah ubat dan penawar terbaik untuk menguat semangat PH Kelantan? PH Kelantan tidak boleh terus bergunda gulana maka ia perlu diubati segera. Harapan rakyat yang tinggi kepada PH perlu dipenuhi. PH telah menawarkan janji terbaik buat PH Kelantan dari segenap aspek kehidupan yang mana tawaran itu perlu dilaksanakan walau dengan apa cara sekalipun.

Mereka harus dihormati dan kehendak mereka dipenuhi. Mungkin Pas yang menang besar di Kelantan dapat melaksanakan apa yang dicta-citakan. Tetapi ia tetap tidak sama dengan apa yang diterima daripada tangan pemimpin PH sendiri. Dalam kata lain PH perlu melaksanakan sedaya yang ada.

Satu-satu ubat atau penawar buat pendukung PH di Kelantan ialah dengan mengangkat salah seorang pemimpin PH di Kelantan untuk menjadi anggota kabinet. Pengangkatan ini bukan setakat itu sahaja, tetapi ia juga akan menjadi penghubung di antara Kota Bharu dengan Putrajaya.

Dalam hal ini, Husam Musa adalah pilihan paling tepat untuk dijadikan jambatan penghubung itu selain pengerusi parti gabungan seperti Abd Aziz Kadir dan Kamaruddin Md Noor. Ketapan Husam bukan sahaja kedudukan selalu Pengerusi PH Kelantan, tetapi pengalaman dan track rekod beliau semasa berada dalam kerajaan Allahyarham Nik Aziz selama ini membantu beliau untuk berfungsi seperti diharapkan itu.

Sebagai bekas pemimpin kerajaan Husam sangat mengetahui apakah keperluan rakyat dan kelompongan yang tidak akan tertimbus oleh kerajaan Kelantan yang ada kini.

Keperluan dan harapan kepada Husam nanti bukan sahaja untuk terus menyuntik semangat kepada PH, tetapi beliau juga diharap menjadi pemimpin PH bukan sahaja untuk Kelantan bahkan untuk negeri-negeri di Pantai Timur. Husam jika diletakkan dalam kabinet beliau boleh membela dan membangunkan negeri-negeri di Pantai Timur itu dengan kepakaran dan kebolehan yang ada.

Saya tidak fikir kehadiran Husam nanti akan terus dibenci dan disumpah oleh pihak yang kini menguasai Kelantan, Terengganu dan Pahang kini. Bagi kerajaan pembangkang di ketiga-tiga negeri itu sangat memerlukan bantuan daripada pusat untuk membangun rakyat di negeri itu. Mereka juga boleh meserasikan diri dengan Husam. Nah, dalam hal ini Husam boleh memainkan peranannya.

Atas keperluan dan kepentingan itulah diharapkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyisihkan Husam daripada menganggotai kabinet Malaysia Baru yang sedang dipancukan sekarang ini. Sudah pasti dengan semangat dan pendekatan baru Dr Mahathir tidak mudah seperti dahulu untuk menganaktirikan kerajaan pembangkang di ketiga-tiga negeri itu.

http://msomelayu.blogspot.my

Picture

3 ulasan:

  1. Dgn segala kutukan dan fitnahnya..ingatkan husam tugu boleh menang.
    Takper...bagi jwtn senator dgn dia.Kesian dgn mimpi2 nya selama ini...hehehehe

    BalasPadam
  2. Kahkahkah. Berbulu dan padan muka pimpinan Pas yang busuk hati dan berdengki. Kahkahkah! Nik Abduh dan Jemaah Tanjung Mas pengkhianat Pas mesti menyorok belakang pintu dan menangis. Mana-mana tempat Husam diletak dalam Kabinet Baru Malaysia akan menyebabkan Tok Guru Pas yang mengarut dan ekstremis totok menjadi dukacita dan terasa macam makan tahi cicak dalam surau selama 5 tahun. Kahkahkah.



    BalasPadam
  3. Ramai pendokong Pas yang redho Pas menang di Kelantan dan Terengganu. Alhamdulillah. Selepas ini pastikan Negeri Miskin Melayu boleh bersaing dengan DAP dan PKR. Jangan mulut Ulama Pas jadi macam longkang dan lubang jamban, tapi orang Kelantan dan Terengganu nak cari peluang kerja pun susah dan kena ke tempat orang! Kahkahkah! Jangan jual tanah kekal kepada rakyat China dengan alasan nak bawa ikan macam Kerajaan Najib! Kahkahkah! Buktikan undang-undang hudud boleh dibuat di Terengganu dan Kelantan. Jangan nak main-main hukum agama sampai jadi murtad.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...