Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, April 20, 2018

Aura Mahathir isu baru PRU 14 selain kos sara hidup

Aura Mahathir isu baru PRU 14 selain kos sara hidup
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Aura Pengerui Pakatan Harapan (PH)Tun Dr Mahathir Mohamad, kini menjadi isu utama Pilihan Raya Umum ke-14 selepas kos sara hidup dan GST sebelum ini, kata penganalisis.
Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknonologi Malaysia (UTM) berkata, kedua-dua isu kini menjadi buah mulut di kalangan rakyat negara ini.
“Sebelum ini, hampir semua pusat kajian sepakat isu kos sara hidup yang tinggi serta dikaitkan dengan pelaksanaan GST menjadi isu utama tetapi kebelakangan ini naik satu lagi isu, aura Tun Dr Mahathir,” katanya.
Menurut Mazlan, aura bekas perdana menteri selama 22 tahun ini memberikan kesan besar di kalangan pengundi tegar (pengundi subjek) BN selama ini.
“Mana-mana Tun Mahathir pergi, orang akan datang melimpah ruah. Ini menunjukkan aura Mahathir ini,” kata beliau.
Sebelum ini, kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre dan Intitut Darul Ehsah (IDE) mendapati isu kos sara hidup dan GST menjadi isu utama pilihan raya kali ini.
Pakatan Harapan pula menjadikan penghapusan GST sebagai manifesto utamanya dan dijadikan janji untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari pertama kerajaannya.
Aura Mahathir pula dilihat memuncak selepas parlimen dibubarkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jelajah Pakatan Harapan (JPH) di Alor Setar Kedah, Utan Aji Perlis, Pasir Gudang dan Muar Johor, Temerloh Pahang dan terbaru di Langkawi menjadi petuntuk aura Dr Mahathir.
Puluhan ribu penyokongnya turun ke tapak perhimpunan di samping puluhan ribu juga menontonnya melalui siaran langsung internet.
mdl

Picture

2 ulasan:

  1. Sukar nak percaya dgn manusia tanpa prinsip mcm tun klepet...hehehehe
    Dulu mengata dapigs cina komunis..rasis..anti islam dsbnya.
    Demi harta dunia utk anak..waris..proksi dan kroni semuanya berubah.

    Macai2 doj bolehlah diperbodohkan tapi ABM tanpa mengira fahaman politik tetap menolak pakar rasuah..salahguna kuasa..diktator dan klepet2tokrasi tun klepet...hehehehe

    Macai doj...ada sesiapa yg boleh menjelaskan apakah cukai selain gst yg akan digunapakai oleh haprak jika berjaya ke putra jaya????
    Hehehehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekeke. Macai kalau nak bagi komen cuba baca sikit artikel. Dah sah macai fakenews suka meroyan. Kekeke. Terlebih togok nescafe 3 in 1 dalam de Vegas ke? Kekeke.



      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...