Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 30, 2018

Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar, kata pengkaji

Gelombang Dr Mahathir kini bergabung dengan Nik Omar, kata pengkaji
“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam. “Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan kajian beliau di kalangan pengguna media sosial.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Gelombang yang telah dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kini bergabung dengan gelombang yang terbina ekoran penyertaan anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, Nik Omar telah mencipta gelombang baru di kalangan pengundi pro Islam di negara ini khasnya di kalangan penyokong Pas.
“Selama ini golongan pro Islam ini mengundi Pas dan tidak akan mengundi parti lain kerana menganggap mereka tidak berapa Islam.
“Penyertaan Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka seolah-olah meletakkan logo ‘halal’ kepada PH dan AMANAH khasnya,” kata Mazlan berdasarkan kajian beliau di kalangan pengguna media sosial.
Berdasarkan perkara itulah, katanya, pemimpin dan penyokong Pas paling marah kepada Nik Omar sekarang.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hassan telah mengumumkan Nik Omar dipecat serta merta dari Pas sebaik saja beliau menjadi calon PH.
NIk Omar yakin politik Nik Aziz lebih dekat dengan PH.
Padahal ia tidak perlu dibuat kerana penyertaan Nik Omar ke dalam AMANAH bermakna keahlian beliau dalam Pas tergugur dengan sendirinya.
Bagi beliau, PH kini berjaya menggabung dua gelombang iaitu yang dihasilkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Nik Omar.
“Kalau Dr Mahathir Mohamad hasilkan gelombang di kalangan Melayu luar bandar yang menyokong Umno selama ini, Nik Omar telah melahirkan gelombang baru kepada pengundi yang menyokong PAS selama ini.
“Sebab itu, apabila Nik Omar menjadi calon PH di Cempaka, pemimpin dan cybertrooper Pas paling marah,” kata penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.
Berdasarkan kajian beliau terhadap trend di media sosial, Dr Mazlan mendapati, ramai pengundi yang selama ini mengundi atas kepentingan Islam mula memberikan keyakinan kepada Amanah dan PH dengan penyertaan Nik Omar.
Katanya, kalau selama ini pengundi pro Islam masih was-was apakah Amanah ini parti Islam atau tidak, penyertaan Nik Omar telah menghakis keraguan itu.
“Penyertaan beliau telah berjaya memecahkan doktrin bahawa hanya Pas parti Islam dan mereka mula fikir undi PH ini tidak ada masalah,” kata pengkaji politik UTM itu.
Sehubungan itu, beliau yakin penyertaan Nik Omar telah memberikan impak besar kepada politik orang Melayu yang selama ini pro Islam.
“Bagi saya ini satu kejayaan besar Husam Musa dalam karier politiknya khasnya di Kelantan,” katanya berdasarkan Pengerusi PH Kelantan itu yang berusaha membawa Nik Omar menjadi calon PH.
Nik Omar telah membuat kejutan apabila hadir ke pusat penamaan calon dan dinamakan sebagai calon PH untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Cempaka, Kelantan.
Ekoran itu, pelakon terkenal Wardina Suffiah berkata, sokongan beliau kepada Pakatan Harapan naik 100% dengan penyertaan Nik Omar ini.
mdl

Picture

Sabtu, April 28, 2018

Jumaat, April 27, 2018

Hot!! Orang Kuat Arwah TG Nik Aziz calon PH Tanah Merah

Husam memberikan sidang media selepas mengumumkan calon-calon PH di Kelantan malam tadi.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Bekas Setiausaha Akhbar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr. Mohamad Fauzi Zakaria diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan Kelantan dalam satu majlis di Kadok malam tadi.
Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa yang memperkenalkan semua calon PH dalam ucapannya berkata beliau adalah salah seorang daripada lima lulusan doktor falsafah (PhD) dalam senarai calon PH di Kelantan itu.
“Kita kemukakan team terbaik dalam satu pasukan berwawasan untuk dipilih rakayat.
“Kita yakin hidangan kita (senarai calon) jauh lebih baik dari Pas mahupun Barisan Nasional (BN),” katanya.
DR FAUZI…calon PH di parlimen Tanah Merah.
Calon-calon PH katanya memiliki gabungan pelbagai latarbelakang bagi mengendalikan sebuah kerajaan untuk menjayakan aspirasi rakyat.
“Kita kemukakan 6 doktor perubatan, 3 peguam, 5 pemegang ijazah doktor falsafah, tokoh-tokoh guru, bekas pengerusi suruhanjaya pilihanraya (SPR), pegawai kanan agensi ekonomi, 3 aktivis tuntutan royalti, ulamak, bekas pegawai kerajaan tempatan dan mereka yang rapat denngan masyarakat bawahan.
“Paling menarik untuk pertama kali dalam sejarah, kita kemukakan Orang Asli sebagai calon bagi menunjukkan keseriusan kita dalam membela golongan itu,” katanya.
Senarai penuh yang diumumkan adalah sebagaima berikut.
CALON PARLIMEN & DUN PAKATAN HARAPAN NEGERI KELANTAN​ PRU 14
✅KAWASAN PARLIMEN
P.019 TUMPAT
DATUK NORDIN SALLEH
P.020 PENGKALAN CHEPA
MOHAMAD BIN IBRAHIM
P.021 KOTA BHARU
HUSAM MUSA
P.022 PASIR MAS
CHE UJANG BIN CHE DAUD
P.023 RANTAU PANJANG
DR. WAN SHAH JIHAN BIN WAN DIN
P.024 KUBANG KERIAN
DATO DR. ABDUL HALIM BIN YUSOF
P.025 BACHOK
TUAN HJ ZULKIFLI ZAKARIA
P.026 KETEREH
DR MOHD RADZI JIDIN
P.027 TANAH MERAH
DR. MOHAMAD FAUZI BIN ZAKARIA
P.028 PASIR PUTEH
DATUK KAMARUDDIN MD NOOR
P.029 MACHANG
DATUK SAZMI MIAH
P.030 JELI
AZRAN DERAMAN
P.031 KUALA KRAI
DR MOHD YAZID BIN ABDULLAH
P.032 GUA MUSANG
MOHD NOR HUSSIN
✅KAWASAN DUN
N.01 PENGKALAN KUBUR
DATUK WAN ROSOI HJ MAT RASIK
N.02 KELABORAN
NIK FAIZAH BT NIK OTHMAN
N.03 PASIR PEKAN
WAN JOHARI WAN OMAR
N.04 WAKAF BHARU
UST MOHD KHIR ZAHRI
N.05 KIJANG
NASRUDDIN BIN ABDULLAH
N.06 CHEMPAKA
MOHAMMAD BIN OMAR
N.07 PANCHOR
ZULHAZMI HASSAN
N.08 TANJONG MAS
DR HAFIDZAH BT HAJI MUSTAKIM
N.09 KOTA LAMA
TAN SRI AB RASHID AB RAHMAN
N.10 BUNUT PAYONG
SANUSI OTHMAN
N.11 TENDONG
DR WAN MOHD ZULKHAIRI B WAN
MAD ZAIN
N.12 PENGKALAN PASIR
SHARANI BIN MOHD NAIM
N.13 CHETOK
ALI ABDU RAHMAN BIN HASAN
N.14 MERANTI
MOHD ROMIZU MOHD ALI
N.15 GUAL PERIOK
MOHD RIDZUAN BIN MUHAMAD
N.16 APAM PUTRA
MOHD HISYAMUDDIN BIN
GHAZALI
N.17 SALOR
HUSAM MUSA
N.18 PASIR TUMBOH
MOHD NOOR BIN MAT YAJID
N.19 DEMIT
DR WAN AHMAD KAMIL BIN WAN
ABDULLAH
N.20 TAWANG
MOHAMMAD AZIHAN BIN CHE
SEMAN
N.21 PERUPUK
DATUK ISMAIL GHANI
N.22 JELAWAT
MOHD FAHMI ZAKARIA
N.23 MELOR
AB AZIZ BIN AB KADIR
N.24 KADOK
CHE IBRAHIM MOHAMMAD
N.25 KOK LANAS
DR MOHD HANAFI ISMAIL
N.26 BUKIT PANAU
HISHAM BIN FAUZI
N.27 GUAL IPOH
MOHD SOBA BIN HUSSIN
N.28 KEMAHANG
BAHARI MOHAMAD NOR
N.29 SELISING
ISMAIL BIN MUHAMMAD
N.30 LIMBONGAN
ZARIR BIN YAAKOB
N.31 SEMERAK
WAN MARZUDIWAN OMAR
N.32 GAAL
AB RAHMAN YAACOB
N.33 PULAI CHONDONG
AB HALIM@KAMARUDDIN AB KADIR
N.34 TEMANGAN
MOHD RIDZUAN BIN ALIAS
N.35 KEMUNING
AB KADIR OTHMAN
N.36 BUKIT BUNGA
ASRAN ALIAS
N.37 AIR LANAS
DR AMINUDDIN YAACOB
N.38 KUALA BALAH
DR MOHD HAFIDZ RIZAL BIN
AMRAN
N.39 MENGKEBANG
WAN MOHAMMAD AZRAN BIN
AHMAD
N.40 GUCHIL
MOHD ROSLAN BIN PUTIH
N.41 MANEK URAI
MOHAMED DAHAN BIN MAT JALI
N.42 DABONG
WAN AHAMAD FADZIL BIN WAN
OMAR
N.43 NENGGIRI
HJ OTHMAN BIN YUSOFF
N.44 PALOH
HAJAH NORAINI BINTI HUSAIN
N.45 GALAS
NASIR DOLLAH
mdl
Picture

Khamis, April 26, 2018

Hot!! Bekas Ketua Cawangan Umno Kluang sokong calon Pakatan Harapan

Samsudin Mahmood
Beliau adalah Ketua Cawangan Umno Taman Seri Paya, Kluang, Johor selama 18 tahun dan kini beliau sudah meninggalkan parti tersebut.
Perkara itu berlaku terhadap individu yang bernama Samsudin Mahmood, 62, yang mendakwa beliau adalah ahli Umno sejak zaman beliau menjadi Pemuda Umno Bahagian tahun 1992.
Jawatan ketua cawangan itu disandang sehinggalah pemilihan pada tahun 2013 beliau menarik diri kerana berlaku krisis antara pihak cawangan dan bahagian yang diketuai oleh Datuk Jais Sarday.Menurutnya, jawatan yang tertinggi dijawat oleh beliau adalah Ketua Cawangan Umno dan pernah menjadi Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Kluang.
“Perjuangan Umno dilihat pincang setelah Jais Sarday sudah tidak mendengar lagi kata-kata orang bawahannya.
“Sistem menyusun kroni dan kuku besi turut dipratikkan oleh Umno Kluang di bawah pentadbiran Jais.
“Berlaku pertembungan antara Ketua Wanita Bahagian dengan Jais sendiri. Perkara itu boleh dijangka kerana Jais menjadi punca perbalahan tersebut,” luah beliau.
Sementara itu, pilihannya untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH) adalah didorong dengan rasa hormat terhadap calon PH di Mahkota, Mohd Said Jonit.
“Mad Said adalah individu yang saya kenal dari pemuda Umno lagi. Beliau komited dalam melakukan tugas yang diberi.
“Dari segi peribadi, Mad Said jauh lebih layak menjadi pemimpin berbanding dengan Jais yang berlaku sombong.
“Saya doakan Mad Said berjaya mendapatkan tempat di dalam Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) kali ini dan keputusan PH meletakkan Mad Said adalah tepat,” kata Samsudin.
Sebelum ini N29 Mahkota memperlihatkan pertembungan di antara Jais Sarday yang merupakan Exco Kerajaan Neger Johor yang menang kepada calon Pas, Khairul Faizi dengan majoriti 1108 undi.
mdl

Picture

Rabu, April 25, 2018

Jangan sedih tindakan SPR, lawan dengan bijak

Syarat baru SPR disifatkan sebagai menekan PH termasuk menghalang gambar Tun Mahathir dari digunakan pada bahan kempen.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Tindakan SPR meletakkan syarat baru, termasuk menghalang penggunaan gambar Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tindakan untuk menekan PH.
Ia perlu dilawan dengan pemikiran di luar kotak bukan dengan bersedih, kecewa dan mengalah dengan tekanan ini, kata penulis Biro Undang-undang AMANAH, Kanun.
“Tun Mahathir kini bukan sahaja menjadi ancaman kepada BN bahkan menjadi ancaman kepada SPR itu sendiri.
“SPR sudah dibayangi dengan bayang-bayang PH sehingga SPR mudah sekali menjadi alat untuk memenangkan BN,” kata tulisan itu.
Katanya, tiada rasionalnya untuk menghalang penggunaan gambar Tun Mahathir.
“Tun Mahathir bukanlah pengganas malah Tun Mahathir telah begitu berjasa kepada negara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri untuk tempoh 23 tahun,” katanya.
Tindakan SPR ini sangat pelik dan aneh. SPR terang-terang ingin mengikat PH daripada menggunakan gambar Tun Mahathir sebagai daya penarik kempen Pakatan Harapan, katanya.
“Hal yang sama tidak dihalang ke atas BN dan PAS,” tulis penulis Kanun dalam akhbar Mingguan Amanah yang bakal terbit Jumaat ini.
Bagi beliau, PH telah ditekan semenjak belum bermulanya penamaan calon.
“Selepas diikat sebegitu, PH akan ditendang dan dipukul sebelum dibenarkan bertarung atas padang yang tidak sama rata.
“Di manakah janji SPR untuk melaksanakan pilihan raya yang adil dan bersih?” kata tulisan itu.
Katanya, syarat yang sebegitu pelik tidak pernah dilaksanakan dalam mana-mana PRU yang lepas.
“Kali ini nampaknya ancaman PH begitu besar kepada BN,” katanya.
Ia bermula dengan persempadanan semula yang memihak kepada BN, kemudian diikuti dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan yang telah mengharamkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan seterusnya penwartaan hari Rabu sebagai hari mengundi, tulisnya.
“Kini terbaharu, SPR menggunakan kuasanya untuk menghalang pengunaan bahan kempen yang tidak adil,” katanya.
Bagi beliau, tindakan ini adalah tindakan yang berat sebelah dan tidak adil bagi PH.
“Namun, PH tidak seharusnya cepat kecewa dan mengalah dengan tindakan berat sebelah ini.
“PH masih lagi mempunyai cara-cara yang ampuh untuk menentang BN dan kuncu-kuncunya ini,” katanya.
Katanya, jika dilihat kepada Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), ianya hanya dirujuk kepada calon dan wakil calon (ejen pilihan raya) sahaja.
“Ini bermakna jika ianya dilakukan oleh pengundi itu sendiri maka ianya tidak bersalahan dengan mana-mana peruntukan undang-undang,” katanya.
Keduanya, bahan kempen yang dirujuk dalam seksyen tersebut adalah bahan kempen tradisional iaitu iklan, risalah, brosur, bendera, panji-panji, sepanduk, tetunggul, poster, pelekat, surat sebaran, label atau apa-apa bentuk papan iklan sementara sahaja.
“Ini bermakna bahan kempen moden tidak terikat dengan seksyen ini seperti penggunaan dalam laman web, facebook dan whatsapp.
“Begitu juga dengan wajah Tun Mahathir jika dicetak di atas baju atau topi tidaklah boleh dikatakan melanggar garis panduan tersebut.
“Justeru, PH perlu memaksimakan penggunaan teknologi terkini supaya tidak terikat dengan garis panduan SPR itu,” kata tulisan itu.
Maka, katanya, tindakan yang perlu dibuat oleh PH adalah untuk membanjirkan seluruh media sosial dan persekitaran dengan bahan kempen yang tidak termasuk dalam definisi bahan kempen di bawah Seksyen 24B itu.
“PH juga perlu menggalakkan pengundi untuk berpakaian yang mempunyai wajah Tun Mahathir.
“Bayangkan mesej yang boleh disampaikan kepada orang ramai jika jutaan pengundi memakai baju yang bercetak gambar Tun Mahathir.
“Oleh itu, penyokong PH usahlah berduka dengan garis panduan SPR ini. Yang penting adalah berfikir di luar kotak untuk mengakali akal SPR yang sempit ini,” katanya.
mdl

Picture

Selasa, April 24, 2018

Kerjasama Umno-Pas: Hanya calon SPM lawan tokoh Pas di Terengganu

Umno dan Pas kini sah sekapal.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Setelah kecoh menerima ‘derma’ dari Umno, kini media sosial kecoh pula isu calon Umno di Terengganu di kawasan tertentu yang katakan tidak berkelayakan.
Seolah-olah semacam wujud persefahaman antara kedua-dua parti berkenaan di negeri penyu itu, Umno meletakkan calon yang tidak layak untuk memenangkan Pas di kerusi-kerusi tertentu.
Paling ketara adalah calon Umno di parlimen Marang yang bakal ditandingi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi akan ditentang oleh calon Umno, Mohamad Nor Endut yang hanya bekelulusan SPM sahaja.
Mohamad Nor juga hanya AJK Umno Bahagian Marang dan bekerja sebagai Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Payong sahaja.
Tahun lepas, ketika Umno Bahagian Marang berjumpa dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, AJK Umno bahagian mencadangkan seorang pegawai tinggi kerajaan Terengganu menjadi calon mereka melawan Hadi.
Namun, cadangan itu ditolak oleh Najib dan meminta agar Hadi diberikan laluan, kata salah seorang ahli rombongan itu.
Calon-calon Umno yang bertanding di kerusi DUN Sura, Paka dan Wakaf Mempelam yang kuat Pas juga mempunyai kriteria yang sama, tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.
Di Wakaf Mempelam, satu kerusi yang kuat Pas, Umno juga meletakkan calon yang hanya berkelulusan SPM di situ.
Hadi diberikan laluan oleh Umno tetapi akan ditentang oleh calon dari PH.
Umno bakal mencalon Salleh Othman, 59 tahun, penyelaras DUN Wakaf Mempelam sebagai calon mereka di situ.
Pas akan meletakkan Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di situ.
Di DUN Sura, Umno bakal meletakkan Datuk Hajjah Zainon Abu Bakar, 65, yang tidak dinyatakan mempunyai sebarang kelulusan akademik dalam borang biodatanya sebagai calon.
Zainon, bendahari Wanita Umno Terengganu adalah pegawai pembangunan DUN Sura.
Pas bakal meletakkan Wan Hapandi Wan Nik, penyandang kerusi itu sekarang sebagai calonnya di kerusi ini.
Di Paka, Umno juga mengambil pendekatan yang sama apabila meletakkan mereka yang berkelulusan SPM sahaja di kerusi timbalan pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat itu.
Umno bakal mencalonkan penyelaras Dun Paka, Tengku Hamzah Tengku Draman di kerusi itu.
Pakatan Harapan (PH) pula meletakkan Ketua Pemuda AMANAH Terengganu, Hasbie Muda sebagai calonnya di situ.
Sebelum ini, bekas naib presiden Pas yang kini naib presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Pas menerima wang sebanyak RM2.5 juta dari Umno.
RM1.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Pas Pusat manakala RM1.0 juta lagi ke dalam akaun amanah tiga pemimpinnya termasuk Satiful Bahri Mamat.
AJK Pas Pusat yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki mengakui penerimaan wang itu tetapi ia adalah wang derma individu bukan dari Umno.
Sebelum ini, seorang lagi AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, melalui satu audio yang dikatakan suaranya mengaku menerima wang dari Umno.
Menurut suara yang dikatakan suara beliau itu, Presiden Pas dan lain-lain pemimpin kanan parti itu juga menerima wang dari Umno.
mdl

Picture

Isnin, April 23, 2018

Ahad, April 22, 2018

Terima jutaan ringgit wang Umno: ‘Undi Pas = Undi BN’

Mohamad Sabu
Sikap BN yang menyebelahi Pas dan pada masa sama pimpinan parti diterajui Abdul Hadi Awang itu mengaku menerima ‘derma’ mencecah jutaan ringgit menjadikan kedua-dua parti tersebut tiada bezanya lagi.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, hubungan BN-Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini menunjukkan mereka berkawan ketika Bersatu dan PH ditekan.
“Pilihan raya yang berlangsung lagi dua minggu ini kita sudah kenal siapa kawan, siapa lawan. Kawan kita adalah Bersatu, KeADILan, DAP, AMANAH sudah tentu kawan serta NGO-NGO bersama kita.
“Lawan kita BN-Pas. Mengundi Pas sama dengan mengundi BN. Sebab mereka satu dalam dua, dua dalam satu,” tegasnya sempena Makan Malam Dana dan Amanat PRU-14 AMANAH di Kompleks Desa, Kepong malam tadi.
Menurutnya, pimpinan Pas sekarang sudah menggunakan alasan sama seperti Pengerusi BN berhubung penerimaan wang dalam jumlah yang amat besar menerusi akaun bank.
“Sekarang, ‘bahasa’ sudah bertukar. Najib mahaguru politik Malaysia. Itu (derma RM2.6 bilion) sedekah Pak Arab. Rupanya ayat itu juga yang diguna oleh Pas sekarang.
“Kami (Pimpinan Pas) ada orang sedekah RM2.5 juta.
“Siapa nak sedekah sebanyak itu?” bidasnya mengaitkan pengakuan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki pada 19 April lalu yang mengesahkan Pas menerima wang sebanyak itu pada tarikh 23 Mac 2018.
Pengerusi BN dan Presiden Pas sudah beberapa kali sepentas dalam program sama sejak akhir 2015.
Tiga tahun lalu, Pengerusi BN Najib Razak pada mulanya menganggap pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) tentang kemasukan hampir AS$700 (RM2.6 bilion) ke akaun peribadinya sebagai fitnah dan konspirasi pembangkang.
Namun, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari 2016 berkata, siasatannya mendapati jumlah RM2.08 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013.
Bahkan, Apandi memberitahu RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.
Mengulas lanjut, Mohamad menganggap Pas pada masa ini bukan lagi parti pembangkang sebenar yang menentang rejim BN pada PRU-14.
“Bila parti pemerintah sedekah kepada parti yang nak lawan dia, ertinya mereka berkawan.
“Bila dia tekan parti Bersatu bererti Bersatu sebenarnya pembangkang yang mahu lawan kerajaan Najib,” tegas mantan Timbalan Presiden Pas itu diikuti tepukan gemuruh hadirin di Dewan Perdana Zafran.
Sehubungan itu, Timbalan Presiden PH berkenaan menyifatkan pemilihan Bersatu sebagai kawan untuk menentang BN sebagai pilihan tepat.
“AMANAH memilih Bersatu adalah pilihan yang tepat untuk menghadapi BN. Kita memilih kawan yang tepat sebab kalau pembangkang yang nak lawan itu dibeli dengan duit, itu bukan lawan tapi nak berkawan.
“Sebab itu, bendera BN dan Pas naik serentak. Kami dulu naik pokok kelapa, tebang pokok buluh, pinang.
“Sekarang bendera Pas naik dengan (tiang) besi, naik poster besar dengan kren. Kami dulu kutip duit merata pakai plastik.
“Orang kata parti kopiah bergerak,” seloroh Mohamad lagi yang dikenali sebagai pimpinan yang mampu menyelitkan unsur humor meskipun pengisian ceramahnya adalah serius.
mdl

Picture

Sabtu, April 21, 2018

Gelombang PH sudah melanda Johor, kubu BN bocor

Hisomuddin Bakar bimbang kegagalan pollsters di Amerika mengganggu industri yang sama di negara ini.
Hisomuddin meramalkan kubu BN ini akan jatuh ke tangan PH dalam PRU 14.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Hampir sebulan lalu, ketika parlimen belum dibubarkan, pengkaji politik Mohamad Hisomuddin Bakar yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan negeri kubunya Johor dalam pilihan raya umum ke 14 ini.
Namun, malam kelmarin, apabila beliau turun ke majlis Jelajah Pakatan Harapan (JPH) di Pagoh, Johor, beliau berpendapat gelombang PH sudah melanda Johor.
“Bagi saya gelombang PH sedang melanda Johor dan juga sebahagian Pahang,” kata Hisomuddin ketika mengulas perkembangan terbaru politik Malaysia seminggu sebelum penamaan calon PRU 14 pada  28 April ini.
Beliau yang turut berada di Pagoh kelmarin berkata, yang lebih menarik dalam JPH Pagoh adalah penyertaan anak muda yang sangat ramai.
Sebelum itu, JPH berlangsung di Pasir Gudang dan Muar, Johor turut mendapat sambutan yang sama.
“Bayangkan, kereta terpaksa diletakkan sepanjang tiga kilometer sepanjang jalan masuk ke tempat perhimpunan, satu KM di kiri dan dua KM di kanan, dan yang ramai datang adalah anak muda.
“Bila saya tanya kenapa mereka datang, mereka kata kami tak mahu susahkan diri selama lima tahun lagi jika undi BN, cukuplah apa yang kami lalui sekarang,” cerita Hisomuddin tentang perhimpunan di Pagoh, kawasan yang akan ditandingi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyidin Yassin itu.
Orang ramai memenuhi perhimpunan Jelajah PH di Pagoh malam kelmarin.
Anak-anak muda ini bercerita, BN ada menawarkan kepada mereka RM50 hingga RM70 satu malam untuk memasang poster mereka.
“Kami tak mahu senang sekejap tetapi susah lima tahun lagi,” cerita Hisomuddin tentang apa yang dikatakan anak muda ini kepada beliau di Pagoh.
Menurut Hisomuddin, dengan gelombang ini, hampir kesemua kerusi marginal di Johor akan jatuh ke tangan PH dalam PRU 14 ini.
“Bila kerusi marginal jatuh, bermakna Umno terpaksa bertahan di kerusi luar bandar sahaja dan terlepas bandar dan pinggir bandar,” katanya.
Bagi Hisomuddin, turut akan menjadi korban gelombang ini adalah Pas yang tidak berada dalam arus utama ini.
“Saya boleh jangkakan Pas akan ‘wipe out’ (disapu bersih) kali ini kerana mereka tidak ada dalam arus ini,” kata beliau.
Pada penghujung Mac lalu, Hisomuddin meramalkan hanya pengundi yang tinggal di sekitar lebuh raya Utara Selatan (PLUS) sahaja mula berubah ke arah PH manakala yang tinggal di pendalaman khasnya di pantai timur Johor masih senang dengan Umno dan BN.
Ketika itu, Pengarah Eksekutif Ilham Center itu berkata Johor akan kekal jadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional.
“Pengundi Melayu di sekitar laluan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) seperti Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru mula dilihat berubah tetapi pengundi di luar bandar khasnya pantai timur Johor seperti Mersing, Kota Tinggi dan Pengerang masih kekal dengan BN,” kata Hisommudin.
Kajian kumpulan fokus yang beliau buat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerang di bawah Parlimen Air Hitam dan kawasan Felda di Johor ketika itu, beliau mendapati secara keseluruhannya, majoriti pengundi Melayu Johor masih mahu kekal bersama Umno berbanding berpindah kepada PH.
mdl

Picture

Jumaat, April 20, 2018

Aura Mahathir isu baru PRU 14 selain kos sara hidup

Aura Mahathir isu baru PRU 14 selain kos sara hidup
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Aura Pengerui Pakatan Harapan (PH)Tun Dr Mahathir Mohamad, kini menjadi isu utama Pilihan Raya Umum ke-14 selepas kos sara hidup dan GST sebelum ini, kata penganalisis.
Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknonologi Malaysia (UTM) berkata, kedua-dua isu kini menjadi buah mulut di kalangan rakyat negara ini.
“Sebelum ini, hampir semua pusat kajian sepakat isu kos sara hidup yang tinggi serta dikaitkan dengan pelaksanaan GST menjadi isu utama tetapi kebelakangan ini naik satu lagi isu, aura Tun Dr Mahathir,” katanya.
Menurut Mazlan, aura bekas perdana menteri selama 22 tahun ini memberikan kesan besar di kalangan pengundi tegar (pengundi subjek) BN selama ini.
“Mana-mana Tun Mahathir pergi, orang akan datang melimpah ruah. Ini menunjukkan aura Mahathir ini,” kata beliau.
Sebelum ini, kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre dan Intitut Darul Ehsah (IDE) mendapati isu kos sara hidup dan GST menjadi isu utama pilihan raya kali ini.
Pakatan Harapan pula menjadikan penghapusan GST sebagai manifesto utamanya dan dijadikan janji untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari pertama kerajaannya.
Aura Mahathir pula dilihat memuncak selepas parlimen dibubarkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jelajah Pakatan Harapan (JPH) di Alor Setar Kedah, Utan Aji Perlis, Pasir Gudang dan Muar Johor, Temerloh Pahang dan terbaru di Langkawi menjadi petuntuk aura Dr Mahathir.
Puluhan ribu penyokongnya turun ke tapak perhimpunan di samping puluhan ribu juga menontonnya melalui siaran langsung internet.
mdl

Picture

Khamis, April 19, 2018

Penyokong Umno ganggu ceramah ‘berjangkit’ pada penyokong taksub Pas

Sulaiman Ibrahim
Sulaiman Ibrahim
Sikap penyokong Umno-BN yang mencetuskan provokasi ketika ceramah blok parti pembangkang pada musim pilihan raya lima tahun lalu dilihat sudah ‘berjangkit’ kepada penyokong Pas menjelang PRU14 ini.
Ketua AMANAH Sik, Sulaiman Ibrahim memberitahu, terdapat penyokong tegar Pas yang membuat kecoh ketika berlangsungnya Ceramah Kelompok Dun Kamunting malam tadi.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
“Tempat ceramah betul-betul berhadapan markas operasi Pas Kampung Jana, Kamunting. Jentera Pas ada lebih kurang 20 orang di markas tersebut.
“Selepas saya habis ceramah sebentar tadi, ada sedikit kekecohan dan provokasi dari ahli Pas menggangu perjalanan ceramah di saat-saat akhir. Akhirnya, dapat ditenangkan,” tulisnya di Facebook.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan sebagai tanda ikatan silaturahim, Sulaiman bagaimanapun bersalaman dengan penyokong-penyokong Pas yang amat marah ketika itu sejurus selesai berceramah.
Pengarah Biro Tanah, Pertanian dan Luar Bandar AMANAH Kedah itu berkata, sikap mereka terbabit berbeza dengan Pakatan Harapan yang tidak pernah menganggu mana-mana ceramah Pas.
“Dulu masa saya dalam Pas, apabila waktu ceramah, orang Umno suka melakukan provokasi dan menggangu program tapi sekarang perangai Umno tersebut ada dalam diri Pas.
“Saya nak beritahu pada Pas, kami Pakatan Harapan tidak pernah mengganggu ceramah yang dianjurkan oleh Pas.
“Sekali lagi saya ingatkan kepada penyokong Pas hentikanlah provokasi dan kembalilah kepada perjuangan yang sebenar,” tambahnya lagi.
Turut berceramah dalam program di Dun Kamunting itu adalah bekas Exco kerajaan negeri Perak, Zainuddin Mohd Yusof; Timbalan Ketua AMANAH Taiping, Dr Ir Muhd Fadhil Nuruddin dan Gamma, Rosli Muhd Syarif.
N.16 Kamunting terletak di bawah Parlimen Taiping selain N.17 Pokok Assam dan N.18 Aulong. Terdapat 26,925 pengundi di Kamunting daripada jumlah keseluruhan 86,432 pemilih berdaftar di P.060 Taiping.
Lokasi ceramah PH Taiping bertentangan dengan markas operasi Pas di Kampung Jana, Kemunting.

mdl

Picture

Rabu, April 18, 2018

Pas terima duit Umno: Syed Azman sahkan suara Nik Abduh 100 peratus

Pas terima duit Umno: Syed Azman sahkan suara Nik Abduh 100 peratus
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Bekas Setiausaha Politik Presiden Pas,  Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi secara terang-terangan mengesahkan bahawa audio yang dikatakan suara Nik Abduh Nik Aziz  adalah benar 100 peratus.
Rakaman ucapan Dr Syed Azman itu dibuat ketika berceramah di Kedah yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial menerusi  klip video di laman Youtube berdurasi 2 minit 25 saat.
Syed Azman mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena dan Presiden AMANAH  Mohamad Sabu mengenai audio suara Nik Abduh itu adalah benar.
“Saya nak buat pengesahan bagi apa yang disebut Mahfuz. Sumber kewangan Umno yang disalurkana kepada Pas.
“Saya pada malam ini mengesahkan 100% Umno sedang membantu Pas untuk menghancurkan Pakatan Harapan.
“Saya nak sahkan audio yang telah tersebar luas seluruh negara yang bernama Nik Abduh adalah audio yang 100 peratus sah takda takwil lagi.
“Jika Nik Abduh tak berani untuk mengesahkan, saya ‘bagi pihak’ Nik Abduh suaranya, 100 peratus daripada Nik Abduh.
“Sebagaimana disebut Presiden AMANAH hubungannya dengan Umno dan CIA…tak terbayang boleh berkawan dengan CIA dan FBI.
“Zaman kami dulu tidak sampai tahap itu. Pada malam ini saya sahkan itu ucapan Nik Abduh yang tersebar luas yang telah memecah-belahkan pimpinan Pas.
“Yang telah meletakkan kawan-kawan menjadi mangsa apa yang dilakukan konspirasi jahat oleh mereka yang mana dalang dibelakangnya adalah pemimpin-pemimpin Umno dan BN,” ujarnya.
Beliau turut menggesa rakya negeri Kedah bersama PH memberi sokongan dan dokongan kepada Pakatan Harapan.
Pada Februari lalu, klip audio di media sosial yang didakwa sebagai ‘bukti’ penyaluran wang oleh Umno kepada Pas tular di media sosial
Rakaman selama seminit 18 saat itu mendakwa Pas meminta RM2 juta daripada Umno dan ia dibuat dengan pengetahuan seorang pemimpin kanan Pas.
Antara lain, wang berkenaan didakwa bertujuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak dan untuk menjatuhkan DAP.
Sementara itu, versi penuh audio tersebut disebar di media sosial kemudiannya antara lain mendedahkan beberapa pimpinan Pas mengambil wang daripada Umno selain suara yang dikatakan mirip Nik Abduh itu mendakwa mempunyai hubungan dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.
Bagaimanapun Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu menafikannya dan menyifatkannya sebagai “karut, mengarut dan fitnah” terhadap dirinya serta Pas.
mdl
Picture