Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mac 13, 2018

Nik Omar pewaris Nik Aziz dalam politik Kelantan?

Nik Omar pewaris Nik Aziz dalam politik Kelantan?

NIK Abdul Aziz Nik Mat, pemimpin ternama PAS meninggalkan legasi besar dalam parti itu tetapi tidak semua anak lelakinya kini kekal dalam parti Islam tersebut.
Ada di kalangan cahaya matanya itu cenderung untuk menyertai parti seteru PAS iaitu Amanah dan mungkin menjadi calon menteri besar untuk parti tersebut.
Bagaimanapun The Malaysian Insight difahamkan anak lelaki sulung Nik Abdul Aziz itu, Nik Omar, 54, hingga sekarang masih belum menegaskan minatnya itu disebabkan tekanan keluarga.
Nik Omar dikatakan sukar untuk menzahirkan minatnya itu kerana allahyarham bapanya merupakan seorang bekas menteri besar dan pemimpin PAS paling dihormati.
Orang yang paling dihormati oleh Nik Omar iaitu ibunya Tuan Sabariah Tuan Ishak pula tidak senang jika beliau menyertai Amanah dan bertanding pilihan raya kerana bimbang akan berlaku perpecahan dalam keluarga besar Nik Aziz itu.
"Nik Omar ini sangat minat untuk menyertai dan aktif dalam Amanah tetapi kerana tekanan keluarga, nampaknya sukar bagi beliau," kata Dr Mujahid Yusof, rakan rapat Nik Omar.
Lebih-lebih lagi memandangkan Amanah sudah diberikan pelbagai label buruk oleh pemimpin PAS termasuk oleh adik beliau sendiri, Nik Abduh.
Nik Abduh merupakan AJK PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Pasir Mas.
Seorang lagi adik beliau, Nik Rahim adalah aktivis Ikatan Muslimin Malaysia, sebuah pertubuhan Islam yang sering meraih kontroversi atas pendirian berhubung isu melibatkan agama Islam dan bangsa Melayu.
Adik beliau seorang lagi, Nik Adli adalah bekas tahanan ISA yang didakwa terlibat dalam kegiatan militan ketika belajar di Pakistan dahulu.
Namun tumpuan utama kini adalah pada Nik Omar, yang sudah disebut-sebut sebagai antara calon parti Amanah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Nik Omar kini mewarisi sekolah agama yang diasaskan oleh ayah beliau, iaitu Madrasah Darul Anuar di Pulau Melaka yang terletak bersebelahan dengan rumah Nik Aziz.
Sebagai pengetua sekolah agama swasta ini, Nik Omar mahu menjadikan sekolah ini sebagai penyambung pemikiran Nik Aziz khususnya dalam bidang pendidikan.
Beliau juga mahu sekolah ini menyelami suasana pendidikan yang diterima Nik Aziz semenjak kecil sehingga mencorakkan kehidupannya.
Bakal menteri besar
Sebagai anak bekas menteri besar paling berpengaruh di Kelantan, Nik Omar juga disebut sebagai antara calon menteri besar Kelantan jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Kesesuaian Nik Omar menggantikan arwah ayahnya sebagai menteri besar disebut oleh Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa dalam beberapa majlis sejak November 2016.
Malah, Amanah sanggup memberi kemenangan percuma sekiranya PAS meletakkan Nik Omar sebagai calon di sebuah DUN yang pernah diwakili Nik Abdul Aziz, kata Husam.
"Kalau PAS calonkan Nik Omar untuk DUN ini, pihak kita tidak akan meletakkan calon lain dan mahu beliau menang seperti arwah ayahnya mewakili rakyat di sini," kata Husam seperti dipetik dalam laporan Malaysia Dateline.
Nama Nik Omar kembali disebut sebagai bakal calon MB Amanah pada bulan lalu apabila Istana Kelantan memberi isyarat negatif kepada Husam dengan menarik balik darjah kebesarannya.
Namun rakan rapat beliau, Mujahid, tidak berapa setuju dengan cadangan mencalonkan Nik Omar sebagai menteri besar kerana berpendapat, ulama tersebut tidak suka terlibat dalam suasana politik yang sentiasa tegang.
"Nik Omar ini orangnya lembut. Beliau tidak suka suasana tegang dan seumpamanya yang menjadi kebiasaan dalam politik. Jadi saya tidak fikir beliau sesuai untuk menjadi MB kerana ia perlukan orang yang keras hati," kata Mujahid.
Mujahid, ahli Parlimen Parit Buntar, Perak mengenali Nik Omar dengan rapat kerana pernah tinggal bersama selama lima tahun ketika sama-sama belajar di Universiti Al Azhar, Mesir lebih 30 tahun lalu.
"Dia lebih senior setahun daripada saya tetapi kerana kedua-dua kami anak pemimpin kanan PAS ketika itu, hubungan kami sangat rapat," kata naib presiden Amanah yang merupakan anak mursyidul am PAS pertama, Yusof Rawa itu.
Nama Nik Omar turut disebut dalam rundingan kerusi PH Kelantan. Beliau dikatakan akan diletak oleh Amanah di kerusi DUN Kijang yang terletak dalam Parlimen Pengkalan Chepa, kubu PAS selama ini.
"Amanah juga sedia meletakkan beliau di kerusi ayahanda beliau dulu, Chempaka jika beliau sedia bertanding," kata Mohamad Zainal Abidin Hussein, AJK Amanah Kelantan.
Namun, kata Zainal, sehingga kini belum ada kata putus sama ada Nik Omar sedia bertanding atau tidak.
"Kita tidak tahu lagi sejauh mana kesediaan beliau bertanding dalam pilihan raya kali ini sebab dia terikat dengan keluarganya.
"Namun sejak timbul isu audio yang dikatakan suara adiknya Nik Abduh itu, suasana agak lain," kata Zainal.
Beliau merujuk kepada penularan satu rakaman audio yang mendakwa Nik Abduh terbabit mengatur kerjasama di antara PAS dan Umno dengan melibatkan sejumlah wang.
Nik Abduh bagaimanapun menafikan beliau merupakan individu yang bercakap dalam rakaman yang tersebut, namun Zainal mendakwa, kesannya sudah dapat dilihat.
"Ada ahli keluarga besar Tok Guru (Nik Aziz) yang kata, dengan audio ini Nik Abduh akan kalah di semua kerusi jika beliau bertanding," kata Zainal yang merupakan bekas pegawai penyelidik di Pusat Kajian Strategik (PKS), sebuah badan di bawah kerajan negeri Kelantan.
Berdasarkan perhitungan kasar itu, sekiranya Nik Abduh tidak lagi memegang kuasa politik, hanya Nik Omar sahajalah merupakan pewaris keluarga Nik Aziz dalam arena politik di Kelantan.

www.themalaysianinsight.com

Picture

19 ulasan:

  1. Anak2 ATGNA semestinya berada didalam PAS, kalau ada yang keluar daripada perjuangan PAS, mereka tetap anak ATGNA tapi tidak akan menjadi pewaris ATGNA didalam politik, kerana apa? Kerana ATGNA tidak pernah berundur membawa perjuangannya bersama PAS hingga ke akhir hayat beliau, kalau tidak bersama PAS mereka bukan pewaris ATGNA walaupun mereka adalah anak2 ATGNA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok saja contoh dari anak2 kepada ATGFN dan ATGYR, amat berbeza sekali perwatakan mereka denga arwah bapa2 mereka. Mereka sanggup dibaruakan oleh kafir DAP demi sedikit dedak.

      Padam
  2. Kekeke. Ana tahu. Ana tahu. Ana sumpah enta jadi abu. Kalau jadi abulah. Kekeke. Ana ambil duit umno. Tok Guru ambil duit umno. SEMUA ambil duit umno. Ana cuma minta jangan pecah. Jangan pecah. Kekeke. No komen. Umat Islam tak makan duit rasuah. Kekeke.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tak laku dah setakat audio orang mabuk pil kuda, mung ni senang sangat diperdaya, bukti takde terus percaya......kehkehkeh

      Padam
    2. Kekeke. Ana tak beritahu enta sebab ini level lain. Bukan level menantu. Kekeke. Level macai lagi bawah. Ana tahu. Ana tahu. Eh. Betul ke ni? Betullah. Ana tahu. Kekeke.



      Padam
    3. Level 21 ke?....kehkehkeh

      Padam
    4. Kekeke. Level Lebai suci macai. Level Lebai suci tak akan disoal malaikat kalau ambil duit umno. Kekeke. Kalau duit asal curi daripada 1MDB 42b? Lebai suci kata malaikat tak berani tanya. Sebab ada cash is king. Kekeke. Cash now is already kong. Kekeke.



      Padam
    5. Malaikat akan soal jugak kenapa ambil kafir jadi pemimpin? Kenapa fitnah?kenapa banyak sangat maksiat? kenapa banyak sangat rasuah sampai level 21... kehkehkeh

      Padam
  3. Dulu Rasulullah menceritakan perihal uwais alqarni yg dijamin syurga dan menasihatkan para sahabat mencari kebaikan dari uwais.... siapa uwais..?
    Beliau cuma seorang miskin yg terlalu rindukan untuk menemui rasululLah saw TETAPI terhalang oleh hasrat ibunya yg uzur yg beralasan jika beliau pergi, maka siapalah akan menjaga sang ibu... lalu uwais tangguhkan.
    Sehinggalah kerinduannya tidak tertahan, si si ibu dikendong dlm suatu perjalanan yg jauh demi islam.. akhirnya tibalah beliau ke mekah dan jadilah dia orang yang dimuliakan kekasih Allah kendatipun tidak sempat mereka bersua.. soalnya Adakah Uwais itu derhaka mengingkari si ibu demi perjuangan agama...?

    Buat tuan haji nik omar, ambillah iktibar kisah ini.. kami amat memerlukan diri tuan untuk merangsang perjuangan. Selesakah tuan hidup tanpa endahkan derita rakyat yg ramai dari kalangan kami adalah islam semata kerana tekanan keluarga sedang di sini kami hidup dalam kesengsaraan penjual agama dan penjual bangsa... bukan semua engkar itu durhaka, dan bukan semua ta'at itu pahala... kerna yg tahu hati manusia, hanyalah Allah yg esa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takkan Nik Omar nak pilih gabungan 21, lebih mulia kalau pilih perjuangan parti yang nilai integriti dan kejujurannya tiada bandingan, takkan Nik Omar nak bersekongkol dengan 21 perasuah, beliau bukan terencat akal.

      Padam
    2. Kenapa rasululaLah pernah meminta diberikan sahabat salah satu antara dua 'umar (umar alkhattab atau 'umar al-jahsyi SEDANG KEDUANYA adalah musuh tegar umat islam...? Kerana Allah itu menguasai semua ilmu sedang kita hanyalah zarah kecil di bumi melayu yg cukup kecil berbanding dunia, sedang dunia hanya item amat kecil dlm galaksi bima saksi.. sedang galaksi bimasakti sendiri hanyalah galaksi antara yg terkecil di kalangan jutaan gaalaksi.... alangkah kecilnya kita TAPI kenapa kita sombong...? Tuhan kurniakan akal agar kita jadi mulia.. marilah kita berfikir dgn jujur.... tq

      Padam
    3. Mung kena tengok dulu siapa yang harus Nik Omar bertemu, Uwais kendong ibunya semata-mata nak bertemu dengan Rasulullah SAW, takkan mung nak suruh Nik Omar kendong Datin Tuan Sabariah pergi jumpa Mahathir dan Kafir Lim Kit Siang, siap haribulan Mahathir akan kafirkan Nik Omar dengan ibundanya, kan Mahathir suka mengkafirkan orang PAS......kehkehkeh

      Padam
    4. Maksud jumpa rasululLah bukan semata2 nak jumpa tapi nak dapatkan kebaikan dari ajaran dan akhlak islam... nak berhujah pon guna la bahasa sopan sdre... bahasa menunjukkan agama... bukan hentam keromo... salam....

      Padam
    5. Ajaran dan akhlak Islam dah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui Al Quran dan As Sunnah bukan ikut ajaran parti gabungan level 21, dah nampak dan akhlak rosak tak perlu la mung nak cerita hal-hal berkaitan dengan akhlak, kami lagi maklum dari mung, kat mana bahasa yang tak sopan dengan ulasan aku kat atas tu?

      Padam
    6. Kekeke. Biasanya aku biarkan sahaja macai jenis mulut tangan cirit-birit macam ini Zhuge Liang. Orang yang bijak dia takkan layan macai macam ini sebab dah tahu tak sekufu. Jadi macai kena faham mengapa komen dia kurang diberikan perhatian.. tapi macai sangat beri perhatian kepada komen lain terutamanya macam aku. Kekeke. Macai jenis biadap macam ini sampai YDPA pun dia nak buat jadi modal politik. Mungkin sebab dalam pas dan umno ada yang berakal sikit bagi teguran kepadanya baru dia berhenti macam Nik Ammar dan Khalil yang bengong nak buat Raja Melayu jadi modal politik. Kekeke.




      Padam
  4. Dulu Rasulullah menceritakan perihal uwais alqarni yg dijamin syurga dan menasihatkan para sahabat mencari kebaikan dari uwais.... siapa uwais..?
    Beliau cuma seorang miskin yg terlalu rindukan untuk menemui rasululLah saw TETAPI terhalang oleh hasrat ibunya yg uzur yg beralasan jika beliau pergi, maka siapalah akan menjaga sang ibu... lalu uwais tangguhkan.
    Sehinggalah kerinduannya tidak tertahan, si si ibu dikendong dlm suatu perjalanan yg jauh demi islam.. akhirnya tibalah beliau ke mekah dan jadilah dia orang yang dimuliakan kekasih Allah kendatipun tidak sempat mereka bersua.. soalnya Adakah Uwais itu derhaka mengingkari si ibu demi perjuangan agama...?

    Buat tuan haji nik omar, ambillah iktibar kisah ini.. kami amat memerlukan diri tuan untuk merangsang perjuangan. Selesakah tuan hidup tanpa endahkan derita rakyat yg ramai dari kalangan kami adalah islam semata kerana tekanan keluarga sedang di sini kami hidup dalam kesengsaraan penjual agama dan penjual bangsa... bukan semua engkar itu durhaka, dan bukan semua ta'at itu pahala... kerna yg tahu hati manusia, hanyalah Allah yg esa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun masuk PAN, Nik Omar pun tak mampu nak jadikan angka 21 kepada 0, anak2 dan isteri ATGNA dibenci oleh Mahathir, sampai sekarang pun Mahathir masih lagi menghina ATGNA diceramah PPBM dan mengkafirkan seluruh ahli dan pemimpin PAS, tak kan la Nik Omar terencat akal sampai tak boleh berfikir secara rasional....

      Padam
    2. Zhuge Liang, Uwais Alqarni menggendong ibunya kerana menunaikan hajat ibunya untuk ke Mekah menunaikan haji, jangan nak seleweng cerita sebenar, Uwais tak pernah menderhaka kepada ibunya.

      Cuma ada satu permintaan daripada ibunya yang meminta Uwais supaya berdoa kepada Allah agar disembuhkan penyakit yang ditanggungnya dan Uwais menolak permintaan ibunya kerana penyakit ini datang dari Allah jua, maka si ibu berkata, "jangan derhaka kepada ibu, tunaikanlah permintaan ibumu ini"

      Uwais tiada pilihan lagi dan Uwais terpaksa berdoa kerana tidak mahu jadi anak yang derhaka dan secara cepat doanya dimakbulkan oleh Allah SWT.

      Uwais adalah makhluk yang terkenal dilangit dan tidak terkenal dibumi.

      Padam
  5. Enta silap fakta... uwais bukan nak pergi haji tapi nak jumpa face to face dng muhammad s.a.w.... mmg betul uwaid x derhaka.. yg derhaka nik abduh (bukan ambo kata, dia sendiri yg kata ayah dia anggap dia derhaka...)
    Xpayah nak tegak pendirian salah la tuan2. Yg penting kita sama2 jatuhkan najib dan bn dmwmi rakyat....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...