Iklan Penaja 1

Picture

Sabtu, Mac 31, 2018

Hot!! Gelombang perubahan bergerak dari utara

Perhimnpunan di Guar Chempedak, Alor Setar disertai puluhan ribu peserta.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Gelombang Pakatan Harapan (PH) kini bergerak dari utara ekoran sambutan hebat pengundi di Kedah dan Perlis terhadap Jelajah Pakatan Harapan (JPH) kelmarin dan malam tadi.
Selepas berjaya menarik puluhan ribu penyokong di Kedah, JPH membuat kejutan lagi di Perlis, negeri yang selama ini kurang cenderung dengan himpunan politik.
Dalam himpunan JPH di Utan Aji malam tadi, ribuan rakyat Perlis menyertai perhimpunan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail itu.
Kedua-duanya dinamakan sebagai bakal perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika PH menang dalam PRU 14 nanti.
Kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE) berakhir 26 Mac lalu mendapati Kedah akan jatuh ke tangan PH dalam PRU 14 nanti.
Faktor utamanya adalah pengaruh Tun Dr Mahathir dan anaknya Mukhriz, bekas menteri besar Kedah yang diberhentikan oleh BN.
Merdeka Centre pula meramalkan gelombang politik akan berlaku di Kedah.
“Insya Allah gelombang politik akan bergerak dari utara ke selatan,” kata seorang pemerhati politik melihat kepada apa yang berlaku di Kedah kelmarin dan Perlis malam tadi.
Presiden PH, Dr Wan Azizah sendiri terkejut dengan sambutan di Kedah dan Perlis itu.
“Hebat sambutan rakyat Perlis! Gelombang Pakatan Harapan bakal tumbangkan kerajaan GST Barisan Nasional,” tulis beliau dalam Facebooknya.
Semasa JPH di Kedah, beliau menulis “Lautan manusia di Jelajah Pakatan Harapan Kedah sekarang ini. Tahniah rakyat Kedah!”
Politik Perlis yang biasanya sejuk telah panas malam tadi apabila mereka menyertai JPH di Utan Aji.
mdl

Picture

Jumaat, Mac 30, 2018

Lautan rakyat Kedah hadir ceramah Jelajah Pakatan Harapan

Lautan rakyat Kedah hadir ceramah Jelajah Pakatan Harapan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Lebih 5,000 rakyat Kedah membanjiri ceramah perdana Jelajah Pakatan Harapan (PH) di Guar Chempedak malam tadi dengan kemuncak pidato oleh calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada masa sama, siaran langsung menerusi Facebook PH juga menarik perhatian seluruh negara apabila mencatatkan jumlah tontonan mencecah lebih 7,000 tontonan ketika giliran Tun Mahathir berucap. Lautan kehadiran masyarakat setempat pada malam cuti bagi negeri di utara tanah air itu sekali gus menyaksikan sambutan paling menggalakkan selepas berlangsungnya enam siri jelajah yang sama ke negeri-negeri lain sebelum ini.
Gelanggang ceramah perdana didahului bacaan doa dan tahlil ringkas untuk bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid yang meninggal dunia pada 9 Mac lalu yang dipimpin Ustaz Mohamad Hassan dari Bersatu.
Lautan rakyat Kedah hadiri ceramah Jelajah PH di Guar Chempedak malam tadi.
Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir seterusnya membuka gelanggang pidato pada ketika hujan sedikit renyai sebelum diikuti aktivis Bersih, Hishamuddin Rais.
Selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu PH, slot ceramah diteruskan dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Presiden PH seterusnya mengambil giliran dalam ceramah perdana yang dipengerusikan Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Azimi Daim.
Pentas ceramah di belakang Pasaraya Long Wan itu selanjutnya dihangatkan dengan penampilan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. Ceramah tokoh pidato yang hanya 14 minit seperti rata-rata pemidato lain bagaimanapun dilihat tidak memuaskan hati penonton.
Mereka bersorak seketika mahukan Timbalan Presiden PH yang berceramah disulami nada humor dalam fakta itu diberi tempoh lebih lama.
Suasana ceramah kemudiannya bertukar sedikit hiba apabila rakaman video amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersiaran sebelum diceriakan kembali dengan dendangan lagu ‘Kamilah Penyamun’ dari filem P.Ramlee yang melatari bingkisan grafik berkenaan skandal rompakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kemuncak ceramah PH tentunya penampilan yang paling dinantikan negarawan Tun Dr Mahathir. Ceramah Pengerusi PH berkenaan yang selama 32 minit itu dimulai dengan status Umno dan Pas pada masa ini.
“Saya hentam Umno nak bagi runtuh Umno. Sebab apa? Umno sudah mati. Yang ada itu bukan Umno, tapi Parti Najib.
“Begitulah juga dengan Pas. Ini bukan Pas (zaman) dulu. Bukan Pas Burhanuddin Al-Helmy, bukan Pas (pimpinan) Datuk Asri, bukan Pas Nik Aziz.
“Ini Pas lain. Saya tidak payah sebut nama. Dah tukar. Sebab itu saya keluar Umno dan Mohamad Sabu keluar Pas.
“Kita tubuh parti bukan nak jawatan. Kita mahu buat kebaikan kepada negara kita,” katanya dalam program yang mendapat liputan rasmi Media Oren itu.
Ceramah berakhir kira-kira jam 11.30 malam dengan diakhiri laungan “Pakatan Harapan” oleh Tun Mahathir sebanyak tiga kali.
mdl

Picture

Khamis, Mac 29, 2018

Panas!! Pakar sedang analisa audio suara Nik Abduh, akan bawa ke mahkamah London?

Pakar sedang analisa audio suara Nik Abduh, akan bawa ke mahkamah London?
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Naib Presiden AMANAH Husam Musa mendedahkan dakwaan ke atas audio suara Nik Abduh Nik Aziz kini sedang dianalisa di makmal sebuah university dan akan di bawa ke mahkamah London pada April depan.
Pendedahan perkembangan audio suara yang dipercayai milik Ahli Parlimen Pasir Mas itu, dimaklumkan Husam, ketika menyampaikan ceramah di Dun Tanjong Mas, Kelantan malam tadi.
Menurut Husam, beliau difahamkan secara saintifik suara audio yang dipercayai menyamai suara Nik Abduh itu telah dihantar ke makmal di City Universiti di London.
“Saya difahamkan audio Nik Abduh di hantar kepada seorang lecture bahagian phonetic (suara) Profesor Allen Hirson.
“Saya tengok dalam google beliau telah kendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan mengecam suara orang. Insyallah kita tidak
perlu berbalah di Kelantan ini.
“Saya difahamkan suara Nik Abduh ini akan dibawa ke lab city universiti dan akan dibawah ke mahkamah London pada 30 April
akan datang.
“Bukan saya nak bawa, orang lain suruh saya cakap..saya tengok dalam internet jer (mencari sumber nama Allen Hirson)…takut tiba 30 hari bulan tak seorang pun naik mahkamah di London,” ujarnya yang tidak mahu beliau dipersalahkan sekiranya apa yang disampaikan itu tidak berlaku.
Pencarian di google menemui laman sesawang Expert Witness Institute yang mencatatkan latarbelakang kerjaya dan pengalaman Allen Hirson.
Dalam pencarian google yang dimaksudkan Husam itu, mendapati Allen Hirson adalah seorang pensyarah kanan fonetik di City University di London.
Beliau telah mengendalikan sebanyak 1100 kes yang melibatkan rakaman percakapan dan berpengalaman selama 23 tahun sebagai seorang pakar di bidang tersebut.
Beliau adalah Pensyarah di bidang fonetik dan Pengarah Makmal Akustik Ucapan juga merupakan Pengasas Makmal di institusi tersebut.
Beliau juga merupakan ahli pengasas persatuan profesional di dalam Fonetik Forensik di peringkat antarabangsa (IAFPA) dan
ahli Lembaga pakar di Witness Institute.
Beliau pernah mengendalikan 21 bahasa selain bahasa Inggeris di mana beliau telah bekerjasama dengan pakar bahasa yang sesuai.
Bagaimanapun pada 1 Mac lalu, Nik Abduh menafikan menafikan audio rakaman berdurasi 18 saat yang didakwa mengandungi ucapannya mengenai penyaluran wang dari Umno kepada Pas.
Penyebaran audio yang tular itu sebagai sampah di kalangan pemfitnah dan turut merujuk kepada AMANAH yang bertanggungjawab mendedahkan audio itu sebelum ia menjadi viral dimedia sosial dan mendapat liputan media.
Bagaimanapun sehingga kini Nik Abduh tidak mengambil tindakan undang-undang untuk penafian yang dibuatnya.
Husam Musa ketika menyampaikan ceramahnya di Dun Tanjong Mas malam tadi, mendedahkan perkembangan terkini berkaitan dakwaan audio suara yang menyamai suara Nik Abduh Nik Aziz
Husam yang juga Adun Salor berkata, walaupun Nik Abduh membuat penafian dan disokong oleh beberapa pimpinan Pas lainnya, Husam secara peribadi mendakwa, yakin suara didalma audio itu adalah suara Nik Abduh.
“Ada orang kata bukan suara dia, ada kata suara dia. Suara dia…dia tidak ngaku lagi.
“Kalau nak harapkan dia, dia tidak akan mengaku jadi macamana kita nak tentukan perkara ini?
“Kenapa perkara ini penting khususnya ahli Pas nak menentukan perkara ini.
“Jika kandungan audio itu betul, nik abduh kata ustaz hadi terima duit dari umno, dia dan ayahnya terima duit daripada
Umno, dia berhubung dengan CIA, Pas dan umno bekerjasama, dalampilihan raya Dun Sarawak Pas kerjasama dengan Umno jatuhkan DAP, terima duit Umno RM2juta.
“Jadi perkara ini kena ditentukan khususnya rakyat kelantan yang nak mengundi sebulan lagi.
“Nak undi pas jika betul terima duit dari Umno nak ke undi Pas? Ini yang mustahak kena tahu. Jika tak betul, undilah Pas.
“Tetapi jika Pas ambil pitih (duit) dari Umno patutkah kita nak undi Pas?…serupa kita undi Umno. Jadi kita rakyat kena tahu
audio ini betul ke tidak.
“Nik Abduh ambil jalan mudah kata bukan suara dia.Saya dengar suara dia masa dia kecik lagi…suara dia tu,” ujar Husam dihadapan lebih kurang 300 hadirin.
mdl
Picture

Rabu, Mac 28, 2018

Hanya PH lawan BN PRU14 kali ini, Pas hanya pengacau

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung bila-bila masa merupakan satu situasi luar biasa yang akan menyaksikan pertembungan dua gabungan politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Parti-parti yang tidak menyertai dua gabungan ini bolehlah dianggap sebagai pengacau sahaja,” kata Naib Presiden AMANAH, Husam Musa di majlis pemantapan jentera PH Dun Panchor petang semalam.
Pertembungan di peringkat nasional katanya, jelas terbahagi dua dan semakin ramai pemerhati menganggap PH semakin berada di hadapan.
Di Kelantan katanya, Pas tidak akan mampu mendapat sokongan lebih 30% undi.
Situasi ini menyebabkan persaingan sebenar hanyalah antara BN dan PH.
“Jika PH bermula dengan 30% sokongan, kita hanya perlukan 5 hingga 6% untuk mendapat mandat mentadbir negeri.
“Dengan situasi tekanan yang dihadapi rakyat sekarang, keperluan ini tidak sukar dipenuhi,” katanya.
Blok politik pro Najib kata beliau, kini amat tertekan kerana semua isu-isu tidak menyebelahi mereka.
“Kini mereka beralih kepada isu umur Dr Mahathir yang dikatakan tua dan tidak layak menjadi perdana menteri.
“Malam tadi di Ipoh, Tun Mahathir sudah memberi jawapan bahawa usia tua bukan satu kekurangan asalkan dapat melaksanakan keperluan-keperluan yang dikehendaki rakyat.
“Tidak mengapa tua asal boleh hapuskan GST, mengekalkan BRIM, membebaskan bekas pelajar daripada membayar PTPTN hingga gaji mereka mencapai RM4,000 dan banyak lagi yang akan dilaksanakan jika beliau jadi PM,” katanya.
Beliau turut menyentuh kenyataan Adun Panchor Datuk Mohamad Amar Abdullah yang berkata beliau tiada masalah untuk bertanding di kerusi parlimen .
“Ini jelas Pas ada berbincang untuk menukarkan beliau dari Dun Panchor ke kerusi parlimen.
“Saya sudah sebutkan dulu ketika mencadangkan Jeming (Hazmi Hassan) untuk bertanding di sini.
“Beliau memang ada peluang untuk menang,” katanya.
Pada majlis itu satu upacara simbolik penyerahan pusat daerah mengundi Pasir Tok Kambing dari Parlimen Kubang Kerian ke Parlimen Pengkalan Chepa.
Pengerusi PH Kubang Kerian, Datuk Abdul Halim Yusuf membuat penyerahan kepada Pengerusi PH Pengkalan Chepa, Mejar (B) Mohamad Ibrahim disaksikan Husam selaku Pengerusi PH Negeri.
mdl

Picture

Selasa, Mac 27, 2018

Hot!! Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH

Bubar Parlimen lebih ramai ‘orang bulan’, ‘orang keris’ bersama PH
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Lebih ramai penyokong Pas dan Umno di Perak dijangka berani mengisytiharkan diri untuk meninggalkan parti masing-masing sejurus Parlimen dibubarkan.
Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Ahmad Awang berkata, beliau difahamkan mereka terbabit hanya menanti masa untuk berbuat demikian seterusnya mengundi PH pada pilihan raya akan datang.
“Kita nampak memang sekarang pun sebahagian mereka (penyokong Pas dan Umno) tunggu bubar Parlimen. InsyaAllah, baru mereka berani.
“Saya difahamkan sama ada di sebelah ‘keris’ (Umno) pun, ada yang menunggu masa bubar (Parlimen). Orang yang dulu berkeris pun nak pegang ‘bunga’ (Bersatu).
“Bahkan, (mereka) sudah buat pertemuan dengan 30 penyokong tegar Umno yang secara diam-diam menyebelahi kita (PH),” ujarnya dalam tazkirah sempena pembukaan Pejabat AMANAH Taiping malam tadi.
Bekas Pesuruhjaya Pas Perak berkenaan berkata, situasi sama turut berlaku pada penyokong Pas di Parlimen Bagan Serai yang sebelum ini dikenali mempunyai ‘lubuk’ penyokong tegar parti tersebut.
“Begitu juga dengan penyokong bulan. Kalau di Bagan Serai, dulu ada rumah jadi tempat berhimpun orang bulan bermesyuarat. Sekarang tidak lagi. Maknanya, dia sudah beralih.
“Apa lagi kita difahamkan calon (Pas) yang hendak dikemukakan di Dun Semanggol dan Dun Selinsing tidak begitu diterima pimpinan kawasan. Orang negeri yang akan bertanding,” jelasnya.
Untuk rekod, P58 Bagan Serai disandang BN dengan majoriti kecil iaitu 1,140 undi. Bersatu bakal meletakkan calon mewakili PH di Parlimen tersebut pada PRU-14.
Sehubungan itu, Ustaz Ahmad yakin Perak akan bakal dimenangi PH pada PRU-14 namun menasihatkan langkah berjaga-jaga perlu dipandang serius bagi mengelak pihak musuh menyerap masuk dalam gabungan empat parti itu.
“Ini satu petanda harapan kita (untuk menang) cerah. Kita percaya InsyaAllah, Perak memang dijangka akan dapat dimenangi oleh PH.
“Kita disamping bekerja dan berdoa tapi sentiasa memerhati dan mengawasi pihak musuh yang mengupah orang untuk menyeludup.
“Bukanlah mencurigai semua orang tetapi mereka ini bila tiada pilihan, kaedah itu digunakan,” ujarnya.
Ustaz Ahmad turut mengingatkan tentang ancaman fitnah melalui media sosial yang perlu cermat ditangani PH.
“Zaman maya ini, telefon satu lagi kaedah yang boleh mengubah persepsi masyarakt yang boleh membawa fitnah, tuduhan dan skandal yang dikaitkan dengan pimpinan dan calon,” tambahnya lagi.
mdl

Picture

Isnin, Mac 26, 2018

Pas janji bebas rasuah tetapi bisu kes rampasan kapal Equanimity, kata Husam

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Naib Presiden AMANAH, Husam Musa terkejut apabila Pas berjanji untuk membentuk kerajaan yang bebas rasuah sedangkan realitinya parti itu membisu terhadap pelbagai angkara rasuah Barisan Nasional (BN) sekarang.
“Kita tidak mendengar sebarang komen dari Pas apabila kapal mewah Equanimity ditahan pihak berkuasa Indonesia,” katanya di majlis penyampaian watikah perlantikan jentera pilihan raya antara kaum Pakatan Harapan (PH) Kelantan di Salor khamis lalu.
Perkara 10 manifesto Gagasan Sejahtera yang diumumkan baru-baru ini menyebut untuk mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah, selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan’ (UMI).
Jika benar Pas serius katanya, parti itu perlu menunjukkan sikap yang jelas terhadap salah laku rasuah yang sedang berleluasa.
“Adalah meragukan untuk mempercayai janji mereka untuk bertegas dengan rasuah jika sikap mereka sekarang tidak jelas,” katanya.
Beliau turut terkejut apabila Pas menjanjikan untuk membuka tanah kepada rakyat melalui kerajaan-kerajaan negeri.
Perkara 15 dalam manifesto yang sama Pas berjanji untuk membantu kerajaan negeri membuka rancangan pembangunan tanah, khususnya untuk golongan muda.
“Sepatutnya perkara ini telah dilakukan di Kelantan jika benar ada perancangan seperti itu.
“Sudah cukup sepenggal Timbalan Mursyidul Am Pas jadi MB Kelantan, ada sesiapa dapat melihat rancangan seperti itu dilaksanakan?” soal beliau.
Pada majlis itu beliau menyampaikan wakitah perlantikan kepada jawatankuasa pilihan raya untuk masyarakat bukan Melayu di seluruh Kelantan.
“Tahniah kepada saudara Tan Ah wang yang telah berjaya membentuk pasukan khas untuk menjayakan agenda PH dalam pilihan raya ini,” katanya.
Perkembangan ini katanya, menambahkan lagi keyakinan bahawa PH akan berada di hadapan dalam kempen kali ini walaupun berhadapan pertandingan tiga penjuru.
mdl

Picture

Sabtu, Mac 24, 2018

GST: ‘Hanya orang bodoh je tak marah’, kata Hanipa

GST: ‘Hanya orang bodoh je tak marah’, kata Hanipa
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana mendapati sistem cukai itu terbukti berkesan untuk Malaysia dibidas Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.
Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan dibuat Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani selepas melancarkan hari terbuka tahunan Kementerian Kewangan Putrajaya semalam.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Johari dipetik berkata, GST yang telah dilaksana di lebih 170 negara itu boleh membantu menghapuskan ekonomi gelap, iaitu kegiatan transaksi perniagaan yang tidak boleh dikesan.
Bagaimanapun Mohamed Hanipa berpandangan ia tidak benar sama sekali.
“Dia (Johari) kata GST adalah rejim cukai yang cekap ( efficient ) dan dapat hapuskan apa yang dipanggil ” black economy” ( ekonomi hitam ). Mudahnya ekonomi yang berjaya “terlepas” dari cengkaman cukai.
“Dia juga kata mana-mana Kerajaan di negara negara lain yang laksanakan GST, hatta jika bertukar Kerajaan baru sekalipun, tak akan “reverse” GST.
“Bodohlah negara yang ada skandal kewangan semega 1MDB tak nak kutip GST- skim cukai yang paling cekap dan mudah untuk kutip wang dari rakyat
“Rasanya mungkin tak ada orang nak pertikai yang GST adalah rejim cukai yang cekap. Ya lah macam mana tak cekap, semua orang kena bayar tanpa kira yang berpendapatan tinggi atau rendah atau tak ada pendapatan sekalipun.
“Lepas tu bayar cukai hari-hari pulak tu sebab GST adalah cukai kepenggunaan ( consumption tax ). Logiknya, mana ada Kerajaan yang tak suka cukai macam tu,” terangnya dalam tulisan di facebook hari ini.
Johari ditanya media susulan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya pada Rabu, yang menyebut bahawa Malaysia mampu menjadi Harimau Asia tanpa pelaksanaan GST.
Bahkan Johari turut mencabar mana-mana pihak yang mempertikaikan sistem GST ini untuk tampil menjelaskan kepadanya.
“Bagi mereka yang mengatakan sistem ini tidak cekap, saya mahu mereka tampil ke depan untuk menjelaskannya kepada saya. Saya telah membahaskan beberapa kali di Parlimen mengenai GST sebagai sistem terbaik,” kata Johari seperti dilaporkan.
Tambah Mohamed Hanipa lagi, bagaimanapun  Johari terlupa untuk mengatakan apa akan jadi jika jika kewangan negara ditadbir dengan baik, cekap dan amanah?
“Jika tidak ada rasuah, tidak membazir, tidaak salah guna kuasa , tidak curi harta rakyat berbilion bilion, tidak bocor di sini sana, perlu ke GST yang bebankan golongan miskin yang ramai?
“Hatta jika mereka hujah negara yang cekap ekonominya sekalipun masih ada yang kenakan GST dan rakyat tak marah,saya akan jawab rakyat tak akan marah lah jika duit cukai itu kembali faedahnya pada rakyat seperti perkhidmatan kesihatan percuma misalnya.
” Ini tidak. Wang negara berbilion bilion tak tahu ke mana dalam isu 1MDB, lepas itu kita didedahkan pula wang itu dikatakan diguna untuk beli jet peribadi, beli kapal layar mewah, beli apartment mewah, beli lukisan mewah, taja filem Hollywood mewah, beli barang kemas mewah. Rakyat kena bayar cukai!,” hujahnya.
“Maaflah, hanya orang bodoh je yang tak marah.
“Dia juga kata negara lain tak ubah GST hatta jika tukar Kerajaan baru pun. Negara ini pula pernah tak ada GST dan skandal mega 1MDB satu waktu dulu …masa PM dulu jadi PM 22 tahun. Dan insyaAllah kami percaya jika dia jadi PM sekali lagi insyaAllah dia boleh keluarkan rakyat dari mitos GST ni,” ujar Mohamed Hanipa lagi.
mdl

Picture

Jumaat, Mac 23, 2018

Mufti Perlis ingatkan ancaman puak Khawarij, penyokong Pas pula gelupur

Mufti Perlis ingatkan ancaman puak Khawarij, penyokong Pas pula gelupur
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Laman Facebook Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin semalam ‘diserang’ penyokong Pas ketika doa pemimpin Pas Selangor supaya Allah menghancurkan “pakatan yang jahat” sedang hangat diperkatakan.
Status Facebook Dr Asri atas nama DrMAZA.com yang dimuatnaik kira-kira pukul 3 petang semalam menerima komentar yang antaranya menafikan gejala mengkafirkan orang lain wujud dalam Pas.
Ada yang turut memaki hamun bahkan menuduh Dr Asri sebagai suka baling batu sembunyi tangan dengan tujuan kononnya mahu menimbulkan fitnah walaupun tokoh berkenaan sama sekali tidak menyebut tentang Pas.
Bagaimanapun, kutukan daripada penyokong Pas itu kemudiannya mengundang reaksi pengguna Facebook lain yang rata-ratanya menganggap penyokong Pas tidak harus menggelupur dengan ‘posting’ tersebut.
Mereka berpendapat status Dr Asri itu bersifat umum dan ditujukan kepada semua parti politik selain ada yang menganggap siapa makan cili, dia terasa pedas.
Bahkan, terdapat netizen yang menyoal kembali sejauh benar Pas menegakkan Islam apabila Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang ditangguhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini tidak diketahui statusnya.
“Kalau tak buat, tak payahlah bising-bising. Dr Maza cuma menyampaikan apa yang patut dan tak sebut pun siapa. Kenapa nak marah dan maki hamun Dr Maza?
“Dr Maza kan berdakwah. Maki hamun itu haram. Kalau betul-betul nak Islam, patuhlah pada ajaran Islam,” kata Kamarudin Mohd Zin.
Dr Asri dalam kenyataannya itu menulis tentang golongan Khawarij yang berpolitik menggunakan nama agama dengan mengkafirkan atau menganggap pihak yang tidak menyokong mereka sebagai musuh Islam.
“Alasan mereka kononnya hendak menegakkan ‘hukum Islam’ (mengikut tafsiran mereka).
“Sepanjang sejarah mereka telah berperang sesama muslim atas nama ‘politik agama’ iaitu mereka merupakan puak yang hendak menegakkan Islam dan penentang mereka merupakan musuh agama.
“Natijahnya, betapa ramai pihak yang mereka hukum sebagai ‘musuh Islam’ kerana tidak menyokong hasrat politik Islam ala mereka,” dipetik daripada status Facebook Dr Asri hari ini.
Selanjutnya, ahli akademik tersebut menegaskan tentang amaran Nabi Muhammad tentang kemunculan puak Khawarij serta tuntutan Rasulullah supaya golongan pelampau itu ditentang.
“Sayyiduna Ali bin Abi Talib dan para sahabat Nabi s.a.w telah memainkan peranan mereka memerangi kelompok yang sesat ini.
“Maka menjadi kewajipan umat selepas mereka menentang aliran pelampau khawarij ini yang muncul sepanjang zaman.
“Menentang mereka itu merupakan perjuangan Islam yang disuruh oleh Nabi s.a.w dan ia telah dilakukan oleh para sahabat,” kata Dr Asri lagi.
Semalam, Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani ketika memimpin bacaan doa selepas solat hajat sempena sambutan 10 tahun Pas berada dalam kerajaan negeri Selangor di Shah Alam menyebut agar “pakatan yang jahat” hancur.
Menurut Ahli Perhubungan Pas Selangor itu, Selangor “dijajah dengan suasana yang tidak (dengan) cara agama” serta berdoa supaya Allah melemahkan “pakatan yang jahat” tersebut.
“Ya Allah jadikanlah pakatan yang jahat itu, pakatan yang tidak mempunyai kekuatan Ya Allah, sebagaimana Kamu telah meleburkan tentera-tentera ahzab itu Ya Allah,” pinta Ahmad Dusuki yang juga ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu lagi.
mdl

Picture

Khamis, Mac 22, 2018

PH gempur Rantau Panjang dengan isu rakyat

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kemunculan tenaga muda yang menggandingkan golongan profesional dan aktivis masyarakat sedang mencorak suasana politik baharu di Rantau Panjang.
“Kami mahu mengajak rakyat membuka era baru, politik terus untuk merubah kehidupan rakyat,” kata Pengerusi Pakatan Harapan Rantau Panjang, Dr. Wan Shahjihan Din kepada Malaysia Dateline. 
Dr Wan Shah Jihan Wan Din
Beliau  ditemui selepas majlis pelancaran Bilik Operasi Pilihan Raya Dun Gual Periuk baru-baru ini.
Rakyat katanya telah bosan dengan retorik politik mensucikan diri dan janji palsu pembangunan.
“Begitu lama rakyat dimomokkan dengan politik melabel orang lain jahat dan mesti bersama kumpulan mereka sahaja sebagai syarat menjadi suci dan dikira sah di sisi agama.
“Di pihak lain pula jaguh-jaguh politik elit atasan datang menjanjikan pembangunan serba impian yang kononnya tiada tolok banding.
“Sedangkan hakikatnya rakyat semakin hari semakin menderita,” katanya.
Dalam ceramahnya sebelum itu, beliau menyatakan sebab penceramah undangan malam itu dibawa dari Sik, Kedah, Sulaiman Ibrahim atau lebih terkenal dengan nama Leman Raja Lawak.
“Kita bawa orang Sik malam ini, kerana Rantau Panjang selalu disebut sebagai nama besar salah satu pusat pelancongan Negara.
“Walhal hakikatnya, taraf hidup masyarakat di sini tidak lebih dan tidak kurang dari masyarakat kawasan Sik.
“Majoriti mereka adalah penoreh getah yang sedang tertekan dengan harga komoditi itu yang begitu rendah sekarang.
“Mereka yang bekerja dalam bidang pertukangan dan binaan juga tertekan sekarang apabila tempo pembangunan semakin perlahan dan terpaksa bersaing dengan kebanjiran buruh asing.
“Golongan wanita yang bergantung hidup dengan perniagaan kueh mueh dan kedai makan juga semakin tertekan,” katanya.
Lebih menyedihkan katanya adalah hub perniagaan di kawasan bebas cukai Rantau Panjang sendiri katanya semakin lesu.
“Hari demi hari ada saja yang kita dapati kedai di tutup.Mereka terpaksa berhenti berniaga kerana jualan merudum akibat harga barang menjadi mahal angkara kejatuhan nilai ringgit berbanding Baht Thailand,” katanya.
Mohd Ridzuan Mohamed
Bagi penyelaras Dun Bukit Tuku, Mohd Ridzuan Mohamed yang juga Timbalan Ketua Amanah kawasan Rantau Panjang, fokus terpenting sepatutnya dihalakan kepada kebajikan rakyat.
“Sejak AMANAH ditubuhkan dan kami secara langsung terlibat dengan denyut nadi rakyat penemuan kami sungguh luarbiasa.
“Kemudahan asas yang sepatutnya disediakan pemerintah amat menyedihkan.
“Kami terpaksa memungut derma untuk menyediakn longkang supaya padang bola sekolah yang telah bertahun-tahun ditakungi air dapat digunakan semula.
“Beberapa kampong pula digenangi air sepanjang tahun kerana pihak berwajib membuat saluran keluar air yang parasnya lebih tinggi dari tempat air bertakung.
“Selepas kami mengusahakan laluan yang betul dengan bantuan derma orang ramai barulah masalah ini selesai,” katanya.
Masalah yang bertindidh-tindih ini katanya adalah akibat banjir yang hampir pasti melanda seluruh kawasan Rantau Panjang setiap tahun.
“Hanya baru-baru ini dalam bajet ada cadangan membina tebatan banjir Sungai Golok.
“Rakyat telah hampir muak dengan janji-janji yang telah berapa kali tidak ditunaikan,” katanya.
Hishamuddin Ghazali
Bagi Hishamuddin Ghazali yang kini bertugas sebagai penyelaras AMANAH di Dun Bukit Tuku,berkata, rintihan rakyat yang dinafikan hak khususnya berkaitan pemilikan tanah diberi perhatian utama.
Beliau yang lebih dikenali Syam Ghaz pernah membuat pendedahan media mengenai perkara tersebut.
Isu penyelesaian tanah dan kenaikan bayaran premium hingga diluar kemampuan rakyat kata Syam Ghaz akan menjadi isu besar dalam pilihanraya ini.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan berkaitan hal tanah ini.
“Insya Allah kita akan membuat kaunter khas untuk menerima aduan orang ramai berhubung perkara ini.
Bagi membuka ruang orang ramai bertukar maklumat dan mendapat penerangan beliau giat mengadakan dialog kedai kopi di kawasan Bukit Tuku.
“Baru-baru ini satu dialog kedai kopi kami adakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Repek.
“Alhamdulillah penuh limpah keluar tempat program Dialog Kedai Kopi anjuran Amanah PDM Repek, Dun Bukit Tuku malam itu.
“Insya Allah program susulan dan masuk kampung diadakan lepas ini,” katanya.
mdl

Picture

Rabu, Mac 21, 2018

PH akan adakan kempen ‘Rakyat Tolak GST’ pada 1 April

PH akan adakan kempen ‘Rakyat Tolak GST’ pada 1 April
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pakatan Harapan (PH) akan menganjurkan kempen ‘Rakyat Tolak GST’ sempena tiga tahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan kerajaan Umno-BN itu.
Kempen itu dijangka akan diadakan seluruh negeri  pada 1 April 2018 ini.
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kempen tersebut diadakan untuk rakyat menyatakan penolakan terhadap GST yang sebenarnya membebankan rakyat sejak dilaksanakan pada 1 April 2015.
“Kita akan adakan  kempen untuk menyatakan rakyat tolak GST pada 1 April ini seluruh negeri,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Bilik Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, barisan Timbalan Presiden PH dan pimpinan parti dalam gabungan PH.
Bagaimanapun PH tidak menjelaskan terperinci program yang akan dianjurkan itu kerana sidang media khusus mengenainya akan diadakan dalam waktu terdekat.
Kerajaan Umno-BN berpendapat kutipan GST sebanyak RM41 bilion setahun yang dikutip membolehkan kerajaan menampung banyak perbelanjaan yang diperlukan untuk kepentingan rakyat.
Bagaimanapun parti pembangkang menolak cadangan pelaksanaan GST apabila menyifatkan ia akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.
Namun dalam manifesto PH  pada 9 Mac  lalu antara lainnya diumumkan jika PH ambil alih kerajaan BN, akan menghapuskan GST dan mengawal harga barangan.
Terakhir pengumuman Pas menerusi Manifesto Gagasan Sejahtera pada Ahad lalu, turut menyatakan akujanji jika parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum akan melaksanakan penghapusan GST dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil.
Ketika ditanya mengenai manifesto Pas melalui Gagasan Sejahtera yang juga  mahu menghapuskan GST, Dr Mahathir mempersoalkan hasrat Pas itu.
“Benarkah Pas menyokong hapuskan GST? Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) cakap berkenaan kesan pemerintahan yang lama tidak sebut apa-apa mengenai GST.
“Saya tidak tahu sama ada dia faham atau tidak persoalan mengenai GST ini,” ujarnya menjawab media.
mdl
Picture

Selasa, Mac 20, 2018

Hot GST: Lain ditanya, lain Abdul Hadi jawab

GST: Lain ditanya, lain Abdul Hadi jawab
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Tular di media sosial petikan wawancara bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan reaksinya berhubung isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Pemimpin nombor satu Pas yang dilihat mesra Umno-BN itu gagal menjawab soalan dikemukakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.
“Saya rasa ramai pendengar sangat berhasrat mendengar pendirian pas tentang GST. Mungkin dengan penegasan Datuk Seri memberi pencerahan lebih jelas kepada rakyat,” kata Hishamuddin.
Walau bagaimanapun, beliau kemudian terdiam kira-kira lima saat sejurus Abdul Hadi menyebut tentang taawun dan menjadi penasihat kepada kerajaan.
Sebaliknya, Abdul Hadi yang berserban putih dan berjubah warna perang pula dilihat beraksi selamba selepas menjawab soalan itu.
“Masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin-pemimpin yang duduk dalam Pakatan Harapan hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an.
“Merekalah yang mewujudkan masalah… Sebab itu, Pas memperkenalkan konsep taawun, tolong menolong perkara baik dan tidak menolong perkara kemungkaran.
“Pas mengemukakan penyelesaian kepada kerajaan bukan kita tamak kuasa. Kalau kita jadi kerajaan, kita praktikkan.
“Kalau kita tidak jadi kerajaan, kita jadi penasihat kepada kerajaan supaya membuat pembetulan kesilapan-kesilapan yang ada oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang ada pada hari ini,” jawab Abdul Hadi.
Terdahulu, Hishamuddin minta Abdul Hadi mengulas dakwaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah Jelajah PH di Bachok, Kelantan pada 10 Mac lalu bahawa Pas perlu ditolak pada pilihan raya kerana menyokong GST.
Petikan jawapan selamba Abdul Hadi itu adalah sebahagian daripada rakaman hampir 25 minit wawancara yang disiar secara langsung menerusi Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 15 Mac lalu.
Jawapan Abdul Hadi itu turut mengundang reaksi pengguna media sosial yang rata-rata mentertawakan jawapan pemimpin tertinggi Pas berkenaan tetapi pada masa sama diserang pula penyokong tegar parti tersebut dengan kata-kata kesat.
mdl
Picture

Isnin, Mac 19, 2018

Penyokong Pas Permatang Pasir sokong calon AMANAH

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Faiz Fadzil yang dijangka bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir mendapat sokongan daripada ahli PAS di sini.
Dalam program dialog yang dianjurkan oleh AMANAH di Kampung Sungai Sintok semalam menyaksikan kehadiran yang rata-ratanya adalah daripada kalangan penyokong serta pengerak Pas di sini.
Mereka dilihat memberikan perhatian penuh kepada ucapan setiap panelis yang dijemput dan daripada tinjauan yang dibuat, hadirin bersedia memberikan undi kepada calon AMANAH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Bekas guru berusia 60an yang menetap di kampung ini berkata, kepimpinan Faiz Fadzil adalah sebahagian perkara yang membuatkan beliau berubah sokongan kepada Faiz.
Muhammad Hamdi Md Noor
“Faiz disengani oleh penduduk kampung di sini kerana pengaruh Almarhum Ustaz Fadzil Noor sebagai pemimpin yang banyak menunjuk jalan politik kepada perjuangan Islam sebelum ini.
“Selain itu, Faiz juga dilihat sebagai pemimpin muda yang prihatin terhadap kebajikan orang termasuk di kampung ini dan di Dun Permatang Pasir ini,” ujar bekas guru berkenaan.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Permatang Pauh, Muhammad Hamdi Md Noor berkata, kehadiran ini menunjukkan isyarat positif.
“Kawasan Permatang Pauh ini adalah tempat yang selalu diuji dengan pilihan raya dan ini adalah perkara yang menunjukkan rakyat di sini cepat mendapat maklumat tentang isu politik semasa.
“Kerja-kerja tumpuan hari ini adalah mendekati ketua-ketua masyarakat yang sebelum ini menyokong Pas, namun hari ini mereka kebanyakkannya mahu memberi sokongan kepada AMANAH,” kata Muhammad Hamdi.
Ramai dalam kalangan mereka yang hadir dalam program dialog anjuran AMANAH di Kg Sungai Sintok semalam terdiri daripada penyokong dan ahli Pas.
Program dialog yang diadakan secara komunikasi dua hala itu telah dihadiri oleh, Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Zahar Zainol, Ketua Cabang PKR Pernatang Pauh, Amir Ghazali, Naib Ketua Kawasan AMANAH Permatang Pauh, Muniandy Ramasamy, Ketua Bahagian Bersatu Permatang Pauh, Asri Ahmad dan hadirin seramai lebih daripada 200 orang.
mdl
Picture

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive