Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Disember 07, 2017

Sikap paling tidak bertanggungjawab dalam isu RUU355

Sikap paling tidak bertanggungjawab  dalam isu RUU355
ULASAN: Seorang pemimpin parti suci cuba nak tonjolkan kononnya dia “smart” bila dia kata tanggungjawab RUU 355 kini bukan lagi jadi tanggungjawab parti suci selepas YB Marang dapat bentang usul tersebut ( tapi tak langsung dibahas meskipun baru pukul 4pm lebih ).
Untuk rekod, Usul RUU 355 tersebut belum even capai status bacaan kali pertama pun. So, usul tu , maaflah, is nothing!
Si Mamat ni kata bila Yb Marang dah bentang, meskipun tak pernah dibahas jauh sekali diluluskan, maka ,tanggungjawab parti suci dah berakhir kat situ. Dia kata kini tanggungjawab itu digalas oleh Umno dan Speaker Dewan Rakyat.
Si Mamat ni guna analogi macam orang main bolasepak..dia kata parti suci dah “passed” bola pada Umno dan kini tugas Umnolah untuk jaringkan gol. Dia perlakukan isu syariah macam bola. Kalau kami yang tak suci kata begitu, confirm dah kena label liberal.
Anyway, wajib kena komen, jika tidak nanti, saya khuatir, ramai yang berpotensi jadi bengong.
a. Bila anda beriya-iya nak juga pinda Akta 355 melalui jalan yang susah dan berbelit-belit iaitu dengan bawa RUU persendirian, maka 1001 kali pun anda cuba lari daripada tanggungjawab, maaflah anda takkan terlepas.
b. Akta 355 adalah berkaitan bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam urusan Jenayah Syariah. Ia digubal oleh BN, maka logiknya BN yang patut pinda. So simple. Tapi, elemen-elemen tertentu dalam parti suci nak tunjuk kononnya mereka adalah hero dalam memperjuangkan hukum Allah, maka mereka gatal juga nak pinda melalui RUU Persendirian.
c. Bagi saya, pada masa itu, yang paling penting Akta itu berjaya dipinda bagi boleh naikkan taraf bidangkuasa Mahkamah Syariah. Melalui RUU Persendirian, bagi saya dan kawan kawan dalam Amanah yang dalam lajnah politik dan AJK Pusat Parti Suci pada masa itu, bukan sahaja kaedah itu sukar malahan mungkin tak berjaya. Terbukti, dengan kuasa Allah, kami betul.
d. Tapi, hasrat dan ego nak jadi superhero mengatasi segala galanya. Kesannya, parti berantakan, PR musnah berkecai dan RUU 355 x ke mana pun. Status quo Mahkamah Syariah kekal x terusik.
e. Saya masih ingat dulu pun, masa nak guna kaedah RUU Persendirian bagi pinda Akta 355, mereka juga guna alasan bolasepak. Logik mereka pada masa itu adalah jika Umno-BN yang bawa pindaan Akta 355, maka Umno yang dapat nama kerana jaringkan gol sedangkan yang susah payah gubal Kanun Jenayah Syariah Kedua adalah parti suci. Saya marah betul dengan lojik gila tu.
f. Jika beginilah caranya puak-puak parti suci memperlakukan isu syariah, maaf lah, boleh ke dipercayai mereka ini benar-benar serius? Penyokong yang “wala’ ” buta tuli sudah tentu kata mereka serius sebab dasar mereka kan Islam.
mdl
*Penulis Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin
Picture

19 ulasan:

  1. KAKI PONTENG bersiri...Apa yg boleh diharapkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. “Jom pakat ponteng”, kata seorang ketua kpd 25 anak muridnya..

      Padam
  2. Pa$ukan bola paling banyak buat GOL SENDIRI. Pintu gol tak dijaga sebab goalkeeper asyik ponteng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan gol sendiri tapi gol saguhati.. pasukan lawan ada 26 pemain (baca kaki ponteng)..

      Padam
  3. Jgn hina sgt puak haprak nie.....hehehe
    Eerrrr....berpuluh2 tahun puak nie nak jatuhkan mahdey dari takhta peeM.Skrg berlumba2 pulak nak naikkan dia sbg peeM klu berjaya sggh di putra jaya.
    Erhmmm....gila agaknya puak nie nak mentadbir negara.Siap dgn memohon restu...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti tun m naik jadi pm, tugas pan ialah serang pm baru pulak.. begitulah seterusnya selagi dap kelkalkan SOP pan yg sediada..

      Padam
  4. PAS sudah pun memainkan peranannya.. ok lah tu.. lagipun kuasa kini di tangan speaker.. kalau pan tak puashati inilah peluang nak sanggah pas.. sedari awal kami ahli pas dah jangka akan segala rintangan dan dugaan yg mendatang bila masuk bab RUU 355 ni.. kalau pan nak melenting silakan.. bukankah skop yg telah ditentukan oleh dap buat pan ialah utk menyerang pas?

    Jangan lupa juga 26 kaki pontenglah membuatkan agenda umno gagal dihalang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Melayu dapigs aka PANxxx akan berusaha memain peranan sbg bdk suruhan utk memenuhi agenda tauke mrk.Tak keja nanti...sapa nak bagi dedak...hehehe

      Padam
    2. najib dh ckp 355 kerajaan takkan ambil, ia kekal usul persendirian.

      dh tu apahal menyalahkan PH.

      sebodoh2 umat la PAS ni

      Padam
    3. Dah 26 mp ponteng serentak sapa tak naik hit hot..

      Padam
    4. Tuang presideng hok tukang bawa. Toksah saloh ke ore lain. Kena tanya bakpe tukang bawe usul sendiri dok mari?

      Padam
  5. Sepatutnya walaun kena buat himpunan Merbok lbh besar dan wajibkan ahli hadir utk sokong 355, jgn lupa pastikan Presideng x ponteng himpunan ni ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana2 ahli penyokong pas yg tk hadir padang merbok utk 355.. adalah dianggap anti islam, kuda DAP dan wajib dihapuskan.

      sesiapa yg pergi ke padang merbok selepas itu adalah dianggap telah qodho' perhimpunan dulu.. dimaafkan asalkan masih wala'.

      kenapa hj hadi tk wakilkn pd mana2 pemimpin pas utk bentang 355 kalau dah suka ponteng?

      sebb dia nk jadi hero Malaya yg pertama buat hudud. org lain jgn sibuk hudud, biar dia sorang je buat. supaya dikenang hadi lah pejuang hudud.

      yg pasti hadilah pejuang takfir.. dulu takfirkan umno.. sekarang takfirkan PH.

      dok perasan semata2 dgn retorik 'islam meliputi semua bidang'. islam memerintah bukan diperintah.

      ye lah.. retorik bolehlah ckp mcm tu. bila tiba on the ground tak tau nk buat apa.

      nik amar pun tolak pd umno. dia ingat umno minat ke nk layan? tkde beban batu digalas. 90J dh lesap. kerja buat separuh jalan dh tu serah kt tuan dia. pulangkan balik la 90J.

      pas ingat 355 ni mcm main watsap ke. dh share kira dh buat islam lah tu. kira dh besarlah pahala hanya dgn share.

      mcm tu lebih baik hari2 pas watsap sebiji quran pdf kepada semua org. besar pahala tu.

      sifat Nabi saw salah satunya ialah bijaksana. kalau bodoh jgn sesekali mengaku pewaris nabi. kalau setakat nk warisi teks.. quran dn hadis... bill gates lagi byk pahala. setiap org guna computer utk agama, bill gates patut dpt pahala.

      islam bukan sebodoh dan sedaif itu. PAS sgt memalukan islam.

      Padam
    2. Eh bukan dah buat ke februari hari tu sampai 360K hadir berbanding 8K hadir himpunan klepet.. ?

      360/8 = 45 kali ganda besar tu..

      PH boleh ajak berhimpun paling ramai berapa org?

      Padam
  6. Sepatutnya walaun kena buat himpunan Merbok lbh besar dan wajibkan ahli hadir utk sokong 355, jgn lupa pastikan Presideng x ponteng himpunan ni ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh bukan dah buat ke februari hari tu sampai 360K hadir berbanding 8K hadir himpunan klepet.. ?

      360/8 = 45 kali ganda besar tu..

      PH boleh ajak berhimpun paling ramai berapa org?

      Padam
  7. nik amar umpamakan 355 mcm bolsepak.. tu sebb buat kt padang merbok.

    dlm parlimen ponteng dan gagap tktau nk bentang.

    so PAS ni parti padang merbok je lah.

    kalau sapa2 nk lawan bolasepak dan perlukan penyokong
    pom2 girl lebai... minta tolong PAS la. depa boleh turun
    ramai2.

    sudahlah hj hadi.. pi tidor lagi baiklah dpd dok merapu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiba hari undi ruu355, 26 org ponteng serentak pun tak boleh lulus punya..

      Padam
  8. RUU 355 adalah usaha PAS, Haprak hanya sibuk dengan aties, lgbt dan banyak perkara yg boleh merosakkan umat

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...