Projek Lebuh Raya Rakyat hanya tinggal batu asas


Hanya tinggal batu asas yang dipanjat tumbuhan liar dengan persekitaran bersemak-samun walaupun bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Lebuh Raya Rakyat sejak lima tahun lalu.
Itu penemuan mengejutkan Pemuda AMANAH Kelantan yang diketuai Hazmi Hassan dalam tinjauan mereka di Felcra Mek Nab, Berangan, Machang semalam.
Menurut Hazmi, situasi terkini di tapak majlis pecah tanah itu menimbulkan banyak persoalan memandangkan kerajaan negeri memberitahu projek lebuh raya dari Kuala Krai ke Kota Bharu itu dijangka siap 3 Disember lalu.
“Kenapa laluan yang dibuka berhenti separuh jalan dan ada projek penanaman pokok getah oleh Felcra. Adakah pihak kerajaan masih tidak selesai hal pengambilan tanah?
“Adakah kerajaan masih serius untuk menyiapkan projek ini? Adakah kerajaan hari ini mampu menyiapkan projek ini seperti mana yang telah dijanji?” soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, projek Lebuh Raya Rakyat merupakan antara janji terbesar Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu apabila majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh Almarhum Nik Aziz pada 28 Mei 2012.
“Pembinaan Lebuh Raya Rakyat ini mengetengahkan sistem wakaf dan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri tanpa kutipan tol.
“Hari ini (semalam) saya ke Kampung Berangan Mek Nab, Machang untuk melihat sendiri perkembangan Lebuh Raya yang merupakan senjata utama menghadapi PRU13.
“Saya mencari batu asas di mana tempat Almarhum Tok Guru merasmikan projek ini. Namun, sehingga kini projek Lebuh Raya Rakyat masih tidak siap dan terkini projek ini seperti dilupakan terus tanpa berita terkini,” ujarnya.

Hazmi dan anggota Pemuda AMANAH Kelantan meninjau batu asas majlis pecah tanah yang ditumbuhi belukar.
Laluan yang dibuka di Berangan, Machang berhenti separuh jalan dengan terdapat penanaman getah oleh Felcra.
Beliau berkata, keadaan tersebut dilihat bukti bahawa kerajaan negeri Kelantan yang ditadbir Pas tidak mampu melakukan apa-apa perubahan sekali gus berperanan sebagai sebuah kerajaan yang sebenar.
“Walhal inilah antara harapan besar Almarhum di mana Kelantan satu-satunya negeri yang membina sendiri sebahagian lebuh raya.
“Almarhum Tok Guru begitu yakin bahawa projek dapat disiapkan dimana Dato’ Haji Husam Musa diamanahkan almarhum untuk menyiapkan projek ini,” jelasnya.
Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar yang pernah memberitahu sebuah bangunan pun tidak boleh siap dalam tempoh 100 hari, beliau berkata, pentadbiran kerajaan negeri masih seperti dahulu walaupun sudah lebih empat tahun Pas menang PRU13.
Terdahulu, reaksi Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas itu selepas Prof Agus mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak melakukan apa-apa perubahan selepas menang PRU13.
“Tidak ada apa-apa perubahan yang besar selain hanya mengikut pentadbiran yang telah ditinggalkan Almarhum Tok Guru,” ulang Hazmi lagi.

Laluan yang dibuka di Berangan, Machang berhenti separuh jalan dengan kawasan penanaman getah oleh Felcra.
Beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini turut memberitahu kerja-kerja pembinaan fasa pertama projek lebuh raya itu dari Bukit Tiu, Machang hingga Dusun Damar di Kuala Krai sejauh 30.5 kilometer yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada 27 Ogos 2014 juga masih belum siap.
Sehubungan itu, Hazmi berharap wakil kerajaan negeri dapat membuat kenyataan terkini berhubung status sebenar pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang menjadi tanda tanya rakyat Kelantan.
Untuk rekod, kerajaan Pas Kelantan turut difahamkan menukar kontraktor yang dilantik beberapa kali selain terdapat syarikat yang memfailkan saman kerana mendakwa ditamatkan kontrak tanpa menurut prosedur.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 1 Jun 2015 dilapor berkata, Kerajaan Persekutuan akan membantu menyiapkan jajaran sejauh kira-kira 43 kilometer bermula di Kota Bharu hingga ke Machang mengikut persetujuan yang telah dicapai.
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli itu turut memberitahu kerajaan negeri pula akan menyiapkan laluan sepanjang 30 kilometer dari Machang hingga ke Kuala Krai.


Kos projek yang dikatakan turut mendapat sumbangan rakyat itu masih tidak menunjukkan kemajuan selepas lima tahun majlis pecah tanah.
mdl
Picture
Previous
Next Post »

10 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Disember 2017 12:20 PTG delete

Ada juga projek batu asas seperti Husang tugu

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
8 Disember 2017 9:01 PTG delete

Patut pun takde kat depan kedutaan US tadi..
Takut DAP marah lah tu..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Disember 2017 10:47 PTG delete

jgn setakat bising dpn kedutaan jek. batalkan beli boeing, pelaburan kwsp di US. najib ada berani ka? kononnya pejuang islam sgt.. demi maruah islam baik ko batalkan jib.. perabih duit kwsp.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Disember 2017 10:58 PTG delete

Hehehe...mana berani nak langkah mayat dapigs...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Disember 2017 11:05 PTG delete

Suruh husam tugu pegi batalkan...hehehe
Hari tu berdegar2 nak bawa balik wang saman....mana!?

Kenapa sekor tokoh agama PANxxx tak bersuara ttg baitulmuqadis???
Lupa pulak...pemberi makan dedak mrk dapigs.Dapigs pulak dpt dana dpd yahudi zionis.Maka kena minta kebenaran dpd maharaja lim dulu klu nak menyalak.Tiada maruah n tulur...hehehe

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
9 Disember 2017 8:27 PG delete

Beberapa tokoh agama dan ‘profesional-pakar strategi klepet kerusi’ PAN memang kelihatan di depan Kedutaan US semalam.. namun hampir tiada penyokong.. seolah2 benar bagai dikata PAN kini tinggal hanya peringkat pemimpin sahaja sekarang (itupun atas lantikan sendiri setelah tewas dlm PAS tahun 2015).. penyokong yg tinggal pun hanya dari kalangan pengkomen2 di alam maya sahaja yg masih setia berkhidmat - selagi dapat dedak.

Yg paling aku sedihnya.. di kala usul ruu355 dibentang, pemimpin PAN lah yang berdiri teguh membuat kecoh di dalam parlimen agar dilihat oleh DAP sanggup bersolidariti dengan DAP dalam urusan MENENTANG URUSAN ORG ISLAM! Namun di dalam urusan MENENTANG BAITULMAQDIS SBG IBUNEGARA ISRAEL!, mereka hanya bersendirian tanpa DAP yg tak tergamak utk bersolidariti dengan mereka..

Hinanya jadi orang PAN rupanya..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Disember 2017 9:30 PG delete

Tertubuhnya PAN atas dasar BARUA, maka BERBARUALAH PAN pada DAPigs selagi ianya bergelar PAN

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 Disember 2017 10:20 PTG delete

RUU sampah. Parti sampah. Pecah tanah sampah. Projek pun sampah.

Siapa yang nak undi sampah sarap dalam parti suci?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 Disember 2017 11:52 PTG delete

Jangan keliru sedara, sampah kat dalam Haprak dikitar semula banyak sehingga tak muat tong sampah

Nanti Lapiji nak minta derma lagi, elokla sampah derma pada sampah masuk tong sampah Lapiji

Reply
avatar
whsss
AUTHOR
22 Disember 2017 9:56 PG delete

Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
> Hoki anda ada di sini <
========== WWW.TOGEL118.COM =========
1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
* Kami memberi bukti bukan Janji *
Daftar sekarang juga dan dapatkan bonus menarik dari kami :
- BONUS NEW MEMBER 100%
- BONUS DEPOSIT HARIAN 5.000 - 20.000
- BONUS DEPOSIT 10% SABUNG AYAM | BOLA TANGKAS | E-GAMES
- BONUS DEPOSIT 30% UNTUK SPORTBOOK
- BONUS CASHBACK SPORTBOOK Up to 15%
- BONUS CASHBACK MIXPARLAY 100%
- BONUS CASHBACK E-GAMES 20%
- BONUS ROLLINGAN LIVECASINO 0.8%
- BONUS ROLLINGAN POKER & DOMINO 0,3%
- BONUS REFFERAL 2%
MIN DEPO & WD HANYA Rp.50.000,-
BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON
UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
LIVECHAT TOGEL118.COM 24 JAM ONLINE
Pin BBM : D8AF7278
LINE : togel118
WECHAT : togel118
WHATSAPP : +855 92 985 834
Agen Togel
Agen Bola
Agen Kasino
Togel SGP
Togel Hongkong
Togel Sydney
Judi Online
Agen Judi QQ
Forum Judi Online

hubungi kami di :
Line : togel118
Bbm : D8AF7278
Wa : +85592985834

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Senarai Blog @ Bisnes