Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, November 29, 2017

Cara berfikir begini : “Lebih banyak orang keluar Pas, kalah pilihan raya”

“Lebih banyak orang keluar Pas, kalah pilihan raya”
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan dakwaan kononnya tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah melanggar bai’ah apabila menyertai Bersatu datang daripada pemikiran pentaksub Pas.
Menurutnya, tanggapan yang mengaitkan keputusan Ketua Pembangkang Dun Kedah itu dengan bai’ah atau janji sumpah setia untuk memberi ketaatan menjadikan Pas lebih mudah tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Lebih separuh Ahli Jawatankuasa Pas Sesi 2013 – 2015 meninggalkan parti yang hilang hala tuju itu.
Terbaca komen seorang ahli Pas yang ada PhD yang juga rakan saya semasa dalam DPP Pusat dulu berkaitan tindakan Amiruddin masuk PPBM, katanya, ‘Dia bukan langgar janji dengan Pas tapi langgar bai’ah dengan Allah’.”
“Entah apa-apa cara berfikir pentaksub Pas. Cara berfikir sebegitu elok benar terus disuburkan dalam Pas supaya lebih banyak orang keluar Pas dan Pas lebih mudah kalah dalam pilihan raya akan datang,” bidasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kedah bukan lagi negeri yang selamat bagi Pas susulan daripada keputusan beberapa pimpinan Pas negeri tersebut untuk meninggalkan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Sebaliknya, tegas Zolkharnain, Kedah yang mempunyai 36 kerusi Dun dan 15 kerusi Parlimen itu bakal dikuasai Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.
“Pas Kedah kehilangan seorang lagi ‘jurutera’ politik selepas mereka kehilangan seorang jurutera (Pahrolrazi) dan seorang doktor (Ismail) yang bersama AMANAH.
“Dengan izin Allah, sejarah kejatuhan BN Kedah akan berulang. Bukan jatuh kepada Pas tapi kepada Pakatan Harapan, kerana Kedah yang banyak pondok dan padi bukan lagi kubu Pas,” ujarnya.
Beliau berpendapat kegagalan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang mesra Pakatan Harapan juga bukti situasi Pas Kedah pada masa ini.
“Diamnya Pas daripada memecat Mahfuz dan Nasir adalah bukti Pas Kedah semakin muram,” bidas bekas Adun Santan di Perlis itu lagi.
Selepas dua hari pelancaran AMANAH pada 16 September 2015 dengan menyaksikan 16 daripada 17 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Sesi 2013 – 2015 meninggalkan Pas, Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan panjang berkenaan bai’ah.
“Pas telah mensyaratkan bai’ah yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat dengan penegasan lafaz Allah menjadi saksinya.
“Lafaz baiah dalam parti yang berjuang menegakkan Islam seperti Pas adalah beramal dengan Al-Quran, as-sunnah dan ijtihad para ulama muktabar yang disahkan oleh ahli majlis syura ulama yang sangat dihormati oleh semua pemimpin, ahli dan penyokong Pas yang istiqamah,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi, bai’ah lebih mewajibkan Pas tidak menukar akidah perjuangan Islamnya atau membenarkan kedudukan Islam yang wajib memimpin negara dicabar.
Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh FakhruraziPas Kedah pada Julai lalu mengumumkan partinya akan bertanding di kesemua Dun dan Parlimen pada PRU-14.
Bagaimanapun, kata Fakhruddin, keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi tertakluk kepada kehendak Pas Pusat dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebelum Pas berpecah, parti itu hanya menang sembilan daripada 24 kerusi Dun dan satu daripada lapan kerusi Parlimen yang ditandingi.
mdl
Picture

27 ulasan:

  1. Akan tetapi aku hairan melihat Amiruddin, kenapa beliau tidak menyertai PANdir sebaliknya memilih parti bunga cap kepala penyamun, adakah Amiruddin berminat menjadi penyamun?

    Ustaz PANdir ni hanya pandai menuduh PAS sebaliknya Ustaz PANdir ni tidak gunakan akal kenapa Amiruddun memilih bersatu? Adakah PANdir terlalu bodoh?

    Antara barua DAPigs atau ketua penyamun cap bunga, Amiruddin rela menjadikan dirinya berada dibawah kekuasaan ketua penyamun daripada membaruakan dirinya kepada DAPigs

    Tanggungjawab baiah biarkan Amiruddin dengan Allah SWT, PAS hanya memberi peringatan

    Kahkahkahkahkah...PANdir oh PANdir malang sungguh nasib kamu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakatan Harapan lawan BN untuk perubahan Kerajaaan Persekutuan???

      Pengundi Pas dan Umno sendiri yang berfikiran matang dan tidak emosi berhak memilih PH untuk mencipta sejarah.

      Sejarah agung Malaysia sebelum ini telah diconteng arang oleh pimpinan masakini. Tanggungjawab pengundi dari mana2 parti BN, PH dan Pas untuk mengubah sejarah hitam ini.

      Pilihan ubah Kerajaan Persekutuan telah tiba. Sampai bila kita mesti ditipu Umno - BN?

      Padam
    2. Sedap kata dekat org kepala penyamun awat serban hampa bagus ka dah berapa cina dan India masok Islam kerana serban hampa,hampa lagi terok dari org kapir.

      Padam
    3. Ada lg manusia bodoh mcm Maslan, pemimpin pas keluar parti tp Amanah yg rugi... walaun dan macai amno dah sama agaknya...Ki ki ki

      Padam
    4. Kehkehkeh.....bukan ke dulu LimX2, Anwar Ibrahim, Mat Sabun dan ramai lagi pemimpin PH yang label Madey ni ketua penyamun, mahazalim la, yang dasyatnya mahafiraun, maknanya Madey ni lebih jahat dari firaun

      Awat baru lani hangpa nampak Madey suci?

      Kahkahkahkah.....PH ada mesin pencuci dosa ke?

      Padam
    5. Eh, Maslan tak bodoh la, kalau bodoh mana boleh jadi menteri?

      Hangpa ceredik ka? Sejak bila pulak menteri ada masa nak layan kebodohan kat sini? Hangpa menteri apa?

      Menteri kebodohan..???? Kahkahkahkah.....

      Padam
    6. cara berfikir lobai lontoih..hancuss

      Padam
    7. cara berfikir zaman perang jepun!!dia ingat dia saja betul!!nak masuk amanah ka! tak masuk bukan issue!!yg penting masuk PH!INI DINAMAKAN STRATEGY!!

      Padam
    8. Kehkehkeh......cuba nafikan apa yang dilabelkan oleh Madey oleh puak2 Haprak yang tiada pendirian

      Padam
    9. Mana ada yang betul kalau Haprak, strategi konon, strategi tahi kucing, kalau betul bubarkan saja pkr dan bersatu, semua masuk PANdir, atau bubarkan saja PANdir dan bersatu semua masuk pkr

      Kenapa perlu ada banyak parti melayu dalam sesuatu gabungan? Tak lain dan tak bukan semuanya kerana pemimpin Haprak gila kuasa dan jawatan

      Mereka yang bengap je membutakan mata dan memekakkan telinga dengan nafsu serakah Haprak

      Padam
  2. Pentaksub PAS????

    Bagaimana pula dgn pentaksub dapigs?
    Tanpa dapigs mmg tak akan wujud PANxxx.
    Hikmahnya adalah manusia yg tak jujur dan ikhlas dlm perjuangan parti sedikit demi sedikit menunjukkan wajah sebenar mrk.Mrk wujud dlm pas hanya membawa doktrin dapigs semata2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Undi kita dihijack dengan isu remeh-temeh dan tak matang.

      Undi untuk perubahan Kerajaan Persekutuan sangat penting. Walaupun disabotaj oleh pimpinan yang dayus, Pakatan Harapan adalah pilihan rakyat Malaysia sebagai ganti parti korupsi BN.

      Malaysia telah dihina di peringkat antarabangsa dan ASEAN. POTUS Trump tidak menghiraukan Najib dalam majlis rasmi! Ini jelas menunjukkan kedudukan Malaysia tidak lagi dihormati oleh negara luar!

      Sanggupkah rakyat (tak kiralah anda Umno, Pas, MCA, MIC, PKR, PPBM, AMANAH, DAP dan apa parti sekalipun!)....sanggupkah hidup dihina dan dipandang rendah oleh negara jiran selama 5 tahun lagi?

      Tidak..Tidak..Tidak mungkin.. BN wajib dipecat kerana gagal menjaga rakyat dan kedaulatan negara.

      2018 - 2023 pilihan kita Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Malaysia baru.

      Padam
    2. Dgn kemasukam skuad mamak kerala dlm haprak adakah korupsi tdk akan wujud.

      Padam
    3. dOKTRIN TAAT MEMBABI-BUTA,Ularmak yg "cinta dunia disanjung!!agama islam dah jadi tunggang terbalik..dalam p.1.g .s
      walauun united.

      Padam
    4. Kalau dengan Haprak Islam bukan saja tunggang terbalik malah Islam akan dihina dan diletakkan dibawah karpet, kerana cintakan duniawi

      Padam
    5. Islam liberal memang digemari oleh selain PAS..

      Padam
  3. Tahniah Datuk Ir Amiruddin Hamzah. Wadah perjuangan Pakatan Harapan memang menarik dan pilihan terbuka. Menepati citarasa rakyat Malaysia yang berbilang suku, kaum, bangsa dan agama, hidup harmoni dan bersatu secara demokratik. Amanah dan menjunjung Keadilan sejagat.

    Bukan sekadar bersikap konservatif dalam agama sehingga keluarga dan isteri jadi harta cagaran dalam berpolitik. Bukan pula hanya menjadikan isu perkauman dan agama sebagai bahan propaganda setiap 5 tahun sekali kempen PRU.

    Isu pokok seperti ekonomi makin merudum, inflasi meningkat, hutang negara bertambah, bajet defisit, nilai ringgit jatuh, pemimpin terlibat jenayah pengubahan wang haram, jenayah pembunuhan, penyelewengan dan salahguna kuasa????

    Tak mungkin sehelai dua daun nyiru dapat menutup bangkai gajah yang bertahun disorok daripada rakyat. Impossible.

    Umno - BN wajib ditumbangkan. Ayuh pengundi Pakatan Harapan dan pengundi Pas - Ikatan - PCM - Berjasa. Undi Pakatan untuk satu lawan satu. Insya Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau cara berfikir ustaz zolkharnain abidin menyebabkan ramai masuk PAN ke?

      Padam
    2. Tak ah mana ada ramai masuk PAN, mereka mengelak dari jadi barua

      Kahkahkahkah

      Padam
    3. Ramai masuk pas????regeister budak2 13 tahun?okayla tu!!

      samada oek nak masuk amanah ka!! no hal..yg penting ahli2 sekarang beristiqamah..tak amik wang 200juta..90juta..
      apa guna ahli banyak..tetapi pemimpin kaki fitnah,songlap balak,kaki maki,kaki terima dedak..

      bersama AMANAH...for a better malaysia.

      Padam
    4. Kehkehkeh.....mengakupun PAS ada ahli banyak

      Itu menunjukkan ahli2 PAS sentiasa Istiqamah melawan fitnah

      Membawa perjuangan Islam, itulah senjata PAS

      Berbeza dengan Haprak, fitnah dijadikan senjata

      For a better Islam and Malaysia, pilihlah Gagasan Sejahtera

      Padam
  4. bising pasal laknat, baiah n mcm2 lg... kena tunggu la org mati hidup balik cerita pasal laknat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sendir berbaiah sendiri tanggung la....

      Padam
  5. Nak ajak org masuk PAN senang je.. fitnah PAS buat mungkar ini buat mungkar itu dan dalam masa yg sama PAN perjuangkan pembelaan terhadap golongan LGBT, golongan bersekedudukan, golongan Atheist etc.. nanti ramailah org masuk PAS lagi dan lagi.. keh keh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah memberi kebaikan dan rahmat Nya kepada orang yang telah difitnah oleh tuan.

      Moga fitnah tuan dikembalikan kepada Allah untuk sebaik-baik pengadilan.

      Padam
  6. Semoga Allah memberi kebaikan dan rahmat Nya kepada orang yang telah difitnah oleh PAN..

    Moga fitnah PAN dikembalikan kepada Allah untuk sebaik-baik pengadilan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amacam tuan 4:29 pedihkan jika difitnah?

      Bila fitnah 90 juta 200 juta UG takde pulak keluar doa macam ni.. nampak sgt pura2 alim..

      Utk pengetahuan hujah membela;

      - lgbt ialah bila individu dlm PaN hendak memperjuangkn hak golongan lgbt agar mereka dibenarkan bekerja demi memberi nafkah kpd “pasangan hidupnya”
      - bersekedudukan ialah individu dlm PaN memperjuangkan hak pasangan bersekedudukan agar dilindungi juga di bawah akta keganasan rumahtangga sama spt pasangan yg sudah berkahwin
      - atheis pula ialah bila individu yg sama memperjuangkan hak golongan atheis agar dikategorikan sama dgn penganut agama2 lain juga..

      Amcam tuan.. fitnah ke tu?


      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...