Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, November 09, 2017

Adakah kedudukan Islam dan orang Melayu terpinggir di bawah Pakatan Harapan?

Adakah kedudukan Islam dan orang Melayu terpinggir di bawah Pakatan Harapan?
Kerap kali dan sering kali akhbar murahan prokerajaan BN memainkan sentimen murahan dengan menyebut bahawa Pakatan Harapan (PH) adalah gabungan rapuh yang dipimpin oleh DAP atau Lim Kit Siang.
Tuduhan dan permainan psi war oleh pihak tertentu sengaja mahu mencalarkan reputasi PH. Setiap hari naratif ini dibawa bukan hanya oleh media tertentu propemerintah malah menjadi zikir yang berulang-ulang dalam ucapan pemimpin tertentu demi menanam rasa takut, benci dan marah terhadap PH yang kononnya diterajui oleh kaum Cina.
Biarpun sudah dinafikan berkali-kali oleh pimpinan PH namun ia terus diulang-ulang sehingga ramai pengundi Melayu telah “beriman” dengan tuduhan seperti ini. Jelas mesej yang disampaikan ini berniat jahat dan cuba menghakis kepercayaan kaum Melayu khasnya dan umat Islam secara amnya.
Sebenarnya PH yang dianggotai oleh empat parti besar dalam negara terdiri daripada Keadilan, Amanah, Bersatu dan DAP telahpun menandatangani satu dokumen perjanjian PH yang meletakkan syarat-syarat penting yang menjamin kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan pada akhir tahun 2016.
Perjanjian atau dokumen bertulis ini juga telah menyatakan dengan sangat jelas iaitu memelihara dan mempertahankan kedudukan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu, memelihara Bahasa Melayu serta menjamin hak keistimewaan Bumiputera seperti termaktub di dalam perlembagaan.
Meskipun ia telah ditandatangani pada akhir 2016 media umum masih memainkan sentimen palsu dan murahan menuduh bahawa PH akan dipimpin oleh bangsa Cina dan Yb Lim Kit Siang akan menjadi Perdana Menteri.
Hal ini sudah dinafikan oleh Yb Lim bahawa beliau tidak bercita-cita langsung pun untuk menjawat jawatan PM. Apatah lagi umum mengetahui bahawa Ketua Umum PH adalah DS Anwar Ibrahim yang akan dibebaskan pada pertengahan 2018, Pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamed, Presidennya DS Wan Azizah Wan Ismail serta Naib-Naibnya majoritinya beragama Islam dan berbangsa Melayu.
Melihat kepada komposisi kaum Melayu dan Bumiputera dalam keanggotaan PH ternyata kaum Melayu beragama Islam menjadi majoriti sebagai Ahli Parlimen jika digabungkan daripada tiga parti utama iaitu Keadilan, Amanah dan Bersatu. DAP juga memberikan peluang kepada kaum Melayu untuk menjadi dan bertanding atas tiket DAP jika layak. Jika dilihat siapa lebih cauvinis Cina sudah tentu MCA lebih lagi dibandingkan dengan DAP.
Umum juga mengetahui tuduhan bahawa DAP adalah prokomunis juga masih dilaung-laungkan setiap hari tanpa bukti yang kukuh dan sah seolah-olah negara masih di tahun 60’an.
Dengan dua isu utama yang dimainkan oleh mereka iaitu kedudukan agama Islam yang akan terhakis dan PM nanti daripada kaum Cina sudah cukup untuk menakutkan pengundi Melayu luar bandar yang tidak terdedah kepada fakta sebenar.
Permainan emosi yang ditiup bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu akan tergugat dan kononnya negara ini akan menghakis kuasa Raja-Raja Melayu sudah cukup menggerunkan para pengundi Melayu tegar. Walhal semua ini adalah palsu belaka dan berunsurkan fitnah.
Sebenarnya pemimpin Melayu dan beragama Islam dalam PH adalah lebih setia terhadap negara dan dengan seluruh asas dan dasar negara tercinta. Perjuangan mengangkat kedudukan agama Islam sebagai dasar negara dan usaha memartabatkan perundangan syariah akan terus diperlihara, dipertahan dan diperjuangkan.
Cuma isunya hari ini ialah sebelum semua ini boleh dilakukan dengan jayanya akan berlaku hanya senya apabila seluruh institusi negara melalui satu reformasi atau islah.
Semua institusi negara yang utama seperti SPR, SPRM, Bank Negara, Jabatan Kehakiman dan Peguam Negara mestilah bebas daripada pengarahan politik yang mengganggu kebebasan dan kewibawaan mereka. Semua institusi negara mestilah bersih daripada cengkaman kuasa yang mempunyai agenda peribadi sang penguasa.
Negara yang bebas kezaliman ini sahaja yang akan dapat menjadikan sistem kebenaran itu dapat berfungsi dengan sihat. Kuasa Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman mestilah adil dan bebas daripada sebarang campur tangan mahupun tekanan politik murahan.
Dengan pembersihan dan reformasi institusi utama negara barulah seluruh agenda mengangkat martabat bangsa dan agama boleh dilakukan dengan penuh adil dan jujur serta bebas rasuah. Bangsa yang bebas rasuah dan cengkaman kuasa yang zalim akan dapat memajukan dirinya dalam tempoh yang sangat singkat.
Ia akan berjaya membetulkan seluruh sistem pentadbiran negara apabila kerajaan mendengar nasihat daripada pakar yang betul dan akan menarik kepercayaan para pelabur asing yang mahu berniaga di sebuah negara yang jujur, telus serta berintegriti tinggi.
Apa yang pasti pada hari ini penglibatan para ilmuan Islam, tokoh ulamak, teknokrat dan para pejuang kebenaran telah berpusu-pusu bersama perjuangan PH bagi mengangkat dan melakukan perubahan ke arah kebaikan. Perjuangan ini telah dan terus menarik ramai para pejuang Islah untuk bersama menjayakan agenda Rahmatan Lil Alamin.
Semua ini boleh menjadi kenyataan jika rakyat merasa aman dan tenteram dengan dasar dan perjuangan hakiki PH yang pastinya akan menjaga dengan teguh janji menjaga kedudukan agama Islam dan berusaha memartabatkan bangsa Malaysia berteraskan syariah dan maqasidnya. Moga usaha PH akan diterima baik rakyat dan mereka akan menilai dengan kaca mata yang bersih.
mdl
Picture

17 ulasan:

  1. Utk islam - sahih jika dilihat daripada penentangan membabi buta ke atas usul RUU355 oleh DAP dan sekutunya PAN..

    Utk melayu - juga sahih jika dilihat daripada perjuangan PH yg lebih mementingkan meritokrasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang melayu islam dan bumiputera lebih percaya kepada BN/umno kerana PH terutama DAP cuba memperlekeh dan mempertikai hak keistimewaan kaum bumiputera dan orang melayu dan agama islam

      Padam
    2. Dan DAPigs juga melantik Wan Ji jadi penasihat, 2030 nanti institusi beraja akan dihapuskan oleh puak2 Wan Ji dan DAPigs

      Padam
  2. anak tiriku rija.. kepala bapak kau!

    BalasPadam
  3. DAPigs nak jadikan Malaysia sebuah negara republik, raja-raja akan dihapuskan

    Rakan2 dalam PH hanya tunduk dan patuh dengan DAPigs

    Undi PH bermakna memberi sokongan kepada penghapusan majlis raja-raja

    BalasPadam
  4. Gambarannya jelas...mahdey yg pernah memusuhi dapigs terpaksa jadi hamba kpd dapigs demi anak..waris..kroni dan proksi.Maksudnya mahdey terpaksa tunduk...hehehe.
    Maka tidak hairan juga PANxxx..melayu pgayR akan tunduk dgn segala kemahuan dapigs dlm meneruskan hidup serta dedak mrk....hehehe
    Siapakah pemimpin melayu haprak yg pernah menyokong ruu355????Semuanya hilang tulur dan menikus krn takut dgn dapig wlpun ruu cuma penambahbaikan kpd undang2 yg sedia ada.Jelas tak ada seekor pon...mrk takuuuut!Ooppps...bukan seekor...seorg...hehehe
    Jelas tidak akan ada jaminan jika dapigs berkuasa.Dulu mrk pernah menyokong hudud semasa berkempen tetapi bila dah bermaharajalela...semuanya tggl kenangan.Mgkin nak raih sokongan.Tipu sana sini demi undi.Nak percaya lagi ker dapigs tu????hehehe

    BalasPadam
  5. Betoi tuu!...Dapigs mempunyai agenda tersembunyi iaitu agenda pecah dan perintah untuk melemahkan kedudukan orang melayu dan agama islam di negara ini.

    Walaupun bangsa dapigs bukan bangsa majoriti di Negara ini tetapi tipu helah dan cara jahat boleh menjatuhkan ketuanan melayu dan agama islam di negara ini....antara agenda jahat Dapigs ialah...

    1.Menghapuskan institusi beraja dinegara ini dan mengantikan negara republik

    2.Menghapuskan hak keistimewaan bumiputera dan orang melayu dan mengantikan sistem meritokrasi iaitu siapa berkemampuan dan kuat dia dapat.maka yang tak berkemampuan,lemah dan miskin akan terus ketinggalan.

    3.Memperlemahkan kedudukan agama islam dan memberikan kedudukan yang sama kepada semua.

    4.Mengalakkan budaya dan cara hidup sekular dan liberal dengan membenarkan arak,judi,zina serta rumah persundalan dijalan secara bebas dan berleluasa.

    5.Mengamalkan prinsip siapa kuat dia dapat,maka dengan kuasa ekonomi dan politik mereka,mereka akan meminda undang2 yang tidak menguntungkan kepada kaum mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN/UMNO..Adalah penjajah,orang2 melayu...Mereka membawa orang melayu balik kazaman FIEUDAL,Memuja2 kau BANGSAWAN dgn mendapat DEDAK..
      Orang2 melayu dibeli KETAATAN dgn DEDAK..

      Apa dah jadi malaysia di tangan Najib..
      Hutang 1mdb 55 billion
      Hutang China merah 55billion
      Hutang felda >40 billion

      siapa yg nak bayar???tentulah rakyat,jika tak dapat bayar kepada kerajaan china,maka tanah di jihor,disungai besi tempat strategik kerajaan,di pantai timor akan tergadai.

      kenapa duit negara habis kerana:
      kerakusan najib/bininya.
      suka membazir,rasuah,ketirisan..
      Ada pembunuhan;
      altantuya
      pegawai kastam.
      taukeh ambank
      kevin morais..

      siapa yg arahkan mereka dibunuh????mereka ADALAH SAKSI2 utama najib/dan bininya..

      nAJIB GUNAKAN PDRM/SPRM/AG/ROS/SPR,untuk talian hayatnya..yg TERBARU DEDAK PADA 4,000 Cybertroopers untuk defend..penjajah BANGSAWAN dgn DEDAK....

      Ayuh rakyat marhaennnnn..jatuhkan bangsawan yg hendak mengembalikan zaman penjajah...MERDEKA RAKYAT.

      Padam
    2. Anon 2:39,

      Setuju dengan Tuan, pilihan kita bukan BN dan pilihan kita juga bukan PH yang penuh dengan penyangak dan penyamun, pilihan kita ialah Gagasan Sejahtera

      PH dan BN adalah spesis yang tiada beza, jauhilah mereka untuk kesejahteraan didunia dan diakhirat

      Padam
    3. GAGASAN SEJAHTERA Nak memerintah???..
      bagaimana nak memerintah Budget pun tak tahu buat??
      kita nak tenguk budget islam bagaimana???
      nak buat hukum hudut,TETAPI melutut di mahkamah orang kafir,untuk cari keadilan..

      politik dunia pas,hanyalah sekadar keperluan dunia,nak cari makan,berkuasa,bermewah2 ALA-PAS..PERIOD.

      Padam
  6. Razman Zakaria yang membuat fitnah terhadap Dato Seri Nizar diminta membayar RM200 000 tidak termasuk kos .Yang penting bukan nilai bayaran tetapi Razman ada buat fitnah ke atas Nizar.







    Create a Link

    Older Post Home
    Ayuh, Selamatkan Malaysia
    Ayuh, Selamatkan Malaysia
    PRU 14

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nizar juga adalah seorang penyangak kepada umat Islam kerana Nizar lah yang menandatangani Perjanjian Pangkor 2 dengan pemimpin kafir supaya syariat Islam tidak dibenarkan untuk diamalkan didalam pentadbiran seorang MB boneka si kafir

      Ayuh semua tinggalkan mereka yang membonekakan diri kepada kafir untuk sesuap dedak, pilihlah Gagasan Sjahtera

      Padam
    2. Mengunakan islam,untuk sesuap nasi!!
      Hadi dan 10 lebainya menunujukan contoh amalan islam yg baik,kononya orang kafir semuanya jahat,tetapi berlutut kepada mahkamah orng kafir,untuk kata dia bukan penerima dedak..

      Padam
  7. pENANG WALAUPUN DIPERINTAH OLEH dap,TETAPI kOMITMEN mereka pada rakyat hebat..

    Jika kita ada fikiran,otak yg dikurniakan oleh allah,kita dapat bezakan di antara negeri2 yg diperintah oleh BN dan PAS..

    kEBAJIKAN PADA RAKYATNYA,TIADA KETIRISAN,RASUAH jika ada minima,Orang2 melayu/agama islam terjaga,di samping itu rakyat malaysia semua keturunan dijaga.

    Cuba lihat di kelantan,rakyat yg banjirnya sejak 2014,ada lagi tiada diberi bantuan..rumah kos rendah mereka sebesar bilik stor,kedai makan seluas toilet..ini tidak dikira hutang >1 billion dgn kerajaan persekutuan..

    hEBATNYA lge semasa banjir turun padang seawal 3am pagi.untuk rakyatnya meminta bantuan persekutuan tanpa kira parti,dan dia MEMOHON MAAF PADA semua rakyatnya,jika terdapat kekurangan.
    Ahli2 pas akan cepat menuding jari dikatakan FITNAH ph,sebab mereka hanyalah tinggal di palnet mereka sendiri..

    sebab itulah razaman kalah,sman fitnah..jawapan mereka senang shaja,jgn berkawan dgn orang kafir..

    TETAPI PIMPINAN TERTINGGI MEREKA BERLUTUT DI MAHKAMAH KAFIR BOLEH PULA???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab si kafir tu kafir lahanat yg pilih cara kafir iaitu menuduh tanpa bukti lah ngok..

      Padam
  8. Bagaimana umarak islam,kebertanggungjawapan tentang amanah kerja di parlimen.

    Najib datang ka parlimen hanya 8 minit sahaja.

    Hadi datang ka parlimen,ikut suka-hati dia..

    jika macai dan walaunta..kata FITNAH, pergi check kad kedatangan mereka di parlimen.


    Bagaimana agaknya GAJI/ELAUN mereka di parlimen??haram/halal.

    Bagaimana nak jadi KHALIFAH,untuk DITELADANI???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh bagi bukti tak barua DAP (yg bawak lari kerusi) tak pernah ponteng parlimen? Kalau tak boleh bagi bukti, perangai kau sama je lah dengan TGLGE (Tokong Gampang Lim Guan Eng)..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...