Iklan Penaja 1

Picture

Sabtu, September 30, 2017

Akibat Fitnah: Khairy kena bayar RM210,000 kepada Anwar

Fitnah: Khairy kena bayar RM210,000 kepada Anwar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Ketua Ppergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kenyataannya “Anwar main dua-dua ikut belakang….” sembilan tahun lalu.
Hakim Azizul Azmi Adnan berkata, dakwaan yang dibuat Khairy serius dan memfitnah plaintif serta mengarahkan menteri belia dan sukan itu membayar ganti rugi am RM150,000 kepada Anwar.
MalaysiaKini melaporkan, Hakim Azizul bagaimanapun tidak memberikan pampasan bagi ganti rugi teruk kerana menolak wujudnya niat jahat.
Beliau juga tidak memberikan perintah injunksi yang melarang Khairy daripada mengulangi kata-kata itu memandangkan ia diucapkan dalam insiden sembilan tahun lalu dan banyak perkara berubah.
Hakim Azizul juga mengarahkan Khairy membayar kos RM60,000 kepada Anwar.
Anwar memfailkan saman RM100 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan daripada Khairy ekoran ucapan beliau pada 19 Februari 2008 yang kemudiannya dilaporkan oleh MalaysiaKini, pada hari berikutnya.
Anwar mendakwa, ucapan Khairy memberikan gambaran bahawa beliau seorang yang homoseksual.
Khairy adalah Naib Ketua Pemuda Umno pada masa itu dan melancarkan jentera pilihan raya BN Lembah Pantai, menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).
Hari ini adalah tarikh perbicaraan pertama untuk kes saman fitnah itu yang berlarutan selama lapan tahun termasuk disebabkan gagal dalam proses mediasi.
mdl
Picture

Jumaat, September 29, 2017

Peguam AMANAH sanjung titah Sultan Johor, Malaysia bukan ‘negara Taliban’

Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara menyokong pandangan Sultan Johor bahawa sifat ekstremis dan ‘taliban’ tidak mempunyai tempat di Malaysia dan gejala seperti ini harus dibendung sebelum ianya berkembang biak.
Sehubungan itu, Kanun menyarankan agar para ulama dapat menyebar luas fahaman dan amalan Fiqh Al-Muwatonah (Fikah Kewarganegaraan) dan Fiqh Al-Waqi’ (Fikah yang berubah dan berbeza mengikut realiti setempat) yang kedua-duanya sangat relevan bagi masyarakat majmuk di Malaysia.
Ahli jawatankuasa pengguna, pekerja & alam sekitar Kanun, Mazwan Johar berkata penggunaan dua konsep fikah itu adalah berdasarkan kaedah syarak dengan mengambil kira maslahah (kebajikan dan kebaikan) dan Maqasid al-Syariah (objektif syariah) untuk mewujudkan keharmonian di Malaysia.
“Kanun menyanjung tinggi titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan sebuah kedai dobi di Muar yang mengehadkan pelanggannya di kalangan orang Islam sahaja kerana dikhuatiri kain basuhan bercampur dengan najis mughallazah (najis berat iaitu anjing dan khinzir),” ujar beliau.
Sultan Johor dilapor menyifatkan tindakan pengusaha dobi itu sebagai ‘karut’ dan bertentangan dengan realiti negeri Johor yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.
Sultan Ibrahim juga mengingatkan Johor adalah negeri yang progresif, moden dan sederhana dan bukan sebuah ‘negara Taliban’.
Sebagai ketua Islam di Johor, baginda menyifatkan tindakan pengusaha dobi itu sebagai tidak boleh diterima kerana ianya bersifat ekstremis.
Mengulas lanjut, Mazwan berkata semua warganegara Malaysia perlu belajar hidup dalam kepelbagaian (diversity) dan saling menyokong antara pelbagai kaum dan agama sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum, ayat 22 yang menyebut bahawa perbezaan bahasa dan warna kulit di kalangan manusia sebagai bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT.
Menurutnya, walaupun Kanun tidak membelakangkan pendapat sesetengah ulama yang berpegang dengan pendapat yang ketat berkaitan hukum najis mughallazah, namun wujud pendapat ulama yang lebih sesuai dengan realiti masyarakat majmuk di negara ini.
Oleh itu, pihaknya menaruh harapan tinggi kepada Sultan dan Raja Melayu sebagai ketua agama Islam negeri-negeri supaya menitahkan Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk menganjurkan seminar dan dialog antara kaum dan agama berteraskan Fiqh Muwatonah dan Fiqh Al-Waqi’.
“Kanun juga menyokong pandangan DYMM Sultan Johor bahawa pandangan yang bersifat ekstremis dan ‘taliban’ tidak mempunyai tempat di Malaysia dan gejala seperti ini harus dibendung sebelum ianya berkembang biak menjadi besar.
“Kanun menyatakan pandangan DYMM Sultan Johor itu selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Ruum. Inilah juga yang menjadi asas perjuangan dan kewujudan Parti Amanah Negara iaitu bagi mewujudkan masyarakat yang Amanah, Progresif dan Peduli,” ujar Mazwan.
mdl
Picture

Khamis, September 28, 2017

Panas!! : Isyarat jelas GST bakal dinaikkan jika BN menang PRU14

Isyarat jelas GST bakal dinaikkan jika BN menang PRU14
ULASAN: Ketenangan dan kegembiraaan saya tika berada di kota Madinah Al Munawarah amat terganggu apabila membaca laporan berkenaan ucapan  Perdana Menteri di Perhimpunan Agung MIC kelmarin yang menghina dan memperlekehkan keluhan dan kesusahan yang dialami rakyat Malaysia akibat cukai barangan dan perkhidmatan yang diperkenalkan oleh Kerajaan sejak 2015.
Saya masih boleh menerima jika Perdana Menteri yang datang dari keluarga bangsawan dan hidup senang lenang sejak dilahirkan tidak menjiwai kesusahan hidup rakyat terbanyak. Maklumlah *sebahagian besar kehidupan beliau ditanggung kita rakyat Malaysia. Apalah sangat cukai GST 6% peratus kalau nak dibandingkan dengan segala gaji dan elaun sebagai PM.Itu belum lagi wang RM2.6 bilion yang ‘didermakan oleh pembesar Arab’. Sudah tentu begitu sukar untuk Perdana Menteri memahami kenapa majoriti rakyat Malaysia merasa sangat terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup akibat dari GST.
Tetapi saya tidak boleh bersabar dengan perlecehan dan penghinaan Perdana Menteri apabila beliau memperlekehkan penderitaan rakyat. Tidak ada sebab sama sekali untuk rakyat merungut dan menentang GST jika benar pelaksanaan GST akan menjadikan harga barang dan perkhidmatan lebih murah sebagaimana yang dicanang oleh orang-orang seperti Dato Ahmad Maslan ketika berkempen mempromosikan GST. Tetapi hakikat yang terpaksa ditanggung rakyat sekarang ialah *GST membawa padah kepada kenaikan kos dan harga barang keperluan yang menjejaskan kehidupan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Memahami keadaan ini, saya ulangi kembali hujah saya sebelum ini dalam menentang GST bukanlah kerana saya tidak suka manfaat dari segi pendapatan yang diperolehi kerajaan. Tetapi hakikat *GST sebagai sejenis cukai yang regresif iaitu semakin rendah pendapatan seseorang maka semakin dia terbeban dengan cukai GST yang dikenakan sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira jumlah pendapatannya*. Apatah lagi kesan berangkai GST yang membawa kepada peningkatan mendadak harga barang keperluan dan pekhidmatan tidak seiring dengan peningkatan pendapatan rakyat yang menyaksikan peningkatan minimum atau langsung tiada peningkatan untuk 2 atau 3 tahun kebelakangan.
Saya percaya segala data dan fakta berkaitan pendapatan dan kos sara hidup rakyat berada dalam pengetahuan Perdana Menteri. Maka *amatlah tidak bertanggungjawab bagi seorang Perdana Menteri yang tergamak memperlekehkan keluh kesah rakyat bawahan yang semakin terhimpit penghidupan mereka dari hari ke hari*. Saya juga melihat ucapan Perdana Menteri ini yang turut membandingkan kadara GST di Malaysia dengan cukai yang sama di negara India dengan kadar 28% adalah suatu signal dan bayangan jelas bahawa Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional berhasrat untuk menaikkan lagi kadar GST berbanding dengan kadar 6% pada masa ini. Tetapi sudah tentulah GST tidak akan dinaikkan buat masa ini memandangkan pilihanraya umum ke 14 semakin hampir dan pada ketika semakin jelas sokongan kepada BN semakin merosot.
Tetapi saya berani mengatakan GST hampir pasti akan dinaikkan kadarnya jika BN terus berkuasa di Putrajaya selepas PRU 14. Maka *mengekalkan BN sebagai kerajaan selepas PRU 14 adalah ibarat kita menyerahkan tengkuk untuk ‘disembelih’ dengan kadar GST yang lebih tinggi* yang akibatnya akan membawa kesengsaraan kepada kehidupan seharian kita.
Ketika ini Saya hanya mampu berdoa di sudut Raudah *Ya Allah buka lah pintu hati rakyat khususnya pengundi di Malaysia menolak Umno Bn Ya Allah kau lindungi rakyat dan negara kami dari pemimpin yang menzalimi kami,beri lah kekuatan pada kami untuk mengalahkan mereka Umno-BN.
Ya Allah kau beri lah keinsafan dan istiqamah pada ku untuk bersama rakyat untuk terus membela dan membebaskan mereka dari kezaliman pemerentah negara yang menjadi tuntutan ajaran Islam.Ya Allah kau ampuni lah aku dan kami semua*.Justeru kepada rakyat Malaysia, satu-satunya cara untuk mengajar Perdana Menteri dan kerajaan yang memperlekeh kesusahan rakyat dan seterusnya menghalang usaha mereka dari terus membebankan kita dengan menaikkan kadar GST ialah dengan *mengundi Pakatan Harapan di dalam PRU 14.
Datuk Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
5.45pm Madinah Al Munawarah
27 Sept 2017/ 6 Muharram 1438H.
Picture

Rabu, September 27, 2017

Lautan manusia dalam program Pakatan Harapan di Kuching

Buat pertama kali Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hadir dalam siri jelajah di Kuching Sarawak seramai 10,000 rakyat Sarawak hadir untuk mendengar ceramah pimpinan Pakatan Harapan malam tadi.
Pada malam itu Ketua DAP Sarawak merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen telah membaca rangka manifesto Pakatan Harapan untuk negeri Sarawak.
Hujan renyai yang turun tidak mematahkan semangar rakyat Sarawak untuk hadir mendengar ceramah pimpinan Pakatan Harapan.
Asalkan boleh….ada yang terpaksa berdiri tekun mendengar ceramah pimpinan Pakatan Harapan kerana tidak cukup kerusi disediakan penganjur kerana sambutan diluar jangkaan.
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya berkata Perjanjian Malaysia 1963 akan dirunding semula antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak agar lebih adil sekiranya Pakatan Harapan menjadi parti yang memerintah selepas pilihan raya umum nanti.
Barisan kepimpinan Pakatan Harapan yang hadir memberikan ceramah mereka malam tadi.
mdl
Picture

Selasa, September 26, 2017

Husam Musa dakwa Pas dalam dilema

Husam dakwa Pas dalam dilema


Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa mendakwa Pas dalam dilema apabila ada pemimpin kanan parti itu tidak merestui kerjasama membabitkan BN.
Beliau berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat halangan daripada beberapa pemimpin parti itu untuk melakukan kerjasama, lapor BH Online.
Bagaimanapun, katanya, jika Pas tidak melakukan kerjasama dengan BN, ia dijangka hilang banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
“Untuk memperoleh kemenangan, Pas perlu bergabung dengan mana-mana parti termasuk BN atau menyertai pakatan pembangkang.
“Namun, perkara itu menjadi sukar kerana pemimpin kanan parti itu tidak merestui kerjasama terbabit menyebabkan PAS kini seperti dalam dilema,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Wakaf Mek Zainab dan Kampung Penambang, hari ini.
Berhubung kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah bahawa parti itu bercadang untuk bertanding lebih 100 kerusi pada PRU-14, Husam berkata kenyataan itu sekadar ugutan kepada pakatan pembangkang.
“Pas sebelum ini menyatakan akan bertanding di 40 kemudian 80 dan kini 100 kerusi pula tetapi belum lagi ada sebarang kerjasama dibuat. Saya rasa itu hanya menjadi ugutan saja,” katanya.
Dalam pada itu, Husam berkata, pemimpin pertengahan Pas perlu mendesak pemimpin tertinggi mereka untuk membuat keputusan mengenai hala tuju parti itu.
mdl
Picture

Isnin, September 25, 2017

‘Kalau AMANAH menang, itu kemenangan PKR, DAP dan Bersatu’

‘Kalau AMANAH menang, itu kemenangan PKR, DAP dan Bersatu’
Pakatan Harapan (PH) harus mempunyai kesatuan yang mantap bagi melaksanakan ‘PH lawan BN’ pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, sama ada PKR, DAP, AMANAH atau Bersatu yang bertanding di sesuatu kawasan, semua parti harus bekerja kuat untuk memenangkan calon PH.
“Apabila kita bertanding, kalau satu kawasan itu ditandingi oleh AMANAH, DAP, Bersatu dan PKR akan bekerja kuat seoalh-olah calon AMANAH itu adalah calon PKR, DAP dan Bersatu.
“Jika AMANAH yang menang, PKR merasakan itu kemenangan PKR, Bersatu merasakan itu kemenangan Bersatu, dan DAP merasakan itu kemenangan DAP dan begitulah seterusnya.
“Sehingga kita boleh mewujudkan satu kesatuan dan kecintaan ini dan akan menjadi pra syarat penting untuk menjatuhkan BN,” katanya pada majlis kutipan dana PH anjuran DAP di Bayan Lepas malam tadi.
Beliau juga berkata, negeri yang diperintah PH iaitu Pulau Pinang dan Selangor juga harus menampilkan kejayaan mereka bagi meyakinkan rakyat bahawa kerajaan negeri di bawah PH lebih baik daripada negeri yang diperintah BN.
“Dua negeri ini mesti boleh menampilkan kejayaan dari segi tatakelola, pengurusan kewangan, keupayaan mengagihkan hasil negeri untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat, integriti dan menunjukkan rekod yang baik supaya rakyat dapat tengok beza negeri PH dnegan negeri BN,” katanya.
Menurut beliau, PH sedang menunggu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran gabungan itu bagi merealisasikan satu lawan satu dalam PRU14.
mdl
Picture

Sabtu, September 23, 2017

Konvoi van, kereta bawa Anwar dan pegawai penjara kemalangan



Konvoi kereta dan van yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pegawai penjara dipercayai terlibat dalam satu kemalangan ketika Ketua Umum PKR itu sedang dipindakan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas menjalani rawatan selama empat hari. 
Perkara ini dimaklukan Peguam Anwar Sivarasa Rasiah dalam satu kenyataan petang ini berkata, kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.30 tengah hari di simpangan trafik berdekatan Saujana Utama.
“Pegawai penjara yang memandu kereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menekan brek untuk mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan, dan kereta pengiring telah melanggar kereta di hadapan.
“Kereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengalami kerosakan di bahagian belakan kereta.
“Syukur bahawa Datuk Seri Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh,” ujarnya dalam kenyataan.
Difahamkan juga Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Jeyaindran Tan Sri Sinnathurai,dijadual untuk bertemu Awnar pada jam 5 petang ini.
Ini bagi tujuan untuk menentukan sama ada Anwar memerlukan sebarang rawatan lanjut di hospital.
Pada Selasa Anwar di masukkan ke HKL bagi tujuan rawatan dan pemeriksaan berjadualnya.
Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dipetik berkata Anwar tidak mengalami masalah kesihatan cuma akan berada di hospital itu untuk beberapa hari bagi pemeriksaan yang akan dikendalikan oleh sepasukan pakar.
mdl
Picture

Jumaat, September 22, 2017

Beritahu susah berjuang agama, tapi sebenarnya tak susahpun…


Beritahu susah berjuang agama, tapi sebenarnya tak susahpun…

Mereka mengaku pejuang Islam. Kemudian mereka gambarkan perjuangan mereka begitu sukar, susah, penuh onak duri, nyawa terancam, kehidupan terhimpit.
Lalu mereka bacakan ayat al-Quran, hadis dan sirah Nabi tentang sulitnya berjuang Islam. Mereka termasuk kelompok orang yang dimaksudkan oleh ayat dan hadis itu. Pentaksub mereka pun angguk setuju dengan tafsiran itu.
Jika ditinjau, apa yang mereka namakan perjuangan Islam itu adalah perjuangan Islam dalam versi yang mereka cipta sendiri. Bahkan jika diteliti dengan jujur, perjuangan itu tidak menepati perjuangan Islam yang diwariskan oleh Nabi.
Perjuangan Islam Nabi penuh dengan kasih-sayang, menghormati manusia, mengelak perseteruan, membina hubungan baik dengan semua orang dan tidak memandang orang lain yang berbeza sebagai musuh agama.
Sementara perjuangan Islam yang mereka bawa tidak seperti perjuangan yang dibawa oleh Nabi. Dengan rasa suci diri, mereka bermusuh dengan semua orang yang berbeza, mempamerkan Islam dalam wajah tanpa toleransi dan suka melabel orang lain musuh Islam.
Ayat yang suka mereka baca adalah ayat perang, padahal ayat perang sesuai diimplementasi hukumnya dalam suasana perang, bukan suasana aman. Malaysia kini bukan dalam kancah perang seperti latarbelakang ayat yang dibaca itu.
Sambil mereka mengaku berjuang Islam dalam versi yang mereka cipta itu, mereka pun beritahu orang bahawa perjuangan Islam sukar dan payah. Seolah-olah mereka sudah mewarisi perjuangan Nabi yang sukar itu, dan merekalah pejuang Islam tulen.
Namun di sela-sela kesipongangan itu, hakikatnya mereka tidak susah pun. Mereka ada gaji dan elaun bulanan puluhan ribu sebagai MP, pakai kereta sedap, ke sana-sini naik ‘belon’ (kapalterbang), pangkal nama ada datuk, hadiah kereta mewah kepada isteri, ada yang ada isteri lebih daripada satu dan banyak lagi.
Mereka “berjuang Islam” dalam keadaan sebegitu mereka kata susah? Sukar? Payah? Nak bandingkan perjuangan mereka dengan perjuangan Nabi? Nak letakkan maksud ayat al-Quran tentang susah perjuangan untuk diri mereka?
Inilah yang boleh dinamakan candu agama, yakni menamakan sesuatu atas nama agama untuk menarik sokongan umum dengan labanya pulang kepada diri sendiri.
Namun pentaksub mereka tetap bertakbir, mereka tetap rasa diri mereka suci, dan hujan yang turun tanpa henti adalah simbol kemenangan mereka. Khurafat apakah yang sedang mereka promosikan?
____________________________
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi ialah Pengarah Syariah AMANAH Nasional
mdl
Picture

Rabu, September 20, 2017

Kesihatan Anwar terkawal, terima kasih atas sokongan



Tahap kesihatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terkawal setelah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam, kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden PKR itu berkata, Anwar di dibawa ke HKL untuk beberapa hari bagi tujuan pemeriksaan yang dijadualkan, serta untuk pemantauan dan rawatan oleh pasukan doktor pakar yang ditugas menjaga kesihatan beliau.
“Semalam saudara Anwar Ibrahim telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana tekanan darah yang kurang stabil. Alhamdulillah keadaan beliau adalah terkawal.
“Bagi pihak saudara Anwar dan keluarga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada para doktor dan semua pihak yang mendoakan kesihatan saudara Anwar.
“Seperti yang beliau sebutkan semalam, perubahan sudah menghampiri kita (“change is imminent”), maka kita perlu berdoa dan berusaha untuk memastikan kemenangan Rakyat pada PRU14 kelak, inshaAllah,” ujarnya dalam kenyataan ringkas hari ini.
mdl
Picture

Selasa, September 19, 2017

Panas!! Benarkah KWSP setuju melabur di AS?

Adakah keputusan kerajaan untuk melaburkan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendapat sokongan jawatankuasa pelaburan agensi terbabit atau terdapat ‘campur tangan politik’, soal Ahli Parlimen Petaling jaya Utara Tony Pua.
Beliau mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukakan bukti bahawa keputusan untuk melabur sebanyak AS$3 bilion daripada KWSP di Amerika Syarikat (AS) mendapat persetujuan jawatankuasa pelaburannya.
“Memandangkan Datuk Seri Najib mendakwa keputusan itu bukannya dibuat oleh ahli politik, kami ingin bertanya jika jawatankuasa pelaburan KWSP telah membuat keputusan untuk melabur AS$3 bilion hingga AS$4 bilion untuk menyokong pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat?” soalnya.
Najib berkata keputusan untuk melabur di AS bukan dibuat oleh ahli politik, sebaliknya oleh jawatankuasa pelaburan KWSP.
Menurut Tony, jika pelaburan itu tidak dipengaruhi oleh politik, dan jika KWSP tidak memutuskan untuk melabur jumlah tertentu di AS, ia bermakna Najib membuat janji kosong kepada Presiden AS Donald Trump.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu menjelaskan, meskipun KWSP mempunyai hak untuk menentukan pelaburannya di luar negara selepas menjalankan analisis wajar, bagi rakyat Malaysia, tindakan itu tidak wajar.
Malang lagi, keputusan Najib mahu berbelanja berbilion-bilion ringgit menyokong ekonomi AS dibuat ketika Malaysia memiliki keperluan mendesak.
“Namun, bagi rakyat Malaysia, tidak ada resolusi atau komitmen yang KWSP mahu melabur jumlah yang besar itu untuk menyokong pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat.
“Kita tidak mempunyai wang untuk membina infrastruktur sendiri dan perdana menteri kita mahu membantu menjadikan Amerika hebat sekali lagi,” katanya.
Beliau juga berkata, tindakan Najib itu jelas cuba mengambil hati Trump supaya kerajaan AS berlembut terhadap langkah Jabatan Kehakiman (DoJ) untuk menyita aset-aset 1MDB.
“Kita menyeru KWSP dan Khazanah Nasional untuk mengekalkan disiplin kewangan bebas, bebas daripada campurtangan dan tekanan politik dalam menjalankan mandat pelaburan mereka,” tegasnya.
Dalam lawatan selama tiga harinya ke AS, Najib mengumumkan KWSP bercadang untuk melabur sebanyak AS$3 bilion (RM13 bilion) kepada AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula infrastruktur AS.
mdl
Picture

Isnin, September 18, 2017

Tanamkan minat, bukan paksa anak hafal al-Quran


Zolkharnain Abidin
Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menasihatkan golongan ibu bapa agar tidak terlalu mendesak anak masing-masing untuk menghafal al-Quran sebaliknya menanamkan minat untuk mereka mendalami kitab suci itu.
Menurutnya, anak-anak perlu mempunyai kemahuan dan minat mendalam untuk menghafal al-Quran dalam persekitaran yang selesa dan selamat.
“Kalau nak mereka hafal al-Quran, tanamkan minat, bukan paksa. Jangan bimbang, tak hafal al-Quran pun boleh masuk syurga.
“Jangan paksa anak hafal al-Quran pasal kita percaya mereka nak syafaat kita akhirat esok. Beramallah sendiri, jangan harap orang lain beramal untuk kita,” ujarnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.
Berkongsi pengalaman beliau dan rakan-rakannya sekitar 1980-an dalam memilih bidang tahfiz tanpa paksaan pada usia kesemuanya berusia 17 tahun ke atas, Ustaz Zolkharnain berkata, mereka pada masa ini berjaya dalam bidang masing-masing.
“Lain dengan anak-anak yang umur 9, 10, 11, 12 tahun. Ramai yang masuk bidang tahfiz sebab pilihan, desakan atau paksaan ibu bapa.
“Mereka masuk bidang ini dengan separuh hati, bahkan ada yang tak ada hati langsung,” ujarnya sambil meminta maaf bukan mahu menyalahkan ibu bapa yang terbabit.
Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi AMANAH Perlis itu berkata, tindakan memaksa anak memasuki bidang tahfiz tanpa menitikberatkan mutu dan aspek keselamatan premis pusat hafalan itu terbukti membahayakan nyawa.
“Akhirnya, pilih pusat tahfiz swasta yang kualiti akademik dan pengurusannya longgar, asalkan anak mereka boleh dikurung untuk hafal al-Quran.
“Letak dalam bangunan sesak, satu pintu, letak jeriji, takut budak-budak tu lari. Penyudahnya, jadilah macam yang jadi itu,” jelasnya merujuk kepada tragedi kebakaran pusat tahfiz di ibu negara yang mengorbankan 23 nyawa, 14 September lalu.
Kunci pintu
Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Abdul Shukor Hussin menegaskan tanggapan sesetengah ibu bapa dengan menghantar anak ke pusat tahfiz sebagai penolong mereka di akhirat adalah salah.
Syurga hak Allah, ujarnya, dan tiada sebarang jaminan kerana hasrat memasuki syurga bergantung pada usaha masing-masing.
“Jangan mengorbankan anak ke tahfiz hanya untuk matlamat ini, sebaliknya ibu bapa perlu memahami dan mengatur pendidikan anak mengikut kemampuan mereka,” jelasnya dipetik dari akhbar Berita Harian semalam.
Felo Utama Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, ibu bapa perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang, sistem pengajian, guru serta prasarana yang kondusif dan selamat sebelum menghantar anak mereka di pusat tahfiz.
Dalam hal berkaitan, sebahagian besar pusat tahfiz dan sekolah pondok di seluruh negara didedah tidak mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki (CF) selain tidak berdafatr dengan pihak berkuasa agama negeri.
Di Melaka contohnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengesan sebanyak 38 daripada 53 iaitu 72 peratus sekolah agama swasta di bawah Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPS) di negeri itu berisiko terdedah kepada bahaya apabila gagal menepati spesifikasi pelan keselamatan bangunan.
Bahkan, empat pusat tahfiz di Melaka dilapor semalam enggan mengisi borang untuk tindakan lanjut bagi tujuan pendaftaran sekaligus wujud kemungkinan bangunan pusat tahfiz terbabit tidak mematuhi piawaian keselamatan.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan dilapor memberitahu terdapat warden dan murid sendiri di sebuah pusat tahfiz di Seremban dalam pemeriksaan mengejut pada 15 September lalu tidak mengetahui di mana kunci pintu yang menghubungkan bilik asrama dengan tangga kecemasan disimpan.
mdl
Picture

Sabtu, September 16, 2017

MTUC bantah labur RM17 juta wang KWSP di Amerika



Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sewajarnya menimbangkan semula pelaburan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata untuk tujuan mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Setiausaha Agung J Solomon berkata, kesatuan sekerja itu memandang berat langkah kerajaan Malaysia memberi komitmen untuk melabur AS$4bilion dari dana KWSP.
Katanya, komitmen itu tidak mengambarkan pendekatan positif di pihak kerajaan apabila ia mempertaruhkan dana pekerja untuk mengukuhkan ekonomi kuasa besar terutamanya apabila terdapat keperluan untuk mengukuh ekonomi negara sendiri.
“Dalam iklim ekonomi global kita tidak menolak atau mempertikaikan kerajaan memasuki pakatan perdagangan antarabangsa, tetapi sebelum bertindak begitu, kerajaan tidak boleh mengabaikan keutamaannya terhadap rakyatnyan sendiri terutama kebajikan pekerja dan menguruskan wang yang dimiliki oleh pekerja.
“KWSP milik pekerja dan ia harus dilaburkan untuk meningkatkan kebajikan pekerja agar tidak melabur dalam pasaran ekuiti AS untuk membantu infrastruktur dan pembangunan semula AS,” ujarnya.
Solomon turut mendedahkan sebelum ini pada 2016 MTUC ujarnya pernah mengemukakan cadangan kepada perdana menteri agar KWSP membayar dividen lebih bai bagi tahun tersebut iaitu dengan membayar kekurangan dividen sebanyak 0.7% KWSP.
Bagaimanapun dakwanya, cadangan yang bertujuan bagi memastikan pendapatan tertinggi yang diperolehi oleh KWSP bagi tahun kewangan 2016 sejak kewujudannya dan memastikan dana yang munasabah terkumpul dalam akaun pekerja individu yang merupakan satu-satunya perlindungan sosial pekerjan untuk persaraan.
“Sayangnya, kami belum menerima respon kepada permintaan ini tetapi difahamkan dariapda akhbar dan media sosial megnenai pelaburan wang pekerja Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi AS,” ujarnya.
mdl
Picture

Khamis, September 14, 2017

PH mampu tawan lebih 10 kerusi Parlimen di Kedah

Logo PH terkini

iklan : www.gajimasyuk.com
Pakatan Harapan (PH) mampu untuk menambah tujuh lagi kerusi Parlimen di Kedah disamping lima kerusi sedia ada yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang lalu.
Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada sokongan dan senario politik yang ada kini, setelah Pas memperlihatkan sokongan mereka kepada Umno dan BN.
Selain itu hilangnya keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno dan BN dalam pelbagai isu nasional membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah skandal 1MDB yang belum diselelsaikan.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Kedah, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid ketika mengulas mengenai peluang Pas dan BN di Kedah.
Menurut beliau lagi, kerusi Parlimen Padang Serai, Alor Setar, Sungei Petani, Kuala Kedah yang dimenangi oleh PKR akan kekal mendapat sokongan rakyat Kedah dalam pilihan raya yang akan datang.
Manakala kerusi Parlimen Pokok Sena yang diwakili oleh Datuk Mahfuz Omar akan menjadi milik PH bukan suatu igauan.
"Dalam pilihan raya umum ke 14, sokongan Umno di Kedah akan berpecah apabila Bersatu akan menjadi pilihan mereka yang tidak lagi menyokong Umno dan BN.
"Penyokong Pas yang telah begitu ramai keluar parti dan mendokong kepimpinan PH akan memberi sokongan kepada Amanah.
"Sementara itu PKR dan DAP akan tetap mendapat sokongan sepertimana yang pernah mereka perolehi dalam pilihan raya umum ke 13 yang lalu, " jelas beliau.
oadposition myposition} Beliau juga berkata, antara kerusi yang telah diintai dan mampu dirampas dari tangan Umno dan BN adalah kerusi Parlimen Sik yang tidak dipedulikan oleh BN.
Malah katanya, kos sara hidup yang amat menekan serta kegagalan kerajaan negeri mengatasi masalah kemiskinan yang amat meruncing di kawasan parlimen tersebut membuktikan kegagalan mereka sebagai kerajaan yang memimpin.
"Kerusi Parlimen Langkawi yang begitu sinonim dengan Tun Mahathir bukan suatu fantasi lagi, sebaliknya mampu dirampas dari tangan Umno tidak lama lagi.
"Begitu juga dengan kerusi bagi kawasan Jerlun telah sebati dengan keakraban Datuk Seri Mukhriz sejak menjadi Menteri Besar serta sebelum itu lagi.
"Kubang Pasu juga merupakan satu lagi kerusi yang mempunyai potensi besar bakal dirampas oleh PH dalam pilihan raya umum yang akan datang, " ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, kerusi Parlimen Merbok yang pernah dimenangi oleh PKR dalam pilihan raya umum 2008 tidak mustahil mampu dirampas kembali kali ini oleh PH.
"Kerusi Jerai yang pernah dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umun 2008 yang lalu, akan turut berjaya ditawan tidak lama lagi.
"Padang Terap yang kini diwakili oleh Umno, turut menunjukkan perubahan besar yang mampu mengejutkan Umno dan BN dalam keputusan yang akan diperolehi dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.
"Daripada senarai 36 kerusi Dun yang ada, PH mampu menambah lagi 15 selain dari kerusi sedia ada seperti Lunas, Bakar Arang, Bukit Selambau, Sidam untuk menjadikan Umno dan BN sebagai pembangkang sepertimana yang berlaku dalam pilihan raya umum 2008 dulu, " tegasnya.
Negeri Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri yang mana kemenangan telah berjaya diperolehi dalam pilihan raya umum ke 12 apabila gabungan bersama Pas, PKR dan DAP telah berjaya membentuk kerajaan negeri ketika itu.
mdl
Picture

Rabu, September 13, 2017

Pas kemaruk kuasa kekal dalam kerajaan Selangor

PAS PKR Selangor
Penglibatan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor adalah amalan yang bukan sekadar kemaruk kuasa, tetapi juga politik curang yang tidak berprinsip, tegas Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor Jamzuri Ardani.
Beliau berkata, pendirian Pas bahawa tidak ada masalah jika parti masih berada dalam pentadbiran Selangor walaupun tidak ada lagi kerjasama dengan PKR menunjukkan Pas tidak faham urustadbir sebuah kerajaan.
Ia walaupun Pas telah terlibat dalam pentadbiran kerajaan di peringkat negeri begitu lama.
"Saya ambil satu contoh apabila seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor dari Pas mengeluarkan arahan solat hajat kepada masjid dan surau sebagai bantahan penganjuran satu konsert hiburan, sedangkan konsert itu telah diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan yang beliau sendiri adalah exconya.
"Ini sangat bertentangan dengan amalan "collective responsibility" di dalam pentadbiran sebuah kerajaan," katanya.
Baru-baru ini, Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, keputusan PKR Selangor untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Pas negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak memberi kesan kepada kedudukan Exco Pas.
"Tidakkah YB Sallehin faham bahawa keberadaan Pas di dalam pentadbiran kerajaan Selangor tidak menepati amalam sistem Westminster yang sedia diguna pakai sejak merdeka lagi," katanya.

Konvensyen AMANAH Selangor Sabtu lalu meluluskan usul meminta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengkaji semula kedudukan Pas dalam pentadbiran Selangor.
mdl
Picture

Ahad, September 10, 2017

Selangor, Pulau Pinang bukti PH boleh tadbir Putrajaya

Konvensyen AMANAH Selangor
Selepas dua penggal mengemudi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan baik tiada sebab Pakatan Harapan (PH) tidak boleh mentadbir Putrajaya pada pilihan raya akan datang, tegas Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim.
Menurutnya, apa yang diperlukan pada pilihan raya umum akan datang adalah sokongan dan kepercayaan rakyat untuk PH menggantikan BN di Putrajaya.
Beliau berkata, kedua-dua negeri tersebut mampu melaksanakan pelbagai program meningkatkan kesejahteraan rakyat kerana tidak korup dan boros mentadbir seperti pemimpin Umno-BN.
Izham Hashim 340"Kedua-dua negeri Pakatan Harapan ini mampu melakukan semua ini kerana pimpinan negeri-negeri tersebut tidak mencuri duit rakyat, tidak rasuah dan tidak membazir seperti pemimpin Umno-BN dalam kerajaan pusat," ujarnya dalam ucaptama di Konvensyen AMANAH Selangor hari ini.
Berbanding kerajaan pusat yang dikuasai BN dengan bajet tahunan mencecah RM270 bilion, jelasnya, kerajaan negeri Selangor hanya mempunyai belanjawan tahunan sekitar RM3 bilion tetapi mampu menjaga kebajikan rakyat jauh lebih baik.
"Pelbagai program kesejahteraan rakyat berjalan lancar termasuk air percuma, Skim Usia Emas, bas percuma, Skim Peduli Sihat dan pelbagai program sedikit sebanyak berjaya meringankan beban rakyat.
"Malah, kakitangan awam di Selangor menerima dua bulan bonus dan mungkin tiga bulan tahun ini berbanding bantuan kewangan RM500 kepada kakitangan awam Persekutuan.
"Begitu juga prestasi yang baik di negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang selesa dengan pelbagai program kesejahteraan rakyat.
"Mungkin ramai kakitangan awam Persekutuan minta pindah ke Selangor dan Pulau Pinang," katanya dalam ucapan bertemakan 'Menjunjung Amanah Rakyat' di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah.
Anak muda terperangkap 
Mengambil semangat sambutan Hari Raya Aidiladha dan Hari Kemerdekaan ke-60 baru-baru ini, Izham turut menegaskan pimpinan negara yang dikuasai Umno-BN bukan sahaja langsung tidak menghayati konsep pengorbanan dalam kedua-dua sambutan itu sebaliknya menjadikan rakyat sebagai korban melalui polisi menindas dan zalim.
"Keadaan ekonomi negara bertambah teruk apabila pemimpin kleptokrat terlibat merompak wang negara melalui silap mata licik menggunakan 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
"Berpuluh-puluh bilion ringgit wang negara telah lesap dan sehingga hari ini tiada siasatan menyeluruh mahu pun sebarang tangkapan dibuat berhubung skandal ini.
"Perbelanjaan boros dan rasuah menjadi mainan harian kerajaan Umno-BN menyebabkan kantung negara hampir kering," ujarnya.
Beliau menyifatkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan langkah penarikan subsidi terhadap barangan keperluan rakyat sebagai jalan mudah Umno-BN mencari wang yang akhirnya memangsakan rakyat bawahan.
"Anak-anak muda terperangkap dalam hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan berdepan pengangguran apabila selesai belajar.
"Jika ada pun pekerjaan, gajinya tidak setimpal dan tidak mencukupi untuk menyara kos kehidupan apatah lagi untuk membayar (pinjaman) PTPTN.
"Pemilikan rumah dan perkahwinan menjadi agenda paling akhir dalam hidup mereka menyebabkan permasalahan sosial yang semakin kronik," katanya.
Izham turut menegaskan pendapatan negara sebenarnya adalah mencukupi untuk memelihara kesejahteraan segenap lapisan rakyat.
"Keadaan menjadi sukar kerana tindak-tanduk pemimpin yang rasuah, merompak dan boros.
"Mereka tidak punya sifat amanah dan maruah diri dalam menjalankan tugas dan mandat yang diberi rakyat lantas sudah hilang kelayakan menjadi pemimpin negara ini," tambahnya lagi.
mdl
Picture

Sabtu, September 09, 2017

Terbaik!! : PH Selangor akhirnya bermesyuarat, bentuk jawatankuasa

PH Selangor 01

Iklan : www.gajimasyuk.com
Setelah lama ditunggu-tunggu, akhirnya Pakatan Harapan (PH) Selangor selesai mengadakan mesyuarat kali pertamanya di saat kewajaran perundingan PKR-Pas diteruskan menjadi perbahasan hangat di kalangan para pemimpin gabungan parti pembangkang itu.
Mesyuarat yang dipengerusikan timbalan presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali itu turut membentuk barisan kepimpinan PH Selangor.
Selain Azmin yang dilantik Majlis Presiden PH sebagai Pengerusi PH Selangor, mesyuarat pertama itu melantik empat timbalan pengerusi iaitu Tony Pua yang mewakili DAP, Ir Izham Hashim (Amanah), Datuk Abdul Rashid Asari (PPBM) dan Sivarasah Rasiah (PKR).
Setiausaha PH negeri disandang Zuraidah Kamaruddin (PKR) manakala penolong setiausaha Kamarul Hisham (Amanah).
Mesyuarat turut melantik Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh sebagai bendahari, pengarah pilihanraya Dr Xavier Jayakumar (PKR), pengarah penerangan Datuk Dr Sukiman Sarmani (PPBM), pengerusi manifesto negeri Saari Sungib (Amanah) dan pengerusi biro guaman Gobind Singh Deo (Dap).
Azmin dalam satu kenyataan amat gembira dengan muafakat yang dizahirkan sepanjang perbincangan pagi tadi dan yakin perpaduan yang utuh dalam PH Negeri Selangor akan menjana kekuatan baru menjelang PRU-14.
Menurut beliau, mesyuarat pagi tadi memberikan tumpuan kepada pembentukan struktur kepimpinan PH Selangor yang bukan sahaja dianggotai semua parti komponen malah PH Selangor menampilkan kepimpinan yang berintegriti dan mewakili semua kaum termasuk kepimpinan wanita.
"Mesyuarat juga telah membincangkan secara dasar tentang manifesto dan gerak kerja pilihan raya termasuk program-program penerangan yang akan memberikan pencerahan dan maklumat kepada rakyat mengenai kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
"Saya berkeyakinan bahawa kepimpinan PH Negeri Selangor akan terus maju ke hadapan dengan tekad untuk mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri," katanya.
Kelewatan pembentukan sekretariat PH Selangor menimbulkan keresahan ahli dan penyokong akar umbi gabungan parti pembangkang itu memandangkan Selangor dianggap negeri paling berpotensi bagi PH.
Malah Azmin dicabar untuk menyegerakan pembentukan Sekretariat Pakatan Harapan di Selangor dan menolak dominasi parti di mana-mana posisi dalam sekretariat tersebut.
Kumpulan aktivis Gerakan Aktivis Harapan (GAH) turut menuntut Azmin sebagai pengarah pilihan raya PH untuk mengutamakan kesamarataan antara komponen parti dalam sekretariat yang bakal dibentuk.
PH Selangor 02
mdl
Picture

Rabu, September 06, 2017

Yb Khalid Samad nasihat Azmin Ali

Khalid Abdul Samad

iklan : www.jomservis.blogspot.my

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dinasihatkan agar menerima pandangan dan keputusan dibuat Pakatan Harapan berhubung kerjasama politik dengan Pas.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, sebarang tindakan yang bercanggah dengan keputusan dicapai Pakatan Harapan hanya akan menimbulkan masalah lain.

“Selagi Azmin tidak berikan kami satu penghujahan dan penjelasan yang boleh meyakinkan kami bahawa keputusan itu (berunding dengan Pas) adalah sesuatu yang perlu diteruskan, kita juga berhak mempunyai pandangan masing-masing.
“Bagaimanapun, itu hak Azmin hendak beri pandangan (berunding dengan Pas) sedemikian. Pakatan Harapan sudah buat keputusan dan ia muktamad,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Azmin, bahawa tindakan beliau untuk berunding dengan Pas adalah tepat. Ia susulan kenyataan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju hubungan PKR dengan Pas diteruskan.

Khalid memberitahu, pandangan Azmin itu bagaimanapun tidak akan sesekali memecahbelahkan parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan.
“Betul atau salah itu keputusan masing-masing. Kami berpegang pada keputusan yang telah dicapai. Kalau tidak berpegang pada keputusan itu dan masing-masing hendak buat ikut suka, masalah lain akan timbul.

“Azmin juga menghormati keputusan tersebut, jadi kami anggap masalah ini selesai. Nak (teruskan) berunding dengan Pas, itu pandangan beliau. Kita sudah berbahas dan berbincang  hampir tiga jam, saya rasa wajarlah Azmin terima pandangan rakan-rakan yang lain.
Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini mengekalkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Pas untuk menjatuhkan BN pada PRU14.
Terdahulu, terdapat usaha daripada PKR untuk berbincang dan memujuk Pas bagi mewujudkan kerjasama politik menjelang PRU14.

Azmin, bagaimanapun berkata, usaha dan perbincangan tersebut merupakan inisiatif daripada PKR dan bukannya atas kapasiti Pakatan Harapan atau komponen lain.
Pas juga menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan, sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ketiga bagi menghadapi PRU14.

sh

Picture

Selasa, September 05, 2017

Panas!! 100 ahli Umno, 20 ahli Pas Baling keluar parti

Sebahagian dari ahli Umno yang menyertai Bersatu bergambar bersama sama dengan Abd Ghafar Shuib lima dari kanan

iklan : www.gajimasyuk.com
Tindakan lebih 100 ahli Umno cawangan Tebing Tinggi dan Charok Sikin mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerlahkan lagi sokongan yang semakin terhakis pada Umno bahagian Baling yang diterajui oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Pengumuman keluar parti itu merupakan satu tamparan hebat kepada Umno Baling yang sering mendakwa mereka mempunyai sokongan yang padu dari ahli Umno Bahagian.
Menurut Ketua Armada Baling, Abd Ghafar Shuib (gambar atas, lima dari kanan), kedua-dua cawangan tersebut merupakan kubu kuat Umno bahagian tersebut sebelum ini.
Namun dengan mengisytiharkan diri mereka keluar Umno, ia memberi isyarat bahawa kepimpinan Azeez semakin tidak diyakini oleh sebahagian besar pengundi dalam kawasan itu.
"Sebahagian besar dari golongan muda yang menyertai Bersatu adalah bukti bahawa mereka yakin dengan Pakatan Harapan untuk menerajui kepimpinan negara menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti.
"Majoriti daripada mereka semakin muak dan bosan dengan janji-janji yang telah pun dilaung-laungkan oleh Umno sebelum PRU13 yang lalu.
"Mereka juga kesal apabila janji untuk mewujudkan hospital dan universiti tidak menjadi kenyataan walaupun tempoh untuk Umno dan BN memerintah hampir berakhir tidak lama lagi," jelasnya kelmarin.
Tambahnya lagi, selain itu janji BN untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda dengan pembinaan kilang dan industri di Parlimen Baling juga tidak menjadi kenyataan.
"Apa yang mereka janjikan tidak berjaya dilaksanakan sehingga kini sehinggakan begitu ramai golongan muda terpaksa mendapatkan peluang pekerjaan sehingga ke Pulau Pinang dan Seberang Perai.
"Kedudukan Pulau Pinang dan Seberang Perai amat jauh sehingga memaksa anak muda mulai bangun seawal jam 4 pagi dan pulang ketika lewat malam.
"Kegagalan menunaikan janji tersebut memberi kesan yang amat besar kepada golongan muda apabila mereka merasa tertipu setelah memberi mandat dalam PRU yang lalu, sebaliknya janji yang diwar-warkan hanya tinggal janji semata-mata," ujarnya lagi.
Ahli Pas turut keluar parti
Sementara itu, seramai 20 ahli Pas turut mengumumkan keluar parti dan menyertai Bersatu pada hari yang sama.
Difahamkan, dalam pilihan raya umum yang lalu Umno dan BN telah berjanji untuk membina Hospital Pakar Baling, namun begitu apa yang mereka janjikan tidak menjadi realiti sehingga kini.
Manakala janji mereka untuk membina UiTM bagi Parlimen Baling juga masih menjadi harapan pengundi yang tidak menjadi kenyataan walaupun PRU ke 14 semakin hampir.
Oleh kerana itu pengundi dalam Parlimen Baling seharusnya sedar dan bangkit untuk membuat perubahan dengan menolak Umno dan BN serta sekutunya dengan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan.
mdl
Picture

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive