Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Ogos 29, 2017

Tiada kerjasama Pakatan Harapan-Pas PRU14

Logo Harapan
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sekali lagi menegaskan, gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sebaliknya PH sedang merangka strategi bagi kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru.
Penegasan itu dibuat dalam satu kenyataan selepas Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad bermesyuaat lebih empat jam malam tadi.
Kenyataan dibuat atas nama Dr Mahathir, Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.
Ia timbul apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali minggu lalu mengumumkan sedang ada usaha berbincang dengan Pas secara tidak rasmi, sebagai persediaan PKR menghadapi PRU14.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun menjelaskan, perbincangan dengan Pas itu tiada kaitan dengan PH sebaliknya atas inisiatif PKR sepenuhnya.
Berikutan itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kelmarin mencadangkan parti itu mengadakan kongres khas peringkat kebangsaan bagi memutuskan sama ada mereka perlu terus berunding dengan Pas atau tidak.
Beliau mendakwa, ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara menangani Pas.
Menurut beliau juga, secara rasionalnya, sebarang rundingan di antara PKR-Pas yang tidak melibatkan PH adalah satu usaha yang mustahil membuahkan hasil kerana PKR tidak boleh berunding bagi pihak Amanah dan Bersatu dalam keadaan sebahagian besar tuntutan Pas itu melibatkan Amanah, Bersatu dan DAP.
Rafizi hadir di mesyuarat malam tadi, bagaimanapun Azmin tidak kelihatan.
mdl
Picture

14 ulasan:

  1. Bilamasa pulak PAS nak berkerjasama dengan Haprak!!

    Jangan mimpilah,

    Yang terhegeh-hegeh nakkan PAS ialah PKR tu,

    Dah meroyan sakan,

    PKR macam dah dapat menghidu bau kekalahan tanpa PAS.

    Hebat pengaruh PAS!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaunta..kesian kt pas ...pengaruh makin menurun

      Padam
    2. Yg kata meroyan tu sorg dua ja...majoriti yg lain dah xpndg pas tu. Parti syok sdr.

      Padam
  2. Orang yang merendah diri pergi dan sanggup jumpa PAS yang sentiasa mendabik dada..kalau di nilai dari kemuliaan..yang mana lebih mulia..orang rendah diri atau orang mendabik dada..wallahuaklam...anda buat penilaian sendiri mengikut ilmu yang tuan tuan miliki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bilamasa pas mendabik dada? Ada pas umumkan pkr bincang dgn pas? Siapa yg umumkan sebenarnya? Pas kalau mendabik dada pasti tak tubuhkan GS.. pas perlukan sokongan pihak2 yg nakkan islam atau yg boleh terima islam memerintah.. itu shj..

      Padam
    2. Ckp kuat sdr...xmendabik dada? Tp hakikatnya lemah, tu sbb cr geng br...dgn yg geng br bab hudud blh tolak ketepi plk? Betul ke nak naikkan islam? Sama ja tgk mcm dgn dap dulu yg peluk2 dulu... hipokrit

      Padam
  3. Hidup mesti ada pendirian.Jangan jd munafik.Bila diperlukan baru disayangi.Bila dah dapat..dikutuk dan dihina.

    BalasPadam
  4. PAS kembali jadi rebutan macam dulu2, PAS ibarat anak dara comel yang sedang duduk diatas tangga emas.

    Akan tetapi mereka bukan nakkan anak dara comel tu tapi mereka nakkan tangga emas yang dimiliki oleh PAS agar mereka mudah mengapai impian duniawi mereka.

    Syabas kepada PAS yang terus istiqamah berpegang pada prinsip perjuangan.

    Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, keputusan majlis PH utk tidak bekerjasama dgn PAS/GS utk PRU14 akan memudahkan golongan pengundi di kalangan melayu islam membuat keputusan utk memilih PAS/GS bagi kawasan2 PAS/GS bertanding.

    Manakala bagi kawasan2 PAS/GS tidak bertanding pula, mereka boleh memilih samada UMNO/BN atau PPBM/PH ataupun memilih utk boikot terus.. tak perlu pening kepala lagi.. sebelum ini jika nak boikot DAP/PR mereka jadi serba salah kerana PAS berada dalam PR.. boikot DAP/PR bermakna boikot PAS/PR; ini yg mereka mahu elakkan sama sekali.. kini dengan senang hati mereka boleh boikot UMNO/BN dan DAP/PH sekaligus..!

    BalasPadam
  6. Azmin Ali tiada keyakinan terhadap pengkhianat PANdir, sebab tu Azmin masih mengharapkan kerjasama dari PAS, takkan Azmin nak bekerjasama dengan PANdir 0.5%.

    PANdir tiada pengaruh hanya setaraf dengan Hindraf je!!!!

    Hanya 2 kerusi diperuntukkan kepada PANdir diSelangor itu pun belum tentu menang, PAS kekal dengan 14 kerusi, PPBM 10 kerusi, PKR 15 kerusi manakala DAPigs 15 kerusi.

    Kesian PANdir, cakap berdegar-degar habuk pun tarak, PANdir hanya setaraf dengan Hindraf!!!

    Sama-sama oren!!!

    Kahkahkahkahkah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah sapa yg pengkhianat xtau...azmin rs xyakin...yg lain2 yakin. Klu oren djdkan isu, bndera pas tu pun mcm bendera bangla...

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...