Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Ogos 26, 2017

Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor

Rafizi Abdul Hadi
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penjelasan akan dakwaan mengatakan Pas-Umno merancang merampas negeri Selangor sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar  berbahasa Inggeris hari ini.
Beliau berkata, laporan akhbar News Straits Times itu memberikan kesan besar kapada negara kerana mempengaruhi perkembangan politik di dalam perngkat PKR dan Pakatan Harapan (PH).
"Laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat Keadilan dan PH.
"Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib di telefon)," ujarya dalam kenyataan.
Beliau mengulas mengenai laporan akhbar tersebut antara lain melaporkan Abdul Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama Pas-Umno untuk merampas negeri Selangor
Turut dilaporkan dakwaan Tan Sri Khalid Ibrahim bekas Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama Pas-Umno dan turut dilihat mengunjungi pejabat perdana menteri beberapa kali. Malah Najib didakwa kerap bercakap dengan Abdul Hadi memalui telefon semasa beliau menjalanai rawatan pada Mei lalu.
Termasuklah satu dari perancangan ialah supaya Pas bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan.
"Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik Pas sebelum ini," tegasnya.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga berkata, PH perlu bersiap sedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan Pas dan sudah tiba masanya perbezaan pendapat di antara pimpinan kanan Keadilan mengenai perkara ini diselesaikan secara muktamad.
"Saya menghormati usaha-usaha sahabat pimpinan lain sebelum ini yang masih cuba untuk memujuk Pas walaupun saya yakin tidak ada satu bukti pun yang sahih yang menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan kekalahan besar-besaran Keadilan  (dan hilangnya tampuk pemerintahan Selangor) seperti yang diwar-warkan sebagai alasan paling kukuh memujuk Pas.
"Malah, segala kajiselidik yang dijalankan secara telus dan terbuka oleh Invoke yang kaedahnya menepati piawaian antarabangsa menunjukkan sokongan rakyat akan berpihak kepada Keadilan dan PH dalam pertandingan 3 penjuru kerana kehendak rakyat ialah untuk menukar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dengan segera.
"Sebelum ini, saya mengimbangi keperluan untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat pimpinan lain di dalam Keadilan untuk menjayakan rundingan
mereka dengan Pas dengan kebimbangan saya tindakan itu dilihat sebagai tidak berprinsip dan mementingkan diri dalam keadaan apa-apa kemenangan
yang hendak dicapai mestilah berpasakkan prinsip (bukannya strategi bergabung dengan sesiapa asalkan boleh menang).
Oleh itu, mengambil kira beberapa perkembangan terkini termasuklah pengumuman Pas Selangor semalam untuk bertanding di 42 kerusi dan laporan
pada hari ini yang membayangkan kerjasama Pas-Umno, saya akan berunding dengan seberapa ramai pimpinan lain dalam Keadilan ke arah memuktamadkan
pendirian Keadilan mengenai Pas dan komitmen Keadilan kepada Pakatan Harapan.
"Saya percaya perbezaan pendapat sesama kami pimpinan kanan di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat akan berterusan dan tidak akan ada
titik persetujuan, maka keputusan sebesar ini hanya boleh dimuktamadkan dengan mengambil kira suara akar umbi Keadilan yang lebih besar (bukannya
diputuskan oleh beberapa kerat pimpinan kanan parti semata-mata).
"Walau apa pun kaedahnya nanti, saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa pendirian Keadilan mengenai kerjasama dengan Pas  dan komitmen kepada Pakatan Harapan perlulah dimuktamadkan dalam masa terdekat dan bukannya dibiarkan “terbuka” (“open ended”) seperti sekarang, " ujarnya.
mdl
Picture

19 ulasan:

  1. Rapiji sotong disarankan bawa bukti dulu sebelum menuduh, kalau setakat laporan dari strait times singapura tu tak boleh dijadikan bukti lagi.

    Dah biasa dengan Fitnah Dahulu Bayar Kemudian, nanti menyusahkan PANcai yang bebal je nak kena derma kat kau untuk bayar saman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia nak cover malu akan kegagalan Langkah Kejang..

      Padam
    2. Jgn bnyk ckplahhh...saman je org yg mencemarkan nama baik presiden pas tu...hbs crta

      Padam
  2. Sudah menjadi trend terkini Haprak menggunakan media asing untuk memfitnah PAS, sebelum ni Sarawak Report dah disaman, kini media Singapura pula, mungkin bulan depan media Thailand akan mainkan fitnah terhadap PAS, semuanya dibayar oleh seseorang.

    Sebenarnya Haprak kini berada didalam keadaan cemas takutnya hilang kuasa dan jawatan dengan sokongan yang menjunam, PKR dah rasa terancam tanpa PAS, nak harapkan PANdir sokongan hanya 0.5% je dan mungkin akan jadi 0% apabila tiba pru nanti.

    Mainan jijik Haprak kini menggunakan media asing, itupun semua ditanggung oleh seseorang dari Malaysia supaya halakan fitnah kepada PAS, siapa yang percaya pada media asing sama juga mereka percayakan dengan fitnah Saiful keatas Anwar Ibrahim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saman jelahhhhh...berani kerana benar...ke tkt sebb salah?

      Padam
  3. Asalkan jgn haprak...hehehe

    BalasPadam
  4. Apa lagi kekuatan yg rafizi ada utk cover malu fitnah beliau kpd TSKI selain distract people to another issue which is NOT an issue at all..

    Mula2 Sarawak (report) kini Singapore (straits times) pula jadi rujukan.. dua2 kafir laknat punya.. inilah akibat tidak ikut petunjuk alQuran.. patut tanya straits times tu dulu.. jgn buat tabiat tuduhan rambang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg ikt quran (Kononnya) yg dlm malaysia smuanya lg kuat menipu...yg org luar report tu plk smua yg tlibat tkt nk saman...sdr mau pikirlah

      Padam
  5. Dulu mrk inilah yg pernah berkata nak penjarakan mahdey.Nampaknya mahdey dh terlepas dpd hukuman haprak dgn dosa2nya diampunkan oleh kalipah altokong waltarak kolam....hehehe
    Sori...diampunkan oleh maharaja limkitSial....hehehe
    Standard manusia tanpa prinsip.Hanya layak utk menipu dan memperbodohkan pengikut haprak termasuk sitegar nobody...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kikiki...smua dlm banduan dlm dunia ni kena hukum mati...sbb xde yg layak diampunkan

      Padam
  6. Semua komen di atas syok sendiri..
    Nasib lah maalaun oii..
    Sekor @ 2 ekor je lawan komen sama sendiri nk tunjuk ramai..kah,kah,kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersatulah kita menentang kafirun dan munafikun

      Padam
    2. 3:20 PTG, pergi main jauh2 la, takyah nak menyibuk kat blog ni, biarkan kami je kat sini.

      Padam
  7. wow!!! 42 kerusi, ada peluang la kami walaun walaun yg taksub ni jadi ketua jkkk nanti...takbir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tgk puak 1% prestasinya macamana..

      Sampai kit siang buat u turn lah sebab dah terlepas cakap bimbang turun lagi %..mula2 kata amanat tghh punca kes memali (lks kini dah ibarat ulamak pd pan) lepas tu u turn kata kes memali tak de kena mengena dgn pas atau umno.. ianya isu rakyat.. keh keh.. sebenarnya lagi kerap lks back up pan lagi baik buat pas..

      Padam
    2. Lim Kit Sial dan Madey Kutty dah nyayuk dah asyik2 u-turn je, silap cakap u-turn silap perbuatan u-turn silap jalan u-turn, last sekali masuk gaung....

      Kahkahkahkah.

      Padam
  8. parti lobai tengak syok menari tanggo dgn umno...hampa pi kacau buat apa. parti lobai dh berlatih lama dah dgn umno...takjan hampa (pkr) tak faham.
    tak payah la kacau2 depa tu.
    hampa tumpukan dgn partner hampa yg ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR akan keluar dari Pakatun Harampan dan bergabung dengan PAS bersama Gagasan Sejahtera. Hidupkan kembali reformasi yang dah mati.

      Rapiji elok desak Madey supaya mengaku dengan fitnah yang diciptanya keatas Anwar, baru bermaruah dan berprinsip, rakyat bukan bodoh macam pengikut haprak.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...