Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Ogos 04, 2017

Alhamdulillah!! : Derma melimpah diterima Rafizi tanda komitmen rakyat menentang rasuah

Rafizi Ramli
Ia bermula dengan ceria duka ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli yang terpaksa membuat rayuan umum bagi membantunya mengumpul dana awam untuk melunaskan arahan mahkamah agar membayar National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) sejumlah RM300,000 akibat satu kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.
Namun selepas 11 hari rayuan itu dibuat, akaun Invoke yang dijadikan platform pengumpulan dana berjaya mengumpul hampir RM2.5 juta sumbangan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan kaum.
Rafizi pada mulanya keberatan membuat rayuan itu kerana telah lebih setahun orang awam berterusan menderma untuk membiayai operasi Invoke yang diasaskan olehnya.
Dia mengakui menggunakan derma orang ramai sebelum ini bagi melaksanakan projek-projek Invoke, namun bukan untuk melunaskan apa yang perlu beliau bayar.
Oleh itu, Rafizi yang juga naib presiden PKR memutuskan untuk menggunakan lebihan wang tersebut bagi manfaat majoriti penyumbang yang rata-ratanya mempunyai komitmen tinggi bagi membanteras rasuah dan menyaksikan perubahan kerajaan.
"Oleh itu saya memutuskan derma yang terkumpl perlulah melalui Invoke dan bukannya akaun peribadi saya untuk ianya diaudit dan setiap sen dikira," katanya.

Menurut Rafizi, dalam tempoh 10 hari lalu, sejumlah 7,435 rakyat Malaysia telah menyumbang dengan jumlah RM1,585,014.49. Jumlah yang diterima ini adalah lima kali daripada yang diperlukan untuk membayar NFC.
"Daripada 5,135 orang penyumbang, 1,575 merupakan orang Melayu, 2,903 Cina, 348 ialah orang India, 40 bumiputera Sabah dan 91 ialah bumiputera Sarawak.
"Lebih kurang 2,300 orang penyumbang tidak diketahui memasukkan wang ke mesin deposit tunai yang kami tidak dapat kenal pasti mereka," tambah beliau.
Sumbangan turut diterima daripada ahli parlimen Pas yang ditemuinya di Dewan Rakyat walaupun parti itu telah memutuskan kerjasama politik dengan PKR.
"Ketika ceramah di Temerloh minggu lepas, seorang wanita tua memberikan wang RM20 yang dikepilkan bersama nota mengucapkan sokongan," tambahnya.
Kira-kira 84% daripada sumbangan itu berjumlah antara RM10 hingga RM200.
Bagi Rafizi, dalam tempoh seminggu lalu, beliau telah menyaksikan rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa, agama, tahap ekonomi dan sosial bersatu untuk satu tujuan; menghantar isyarat bahawa mereka akan menyokong sesiapa sahaja yang sanggup berdiri menentang rasuah.
mdl

Your image is loading...

19 ulasan:

  1. Ayuh kita benteras SEGALA jenis rasuah.. 1mdb, scorpene, nfc, perwaja , pkfz, ipp, banglo murah, perempuan yg rafizi ckp hari tu dll..

    AYUH KENGKAWAN.. jangan jadi macam sesetengah pihak yg hanya nak benteras rasuah secara terpilih sahaja..

    BalasPadam
  2. Ini dia pemimpin Pakatun Haprak yang suka memfitnah akhirnya tersungkur kena saman fitnah.

    PANcai yang kebodohan sekali lagi dipaksa untuk menanggung segala fitnah yang dicipta.

    Pemimpin banggang pengikut lagi banggang!!!!!

    Kahkahkahkahkah......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaun lagi bangang... ceramah pascai pun dah suram dan tak bermaya lagi... tin milo kutip derma dah kosong skrg... xder saper dah nak ikut jd bangang mcm walaun yg sokong mbabi buta dan malas membaca... kahkahkahh

      Padam
    2. Kami pengikut PAS tidak mudah diperdaya oleh lakunan manusia hipokrit, kami tidak bersekongkol dengan pemfitnah. Kami tidak benggong macam kalian.

      Kalau setakat bercakap bohong tanpa disertakan bukti itu fitnah namanya, PAS sekarang tak perlukan tin milo lagi, duduk kat rumah pun boleh menderma!!!!

      Kami menderma kerana Allah SWT, bukan menderma untuk membela pemfitnah macam kalian, ini baru betul dikatakan benggong.

      Membaca pun kena ada sempadannya, kalau mambaca Al Quran sampai faham dan boleh terima segala isinya barulah dikira membaca, PANcai faham tak hukum mereka yang memfitnah?

      Padam
    3. Awak tu yg bingai..pencacai malaun..bodo sombong

      Padam
    4. Kehkehkehkeh....terima je la PANcai amat mudah diperbodohkan.

      Padam
    5. Tak baik tulis macam tu..sebenarnya mudah diperbebalkan..

      Padam
  3. Elok la tu, bagi-bagilah dengan kawan yang kat London tu, jangan nak makan sorang je kot hasil dari "pembebalan" pengikut haprak dan PANcai!!!!!

    Kehakhkahkahkahkah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamat piji ni sampai sekarang dia tak nak mengaku bebal dalam siri Langkah Kajang.. dia ingat bila dia mulakan LK tanpa berbincang dgn parti komponen lain maka parti lain pasti terpaksa kena ikut cakap dia.. kepala hotak dia.. jawatan dia pun jawatan yg dilantik bukan yg dipilih tapi nak berlagak bagai..

      Rapiji jgn takut kerana dia pasti tak disabit salah olen mana2 mahkamah dlm isu OSA ke apa ke benda ke kerana PRU sudahpun semakin dekat.. sila bertanding lagi di parlimen Pandan serta jgn bagi apa2 alasan lagi konon bakal dihumbankan dlm penjara.. rapiji tak perlu takut bertanding kerana pastinya kaum non muslim mengundi dia.. aku cuma nak tgk benar ke begitu.. sampai terlucut adun asal non muslim di kajang tu angkara budak mengaku bijak ni..

      Padam
    2. Pergilah debat secara berdepan dgn rafizi tu kalau berani walaun...
      Berdegar degar kat blkg bolehlah...
      Gitulah perangai walaun... lebai kat parlimen pun jd pasu bunga jea... kihkihkihh...

      Padam
    3. Dengan pemfitnah tak perlu berdebat, dah tahu fitnah nak debat apanya PANcai???

      Kat Parlimen pun kalau buat fitnah elok tak payah jadi ahli parlimen, letak aje jawatan tu, menyusahkan pengikut haprak dan PANcai je kena tanggung semua fitnah apabila disaman, Rapiji berani memfitnah sebab ada ramai pembebal dalam haprak....kehkehkehkeh

      Dah ada derma melimpah elok la Rapiji berkongsi dengan Rewcasle kat London tu!!!

      Selesai saman dengan SR nanti, PAS akan cari husang pulak, awaslah kepada mereka yang memfitnah!!!!

      Padam
    4. Tunggu saman SR....kita tunggu sama2...dalam media sosial pun dah mula gaduh pasal pulus....sana rembat, sini rembat....kita tunggu apa pula pekong bakal didedahkan....tunggu sama2...ada tin milo tak nak donate skit ni...

      Padam
    5. Aku dah lama tunggu husang musang nak dedahkan penama2 akaun affin.. tapi macam biasa belit aje ler..

      Padam
    6. Tak sabarnya....SR londehkan satu persatu....lepas ni kita tunggu plak Husam buka plak pekong, sama2 kita tunggu dengan ISTIQOMAH

      Padam
    7. Hahahaha husang nak bukak? Keh keh rupa2nya masih ada org bebal percayakan husam.. aku nak tanya kau jawablah dgn ikhlas.. kau percaya ke dia mimpi ATGNA 15 kali? Kalau kau percaya aku tak salahkan kau utk percaya pula dia ada bukti akaun affin.. keh keh..

      Padam
    8. Husang boleh lah kutip derma dengan PANcai awal-awal ni, nanti dah kena saman duit dah ready hasil derma dari pembebalan PANcai.

      Padam
    9. Tin milo kan ada....hahahahaha

      Padam
    10. Pan tak main tin milo ni.. yg dia main serah akaun no kpd dap.. cer tanya presiden dia..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...