Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Ogos 14, 2017

Akta 164: Husam harap Pas mohon maaf kepada umat Islam

Akta 164
Pas perlu meminta maaf kepada umat Islam di Malaysia ekoran kenyataan pemimpinnya yang berbaur sentimen keagamaan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Membaharui (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2017 (Akta 164).
Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa berkata, walaupun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor menarik balik tulisannya bertajuk'RUU 164: Tragedi Malang Buat Umat Islam di Negara Ini', namun permohonan maaf terbuka perlu dibuat kerana kandungan tulisan itu yang tidak tepat.
Husam Musa 340"Saya berharap Pas meminta maaf kepada umat Islam di Malaysia kerana kenyataan Dr Riduan sebelum ini adalah tidak tepat dan berbaur sentimen keagamaan dengan tujuan politik dan kemudian Pas terpaksa tarik balik.
"Penarikan balik ini tidak lengkap kecuali Pas minta maaf atas perkara yang telah mereka bangkitkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen AMANAH Kelantan di Wisma Tok Guru, Salor, hari ini.
Menurut Husam juga, tindakan Ketua Penerangan Pas Nasruddin Hassan yang berterima kasih kepada BN kerana membentangkan RUU itu menunjukkan parti itu pada peringkat awal tidak memahami kebaikan daripada pindaan Akta 164.
"Tulisan Dr Riduan Mohd Nor ditarik balik dan Ketua Penerangan Pas telah mengeluarkan satu kenyataan baru iaitu telah berterima kasih kepada kerajaan kerana membawa pindaan 164 ini.
"Ini menunjukkan bahawa Pas pada peringkat permulaan tidak faham maksud dan kebaikan daripada pindaan ini," katanya yang juga penasihat AMANAH Kelantan.
"Kemudian Pas telah cuba mengambil ruang untuk mensensasikan sentimen umat Islam negara ini dengan kononnya pindaan akta ini menghancurkan benteng umat Islam yang terakhir di Malaysia," katanya.
Nasruddin semalam mendakwa DAP dan AMANAH menentang langkah untuk mengugurkan Fasal 88A yang berkaitan dengan penukaran status agama anak hanya boleh dilakukan selepas mencapai usia 18 tahun dan perlu mendapat persetujuan kedua-dua ibu bapa.
"Terlebih dahulu, saya menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana mendengar desakan dan tuntutan Pas, para mufti, alim ulamak, pengamal undang-undang Islam, NGO dan umat Islam untuk mengeluarkan cadangan Seksyen 88A dari draf pindaan Akta 164 baru-baru ini biar pun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk DAP dan PAN," katanya.
mdl
Picture

6 ulasan:

  1. Husang mimpi jumpa ATGNA sehingga 15 kali? Sekarang dah tak mimpi lagi kah? Kalau mimpi lagi berapa kali pulak Husang mimpi kali ni? Penipu tak perlu minta maafkah?

    BalasPadam
  2. Allahurabbi, orang cerita pasal lain, Saudara 12:59 petang ini mengulas perkara lain. Saudara, ulasan sedemikian merendahkan pandangan umum terhadap diri saudara, sebenarnya. Maka itu, berhentilah daripada berkomentar sedemikian. Malulah sedikit kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahligai seni, perkara yang disebutkan itu berkenaan dengan batang tubuh husang sendiri, biar pembaca terfikir apa yang husang katakan itu benar ke bohong? Boleh percaya ke tidak? Takkan nak percaya bulat2.

      Padam
  3. Kebencian otai reformasi kpd mahdey tak akan hilang.Ini dijelmakan dgn soalan2 yg mencetus kekecohan dan pergaduhan nothing 2 hide 2.0.Percayalah...dgn ISA mahdey telah melakukan 'everything must hide' salahlaku2 22tahun yg ingin dibongkar oleh otai2 reformasi dan rakyat dan ia akan terus dilakukan.Hanya pemimpin2 haprak yg sengaja menutup mata..telinga dan mulut krn masing2 mgkin ada kawtim dlm perancangan mahdey jika anak dan kroninya berkuasa semula.Alasan mrk mahdey dh 'taubat' hanya pembohongan semata2 krn mrk beranggapan pengikut2 haprak mudah didungukan...hehehe
    Nampaknya haprak terus memikul biawak hidup setelah salah seorg pemimpin lgbt disenyapkan dlm penjara dan kini diganti pulak oleh mahdey.
    Seronok melihat mrk dlm 1 kapal dgn pelbgai impian...hehehe

    BalasPadam
  4. TITM - fitnah dulu baru bayar

    Tak sampai seminggu

    Ustaz riduan - fitnah dulu baru baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Husang musang dah senyap pasal karbon kredit di kelantan? Dia dah lupa dah kut!

      Almaklumlah di penangkan ada kilang haram karbon kredit yg baru kena sita.. dah 10 tahun pun beroperasi tanpa lesen.. patut dia mudah lupa..

      Kalau nak tgk ciri2 munafikun ni ialah bila org lain yg sah diberi lesen beroperasi tapi baru nak mula malah belum tahupun lagi hasilnya, tapi sudah pun dikecoh2kan ke seluruh negara.. tapi bila kena batang hidung tokey kpd barua berkenaan yg dah sah 10 tahun beroperasi tanpa lesen si barua hanya diam seribu bahasa seolah2 dia tak pernah cakap apa2 pun pasal karbon kredit..

      Allah bayar cash aje org macam ini!!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...