Iklan Penaja 1

Picture

Isnin, Julai 31, 2017

Anwar Ibrahim : Jangan bimbang dengan kehadiran Mahathir

Anwar mahathir mahkamah
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan, dengan kerangka kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang ada, penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya tidak akan mengulangi zaman pemerintahan autokrasi.
"Sungguhnya, politik baru yang dijana PH tidak membatasi kuasa kepada beberapa kerat pimpinan atau elit," kata Anwar dalam satu kenyataannya.
"Pada hemat saya kehadiran Tun Mahathir dan Bersatu adalah dalam kerangka memperluas jaringan dukungan kepada agenda perjuangan yang lebih disepakati.
"Secara peribadi saya alukan kesediaan Tun untuk turun mengharungi perjuangan bersama," tegas Ketua Umum PH itu.
Katanya, keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara.
"Tun kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani. Beliau harus diberikan ruang untuk membantu memperluas jaringan gerakan rakyat," katanya.
Bagi bekas timbalan perdana menteri itu, struktur PH tidak boleh disamakan dengan BN. PH adalah wadah demokratik, memimpin bersama dalam pasukan ketua-ketua parti.
anwar ibrahim mukaBagi beliau, kekhuatiran yang disuarakan mengenai kemungkinan seorang Pengerusi parti mengelencong dari hala tuju yang disepakati tidak mungkin dalam struktur yang wujud.
Anwar mengulas kegusaran dari SUARAM, Otai Reformasi, PSM, beberapa NGO dan badan Islam serta aktivis telah mempertikai keputusan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang merangkul Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan PH.
Mereka khuatir akan berlaku penyimpangan dari landasan gagasan Reformasi dan agenda perubahan.
Ada pandangan yang mencurigai muslihat sebenar yakni memadamkan keterlanjuran lalu termasuk penahanan tokoh politik dan aktivis rakyat, pelanggaran hukum dan rasuah.
Paling tajam adalah dakwaan bahawa akan berlaku ikhtiar untuk memulihkan corak pemerintahan dan tatakelola era lampau yang juga autokratik seperti rejim kini.
Bagi Anwar, luahan tersebut adalah dari rakan-rakan setia dan prihatin, yang turut mengalami keperitan perjuangan dan banyak membantu melonjakkan kekuatan pembangkang.
Katanya, kegusaran tersebut memang berlegar di kalangan masyarakat dan dihebah di media milik Umno-BN.
"Saya hargai teguran rakan-rakan dan menggesa pimpinan PH berlapang dada berunding dan menjelaskan kedudukan sebenarnya.
"Kerana sesungguhnya, politik baru yang dijana PH tidak membatasi kuasa kepada beberapa kerat pimpinan atau elit; tetapi mengambilkira rintihan, denyut nadi rakyat," kata Anwar.
Pada asasnya, katanya, PH adalah sebahagian utama dari gerakan rakyat.
struktor PHMalah dalam kerangka dasar Pakatan Rakyat sebelumnya - dasar bersama, manifesto dan belanjawan alternatif dilakar dan diolah setelah menimba pandangan rakan-rakan NGO, aktivis termasuk Bersih, katanya.
Bagi bekas ketua pembangkang itu, PH akan lebih kukuh dengan memberi ruang wacana segar; menghimpun semua tenaga progresif rakyat dengan hasrat mendamba kebebasan dan keadilan.
"Muafakat inklusif PH memuktamadkan prinsip asas perjuangan ke arah negara demokratik, adil dan saksama.
"Dasarnya tidak samar melalui retorik umum, tetapi menggagaskan tonggak negara hukum dengan memulihkan kewibawaan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), badan kehakiman, penguatkuasaan, dan menghindari kerakusan, amalan rasuah, kronisme dan kleptokrasi," katanya.
Dasar ekonomi negara juga, katanya, perlu menjurus kepada pemacuan pertumbuhan dan jaminan pengagihan adil dan peduli rakyat.
"Kita menolak dasar ekonomi pemerintah UMNO-BN yang memelihara kepentingan kelompok kecil mahakaya dan mendera rakyat melalui sistem percukaian dan GST; lesen dan kenaikan harga barang," katanya.
PH, katanya, lebih jelas dan tegas dalam usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu sambil menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.
Memartabatkan kedudukan Islam harus disertai nilai dan etika luhur; tidak hanya pada lambang tetapi membiakkan rasuah dan kezaliman.
Begitu juga, katanya, penghayatan Islam termasuk pemerkasaan Mahkamah Syariah perlu dilaksanakan dengan jaminan tegas memelihara hak dan kebebasan penganut agama lainnya.
Dasar bersama yang dipersetujui telah didedah kepada khalayak secara telus. Ia adalah agenda rakyat yang diusung oleh PH.
"Kita perhatikan saja prestasi negeri Selangor dan Pulau Pinang serta wewenang yang diberikan kepada pimpinan negeri," katanya merujuk kepada dua negeri PH.
Yang tidak mampu disangkal adalah kejayaan program kepedulian rakyat walaupun kuasa negeri terbatas, katanya.
Namun, bagi Anwar, rakan-rakan NGO dan aktivis berhak untuk terus memantau perjalanan dan prestasi PH dan menegur atau mengemukakan cadangan.
"Saya tetap berkeyakinan akan peranan mereka terus menunjangi perubahan menjelang PRU ke 14," katanya.
Tambahnya, sistem pilihanraya yang tempang dan kecoh perlu diluruskan.
Kesedaran dan kebangkitan rakyat yang resah dengan tekanan hidup dan merebaknya budaya rasuah tidak mungkin dibendung melainkan dengan tipu-helah perjalanan pilihanraya.
Percubaan kerajaan khususnya Peguam Negara melindungi penjenayah skandal 1MDB tidak menghalang tujuh negara meneruskan siasatan yang mereka sebut sebagai "penipuan, rasuah, rompakan harta khazanah negara."
Bagi Anwar, penyelewengan dan rompakan tidak menemui titik noktahnya; hinggakan kepentingan peneroka, majoriti besar Melayu-bumiputera turut dikhianati. Skandal Felda-FGV berlarutan sekian lama dan kini terbongkar. Menuding peranan seorang tokoh, atau kambing hitamkan seseorang hanya helah licik mengaburi mata peneroka dan rakyat.
"Kecurangan berleluasa dan kerugian kedua-dua skandal besar ini mencecah puluhan bilion ringgit. Kita boleh senaraikan ratusan kisah keterlanjuran, sebahagiannya diambil tindakan, dan selainnya terus dilindungi,"katanya.
Kata Anwar lagi, menjelang PRU ke 14, UMNO-BN seperti lazimnya akan mengerah jentera kerajaan; media milik mereka; bersama saudagar kaya mengupah pekerja politik dan mengugut rakyat.
"PH dan rakan-rakan dalam gerakan rakyat perlu bangkit sebagai kekuatan raksasa, menggalas amanah menyelamatkan bangsa dan negara Malaysia tercinta," tegas Anwar.
Sebelum ini, pemimpin Amanah juga memberikan pandangan yang sama.
Dalam satu video klip yang diterbitkan oleh Media Oren, badan di bawah parti pecahan Pas itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan lain-lain pimpinannya menegaskan Dr Mahathir tidak boleh menentukan apa saja yang dikehendakinya dalam PH.
Klik video di bawah untuk tonton pandangan pemimpin Amanah.
media oren
mdl
Image result for projek robot

Sabtu, Julai 29, 2017

Tun M berpeluang yang mampu kalahkan Umno, kata Salahuddin

Tun Dr Mahathir Mohamad
Polemik berhubung kehadiran Tun Mahathir Mohamad dalam pakatan pembangkang sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak yang menyokong idea reformasi sistem negara dirungkaikan timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Mengambil contoh perumpamaan Inggeris, "Hanya berlian yang mampu memotong berlian" (Only diamond can cut diamond) Salahuddin berkata, peluang Tun Mahathir sahaja yang boleh mengalahkan Umno.
Dalam satu kenyataan media semalam, beliau mengakui menerima banyak pertanyaan yang mempertikaikan sama ada Tun Mahathir boleh dipercayai untuk memimpin Pakatan Harapan (PH) dan rekod 22 tahun mantan presiden Umno itu sebagai perdana menteri dalam berhadapan musuh politik.
"Beginilah, Parti Amanah Negara (Amanah)  bukan sebuah mahkamah yang akan berperanan menghukum segala kesalahan dan jenayah perilaku manusia. Amanah adalah sebuah parti politik bernuansa Islam yang menawarkan sentuhan rahmat dan kasih sayang kepada sesiapa jua yang bersedia menyantuni setiap manusia dengan dakapan lembahyung 'rahmatan lil 'alamin'.
"Menghukum manusia sekaligus berhias diri dengan dendam kesumat, biarlah menjadi ajaran terlarang dalam Amanah khususnya di kalangan pimpinan utamanya. Amanah sentiasa mendepakan tangan untuk menyuburkan kebersamaan demi memperjuangan kepentingan rakyat seterusnya negara," ujarnya.
Bagi beliau, Tun Mahathir adalah manusia biasa yang juga ahli politik seperti mana yang lain dan beliau ada sejarah masa silam yang panjang.
"Di antara kita bebas membaca masa lampau beliau dan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak dengan sikap serta pendirian politik terkini beliau khususnya terhadap urustadbir negara. Tiada sesiapapun yang boleh merampas hak dan kebebasan ini daripada sesiapa," ujarnya.
Menurut naib presiden PH itu, pakatan pembangkang menentang Najib kerana kesalahan yang dilakukan pemimpin Umno itu kepada rakyat dan negara.
Sehubungan itu, tambah beliau permusuhan di kalangan rakyat termasuk dengan Tun Mahathir hanya akan menjadikan Najib semakin bermaharajalela di tampuk kuasa.
Amanah, PKR dan DAP, tambah beliau bersedia memberikan kepercayaan kepada Tun Mahathir dalam konteks dan senario gawat negara hari ini.
"Kami saling mempercayai dan dengan kekuatan inilah kami berjaya membina Pakatan Harapan (PH). Inilah mercu tanda yang kami bina sebagai cahaya harapan (Beacon of Hope) bagi rakyat dan negara. Kami berusaha memudahkan rakyat untuk membuat pilihan sama ada memilih PH atau BN," jelas beliau.
Salahuddin menambah, pemimpin agung dalam peradaban manusia berjiwa besar, pemaaf dan tidak berdendam.
"Itulah akhlak mulia Nabi s.a.w., demikian pula negarawan kelas dunia seperti Nelson Mandela, Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jr yang membuktikan bahawa mereka berjaya membuang jauh sentimen kaum, warna kulit, peribadi dan dendam demi mengangkat kemulian insan di maya ini.
"Hanya Jauhari yang mengenal Maknikam. Ianya selari dengan peribahasa Inggeris yang berbunyi 'only diamond can cut diamond'.
"Tun Mahathir adalah 'diamond' yang mampu menghancurkan kekebalan Umno yang telah berusia lebih 60 tahun, InsyaAllah," katanya.
mdl


Jumaat, Julai 28, 2017

Panas!! : Penyokong tegar Pas beralih sertai Amanah meningkat di Perlis

Wan Kharizal Wan Khazim
Kekeliruan akibat polisi bercelaru serta intim yang teramat sangat pimpinan Pas bersama Umno dan BN sejak kebelakangan ini menyebabkan peningkatan  penyokong tegar Pas di Perlis menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), kata Pengerusinya Wan Kharizal Wan Khazim.
Beliau  berkata, Amanah Perlis kini  mensasarkan seramai 500 lagi ahli baru dan penyokong Pas yang akan mendokong Amanah menjelang pilihan raya umum(PRU) tidak lama lagi.
"Terlalu ramai 'harum manis' yang sedang menanti masa yang sesuai untuk menyertai Amanah.
"Majoriti daripada mereka adalah penyokong Pas yang sudah tidak selesa dengan sikap akrab pimpinan Pas dengan Umno.
"Lebih parah lagi apabila ramai antara mereka kesal dengan sikap Pas yang menolak hubungan baik dengan Pakatan Harapan (PH) sepertimana yang telah terjalin dalam PRU ke 13 yang lalu, " tegasnya lagi.
Beliau juga berkata, Pas tidak boleh merasa bangga hanya dengan majoriti amat tipis kerusi tunggal yang mereka menang di Dun Sanglang dengan majoriti amat tipis 121 undi.
"Kemenangan Pas pada pilihan raya yang lalu juga adalah atas kesepakatan dalam pakatan ketika itu.
"Apakah mereka merasakan dengan majoriti 121 undi itu, ditambah dengan kehadiran penyokong PKR dan juga Bersatu akan memberi kemenangan sekali lagi dalam pilihan raya kali ini.
"Sedangkan terlalu banyak masalah rakyat di Perlis yang tidak mereka perjuangkan sehingga kini, " jelasnya lagi.
Malah katanya PH mempunyai potensi untuk merampas lebih banyak kerusi yang ada di Perlis dalam PRU ke 14 yang akan datang tidak lama lagi.
"Antara kerusi yang berpotensi tersebut ialah Dun Pauh, Beseri, Sanglang, Indera Kayangan, Simpang Empat, Sena, Bintong, Santan, Kayang, Titi Tinggi, Kuala Perlis serta beberapa kerusi yang sudah dikenal pasti.
"Dalam PRU yang lalu, BN menang majoriti tipis sebanyak 540 undi bagi kerusi Berseri dan majoriti hanya 664 undi bagi kerusi Dun Kayang.
"Manakala bagi kerusi Guar Sanji pula BN hanya menang dengan kemenangan majoriti sebanyak 927 undi serta Simpang Empat dengan majoriti amat tipis sebanyak 85 undi, " ujarnya lagi.
Selain itu katanya ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis yang dimenangi oleh BN dalam PRU yang lalu, iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau sudah tidak lagi selamat.
Beliau yang pernah menjadi calon mewakili Pas bagi kerusi Dun Berseri dalam PRU yang lalu turut berkata, kerusi Parlimen Arau yang dimenangi oleh Datuk Seri Shahidan Kassim dengan majoriti hanya 1,371 undi juga berpotensi untuk dimenangi oleh PH.
Tambahnya lagi, kegagalan Umno dan BN untuk membela nasib golongan marhaen termasuklah keperitan dan kos sara hidup yang amat membebankan rakyat Perlis kini mempengaruhi sokongan yang mampu diraih oleh PH tidak lama lagi.
mdl
Picture

Khamis, Julai 27, 2017

Parti Pas sukar menang kerusi PRU14, kata penganalis politik

Wan Saiful Wan Jan
Kewujudan Pakatan Harapan (PH) menyukarkan Pas untuk memenangi kerusi yang ditandingi parti itu pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Ideas Wan Saiful Wan Jan.
Beliau berkata, hasrat Pas untuk bertanding 40 kerusi Parlimen pada PRU14 merupakan cita-cita yang begitu tinggi.
“Mereka boleh cakap berapa sahaja kerusi nak tanding, walaupun kesemua 222 kerusi, tetapi berapakah yang akan mereka menang?
“Pas harus berfikiran terbuka dan matang. Soal menang kalah ini memang bergantung pada pengundi, tetapi jika di satu-satu kawasan yang ada tiga penjuru, apakah kebarangkalian Pas akan menang itu tinggi?” katanya dalam wacana Sinar Harian 'Pakatan Harapan VS Barisan Nasional, Mari Kita Nilai' di Kompleks Karangkraf, Shah Alam hari ini.
Menurut beliau juga, Pas seharusnya lebih realistik terhadap apa yang sedang berlaku hari ini.
“Kerana itu saya kata, cita-cita itu boleh, tapi...realitinya harus diambil kira.
“Senario politik hari ini berbeza apabila dua parti besar dan Pas sudah tidak lagi dikira besar apabila gabungan bersama Gagasan Sejahtera itu hanya titik kecil dalam politik negara,” katanya.
Tambahnya, Pas kini perlu menguatkan lagi agenda dan bersedia berubah mengikut arus semasa andai mahu lebih didukungi pengundi pada PR14 akan datang.
mdl
Picture

Rabu, Julai 26, 2017

Alhamdulillah!! : PH bayangkan pemerintahan berlandas al-Quran, urus tadbir yang baik

Iklan : www.gajimasyuk.com
Hanya dengan kembali menghayati intipati al-Quran dan mengamalkan urustadbir yang baik, Pakatan Harapan akan mampu menjadi sebuah pemerintah baharu yang lebih berintegriti kepada rakyat negara ini.
Pandangan ini dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Husam Musa ketika diajukan pertanyaan oleh hadirin di dalam Dialog Tokoh Politik Bersama Cendiakawan Melayu anjuran Gabungan Intelektual Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Muhammad Muhd TaibLontaran pertanyaan daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Gambar kiri) itu antara lainnya tidak menafikan ketika pernah bersama di bawah kepimpinan Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu ujarnya, Malaysia di gelar 'small tiger of the east' setaraf dengan Taiwan.
Bagaimanapun Malaysia hari ini kata Muhammad lagi, dipandang teruk oleh negara luar. Bekas menteri besar Selangor ini berkata, golongan cendiakawan perlu menyokong usaha yang dilakukan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan hari ini.
"Kita kena sokong apa yang Tun lakukan...daripada pimpin BN jadi pula pengerusi (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan bersama Lim Kit Siang, Mat Sabu (Mohamad Sabu)untuk membawa semula kegemilangan negara di era 1990 sebagai satu lonjakan dalam Pakatan Harapan.
"Sepatutnya kita (negara) sudah seperti Korea Selatan dan Singapura tetapi sekarang negara Indonesia pula potong kita.
"Ini kerana rakyat benarkan Najib perintah ikut cara dia. Ramai rakyat yang nak tunggu di bawah pimpinan baharu Dr Mahatir dengan 'new team' berketerampilan baharu dan berkualiti berbanding Umno.
"Saya daripada Umno tahulah... siapa pemimpin Umno sekarang ni- di Umno sudah tiada yang berkualiti," ujarnya yang mahu golongan cendiakawan secara berterusan memberikan rangsangan kepada rakyat untuk menarik sokongan terhadap usaha Pakatan Harapan.
Mohd Hatta ShaharomBegitu juga pandangan Fellow Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Cawangan Cyberjaya, Prof Dr Mohd Hatta Shaharom (Gambar kiri) yang mahu mengetahui lebih lanjut ke mana bangsa Melayu sekiranya Dr Mahathir mengatakan kuasa dan pengaruh orang Melayu akan lupus pada 2050.
Beliau berpendapat jika Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan sama ada barisan kepimpinan dalam Pakatan Harapan ini mampu menawarkan kepada rakyat suatu bentuk sistem pemerintahan yang berintegriti dan mempunyai tadbirurus yang baik kelak.
Dalam menjawab persoalan yang dikemukakan itu, Dr Mahathir berkata, rakyat negara ini perlu berpegang kepada nilai kehidupan.
"Masalah orang Islam tidak ikut ajaran Islam sebagai satu cara hidup.Kita tidak perlu salahkan orang lain, kita salahkan diri kita sendiri.
"Dalam agama banyak ajaran positif yang boleh memajukan kita tetapi kita utamakan fardu ain saja. Dalam Islam ada fardu kifayah jika sesuatu dilakukan oleh seorang dalam masyarakat, (menentangnya) itu terlepas daripada membuat dosa.
"Apa yang patut kita buat adalah kembali mengkaji al-quran, tetapi kita tidak baca. Kita ada akses dan banyak pengetahuan boleh diperolehi.
"Saya sendiri baca al-Quran dalam bahasa  Inggeris dan bahasa Melayu, saya dapat banyak petunjuk dalam al-Quran.
"Umat Islam 300 tahun dahulu mengikut ajaran Islam tetapi saya tidak fikir negara ini mengikuti apa yang terkandung dalam al-quran," ujarnya.
Menurut Husam pula yang memberikan contoh mengenai sejarah Nabi Yusuf yang banyak memberikan pengajaran mengenai pengurusan ketika ekonomi baik dan buruk di zaman itu, ada polisi ekonomi yang diambil Nabi Yusuf boleh dipraktikkan oleh pemimpin masa hadapan.
Sebaliknya kata beliau dalam konteks Malaysia kini, jika diambil kira laporan Malaysia Transparency berlaku ketirisan antara RM40bilion hingga RM60bilion setahun peruntukan perbelajaan kerajaan.
Ujarnya lagi, ia tidak termasuk isu membabitkan 1MDB yang mana wang rakyat negara ini  dibekukan di Singapura sejumlah RM700juta dan yang dibekukan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sebanyak AS$4.3bilion.
"Jika kita dapat pulihkan tadbirurus di negara ini ia boleh berikan kemakmuran hidup kepada rakyat.
"Pada waktu nabi Yusuf bawa kebaikan ekonomi majoriti rakyat Mesir belum Islam tetapi kepentingan tadbir urus itu mengatasi masalah akidah rakyat di Mesir kerana disebabkan oleh kebaikan di bawa  dalam tadbirurus yang dilaksanakan nabi Yusuf.
"Kepentingan urustadbir yang baik meliputi semua rakyat tanpa mengira akidah mereka inilah dinamakan ' rahmatanlilalamin'  yang kita maksudkan selama ini," ujarnya.
Justeru katanya, bagi memastikan tadbirurus ini dapat dilaksanakan sekiranya Pakatan Harapan memerintah kelak, beliau optimis, agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),Transparency Malaysia dan dikalangan cendiakawan perlu mempunyai satu mekanisme di semua peringkat agar pentadbiran kerajaan baharu lebih telus dalam tadbirurusnya kelak.
mdl

Picture

Selasa, Julai 25, 2017

Kenyataan Terkini!! Yb Khalid Samad : Kerajaan PR Memerintah di Selangor?


My photo

Iklan : www.jomservis.blogspot.my
Ada yang bertanya kepada saya samada benar “kerajaan PR yang memerintah di Selangor?”. Saya jawab PR telah lama terkubur dan yang memerintah di Selangor sejak selepas Muktamar PAS tahun 2015 bukan lagi kerajaan PR tetapi satu gabungan longgar antara Keadilan, DAP, AMANAH dan PAS. Ianya gabungan yang sekadar ingin memenuhi janji-janji manifesto PR 2013 walaupun gabungan PR itu sendiri sudah tiada.

APA ITU GABUNGAN ATAU ‘COALITION’ PARTI POLITIK

Untuk memahami keadaan ini dengan jelas, kita terlebih dahulu perlu memahami apa itu maksud ‘gabungan atau coalition’ parti politik. Sesuatu gabungan atau coalition parti politik muncul setelah wujudnya persetujuan dan perjanjian antara beberapa parti politik untuk berkerjasama atau memerintah bersama berdasarkan garis panduan yang dipersetujui bersama. Mereka akan sering bertemu dan berbincang sambil merangka tindakan bersama dalam menangani masalah rakyat. Pertemuan dan perbincangan mereka dilakukan atas nama parti masing-masing dan bukan atas kapasiti individu atau jawatan yang disandang.

Oleh itu apabila hubungan antara parti-parti politik telah pun diputuskan, sepertimana yang telah dilakukan PAS pada 2015 terhadap DAP, maka gabungan yang diwujudkan sebelumnya telah dengan sendirinya terkubur. Dalam erti-kata lain, PR telah dikuburkan melalui usul yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar PAS 2015. Hakikat bahawa ada pimpinan dan ahli PAS yang tidak faham maksud serta implikasi ‘usul yang diluluskan tanpa bahas secara sebulat suara’ tidak mengubah kenyataan bahawa usul itu telah diluluskan. Apabila usul itu diluluskan maka dengan itu terputuslah hubungan antara PAS dan DAP dengan sendirinya. Dan dengan itu juga terkuburlah PR.

MAKSUD DAN IMPLIKASI MELULUSKAN USUL

Keadaan di mana maksud dan implikasi meluluskan sesuatu usul tidak difahami oleh ahli dan pimpinan PAS terus terserlah apabila sekali lagi mereka meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan Keadilan tetapi terus bersama dalam kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Keadilan! Mungkin perkataan ‘usul’ itu difahami PAS dalam konteks penggunaannya dalam istilah seperti ‘usul Fiqh’ dan ‘usul Tafsiir’ dan bukan sebagai suatu penetapan pendirian yang memerlukan tindakan selepasnya. Maka walaupun diluluskan sesuatu usul, tiada tindakan yang perlu diambil mengikut fahaman mereka. Dan begitu juga apabila sesuatu usul tidak diluluskan, ianya tiada masalah kerana usul dibawa. Mungkin juga membawa ‘usul’, meluluskan atau ditolaknya adalah sesuatu kebanggaan dan hobi PAS. Tiada makna atau implikasi. Hanya gah semata-mata.

Maka setelah hubungan antara PAS dan DAP serta Keadilan diputuskan oleh PAS, melalui usul-usul yang diluluskan, maka adalah amat pelik apabila didengari ada yang masih mendakwa “PR memerintah di Selangor”.

PERUMPAMAAN PERKAHWINAN

Untuk memudahkan persoalan ini difahami, biar saya umpamakan gabungan dan coalition antara parti politik sebagai satu perkahwinan. Apabila seorang lelaki dan perempuan dikatakan sudah berkahwin ini bermakna adanya hubungan peribadi rasmi di antara mereka berdua. Hubungan itu ada ditetapkan hak dan peranan masing-masing terhadap satu sama lain dan mereka saling menjaga kepentingan hubungan itu dan anggota di dalam hubungan tersebut. Si isteri menjaga hak suami dan si suami menjaga hak isteri. Begitu juga mereka menjaga kepentingan dan hak anak-anak serta kaum keluarga masing-masing. Dan masyarakat pada ketika itu akan menggelar mereka sebagai ‘keluarga si polan dan si polan’.

Apabila, atas apa jua alasan, perkahwinan itu ditamatkan melalui perceraian, maka walaupun mereka masih ada hubungan sebagai bekas suami dan isteri serta ibu dan bapa kepada anak-anak hasil perkahwinan mereka, namun hanya yang kurang maklumat akan berkata bahawa mereka masih suami isteri dan perkahwinan tersebut tetap kekal. Malahan istilah ‘keluarga si polan dan si polan’ tidak akan digunapakai lagi lebih-lebih lagi sekiranya si suami atau si isteri telah berkahwin semula dengan pasangan baharu.

Hakikat bahawa mereka telah bercerai dan telah tamat gabungan mereka sebagai suami isteri akan tetap diakui walaupun mereka terus berkerja di syarikat yang sama sekiranya itulah yang dilakukan sebelum perceraian mereka. Dan sekiranya syarikat itu merupakan syarikat usahasama antara mereka berdua, hakikat mereka terus berusaha menjayakan syarikat tersebut tidak mengubahkan bahawa mereka tetap tidak lagi suami isteri. Kewajipan mereka terhadap satu sama lain juga berubah dan sememangnya si bekas suami wajib mengutamakan hubungannya dengan isterinya yang baharu, atau gabungannya yang baharu sepertimana juga si bekas isteri.

Amat malang sekiranya mereka terus berlagak seperti masih berkahwin dan si bekas suami atau si bekas isteri mengutamakan hubungan dengan ‘bekasnya’ lebih dari dengan pasangan baharu mereka masing-masing. Jika itu yang berlaku ada yang tak kena!

Berdasarkan perumpamaan mudah yang telah saya berikan rasanya amat jelas bahawa dakwaan kerajaan Selangor adalah kerajaan PR amat meleset sama-sekali. Saya tidak hairan sekiranya PAS tidak faham maksud dan implikasi meluluskan usul sendiri tetapi takkan ada orang lain yang tak faham?

Kita akui dan boleh terima bahawa hubungan sebagai ‘bekas’ masih membawa tanggung-jawab bersama tetapi hakikat bahawa sudah bercerai wajib diakui. Hakikatnya PR sudah tiada. Kerajaan Selangor bukan kerajaan PR dan PAS khususnya adalah bakal saingan dalam PRU ke 14 samada kita inginkan atau sebaliknya.

MENYERU ‘ROH’ PR SUPAYA SATU LAWAN SATU DIAPAT DILAKSANA

Ada yang mendakwa gabungan PR Selangor itu perlu disebut-sebut dan diseru ‘rohnya’ walaupun ianya sudah terkubur. Ini adalah untuk menentukan ‘satu lawan satu’ dalam PRU ke 14. Bagi saya penegasan terhadap satu lawan satu adalah kesilapan besar. Apa makna adanya satu lawan satu dengan diberikan kerusi untuk ditandingi PAS dengan disokong PH sekiranya setelah menang, PAS entah ke mana?

Dijawab balik bahawa kerusi yang PAS menang tidak penting. Yang penting adalah kerusi yang dimenangi PH apabila PAS tidak bertanding di kerusi yang sama!

Jawapan ini mengandaikan PAS akan menyokong calon PH apabila kerusi itu tidak ditandingi PAS. Andaian ini tidak berasas. Hakikatnya PAS telah TIDAKmenyokong calon PR di beberapa kerusi pada 2013 dahulu walaupun pada ketika itu PAS bersama PR! Maka apa jaminan PAS akan menyokong calon PH sedangkan mereka bukan bersama PH? Kalau semasa bersama PR pun PAS mengkhianati PR, apatah lagi mengkhianati PH? Lebih-lebih lagi apabila sudah jelas bahawa PAS sebagai ‘King Maker’ akan sanggup bersama UMNO membentuk kerajaan. Oleh itu apa masalahnya bagi PAS sekiranya calon PH kalah? Mungkin ianya lebih disukainya kerana DAP dan AMANAH tidak bersama UMNO tetapi bersama PH!

KESIMPULAN

Saya tidak percaya bahawa dakwaan “kerajaan PR memerintah di Selangor” adalah dakwaan yang serius. Tak mungkin ada yang berkeyakinan sebegitu. Semua tahu PR telah terkubur. Namun malangnya ada yang masih berpegang kepada keyakinan bahawa PH tidak boleh menang tanpa PAS dan dalam keadaan tiga penjuru. Oleh itu maka dibuat dakwaan yang terdesak sebegitu rupa.

Bagi saya, yang menganggap PAS diperlukan untuk menang sedang terperangkap dalam minda dan pemikiran lama. Oleh kerana minda mereka terperangkap maka disukarkan penyelesaian sebenar tanpa mereka menyedarinya. Roh yang diseru pasti tidak akan kembali. Namun yang perlu diperkukuh dan diperkuatkan, iaitu PH, akan sedikit terabai kerana sibuk menyeru ‘roh lama’.

Namun saya yakin bahawa insyaAllah PH akan terus membina kekuatan hari demi hari walaupun tidak dibantu sepenuhnya. Bak kata orang putih, “we will grow strong in spite of you!”

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

Picture

Isnin, Julai 24, 2017

Ramai Melayu sokong Pakatan Harapan

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
    SHAH ALAM – Tahap sokongan terkini pengundi Melayu terhadap Pakatan Harapan didapati melebihi BN menjelang PRU14.

    Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, kesimpulan itu berdasarkan kaji selidik dibuat oleh Invoke mengenai sentimen pengundi dan isu utama menjelang PRU14.
    Menurutnya, 36 peratus pengundi Melayu yang bersama-sama Pakatan Harapan berbeza hanya 35 peratus yang menyokong BN, 14 peratus menyokong Pas dan 15 peratus masih belum membuat keputusan.

    “Berdasarkan pemerhatian, sokongan ini adalah kerana tiga isu yang menjadi kepentingan rakyat hari ini. Kos sara hidup dan harga barang meliputi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan subsidi minyak antara yang utama diberi perhatian,” katanya yang dipetik dari laman sosial Facebook miliknya.

    Beliau berkata, dua lagi isu penting adalah seperti gaji dirasakan tidak setimpal dengan harga barang dan juga mengenai lambakan pekerja asing yang menyempitkan peluang pekerjaan.

    “Ketiga-tiga isu ini (yang boleh dirujuk sebagai isu ekonomi rakyat) adalah jauh lebih penting kepada pengundi semua kaum berbanding isu penyelewengan semata-mata.
    “Berdasarkan sentimen pengundi terhadap tiga isu utama ini yang melihat BN gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik (dalam ketiga-tiga isu), sokongan pengundi Melayu sebenarnya sudah pun berpihak kepada Pakatan Harapan,” katanya.
    Menurutnya, kedudukan terkini undi Melayu adalah hampir setara di antara BN dan Pakatan Harapan iaitu sekitar 35 peratus ke 36 peratus.

    “Sokongan 35 peratus ini juga konsisten dengan semua kaji selidik yang dijalankan setiap bulan sejak Disember 2016 mengenai sokongan pengundi Melayu terhadap BN.
    “Kedudukan undi Cina dan India dilihat menyerupai pola pengundian dalam PRU13 yang lalu, mengambil kira pengundi-pengundi yang belum membuat keputusan,” katanya.
    Rafizi berkata, kaji selidik itu dibuat di antara bulan Jun dan Julai 2017 sebelum Pakatan Harapan mengumumkan struktur dan menamakan pimpinan minggu lalu.

    “Dengan tahap sokongan seperti ini setakat Julai 2017, ada kemungkinan munasabah BN akan tewas dalam PRU14 sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawarkan penyelesaian kepada tiga isu utama yang menjadi isu paling penting kepada pengundi.

    sh

    Picture

    Ahad, Julai 23, 2017

    Kesatuan kita kegerunan Najib

    Iklan : www.jomservis.blogspot.my Izinkan saya menyorot kembali pertemuan terkini di antara saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri Malaysia merangkap rakan-seteru politik ayahanda tersayang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang kini terkenal selaku tahanan politik Malaysia.
    Bertempat di kota London, yang menemukan insan-insan sewarga sedang di perantauan  dan mengambil semangat Syawal, kami menumpukan kepada pembentukan sebuah pakatan berasaskan reformasi demi Malaysia yang terjamin.
    Malangnya, media arus perdana yang dikongkong oleh kerajaan telah mencalar pertemuan ini menerusi serangan peribadi setelah cubaan demi cubaan untuk menggugat kesatuan pakatan secara langsung dan tidak langsung dilakukan.
    Semua serangan ini berpunca pasca berita bahawasanya Anwar dan Dr Mahathir telah mencapai kata sepakat membentuk barisan reformasi pembangkang menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melindungi kleptokrat dan perompak bangsa.
    Jelas, asbab utama pertemuan adalah usaha konsisten yang mengutamakan negara daripada kepentingan ataupun kesengsaraan peribadi: dan ini petunjuk jelas bahawa mereka yang berada di dalam tampuk kekuasaan gentar dengan kesatuan ini.
    Saat Dr Mahathir dan Anwar tampil bersama untuk rakyat, bakal menggegar persada negara yang julung kalinya bakal meraih semula negara dari tangan para perasuah-pemerintah elit.
    Alangkah ruginya jika kita tidak mampu mengambil peluang ini, yang mana membuktikan kita di pihak yang benar memandangkan campur tangan melulu dari pihak atasan yang tampil dengan kenyataan balas dan serangan semberono. Tangkaplah kalau berani!
    Batu asas untuk strategi BN telah dan akan terus berlandaskan konsep kolonial British yakni pecah dan perintah.
    Kebergantungan kepada strategi pengundi hantu, dakwat 'tak kekal', membeli undi, dan persempadanan semula yang tidak sah - memperlihatkan agenda murahan BN untuk memecahbelahkan barisan pembangkang yang akhirnya mungkin membawa kepada perlawanan tiga atau empat penjuru.
    Natijahnya, ini semua bakal membuahkan BN sebagai parti yang membolot semua kerusi.
    Pada 2008, umum maklum bahawa Anwar telah mengepalai barisan Pakatan Rakyat dan mencatat rekod tertinggi pencapaian pembangkang di Malaysia. Bahkan, bertambah lagi dengan perolehan 52 peratus majoriti melalui undi popular pada tahun 2013 (meskipun setelah hampir 40 peratus kerusi-kerusi yang mengalami gerrymandering/persempadanan semula yang tempang).
    Walhasil, dua tahun kebelakangan ini memperlihatkan momokan dan manipulasi pimpinan BN terhadap pemimpin kanan Pas menerusi acah-tidak-acah/bahas-bukan lulus RUU 355, yakni menyebabkan parti Pas menjauhi barisan pembangkang.
    Dengan penarikan sebegini, BNl mungkin beranggapan bahawa mereka telah berjaya melumpuhkan barisan pembangkang. Syukur, berbekalkan segala daya dan upaya untuk mencantas plot jahat dan putar belit, terdapat beberapa pencetus upaya ke arah reformasi dan keadilan sebagai satu wadah penambahbaikan demokrasi di Malaysia.
    Tumpuan-tumpuan demi mencapai kemenangan adalah (1) pemisahan antara Parti Amanah Negara daripada Pas, (2) penyatuan antara Amanah dan DAP serta parti PKR-Anwar, tambahan (3) perpecahan dari BN yang diketuai oleh tak lain tak bukan mantan perdana menteri Mahathir melalui pembentukan parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
    Sementelah, pelbagai persefahaman dan rundingan melalui dokongan dan sepakat telah dilakukan dan diterima secara baik antara komponen parti-parti serta pemimpin Bersatu
    Dengan jangkaan mengenepikan hasad politik dan permainan kuasa telah membawa sebuah formaliti kesatuan " 3+1" pakatan. Menelan kekecewaan, dan kebimbangan melanda pihak kleptokrat terutamanya 'Najib & Co', memperlihatkan minggu ini bakal merubah kenyataan tersebut. Ternyata, BN kecewa dengan kejayaan ini.
    Lihat sahaja, dalam minggu ini, PM dan TPM masing-masing telah meluangkan masa dan berhempas pulas menyerang pemimpin pembangkang dan menjurus ke arah pengumuman yang dinanti-nantikan.
    Ingatlah, bahawa kesemua ini hanyalah permulaan. Sebelum tamat PRU14, kita akan menerima serangan rutin dari kiri dan kanan serta kesemua arah, tidak kurang juga oleh serangan dalaman.
    Kesimpulannya jelas, sesiapa sahaja yang mencari alasan untuk memecah belah pakatan, hanya akan memberi kelebihan kepada pemerintahan sedia ada, dan membenarkan rejim semasa bernafas lebih lama hanya kerana ketidakupayaan kita untuk bersatu.
    Justeru, pelebaran sayap barisan pembangkang akan berdiri teguh di atas prinsip keadilan dan reformasi, dan menjadi ancaman utama terhadap BN. Kesepakatan kita inilah yang akan menggentarkan kerajaan dan jentera parti pemerintah.
    Bayangkan, barisan pimpinan seperti Anwar, Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Azmin Ali, Lim Kit Siang, Hj Mohammed Sabu, Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Rafizi Ramli dan semua adiwira ahli politik di Malaysia berganding bahu menentang "Najib & Co", serta perompak dana awam 1MDB, yang telah mengaibkan Malaysia di mata dunia - dengan skandal berbilion ringgit menggunakan dana awam. Hakikatnya, BN tidak punya banyak pilihan dan peluang.
    Nah, kesemua ini bakal kita raih bersama jika dan hanya jika barisan pembangkang mahu dan mampu berdiri bersama di atas paksi kesepakatan HARAPAN ke arah keadilan dan reformasi.
    Rakyat hanya bisa dilindungi melalui proses demokrasi yang tulen dan institusi yang bebas, berkhidmat seperti benteng yang kukuh menentang rasuah dan kerajaan yang kuku besi.
    Bahkan, alangkah moleknya jika akar umbi parti Pas mampu menyeru agar kepimpinan mereka turut serta dalam agenda keberlangsungan pakatan reformasi supaya berada bersama pihak yang benar, setidaknya sebagai pakatan dalam PRU, pastinya BN bakal terkubur pada PRU14 ini. Ini semua pastinya takkan berlaku tanpa usaha berpanjangan dan jiwa besar pemimpin yang berpengalaman lagi bertauliah.
    Pertemuan saya dan Dr Mahathir di London diharapkan agar menjadi langkah tuntas dalam membulatkan tekad dan persefahaman antara gerakan kita.
    Saya yakin dan percaya bahawa struktur akhir bakal dipersetujui bersama, asal sahaja berlangsung dengan tenang dan sentiasa mengutamakan kebajikan dan masa depan rakyat.
    Kita sedang menuju ke garisan penamat, dengan serangan peribadi bertubi-tubi oleh BN adalah indikator yang jelas - bahawa kita, Insya-Allah, sedang berada di landasan yang benar.
    *Penulis Nurul Izzah Anwar adalah Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai.
    mdl
    Picture

    Sabtu, Julai 22, 2017

    PKR Kelantan yakin Harapan mampu cipta sejarah

    PKR Kelantan
    iklan : www.jomservis.blogspot.my Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yakin gabungan baharu Harapan yang berjaya membentuk struktur baru pada 13 Julai lalu akan mampu mengambil alih pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
    Dari kiri berbaju oren Ustaz Che Ibrahim Mohamed, pengerusi Amanah Ketereh, berbaju biru  Ab Aziz Ab Kadir pengerusi PKR Ketereh dan berbaju merah  Zulkifli Zakaria Ketua Penerangan Bersatu Kelantan.
    Pengerusi majlis pimpinan negeri (MPM), Ab Aziz Ab Kadir berkata pembentukan barisan pimpinan baharu itu jelas dapat mewakili semua pihak untuk mentadbir negara.
    "Penggabungan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad membolehkan orang Melayu meletakkan kepercayaan sepenuhnya.
    "Manakala wakil-wakil kelompok bukan Melayu yang diwakili DAP dan PKR akan membolehkan semua kaum memberi sokongan padu," katanya di majlis rumah terbuka Pakatan Harapan (Harapan) Parlimen Ketereh semalam.
    PKR Kelantan 2
    Ab Aziz Ab Kadir memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak di majlis rumah terbuka Parlimen Ketereh semalam.
    Bagi peringkat Parlimen Ketereh, beliau bersyukur kerana kesepakatan parti-parti dalam Harapan jelas terlaksana dengan baik dan harmoni.
    "Kita di Ketereh telah beberapa kali mengadakan perjumpaan parti-parti dalam Harapan dan sekarang program-program telah dapat disusun secara bersama.
    "Program sambutan rumah terbuka hari raya ini, kita dapat jayakan secara bersama dan saya rasa kawasan ini pertama di Kelantan yang dilaksanakan oleh Harapan," katanya.
    Gerakan berikutnya menurut beliau adalah menjelaskan kepada pengundi berkenaan persetujuan yang telah dicapai oleh pimpinan Harapan.
    "Gerakan penerangan hendaklah ditujukan kepada persetujuan yang telah dicapai mengenai apa yang akan dilaksanakan bila Harapan menang.
    "Janji kita selepas 100 hari adalah akan menghapuskan GST, menstabilkan harga petrol, memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat.
    "Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh, memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Skandal 1MDB dan memulihkan Felda." katanya.
    Sementara itu ketua Amanah parlimen Ketereh, Che Ibrahim Mohamed mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis rumah terbuka tersebut.
    "Alhamdulillah lebih 2000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka ini," katanya.
    mdl
    Picture

    Jumaat, Julai 21, 2017

    Panas!! : PH dahului sokongan pengundi berbanding BN, Pas merosot teruk

    Rafizi membentangkan hasil kajian Invoke di Sungai Besi pagi tadi.
    iklan www.jomservis.blogspot.my : Kaji selidik terkini Centre for Policy Initiatives (Invoke) mendapati Pakatan Harapan mendahului BN dalam tahap sokongan segmen pengundi utama negara ini berdasarkan bangsa yang memberi harapan baru kepada gabungan parti pembangkang untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.
    Kajiselidik melibatkan temuramah melalui telefon itu dibuat menggunakan bahasa ibunda responden dan dijalankan dari 5 Jun 2017 sehingga 14 Julai 2017.
    Pengundi dipilih dan didail secara rawak oleh sistem kajiselidik berkomputer Invoke.
    Seramai 2.67 juta orang pengundi berdaftar didail secara rawak dan dari jumlah itu, 160,761 orang pengundi mengangkat telefon dan 17,107 orang pengundi menjawab kesemua soalan yang ditanya.
    Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli ketika membentangkan hasil kajian itu berkata, 36% pengundi Melayu menyatakan sokongan kepada PH berbanding BN (35%), Pas (14%), dan belum membuat keputusan (15%).
    Bagi segmen pengundi Cina, 53% menyatakan sokongan kepada PH, BN (22%), Pas (1%), belum membuat keputusan (23%) dan tidak mengundi (1%), manakala 42% segmen pengundi India menyatakan sokongan kepada PH, BN (44%), Pas (3%), belum membuat keputusan (10%), dan tidak mengundi (1%).
    Hasil kaji selidik Invoke juga mendapati tiga isu paling penting bagi pengundi adalah kos sara hidup dan harga barang, meliputi GST dan subsidi minyak; gaji yang dirasakan tidak naik setimpal dengan kenaikan harga barang; dan lambakan pekerja asing yang dirasakan menyempitkan peluang pekerjaan warga tempatan.
    "Tiga isu ini (yang boleh dirujuk sebagai isu ekonomi rakyat) adalah jauh lebih penting kepada pengundi semua kaum berbanding isu penyelewengan semata-mata.
    "Berdasarkan sentimen pengundi terhadap tiga isu utama ini yang melihat BN gagal menjalankan tanggung jawab dengan baik, sokongan pengundi Melayu sebenarnya sudah pun berpihak kepada PH," jelas Rafizi.
    Beliau menambah, kedudukan undi Melayu adalah hampir setara di antara BN dan PH iaitu sekitar 35% ke 36%, dan sokongan 35% ini juga konsisten dengan semua kajiselidik yang dijalankan setiap bulan sejak Disember 2016 mengenai sokongan pengundi Melayu terhadap BN.
    Menurutnya, kedudukan undi Cina dan India dilihat menyerupai pola pengundian dalam PRU13 yang lalu, mengambil kira pengundi-pengundi yang belum membuat keputusan.
    Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, kaji selidik Invoke itu dibuat di antara bulan Jun dan Julai 2017 sebelum PH mengumumkan struktur dan menamakan pimpinan minggu lalu.
    "Dengan tahap sokongan seperti ini setakat Julai 2017, ada kemungkinan munasabah bahawa BN akan tewas dalam PRU14 sekiranya PH berjaya menawarkan penyelesaian kepada tiga isu utama yang menjadi isu paling penting kepada pengundi," ujar beliau.
    mdl
    Picture

    Khamis, Julai 20, 2017

    Penubuhan RCI bukan momokan serang musuh politik, kata Anwar Ibrahim

    iklan : www.jomservis.blogspot.my
    Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan sekiranya  bersedia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI)  tidak dijadikan momokan politik untuk menyerang musuh tertentu khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
    Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, amat mengalukan kesediaan kerajaan menubuhkan RCI yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohamed Sidek Hassan (Gambar kiri) yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Petronas itu.
    "Selaku Menteri Kewangan yang meredakan masalah tersebut dan menerima perletakan jawatan pegawai yang bertanggungjawab iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta Gabenor Bank Negara pada ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein, saya akan memberikan kerjasama penuh kepada RCI ini.
    "Peringatan saya agar jangan ia dijadikan momok politik untuk menyerang musuh tertentu, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
    "Saya akan memberikan semua fakta secara telus tetapi tidak akan diheret untuk diperalatkan dalam gelanggang politik," ujarnya.
    Pada Jun lalu Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing, disambut baik oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
    Kabinet kemudiannya bersetuju terhadap cadangan Pasukan Petugas Khas supaya diwujudkan RCI, bagi membolehkan siasatan dibuat terhadap kerugian urus niaga wang asing oleh BNM pada sekitar tahun 1980-an dan 1990-an itu.
    Semalam YDP Agong Sultan Muhammad V perkenan untuk  penubuhan RCI itu.
    Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam juga dipetik berkata penubuhan itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) dan penubuhan suruhanjaya siasatan itu berkuat kuasa 15 Julai 2017.
    Selaras dengan peruntukan Akta 119, Seri Paduka turut memperkenankan keanggotaan suruhanjaya dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik menjadi pengerusi suruhanjaya.
    mdl
    Picture

    Rabu, Julai 19, 2017

    Panas!! : Pas tidak harus jadi talian hayat Umno-BN, kata PKR

    iklan : www.gajimasyuk.com
    Mohd Sharmizan Mohamad NoorPas tidak seharusnya menjadi talian hayat bagi memberi nafas kepada Umno-BN yang terbukti semakin tercungap--cungap kepenatan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
    Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Mohd Sharmizan Mohamad Noor (gambar) berkata, semua parti pembangkang sewajarnya menyedari betapa terbebannya rakyat dan negara akibat pelbagai kepincangan pentadbiran Umno-BN.
    "Pelbagai isu kontroversi yang membabitkan Umno dan BN amat terserlah dan begitu ketara berlaku di hadapan mata.
    "Takkanlah kita masih lagi tidak sedar mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus yang dikenakan oleh kerajaan termasuklah rakyat miskin dan daif.
    "Isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menghantui pemikiran rakyat setelah seribu satu macam pendedahan penyelewengan dan ketirisan didedahkan hingga kini belum dapat diselesaikan," katanya.
    Beliau juga berkata, selain itu isu Felda Global Venture (FGV) masih belum reda dan menjadi krisis yang amat mencurigakan rakyat sehingga kini.
    "Terlalu banyak isu termasuklah peningkatan kos sara hidup dengan harga barang yang amat tinggi dan membebankan rakyat.
    "Yang miskin bertambah merana dan sengsara, apakah ini pun tidak nampak di hadapan mata kita.
    "Apakah kita masih lagi mahu membiarkan Umno dan BN terus menekan rakyat sehinggakan terdapat rakyat yang hidup melarat dan papa kedana?" soalnya lagi.
    Oleh itu katanya, perlu ada persefahaman dan permuafakatan yang jelas sebagai asas kepada perjuangan bagi menumbangkan rejim zalim yang sedang menerajui kepimpinan negara tatkala ini.
    Tambahnya lagi, matlamat utama rakyat kini adalah bagi menolak kepimpinan Najib serta Umno dan BN dan bukannya bersekongkol dengan mereka.
    mdl
    Picture

    Selasa, Julai 18, 2017

    Pakatan Harapan (Harapan) dijangka mampu menawan Kelantan

    Logo Harapan

    Iklan www.jomservis.blogspot.my : Pakatan Harapan (Harapan) dijangka mampu menawan Kelantan dengan majoriti tipis dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ekoran pelbagai isu membabitkan kerajaan negeri sebelum ini dan terkini berkaitan projek Carbon Credit, kata Pengerusi Perhubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor.
    "Kita (Harapan) boleh ambil ahli kerajaan negeri dengan majoriti tipis. Ini kerana beberapa isu yang ada sekarang ini dan terkini berkaitan carbon credit menunjukkan pimpinan Pas yang memerintah di Kelantan tidak tahu apa benda.
    "Bagi kerajaan negeri yang penting mereka tengok pitih (duit) saja... pitih datang dari mana tak tahu lagi.
    "Mereka fikir boleh guna hutan di Kelantan untuk dijadikan bahan dapatkan projek carbon credit di bawah PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) tetapi syarikat yang terlibat menguruskan projek itu pula masih di bawah pengawasan BNM (Bank Negara Malaysia)," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
    Kamarudin Md NorKamarudin  (Gambar kiri) yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi itu mendakwa, kerajaan negeri hanya memikirkan soal keuntungan semata dengan menyerahkan projek tersebut kepada sebuah syarikat swasta.
    "Persoalannya mengapa bagi  tender kepada sebuah syarikat swasta? Sepatutnya kerajaan negeri Kelantan yang uruskan projek tersebut.
    "Sebaliknya syarikat itu pula mengutip dana daripada orang ramai, itu sudah menyeleweng daripada tujuan asal.
    "Apa yang rakyat memahami dalam isu ini ialah kejahilan kerajaan negeri, dan ini memberikan isyarat kepada pengundi terhadap kerajaan negeri yang dilihat gagal mengurus secara profesional dan berhemah," ujarnya.
    Beliau mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa yang mendakwa syarikat Climate Protector Sdn Bhd yang diberikan konsesi 30 tahun untuk menguruskan projek tersebut oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan stok karbon di hutan hujan seluas 1 juta ekar, selain syarikat itu didakwa turut mengutip wang daripada orang ramai bagi tujuan pelaburan melalui penjualan token digital sejumlah RM17juta.
    Manakala wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan pernah mengiktiraf syarikat tersebut menjalankan program pemeliharaan alam sekitar di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim (UNFCC) mahupun Program Kerjasama Mengurangkan Pelepasan dari Pembasmian dan Degradasi Hutan di negara membangun (UN-REDD).
    Bagaimanapun kerajaan negeri dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jawantankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Abdullah Che Mat Nawi semalam, dipetik berkata, kerajaan tidak sewenang-wenang membatalkan perjanjian bersama Climate Protector kecuali terdapat masalah yang memerlukan projek itu dihentikan segera.
    Beliau memaklumkan telah membuat pertemuan dengan syarikat berkenaan dan meminta membuat penjelasan terhadap pelbagai tuduhan termasuk telah disenaraikan dalam langkah berjaga-jaga oleh BNM dan juga isu penjualan token digital.
    mdl
    Picture

    Isnin, Julai 17, 2017

    PRU14 tsunami, malapetaka kepada Umno-BN

    Nizar Jamaluddin

    iklan : www.jomservis.blogspot.my : Pelbagai penipuan dan kecurian Najib Razak termasuk isu derma menyaksikan Pilihan Raya Umum ke-14 bakal mengundang gelombang besar tsunami yang bakal meranapkan Umno-BN.
    Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, satu kajian majalah The Times pada 2010 menyatakan Malaysia sebagai negara terkaya kerana tiada bencana besar selain populasi penduduk rendah dan negara subur.
    "Malaysia tiada bencana alam besar. Tsunami paling besar adalah PRU14 nanti. Rakyat akan bangun dan inilah malapetaka kepada Umno-BN
    "Malaysia negara terkaya tetapi diurus oleh pencuri di dunia ini, namanya Najib Razak. Maka rakyat menderita kerana negara diurus oleh pencuri," tegasnya ketika berucap sempena siri jelajah Jom Bina Semula Negara di Tanjong Malim kelmarin.
    Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, penderitaan rakyat akibat ditipu dan dicuri tidak dapat dihentikan selagi Rosmah Mansor dan Najib Razak menjadi pimpinan Umno.
    "Kita dimain tipu begitu sahaja. Adakah kita mahu dengar dia terus menipu lagi rakyat Malaysia? Kita bersama-sama hentikan Umno Najib Razak
    "Kita tidak pilihan. Alhamdulillah. Kita ada Harapan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan-pimpinan dari Bersatu, Amanah, PKR dan DAP," ujarnya.
    Sehubungan itu, beliau menegaskan kembali tindakan yang akan dilakukan dalam tempoh 100 hari jika rakyat memberi mandat kepada Harapan menggantikan rejim Umno-BN.
    "Minggu pertama menang di Putrajaya sebelum 100 hari berakhir kita mansuhkan GST (cukai barang dan perkhidmatan), kita akan reformasikan institusi kerajaan yang dirosakkan Rosmah Mansor Najib Razak.
    "Rasuah di negara ini akan dihapuskan sama ada kecil dan besar. Kita hidupkan semula integriti. Kita akan pulihkan Felda yang dirosakkan Najib dan konco-konconya supaya lebih 300,000 peneroka akan diselamatkan," jelasnya.
    Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering itu, siasatan diraja 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mencari keadilan juga akan diwujudkan.
    "Kita mesti pilih Pakatan Harapan. Jangan sekali-sekali memberi sokongan kepada BN," tegas Mohammad Nizar lagi.
    mdl
    Picture

    Iklan Penaja 2

    Hasil carian imej untuk bisnes mudah

    Catatan Popular Mingguan

    Senarai Blog...Geng

    Popular Posts

    Iklan C

    Blog Archive