Panas!! : Kerana Ustaz Hadi Ramai ahli pas keluar parti

Kamarudin Md Nor Kamarudin Md Nor
Pendekatan politik matang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Umno mengundang reaksi tidak puashati dikalangan ahli Pas yang akan bertindak keluar parti.
Sudah tersebar sekeping foto menunjukkan sebuah batu tanda Pas berlambangkan logo parti sudah ditukar kepada logo Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Kejadian itu berlaku di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Pasir di bawah Parlimen Pasir Mas Kelantan.
Foto yang menjadi viral itu disahkan Ketua Penerangan  Bersatu Datuk Kamaruddin Md Nor kepada Malaysia Dateline.
" Ya  foto itu di Dun Pengkalan Pasir. Protes ahli-ahli Pas terhadap pendekatan 'politik matang.
"Yang menariknya ialah mereka pilih PPBM tidak Amanah," ujarnya melalui whatapps.
Kamaruddin yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Kelantan juga tidak menafikan akan ada lagi protes di kalangan ahli Pas di negeri itu terhadap tindakan Presiden Pas berbaik-baik dengan Umno yang dahulu pernah menjadi musuh ketat parti itu, katanya lagi," ura-ura itu ada kedengaran," ujarnya yang mengatakan kejadian menukar logo batu tanda itu berlaku minggu lalu dan  dilakukan bekas ahli Pas.
Pada 4 Mei lalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam program tukun tiruan di perairan laut Pulau Kapas, Marang bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Abdul Hadi dalam kenyataannya dipetik berkata Kerjasama hari ini (Pas dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat.
Manakala Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pula dipetik berkata,kemunculan Abdul Hadi dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas itu dilihat sebagai pendekatan untuk menguji persepsi politik pengundi Melayu.
Ini kerana semua adalah percubaan untuk mukadimah hubungan politik antara Pas dan Umno. Mereka mahu melihat minda siasah orang Melayu sama ada kerjasama itu diterima atau tidak.
Pada asasnya, kerjasama politik atas apa nama sekalipun sama ada atas nama Melayu, Islam dan demi kepentingan negara itu tidak menjadi satu kesalahan.
Namun ujar Husam, kerjasama politik itu tidak lebih hanya menambahkan kerosakan sedia ada akibat kepimpinan negara pada masa ini yang korup sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam, kenegaraan dan demokrasi.
mdl

Iklan Berbayar [ 23/4/17 ]
Previous
Next Post »

13 ulasan

Write ulasan
An Anonymous
AUTHOR
8 Mei 2017 1:14 PTG delete

Utk rekod sejak awal tahun secara purata hampir 5 ribu org masuk PAS.. harapnya ia berterusan..

Jika benar berita dan gambar di atas, itu adalah satu lagi proses penyucian PAS setelah berlaku sebelum ini secara besar2an pd tahun 2015. Kami faham jika mereka tidak boleh menerima kaedah Politik Matang.. tapi in shaa Allah mereka akan faham juga akhirnya nanti..

Reply
avatar
8 Mei 2017 3:00 PTG delete

Yerlah matang la sangat...90juta punya matang...matang banggol peradong bila nak tarik balik..amanat hj hadi tu....da ATGNA tak matang laa Pas 4 Alll da jadi Pas Love Umno....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Mei 2017 3:59 PTG delete

Biarkan mereka keluar dari PAS tak jadi kudis pun. Tiada apa yang mereka boleh perkatakan hanya 90juta je modal mereka itupun fitnah belaka.

PAS for all maksudnya sesiapa saja boleh terima dasar perjuangan PAS, nak masuk PAS kena ikut dasar, umno kalau boleh terima dasar PAS, ATGNA pernah berkata akan bubar PAS semuanya jadi umno.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Mei 2017 4:08 PTG delete

Sama je umno/bn dengan ph, bn ada ketua penyamun dan ph pulak ada ketua perompak pemimpin bawahan kumpul kekayaan, beli banglo tanpa kolam, beli mahligai sidney land, kaki betina, kaki arak dan rasuah seks pun ada, ini ke jenis manusia yang akan memimpin kita? Husam buat2 tak nampak pulak, Husam ni bengap ke apa?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Mei 2017 5:51 PTG delete

Haprak nie klu bab mencipta alasan dan membangang mmg no1....hehehe
Klu bab suruh sujud di kaki kapir dapigs juga no1....hehehe
Mrk tak pernah cermin muka mrk kenapa sesuatu perkara tu berubah krn mrk beranggapan kapir dapigs adalah suci.
Maklumlah...kapir diberi gelaran kalipah dan hukum hakam diberi kpd mrk.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
8 Mei 2017 6:40 PTG delete

Mohd Najhan Othman, kenapa nak kena tarik balik amanat tu? Kalau ada yg tak kena cuba petik ayat yg mana satu. Tak perlu buat kesimpulan seolah2 kita lebih tahu.. mufti perlis sendiri pun tak boleh petik ayat yg mana satu yg dikatakan memgkafirkan sesiapa.. kut la najhan lebih bijak dari mufti perlis..

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
8 Mei 2017 6:42 PTG delete

Saya menunggu jawapan Mohd Najhan..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Mei 2017 7:19 PTG delete

Jgn kacau husam...
Dia tgh bermimpi...

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Mei 2017 9:48 PTG delete

Walaun pun duk ratib asyik bermodalkan dap dan assobiyyah jea...dah tu umno terima dan nak ikut ke dasar pas?

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
9 Mei 2017 7:08 PG delete

PAN redha FATWA dibelek2 oleh si kafir..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Mei 2017 7:59 PG delete

5 ribu yg masuk pas??? aku pen SU caw... utk info setiap ketua caw dikejan utk cari ahli baru.. ahli yg dicari semua semberono je...cth budak2 terbiar.. tercicir ... betul bendul.buta politik. pak yess sir.budak2 sek pondok.. org kaya & beljr tinggi susah nk tarik... masalahnya kpd aku.. bila mesyrt agung.. x nampk muka.. x byr yuran.... nk potong name takut kurang ahli.nk marah x leh sb kita yg terhegeh hegeh tarik depa masuk.... aku pening...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Mei 2017 8:05 PG delete

ydp pas kaw pdg serai pernah kata tanam jirat.. pastu terhegah hegeh minta maaf

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
9 Mei 2017 10:17 PG delete

Ok lah tu mintak maaf berjiwa besar.. bukan macam husang.. kata kerajaan kelantan sapu balak.. rupa2nya kerajaan negeri dapat pengkitirafan ISO mengenai pengurusan balak utk tahun 2016.

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes