Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mei 13, 2017

Anwar Ibrahim : PKR tak pernah khianati prinsip dengan PAS

PKR/PAS
Pas dan PKR



Iklan : www.kelabsimkad.com

SHAH ALAM - PKR tidak pernah mengkhianati prinsip tahaluf siyasi semenjak terbentuknya muafakat politik seperti yang didakwa sebelum ini.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau musykil terhadap alasan yang diberikan berhubung isu pembatakan tahaluf siyasi antara PKR dan Pas kerana tidak tepat.

"Terutama dalam kaitan dengan RUU355. Ternyata pimpinan Pas tidak meneliti kenyataan saya dan Presiden PKR, Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menghormati hak Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang dan mengusulkan supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Syura yang bermesyuarat pada 11 Mei lalu memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.
Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sebab Pas batal tahaluf siyasi dengan PKR]

Sebelum ini, semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail sewaktu Muktamar Pas kali ke-63 baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Usul putus tahaluf siyasi diterima sebulat suara]

Mengulas lanjut, Anwar berkata, PKR ternyata telah berusaha dan menzahirkan segala daya untuk mengekalkan muafakat politik tersebut.

"Permuafakatan politik tersebut digarap dan dibangunkan demi cita-cita membawa perubahan yang lebih baik buat rakyat Malaysia," katanya.

Ujarnya lagi, matlamat PKR adalah jelas iaitu untuk menewaskan Umno-BN yang mengkhianati rakyat dengan dibebankan dengan sara hidup kian meningkat.
"Perkembangan ini mengaitkan kedudukan Kerajaan Negeri Selangor. Saya yakin Menteri Besar Datuk 'Seri Azmin Ali terus menerajui Negeri Selangor berdasarkan mandat penuh rakyat dan khidmat rakyat yang dicurahkan selama ini," katanya lagi.

sh

peluang
      

4 ulasan:

  1. Saya kira tak payah memikirkan lagi sebab itu atau sebab ini.. jom kita berlapang dada.. sama2 perjuangkan apa yg masing2 rasakan betul utk PRU14. Putusnya Tahaluf Siyasi tak semestinya putus saudara.. percayalah kes ini tak seserious pengkhianatan besar yg dilakukan oleh G18 dulu..

    BalasPadam
  2. Haha Kate berlapang dada tp cop pengkhianat lagi..ckp x serupa bikin'

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR mempunyai banyak masa lagi untuk memperbetulkan apa yang salah dan mungkin PKR akan bertahaluf siyasi semula dengan PAS dimasa akan dengan imej terbaru PKR.

      Padam
    2. Kalau dah pengkhianat selagi menyimpan kerusi curi, cop pengkhianat tetap tak layak dileraikan..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...