Iklan Penaja 1

Picture

Selasa, Februari 28, 2017

Panas!! : Beza Pas versi Nik Aziz dan Pas versi Abdul Hadi

nik aziz, hadi awang


SEPANJANG tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara Pas versi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pas versi Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi Pas kepada Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat Pas supaya memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan Amanah, diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu.

Banner yang mahal dan berwarna-warni, menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu – termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islan (Rasis)’ – dipamerkan di luar Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.

Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam Pas versi Nik Aziz, kerana tidak akan ada Ketua Penerangan Pas yang akan berani mengatur dan menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana pastinya akan mengundang kemarahan Nik Aziz.
Tetapi Nik Aziz sudah tiada dan apa yang ada hari ini ialah Pas versi Abdul Hadi.
Nik Aziz tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin Pas.

Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa Pas menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013 dan mendapat sokongan majoriti undi popular pada PRU13 dan hampir menghalau Umno/BN keluar dari Putrajaya? Sekiranya sistem pilihan raya adalah benar-benar adil dan demokratik; daripada membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri?

Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, mendiang Karpal Singh, di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke-82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?

Kenapa begitu banyak sekali perubahan terhadap Pas setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?

Sekiranya Nik Aziz masih hidup, saya tidak fikir Pas akan teragak-agak untuk menyertai pergerakan patriotik parti-parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global dan menuju nasib sebuah negara gagal.

Malah, sekiranya Nik Aziz masih hidup, Pas akan berada di barisan paling hadapan mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam skandal kleptokratik pengubahan wang berbilion dolar 1MDB, berbanding melihat Presiden Pas semakin selesa dengan Presiden Umno.

Walaupun sandiwara 48 jam lalu didakwa berpunca dari akar umbi Pas Selangor yang menyerahkan memorandum kepada pimpinan Pas bagi memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.
Serangan terhadap DAP, Amanah dan Bersatu adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan Pas terhadap DAP, Pakatan Harapan dan Bersatu.

Walaupun sandiwara serangan kepimpinan Pas terhadap DAP, Amanah dan Bersatu itu cuba dialas, kononnya berpunca dari akar umbi Pas Selangor, senario sebenar adalah sangat berbeza.

Hakikatnya, akar umbi Pas Selangor sudah sangat tidak berpuas hati dan bergolak ekoran pendirian garis keras Pas versi Abdul Hadi yang selesa bersama Umno.

Ini menjelaskan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pas minggu lalu bahawa kalau pun Jawatankuasa Pusat Pas dan Majlis Syura memutuskan untuk berpisah dengan PKR, Exco-exco Pas di Selangor, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar Pas pada bulan April nanti.

Pas Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi Dun yang dimenanginya dalam PRU13 pada PRU akan datang, memandangkan para pengundi Islam dan bukan-Islam kecewa dengan hala tuju baru Pas.

Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti-Melayu, atau anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Iban atau anti mana-mana agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia.
Tetapi Abdul Hadi sangat berbeza dan saya akan sangat terkejut sekiranya beliau mampu menyokong kenyataan dan aspirasi tersebut secara terbuka.

Lim Kit Siang ialah Ahli Parlimen Gelang Patah dan bekas Setiausaha Agung DAP.

sh

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan power tone excel

Isnin, Februari 27, 2017

ULASAN PANAS!! : YB KHALID SAMAD RUU355 DAN FOOD FLOTILLA UNTUK MYANMAR


Image result for khalid samad

Allah Suka Apabila Dilakukan Sesuatu Secara Cekap Dan Tepat (Itqan)
FOOD FLOTILLA UNTUK MYANMAR

Sudah pasti ramai yang bangga apabila diwar-warkan bahawa rakyat Malaysia melalui beberapa NGOnya akan menghantar bantuan ke rakyat Rohingiya di Myanmar. Semua tahu bagaimana kaum Rohingiya ditindas dan dizalimi. Dengan itu berita mengenai ‘Food Flotilla untuk Myanmar’ disambut dengan baik. Tiada yang membantah atau merasakan ianya sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

Ramai yang mengandaikan bahawa operasi yang sebegini sudah pasti telah disusun dan dirancang dengan baik. Sudah pasti, segala kemungkinan telah difikirkan dan segala keperluan diambil kira. Semestinya matlamat yang ingin dicapai, ke mana hala-tujunya dan bagaimana ingin ke destinasi tersebut telah difikirkan dan dirancang. Bagaimana segala bantuan dan makanan hendak disampaikan ke kaum Rohingiya semestinya telah dikaji dan dipersetujui terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi apabila operasinya disertai bukan sahaja anggota dan pimpinan NGO tetapi juga PAS dan UMNO, iaitu dua organisasi yang didakwa parti politik terutama rakyat Melayu Islam di Malaysia.

Pemergian Flotilla tersebut diberikan liputan yang hebat melalui media. Ucapan dan pujian demi pujian dlimpahkan ke atas semua yang terlibat dan pemergian mereka dikatakan disertai doa rakyat Malaysia semoga berjaya. Malangnya usaha yang dilakukan tidak berjalan seperti yang diharapkan ramai.

Meringkaskan cerita, kesudahannya tidak seperti yang dijangka. Akhirnya dikatakan bahawa sebahagian bantuan dan makanan terpaksa diserah kepada kerajaan Myanmar untuk diserahkan kepada kaum Rohingiya di Arakan. Ramai mempertikaikan samada kerajaan Myanmar boleh dipercayai untuk melaksanakan amanah ini dengan baik. Bukankah selama ini mereka bersekongkol dengan pembunuhan kaum Rohingiya? Sebahagian yang lain diserahkan kepada pelarian Rohingiya di kawasan penempatan pelarian Rohingiya di Bangladesh. Itu pun setelah melalui keadaan ketidak-tentuan ke mana hala tuju Flotilla tersebut.

Saya tidak tahu samada memang itu yang dirancang dari asalnya atau sememangnya tiada apa-apa yang dirancangan. Adakah mungkin Flotilla tersebut pergi sahaja tanpa apa-apa rancangan selain ‘tawakkal kepada Allah’? Adakah wajar bertawakkal tanpa ‘diikat unta’ terlebih dahulu?

Ada yang menjawab bahawa itulah sekadar apa yang mampu dilakukan. Serah kepada kerajaan Myanmar dan selepas itu kita bertawakkal kepada Allah kata mereka. Paling kurang kita telah melakukan sesuatu. Ada juga yang menjawab, ini soal ‘hati’. Mana tahu, tindakan kita mengubah hati kerajaan Myanmar. Hati adalah kerja Allah. Jangan kita pandai-pandai nak ambil tugas Allah!

Namun demikian, ramai juga yang menyatakan bahawa kerja-kerja sebegini bagaikan melepaskan batuk di tangga. Ianya tidak berperancangan dan berakhir dengan keadaan ironis di mana bantuan dan makanan untuk kaum Rohingiya diserah kepada yang bersekongkol dalam pembunuhan kaum Rohingiya!

Bagi yang lebih sinis mereka menuduh ianya beragenda politik untuk menaikkan imej UMNO di mana PAS diperkudakan. PAS pula dilihat redha diperkudakan. Demi membina ‘kesatuan ummat’ kata mereka. Demi memberi hujah dan alasan untuk bermesra dengan UMNO. Amat malang kalau itulah keadaannya. Ini bermakna mereka mengambil kesempatan dari kesengsaraan kaum Rohingiya demi kepentingan politik masing-masing.

Pada sesi Parlimen lepas, YB Kuala Terengganu telah membawa usul berhubung keadaan kaum Rohingiya. Usul tersebut ditolak dan tidak dibenarkan untuk dibahas atas berbagai alasan. Tiada walaupun seorang dari UMNO mahupun PAS yang membantah penolakan usul berkenaan!

Sebenarnya masih banyak yang boleh dilakukan kalau benar-benar ingin membantu. Tindakan pertama semestinya kutukan rasmi dari kerajaan Malaysia. Diikuti dengan tindakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana Malaysia adalah anggota kepada Majlis Keselamatannya. Selagi ini tidak sanggup dilakukan maka segala dakwaan ingin membantu akan dilihat sebagai sandiwara.

HIMPUNAN RUU355

Selain Food Flotilla untuk Myanmar, satu lagi isu besar yang memperlihatkan kebersamaan PAS dan UMNO ialah persoalan RUU355. Saya telah menyatakan berkali-kali bahawa pemerkasaan mahkamah Syariah tidak tercapai hanya dengan meningkatkan hukuman yang mampu ia kenakan. Lebih utama dari itu adalah kebebasan dan kemampuan mahkamah syariah untuk menegakkan keadilan. Apabila ianya bebas dan mampu maka baharulah persoalan hukuman menjadi agenda. Apabila ianya dikongkong dan tersekat, dari segi kebebasan dan kemampuannya, maka meningkatkan hukuman hanya menjamin ketidak-adilan dan kezaliman.

Imam Malik, Imam Abu Hanifa dan Imam Ahmad ibn Hambal merupakan mangsa mahkamah zaman mereka yang tidak bebas mahupun adil. Ada yang disebat, dipenjara sehingga mati walaupun mahkamah masa itu berkewajipan menegakkan keadilan syariah. Kezaliman yang dilalui mereka dianggap ‘harus’ oleh beberapa ‘cendiakawan kerajaan’ atas sebab ianya hukuman takzir dan takzir adalah, kononnya, milik pemerintah. Adakah benar mengikut Islam, pemerintah boleh lakukan sesuka hati? Bukankah keadilan matlamat teragung Islam?

Apabila diperjuangkan peningkatan hukuman bagi mahkamah syariah, perlu juga ditanya, tidakkah mahkamah syariah ini beroperasi di Malaysia yang hingga hari ini dikuasai UMNO? Maka tidakkah ini bererti menyerahkan kuasa yang lebih kepada parti pemerintah yang selama ini tidak menghiraukan ajaran dan prinsip-prinsip Islam? Adakah wajar diharapkan UMNO untuk menegakkan hukum Islam dengan seadilnya? Apa jaminan ianya tidak akan disalah-gunakan terhadap musuh politiknya? Sepertimana pernah dialami oleh Imam-imam yang disebutkan tadi.

Ada yang menjawab, tanggung-jawab kita adalah untuk menentukan hukuman yang ditetapkan Allah dapat dilaksanakan. Soal samada ianya akan dilaksanakan dengan baik dan adil, itu bukan urusan kita kata mereka! Bukankah tanggung-jawab kita adalah menentukan hukum Islam dilaksanakan dengan adil supaya keadilan Islam terserlah, supaya dengan itu manusia tertarik pada Islam?

Sekali lagi sikap ‘lebih kurang’, ‘cincai’ dan ‘acuh tak acuh’ ditunjukkan golongan yang menganggap diri mereka pejuang Islam. Sedangkan bukankah selama ini yang merosakkan imej Islam adalah UMNO? Tidakkah yang merosakkan Melayu sehingga menjauhkan mereka dari memahami Islam adalah UMNO? Maka sekiranya begitu, tidakkah menyerahkan tugas untuk menegakkan keadilan hukuman Islam kepada UMNO adalah sama seperti menyerahkan bantuan dan makanan untuk Rohingiya kepada kerajaan Myanmar?

KESIMPULAN

Sekadar bersemangat untuk membuat kebaikan tidak mencukupi. Jika bersungguh-sungguh maka perlu difikirkan cara bagaimana ianya perlu diusahakan sehingga matlamat sepenuhnya tercapai. Di situ terletaknya keikhlasan dalam usaha kita. Di situ terletaknya sifat ‘itqan’ yang dipuji Allah. Bukan secara lebih-kurang, cincai dan acuh tak acuh terhadap ketepatan dan keberkesanan sesuatu usaha.

Dan apabila ianya gagal kita sekadar berkata, “sekurang-kurangnya kita dah cuba”. tidakkah kesan buruk dari kegagalan itu tidak disedari? Dan apabila ditegur kekurangan usaha kita, maka dijawab, “komen jer pandai, awak buat apa?” Sedangkan yang lain tidak berpeluang sambil kita yang berpeluang telah mempersia-siakan peluang itu dengan pendekatan cin-cai kita.

Hadis Rasulullah (SAW), mafhumnya;

“Allah suka kepada seseorang apabila dia melaksanakan kerja, dia melakukannya dengan itqan (cara terbaik dan paling berkesan)”.


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Image result for bukti gaji tone excel

Sabtu, Februari 25, 2017

Teruknya : Setelah bersama Amanah, Abby Abadi dikeji ahli Pas

Abby AbadiAbby Abadi
Status facebook artis Abby Abadi baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi luahan perasaannya setelah tidak lagi bersama Pas yang disertainya pada tahun 2012 lalu.
Perkongsian itu antara lain mendedahkan dugaan yang terpaksa dilaluinya yang kini berjuang dengan Parti Amanah Negara.
Tindakkannya itu jelas Abby, telah mengundang 'serangan' dari pengikut-pengikut Pas dengan pelbagai cercaan dan kata-kata nista.
Ada pengikut Pas katanya, mencerca dan menuduh beliau  sebagai tidak betul, cium bont*t DAP, khadam DAP dan sebagainya apabila menjauhkan diri dari perjuangan Pas.
"Bila saya makin lama makin menjauh (dari Pas)… ikut Amanah, ikut Pakatan Harapan, orang Pas pulak yang maki hamun saya, konon saya tak betul, kembalilah ke pangkal jalan, semoga diberi petunjuk, cium bont*t DAP, khadam DAP dan sebagainya," luah Abby.
Namun, segala cercaan pengikut Pas terhadapnya tidak mampu menafikan sikap profesionalisme yang ditonjolkan pemimpin-pemimpin DAP dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, lapor Roketkini.com.
"Cuma jujur, saya suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang… Nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga amanah rakyat di Penang.
"Cakap kurang kerja lebih. Macam tulah bagus," katanya.
Jelas Abby, banyak perkara yang dipelajarinya mengenai agama dan pentadbiran negara sewaktu Pas dipimpin Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
“Allah bagi saya faham jelas berkaitan agama-Dia. Waktu tu saya ada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja,” luah Abby.
Pada waktu itu katanya, beliau amat berbangga dengan imej Pas dan tidak gentar walaupun diserang habis-habisan oleh tentera siber Umno-BN ketika itu sehingga digam dari siaran televisyen dan menghadiri majlis rasmi kerajaan.
“Semua kerana bersama dengan perjuangan Pas.
“Alih-alih lepas ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, segalanya berubah,” katanya.
Abby menulis statusnya di facebook sebagai respon kepada status twitter @tmjdtfc pada 18 Februari baru-baru ini yang menyebut: “Malang bg sesetengah pihak terutamanya artis yg ingin mencari Islam tetapi terjumpa Pas”.
mdl

IKLAN BERBAYAR 

Image result for iklan power tone excel

Jumaat, Februari 24, 2017

Panas!! : Umno, Pas kini memang sah 'sekapal'

Pemimpin Pas dan Umno sekapal dalam Nautical Aliya. Khalil, Nuridah dan Sanusi antara pemimpin Pas bersama Azeez Rahim di atas kapal itu. Pemimpin Pas dan Umno sekapal dalam Nautical Aliya. Khalil, Nuridah dan Sanusi antara pemimpin Pas bersama Azeez Rahim di atas kapal itu.
Pas dan Umno kini benar-benar sekapal melalui "Food flotilla for Myanmar" dan ia menambah kukuhkan lagi persepsi bahawa kedua-dua parti itu bekerjasama walaupun cuba dinafikan oleh Pas.
Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarAhli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku di atas kapal Nautical Aliya ini menambahkan persepsi masyarakat terhadap perkara itu.
"Ahli Pas kini gelisah. Sejak dari kecil mereka dilatih bencikan Umno, tiba-tiba pemimpin mereka berbaik dengan Umno.
"Benarlah persepsi bahawa Umno dan Pas kini sudah sekapal sebagaimana ditunjukkan dalam flotilla ini," kata bekas naib presiden Pas itu merujuk kepada bendera Umno dan Pas memenuhi pelabuhan yang menerima kepulangan kapal yang membawa 28 NGO itu.
Menurut Mahfuz, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di atas kapal 'Food flotilla for Myanmar' itu sendiri tidak berpuashati dengan tindakan parti politik Umno dan Pas yang 'merampas' (hijack) misi yang mereka sertai.
"Mereka hubungi saya dan menyampaikan rasa tidak puas hati mereka," dedah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Bendera Pas dan Umno dikibarkan menyambut kepulangan Nautical Aliya di Perlabuhan Klang semalam.Bendera Pas dan Umno dikibarkan menyambut kepulangan Nautical Aliya di Perlabuhan Klang semalam.Antaranya, cerita Mahfuz, Umno dan Pas dilihat cuba menonjolkan diri mereka dan memperlihatkan misi ini adalah lebih kepada soal kerjasama antara Pas dan Umno bukan membantu kesengsaraan yang dialami oleh umat Rohingya.
Antara pemimpin Pas yang berada di atas kapal yang dilepaskan bersama oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah ketua muslimat, Nuridah Salleh, timbalan ketua pemuda yang juga anak presiden Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi, AJK Pas Pusat, Sanusi Mohd Nor dan lain-lain.
Pemimpin Umno pula adalah Datuk Seri Azeez Rahim yang juga pengerusi Tabung Haji dan ramai lagi.
Sejak dari awal lagi, Pas sentiasa mengajar pengikutnya bahawa Umno adalah musuh mereka.
AJK Pas Pusat, Sanusi Mat Nor bersama seorang pemimpin Umno bergembira dalam Nautical Aliya.AJK Pas Pusat, Sanusi Mat Nor bersama seorang pemimpin Umno bergembira dalam Nautical Aliya.Sebab itu, bagi mengelakkan anak-anak mereka menyertai kelas Tadika Kemas yang dikawal oleh Umno, Pas menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Selepas itu, katanya, Pas tubuhkan sekolah rendah dan menengah Islam bagi mengelakkan anak-anak pergi ke sekolah kebangsaan yang dikawal oleh kerajaan Umno.
Di surau-surau kampung pula, katanya, ahli-ahli Pas tidak akan sembahyang di belakang imam yang menyokong Umno.
Beliau berkata, ekoran kekeliruan hubungan antara Pas dengan Umno ini telah menyebabkan ramai ahli Pas yang kini lebih rela mendiamkan diri dari aktif.
"Walapun mereka tidak isytihar keluar Pas, namun mereka menyepikan diri menyebabkan sokongan kepada pas mengecil dan pudar," kata Mahfuz.
"Bagi saya Pas tidak pecah, tetapi sokongan kepada Pas yang menyusut. Dari segi organisasi Pas kuat tetapi sokongan sudah berkurangan," katanya merujuk kepada kenyataan timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub Pas kini berpecah sekali lagi.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Khamis, Februari 23, 2017

Gerakan Islam: Pemikiran Bercelaru Mengenepikan Tertib Dan Susunan Kerja


Image result for khalid samad


Antara yang terpenting dalam menentukan kejayaan sesuatu usaha besar adalah mengenali dan mengikut tertib atau susunan gerak kerja. Dalam erti-kata lain, perlu didahulukan yang dahulu dan dikemudiankan yang kemudian. Persoalan tertib ini diajar Islam kepada penganutnya tetapi malangnya ianya diikuti dengan begitu taat sekali tetapi hanya dalam amal ibadah khususiah. Dalam melaksanakan amal ibadah khususiah, seperti solat, takbiratul ihram mesti didahulukan sebelum membaca Al-faatihah sepertimana juga rukuk sebelum iqtidal dan begitulah kisahnya dalam setiap amalan. Sekiranya amalan tidak mengikut tertib yang ditetapkan, maka amalan itu dianggap tidak sah. Namun, pada hakikatnya, tertib juga penting dalam kerja ibadah keduniaan.

Sebagai contoh, dalam membina sebuah bangunan, amat perlu dibina dahulu asasnya dan diikuti pula dengan tiang-tiangnya. Kemudian barulah dibina bumbungnya. Amatlah pelik kalau dibina dahulu bumbungnya dan selepas itu berusaha untuk membina asas serta tiangnya di bawah bumbung tersebut! Atau, mengangkat bumbung yang sudah siap, lengkap dengan rangkanya, untuk diletakkan ke atas tiang dan asas yang dibina kemudiannya.

Maka begitu juga dalam persoalan membina sebuah masyarakat dan negara yang ingin dicorakkan dengan nilai Islam. Perlu disebar dan diperluaskan pengaruh nilai islam tersebut terlebih dahulu sebelum boleh dikuat-kuasakannya melalui perundangan. Dan kalau persoalan ini dilihat dari sudut proses perjuangan Rasulullah (SAW), inilah apa yang dilakukan Baginda.

TERTIB PERJUANGAN RASULULLAH (SAW) KEKAL DALAM KHAZANAH KEILMUAN ISLAM

Semestinya ada sebab mengapa Allah tentukan segala maklumat berhubung sirah perjuangan Rasulullah (SAW), termasuk susunan turunnya ayat-ayat suci Al-Quran, bersama asbabu-lnuzulnya, terus kekal dalam khazanah keilmuan ummat Islam. Tiada seorang, yang menganggap dirinya sebagai yang ‘memperjuangkan islam’, yang tidak tahu wujudnya wahyu zaman Baginda di Mekah (Makkiah) dan zaman Baginda di Medina (Mediniah) serta perbezaan isi kandungan di antara kedua-dua wahyu tersebut. Dan tiada seorang yang menganggap dirinya sebagai yang ‘memperjuangkan Islam’ jahil terhadap sebab mengapa perbezaan itu perlu dan telah ditetapkan sebegitu oleh Allah.

Sekiranya pemahaman terhadap ‘tertib’ dalam apa yang sering disebut sebagai ‘manhaj illahi’ atau ‘metodologi Allah’ ini diingat dan diambil iktibar, maka saya yakin gerakan Islam dewasa ini tidak akan berada dalam keadaan bercelaru sepertimana sekarang. Malangnya, apabila didorongi semangat semata-mata dan kurang pula kefahaman terhadap ilmu yang ada, dengan kerana sekadar menghafalnya, maka sering berlaku ‘yang kemudian didahulukan dan yang dahulu dikemudiankan’.

Malangnya ada juga yang menganggap ilmu berkenaan tertib dalam manhaj illahi sebagai tidak releven dan dengan sewenangnya mengistiharkan bahawa segala wahyu sudah diterima maka yang terakhir itu adalah yang perlu diikuti bukan yang terawal. ‘Dakwah bil-hikmah’ serta pendekatan secara aman adalah bersifat Makkiah sedangkan perang dan perbalahan dengan golongan kuffar adalah bersifat Mediniah! Bagi mereka saya pesankan, “terimalah Islam itu dengan keseluruhannya, termasuk pendekatan yang ditetapkan Allah (SWT) untuk diikuti Ar-Rasul (SAW). Kalau benar dakwaan kamu, maka sudah tentu Allah telah musnahkan segala wahyu dan ilmu bersifat Makkiah”.

IMEJ GERAKAN ISLAM

Bagi yang ingin memahami tertib manhaj illahi, maka perlu menyedari bahawa antara persoalan yang terpenting yang perlu didahulukan ialah imej perjuangan Islam itu sendiri. Imej yang perlu ditonjolkan ialah Islam adalah mesej yang penting untuk seluruh kaum manusia, samada yang dilahirkan sebagai seorang Muslim atau sebaliknya, membawa mesej kerahmatan untuk dunia dan juga akhirat.

Malangnya Islam sering digambarkan sebagai agama untuk hanya orang Islam dan segala komentar atau teguran daripada bukan Islam mengenai Islam ditepis dengan kata-kata seperti “orang bukan Islam jangan campur hal orang Islam” atau “ini urusan orang Islam, yang bukan Islam diam!” Dalam pada itu Islam digambarkan sebagai kuasa untuk memenangkan orang Islam ke atas yang bukan Islam dan dengan itu terus diperkenalkan Islam dalam nada adu-domba dan pertentangan antara orang Islam dan bukan Islam. Sedangkan itu bukan pendekatan Islam. Hakikatnya Islam bukan senjata untuk digunakan oleh satu kelompok terhadap satu kelompok yang lain, atau satu kaum terhadap satu kaum yang lain. Islam didatangkan untuk semua dan sebagai pembawa rahmat untuk semua.

‘Acid test’ atau ‘ujian muktamad’ terhadap kejayaan sesebuah gerakan islam membawa mesej islam dengan tepat adalah melalui reaksi terhadap kewujudannya. Kalau rakyat awam sesebuah masyarakat merasa selamat dan terbela dengan kehadiran sesebuah gerakan Islam, maka gerakan Islam tersebut berjaya menghayati mesej Islam dengan baik dan tepat. Tetapi sebaliknya, sekiranya rakyat awam merasa takut dan gerun dengan kewujudan gerakan islam tersebut, maka gerakan Islam berkenaan telah gagal menzahirkan imej islam dengan tepat secara keseluruhannya. Ini biasanya berlaku apabila mesej yang dibawa berat sebelah dan songsang seperti gerakan yang sekadar menyebarkan kebencian dan adu-domba. Walaupun islam membenarkan kebencian, malahan mewajibkannya, ianya adalah kebencian terhadap kezaliman dan penindasan yang menghalang manusia dari menikmati kerahmatan illahi.

Yang sedihnya, ada juga yang merasa bangga apabila gerakan Islam yang disertai mereka digeruni dan ditakuti, dilihat sebagai punca perbalahan dan ketidak amanan. Walaupun gerakan tersebut bernama ‘Islam’, ia gagal menghayati maksud dan makna perkataan ‘Islam’ yang ada pada namanya. Mereka sering menggunakan pendekatan emosi, berbicara berhubung izzah agama islam itu sendiri dan bagaimana yang bukan islam mencabarnya. Sedangkan pada hakikatnya hilangnya izzah islam atas perbuatan dan pendekatan mereka sehingga Islam dilihat berwajah hodoh dan penuh kezaliman.

Memang perjuangan para Anbaiya’ telah ditentang dan ditakuti. Tetapi ditentang dan ditakuti oleh pembesar dan pemerintah yang ingin terus mengekalkan kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan. Sedangkan rakyat marhain melihatnya sebagai seruan kepada keadilan, kehormatan diri dan kebebasan.

KEWAJIPAN MENEGAKKAN KEADILAN

Mesej kedua adalah mengenai Islam sebagai agama keadilan dan hubung-kait rapat antara ketaqwaan dan keadilan. Al-Quran menceritakan bagaimana golongan zalim adalah golongan yang berpura-pura dan menipu dalam soal keagamaan. Allah adalah tuhan yang Maha Adil yang cintakan keadilan. Setiap jenis kezaliman dan penindasan dibenciNya lebih-lebih lagi apabila ianya dilakukan golongan agamawan seperti kaum Quraisy yang mendakwa diri mereka sebagai penjaga kaabah dan agama Nabi Ibrahim (AS).

Maka apabila manusia memahami bahawa usaha mencari keredhaanNya dan mengabdikan diri kepadaNya adalah berpaksikan perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman, maka kemenangan Islam adalah dalam menghasilkan masyarakat yang adil. Dan itulah tugasan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Bukan untuk melakukan adu-domba antara yang dilahirkan sebagai orang Islam dengan yang tidak, atau Melayu dan bukan Melayu tetapi adu-domba di antara keadilan dan kezaliman.

“Dan Kami lemparkan kebenaran terhadap kebathilan dan kebathilan hancur berkecai dan hilang..”

(Surah Al-Anbiya’ 18)

Apabila kefahaman dan nilai-nilai sebegini tersebar dan berpengaruh dalam masyarakat maka penguasa yang zalim akan ditolak dan tidak lagi diterima rakyat walaupun kadar BR1M dinaikkan sepuluh kali ganda. Ini adalah kerana rakyat memahami bahawa sekadar menerima BR1M tidak memadai sekiranya amalan merompak dan mencuri serta menyamun harta rakyat tetap diteruskan.

Malangnya ada juga gerakan Islam yang menganggap bahawa persoalan nilai sebegini tidak perlu didahulukan. Sebaliknya yang perlu didahulukan adalah perlaksanaan hukuman seperti hudud dan melalui perlaksanaan itu maka masyarakat akan dipaksa untuk mengikut acuan Islam. Pendekatan ini adalah pendekatan golongan musta’jilun atau gopoh yang mungkin berilmu tetapi tidak mempunyai kefahaman terhadap ilmu mereka. Pengalaman dari kegelojohan Taliban dan sebagainya perlu diambil sebagai pengajaran dan iktibar. Pendekatan memaksa bukan dari Islam.

Dalam kitabnya ‘Al-Ijtihad; An-NaSs, Al-Waqi’, Al-Maslahah’, Sheikh Ahmad Raisuni, Naib Pengerusi Persatuan Ulama SeDunia, (Naib Qaradhawi, yang disindir sebagai ulama’ uzur dalam Persatuan ulama’-ulama’ uzur yang tunduk pada Qatar) telah menulis :-

“Hudud adalah juzu’ kecil dan yang terakhir dalam tertib susunan peta gerak-kerja menegakkan syariah Islam…”


KESIMPULAN

Maka apabila tertib seperti di atas diamalkan dan nilai yang dibawanya dihayati dan akhlak manusia berubah mengikutnya, iaitu, mementingkan kebaikan dan rahmat untuk semua, menegakkan keadilan dan menentang kezaliman, maka masyarakat akan menjadi bagaikan tanah yang subur untuk Islam hidup dengan sihatnya. Namun ianya bukan sesuatu yang mudah dan boleh dicapai dengan segera. Perlunya kesabaran, istiqamah, kebijaksanaan dan hikmah. Sifat Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataanah yang wajib atas Nabi wajib juga diusaha untuk dicontohi mereka yang ingin memperjuangkan Islam.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Image result for iklan tone excel

Rabu, Februari 22, 2017

Panas!! : Datuk Husam Musa dakwa ada fatwa, bai'ah cerai talak tiga isteri terbatal

Husam sedia debat dan tidak akan lari.Husam sedia debat dan tidak akan lari.
Datuk Husam Musa mendakwa, beliau mempunyai fatwa-fatwa yang jelas dari seluruh dunia bahawa bai'ah yang dibuat oleh Pas menjelang pilihan raya lalu yang boleh mencerai isteri ke talak tiga jika melompat parti terbatal.
"Saya akan siarkan fatwa yang pertama iaitu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis kerana ia telah disebut oleh YB Nasaruddin," kata Husam merujuk kepada Exco Agama kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.
Sehubungan dengan itu, katanya, wakil-wakil rakyat Pas yang membaca bai'ah itu menjelang pilihan raya umum lalu boleh bila-bila masa keluar dari parti Pas dengan tidak terikat dengan bai'ah tersebut lagi.
Husam berkata demikian dalam satu kenyataan malam tadi selepas kekecohan berlaku dalam Ceramah Mega Pas di Kota Bharu.
Semua wakil rakyat Pas di Kelantan diminta berbai'ah (membuat aku janji atas nama agama) sebelum pilihan raya umum lalu bahawa mereka tidak akan melompat parti dan jika berbuat demikian isteri mereka tercerai dengan talak tiga.
Ekoran itu, tidak ada yang berani meninggalkan Pas walaupun parti itu berpecah kepada dua apabila tertubuhnya Amanah kecuali dua iaitu Dr Hatta Ramli (MP Kubang Kerian) yang masuk Amanah dan Datuk Kamarudin Jaffar (MP Tumpat) yang masuk PKR.
Husam sendiri telah dipecat dan menyertai Amanah kemudiannya.
Cabar mencabar berlaku antara Husam dengan Nasarudin mengenai bai'ah ini sehinggalah mereka bersetuju berdebat.
ceramah mega Pasceramah mega PasKemuncaknya malam tadi apabila Pas menganjurkan ceramah atas nama "Husam lari dari debat bai'ah".
Dewan Pemuda Pas Kelantan telah menganjurkan ceramah mega itu di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V Kota Bharu.
Atas jemputan timbalan ketua pemuda Pas Kelantan, Nor Azaliza Mohd Alawi yang dibuat melalui facebooknya, Husam hadir malam tadi.
Mulanya beliau berada bersama penonton bagi mendengar ceramah itu selepas dijemput, namun beliau naik ke pentas selepas di ajak oleh penceramah ketika itu, Wan Ismail Wan Jusoh.
Permohonan beliau untuk memberikan ucapan ditolak oleh Datuk Nasaruddin Daud.
Husam kemudiannya diminta meninggalkan majlis itu selepas kekecohan berlaku ekoran tindakan seorang penonton yang meminta Husam berdebat malam itu juga.
Selepas itulah, Husam membuat satu ucapan di sebuah kedai makan yang terletak di perkarangan Kota Darul Naim, pusat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
POHON MAAF
Husam naik ke pentas ceramah mega Pas selepas dijemput naik oleh penceramah, Wan Ismail Wan Jusoh.Husam naik ke pentas ceramah mega Pas selepas dijemput naik oleh penceramah, Wan Ismail Wan Jusoh.
Dalam ucapan itu juga, Husam menuntut agar Pas Kelantan membuat permohonan maaf kepada beliau kerana menggunakan nama beliau dalam ceramahnya malam tadi sehingga boleh membawa implikasi negatif..
"Saya cadang Pas Kelantan minta maaf dengan saya kerana guna nama saya. Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakub patut minta maaf kepada saya," kata Husam dalam satu kenyataan selepas peristiwa kekecohan malam tadi.
Menurut Husam juga, beliau telah menulis tiga pucuk surat kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas bagi memohon salinan minit mesyuarat majlis itu untuk menentukan apakah badan tetinggi dalam Pas itu meluluskan kalimat-kalimat dalam bai'ah Pas yang dibacakan oleh semua bakal calon Pas di Kelantan itu.
Menurut beliau, minit ini perlu untuk menyokong beliau dalam membuat persiapan debat beliau dengan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nasruddin Daud mengenai Bai'ah.
Menurutnya, jika beliau diberikan peluang berucap malam tadi, beliau akan terangkan isu bai'ah ini dengan baik agar kesemua pihak memahaminya.
Sehingga kini, kata Husam, Majlis Fatwa Negeri Perlis telah mengeluarkan fatwa mereka mengenai bai'ah ini.
Menurut beliau, fatwa ini bukan dikeluarkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagaimana didakwa tetapi oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis.
Antara anggotanya adalah Datuk Dr Johari Mat, Naib Ketua Dewan Ulama Pas yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan dan juga Timbalan Pesuruhajaya II PAS Kelantan.
"Saya akan mengedarkan fatwa ini tidak lama lagi," kata Husam yang membayangkan fatwa ini menolak bahawa sesiapa yang melanggar bai'ah ini terus jatuh talak tiga kepada isterinya.
Husam juga mendakwa, beliau telah mendapat fatwa dari pelbagai pihak mengenai bai'ah ini termasuk Ikhwanul Muslimin Sudan, Majlis Fatwa negara Mesir dan lain-lain pihak lagi bagi membuat persiapan kepada debat antara beliau dengan Nasaruddin dan tidak bercadang untuk lari.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for bukti gaji tone excel

Selasa, Februari 21, 2017

PANAS!! : BERITA PANAS DARI NEGERI KELANTAN..RAKYAT KELANTAN MESTI BACA.

Husam naik di atas pentas ceramah mega Pas bertajuk 'Husam lari dari debat baiah' . Duduk di depan adalah penceramah utama, Nasruddin Daud.Husam naik di atas pentas ceramah mega Pas bertajuk 'Husam lari dari debat baiah' . Duduk di depan adalah penceramah utama, Nasruddin Daud.
Ceramah mega anjuran Pas Kelantan yang bertajuk "Husam lari dari debat baiah" malam tadi kecoh apabila penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa itu 'mari' ke majlis yang membicarakan tentang beliau itu.
Husam yang turut naik ke pentas itu bagaimana tidak diberikan sebarang peluang untuk berucap walaupun beliau tunggu sehingga penceramah utamanya, Datuk Nasruddin Daud berucap.
Peristiwa itu disaksikan ribuan penonton di perkarangan stadium itu dan juga melalui siaran secara langsung yang disiarkan facebook. Ini kerana, kedua-dua pihak membuat siaran langsungnya melalui facebook masing-masing.
Ceramah Mega Husam lari yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Kelantan.Ceramah Mega Husam lari yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Kelantan.Husam ketika mengulas peristiwa itu berkata, ingatkan malam tadi debat bai'ah akan berlangsung
"Malang! Bukan Husam Lari. Husam mari," tulis beliau dalam satu kenyataan ringkasnya.
Namun, katanya, majlis ini hanya menjadi majlis mempamirkan pimpinan kerajaan Kelantan yang tidak gentleman.
"Jangkaan saya akan diberi berucap sepatah dua - meleset," kata Husam.
Husam menegaskan, "Untuk makluman YB Meranti (Nasruddin) - saya masih bersedia berdebat bila-bila masa dengan beliau.
"InsyaAllah saya tidak akan lari. Saya mari," kata Husam.
Ketika Nasruddin berucap malam tadi, wakil beliau yang juga ketua pemuda Amanah Kelantan, Jeming @ Hazmi Hassan meminta kepada pengerusi majlis agar membenarkan Husam bercakap.
Namun, pengerusi majlis yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim berkata, Nasruddin tidak membenarkannya.
Husam telah menjadi sasaran Pas sehingga menjadikan beliau sebagai tajuk ceramah mega yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V Kota Bharu itu.
Pemuda Pas juga menganjurkan laporan polis ke seluruh negara ekoran kenyataan Husam sebuah bank tempatan, Affin Bank telah digunakan untuk menyalurkan wang kepada Pas oleh Umno.
Nasaruddin dalam video yang disiarkan Sinar TV berkata, cukup sekadar nafi sahaja.Nasaruddin dalam video yang disiarkan Sinar TV berkata, cukup sekadar nafi sahaja.Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus berkata, Pas akan saman Husam ekoran dakwaan itu.
Namun ketua penerangan Pas, Nasruddin Hassan pula berkata, cukup nafi sahaja tidak perlu buktikan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi pula berkata, Husam membuat dakwaan itu sebab takut menyertai pilihan raya kerana takut kalah tanpa mengesahkan Pas akan saman atau tidak.
Ekoran itu, Husam berkata, Hadi hanya perlu nyatakan hendak saman atau tidak bukannya bercakap berbelit-belit.

Jangan berselindung di balik jubah

Sementara itu, ulama muda Pas, Nor Azariza Mohd Alawi yang lebih dikenali Ustaz Ja mendapat serangan bertubi-tubi apabila bercakap berbelit-belit dalam isu kedatangan Husam ke majlis itu.
Ustaz Ja diminta jangan berselindung di sebalik jubah.Ustaz Ja diminta jangan berselindung di sebalik jubah.Sebelum ceramah itu, Ustaz Ja menulis, Husam dijemput ke majlis ceramah malam tadi namun selepas Husam hadir, beliau dituduh mengacau majlis orang pula.
"Pesan ko Datuk Husam, dia juga dijemput hadir" namun tulisan beliau berubah kepada "Jangan ganggu majlis ore" pula selepas itu.
Ekoran itu, serangan bertalu-talu datang kepada ustaz muda yang kini Ketua Pemuda Pas Kota Bharu itu.
Hazmi Hassan, ketua pemuda Amanah Kelantan berkata, "Nasihat saya kepada Nor Azariza Mohd Alawi. Berani buat berani tanggung. Jangan berselindung di sebalik jubah."
Beliau meminta Ustaz Ja bertanggunjawab dan jangan banyak pusing-pusing.
"Jujur dengan apa yang kita ucap dan berani bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Mata-mata sedang melihat dan menilai. Apakah anta seorang Ustaz atau penjahil," tulis Hazmi mengutuk Ustaz Ja.
Ustaz Ja dalam posting terbaru selepas Husam datang ke ceramah itu mencadangkan Husam menganjurkan ceramah sendiri.
"Nasihat saya...Datuk Husam buat ceramah tajuk : Nasaruddin Daud berdalih debat baiah. Lepas tu berucap lah panje mano pun... tok ser berhenti pun tak apa.. nok tengok berapa ore hak mari...
"In Shaa Allah Ambon tok gi dengar Dato ceramah ..Sekian. Jangan ganggu majlis ore." tulis beliau yang sebelum program berlangsung berkata, Husam turut dijemput.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Isnin, Februari 20, 2017

Panas!! : Ulama Pas hadiahkan isteri kereta Audi Q7?

Tular di media sosial sejak malam tadi pengakuan difahamkan isteri muda kepada Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri menerima hadiah kereta Audi Q7.
Menggunakan nama, "Datin Norhayati Abd Malek" pada akaun Facebook, usahawan barangan kosmetik terbabit memberitahu pemberian suaminya itu dapat diguna untuk "merayap" ke rumah beberapa rakannya di sekitar Kuala Lumpur.
"Kti (Kak Norhayati) dapat hadiah kereta dari En Somi (suami)" diikuti simbol wajah dengan mata lambang hati sebelum menyambung, "Audi Q7... bolehlah merayap rumah Zuraidah Yusof, Asikin Tajul, Saemah Mamat yang duduk area KL," seperti dipetik dari akaun Facebook beliau.
Walau bagaimanapun, semakan Malaysia Dateline pagi ini mendapati 'posting' tersebut yang turut melampirkan foto kereta berharga kira-kira RM600,000 itu telah dipadam manakala status Norhayati yang dimuat naik awal pagi tadi memberitahu dirinya sedang bersedih.
"Waktu sedih macam ni tiba-tiba teringat kat Kekanda Yang Teramat Mulia Tunku Soraya yang selalu bagi kekuatan kat kti," luahnya.
Sementara itu, bukti Norhayati isteri kepada Khairuddin dapat dikenalpasti apabila wanita berkenaan pada 15 Februari lalu memuat naik gambar pemimpin Pas yang memusuhi Amanah dan DAP itu berkemeja-T jalur merah jambu dan berkaca mata sedang bersiar-siar di kawasan berpasir bersama kanak-kanak dipercayai anaknya.
"Balik ganu (Terengganu) bila kita panggil depa (mereka) 'dik bagi akk (akak) air kelapa, depa tengok je muka kti lama-lama.. .
"Tak, saya memang kakak dari adik, saya isteri YB Kuala Nerus.. Terpaksalah berjela-jela dok terang kat depa bila depa beliakkan mata tengok kti," ujarnya yang difahamkan berasal dari Kedah mengikut profil beliau di Facebook.
Tindakan Norhayati mengumumkan hadiah yang diterima daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus di Terengganu itu dianggap ramai netizen sebagai melampau memandangkan statusnya sebagai isteri kepada pemimpin yang kononnya parti Islam.
Namun, ada juga yang dipercayai penyokong Pas menganggap tidak perlu berdengki dengan rezeki orang lain kerana Norhayati adalah seorang ahli perniagaan sebelum dibidas netizen bahawa Audi Q7 itu bukan dibelinya sendiri sebaliknya jelas dihadiahkan suaminya yang merupakan seorang wakil rakyat.
Kecenderungan menayangkan kereta mewah di Facebook itu mengulang perangai sama beberapa pemimpin Pas sebelum ini antaranya Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.
Mokhtar yang mutakhir ini kerap dilihat tampil di khalayak dengan jari kanan bertutup kain seperti pada Himpunan RUU 355 lepas turut memuat naik dua foto kereta mewah yang digelarnya 'kuda-kuda hitam' di Facebook, 14 Januari lalu.
Namun, itu bukan kali pertama dia yang pernah tiga tahun ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terbabit dengan kumpulan Al-Maunah berbuat demikian kerana pada 17 Disember 2015 Mokhtar dikesan memuat naik gambar kereta Mercedes miliknya di media sosial tersebut.
mdl

IKLAN BERBAYAR

dana-100-all

Ahad, Februari 19, 2017

Panas!! : Himpunan RUU 355 salah guna jentera kerajaan negeri Kelantan

Ditemui di Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam dipercayai mengangkut peserta himpunan usul HadiDitemui di Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam dipercayai mengangkut peserta himpunan usul Hadi
Himpunan bermotif politik parti di ibu negara semalam terbukti menyalahgunakan jentera kerajaan negeri Kelantan. Tinjauan Malaysia Dateline di sekitar ibu negara mendapati sebuah bas Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan diparkir di bahu jalan tidak jauh dari pusat beli-belah Sogo.
Dipercayai mengangkut peserta himpunan bertemakan warna ungu itu, penemuan bas di Jalan Tuanku Abdul Rahman menimbulkan persoalan tentang kaitan kerajaan negeri Kelantan dengan program anjuran Pas terbabit.
Hal ini memandangkan pindaan Akta 355 bukan agenda kerajaan negeri Kelantan sebaliknya hanya agenda peribadi Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas.
Tindakan yang dilihat menyalahgunakan wang rakyat itu menyamai apa dilakukan Umno-BN selama ini dengan paling menonjol melalui Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Biro Tatanegara (BTN).
Selain itu, Malaysia Dateline juga menemui poster dikeluarkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan yang terpampang ungkapan "Kami Sokong RUU 355" berserta tulisan jawi bagi 'kami sokong'.
Diikuti #supportRUU355, poster itu bagaimanapun dijadikan alas duduk petang semalam oleh beberapa peserta yang ingin mengikuti siri ceramah tanpa henti dari pentas di tengah Padang Merbok itu.
Bukti kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan dana yang bukan sedikit untuk himpunan usul HadiBukti kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan dana yang bukan sedikit untuk himpunan usul Hadi
mdl

IKLAN BERBAYAR

dana-100-all

Sabtu, Februari 18, 2017

PRU14 : Pas hilang peluang jadi parti paling berpengaruh

Berdera Pas koyak apabila berpecah selepas Muktamar 2015.Berdera Pas koyak apabila berpecah selepas Muktamar 2015.
Tidak mudah untuk membaca gerak politik pasca PRU13. Menggariskan unjuran berdasarkan keputusan pilihan raya empat tahun lalu mungkin agak mengelirukan. Banyak faktor, termasuk pemain utamanya sudah berubah.
Anwar Ibrahim dipenjarakan semula sejak dua tahun lalu. Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat sudah tiada lagi. Pas turut tidak menjadi komponen penting gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan. Namun, ia diimbangi dengan pembabitan proaktif Dr Mahathir Mohamad dan kemunculan parti Bersatu, pecahan daripada Umno. AMANAH, satu lagi parti Islam, cuba mengisi kekosongan Pas, dengan pendekatan inklusif dan progresif.
Begitulah selalu yang terjadi. Situasi selepas sesuatu pilihan raya seringkali sukar untuk diramal. BN mencatatkan kejayaan gemilang pada 1995. Siapa sangka pilihan raya berikutnya, pada 1999, isu mata lebam Anwar melonjakkan prestasi pembangkang Melayu walaupun Semangat 46 sudah berkubur. Pembangkang buat kali pertama, termasuk Pas dan DAP -- parti berbeda kutub -- dapat bersemuka dan menjalin kerjasama formal dalam PRU10.
Tahun 2004, Barisan Alternatif goyah tanpa DAP dan Abdullah Ahmad Badawi membawa BN ke puncak. Lebih 90 peratus kerusi Parlimen dikuasai. Terengganu diambil balik daripada Pas. Kelantan yang dikuasai parti Islam itu sejak 1990 hampir tumbang, hanya dibedakan satu kerusi. Tiada petunjuk pilihan raya 2008 akan berlaku kejutan. Kempen PRU12 nampak hambar dan sukar. Siapa sangka, realitinya, majoriti dua pertiga BN dinafikan. Lima negeri tumbang. Tsunami politik menggemparkan.
Pemerhati dan penganalisis mula menjangkakan kerajaan bertukar dalam PRU13. Bagaimanapun ada kalangan yang lebih berhati-hati. Kata mereka, "momentum mungkin ada, tapi perubahan sebenar akan berlaku dalam PRU14." Ya, peratusan undi Pakatan Rakyat bertambah, melebihi 50 peratus tapi bilangan kerusi belum mencukupi untuk membentuk kerajaan. Tambah mengecewakan, Kedah kembali ditawan BN dan Perak hilang terus.
Pakatan Rakyat bubar. Pas terbelah. Namun Umno tidak juga tambah kuat, malah berada dalam posisi paling teruk dalam sejarahnya. Wibawa perdana menteri tidak pernah seburuk itu. Isterinya menjadi ejekan dan bahan cemuh. Muncul pelbagai istilah yang menjengkelkan. Tambah jelik, reputasi negara di pentas antarabangsa jatuh menjunam.
Rasuah bukan lagi pada skala dulu. Ribuan juta ringgit tidak mengejutkan lagi. Wang hasil tumbuk rusuk dijumpai di mana-mana, di bawah katil, dalam almari, di belakang dinding. Bukan sahaja rumah agam, kondominium lumayan, kereta mewah, kapal pesiar, pesawat mahal, barang kemas berguni. malah jongkong emas bersepah. Perdana menteri menunjuk teladan!
Ia berlaku dalam suasana rakyat terpaksa mengikat perut. Ringgit menjunam. Harga barangan mencanak naik. Kos perkhidmatan meningkat. GST tambah membebankan. Gelisah dan resah rakyat memuncak. Bagai ada cahaya di hujung terowong. Agenda perubahan yang sekian lama tertangguh seperti bakal terlaksana.
Benteng terakhir BN-Najib, yakni pengundi Melayu kampung tradisi dan penempatan Felda, mula robek. Terdedah ada pengkhianatan besar -- atau sekurang-kurangnya urustadbir yang begitu lemah -- dalam pengurusan strategik institusi yang menjadi kebanggaan orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Felda.
Ceramah dan rapat politik pembangkang kembali mendapat sambutan memberangsangkan. Rata-rata program penerangan dan pendedahan Pakatan Harapan bersama Bersatu disiarkan secara langsung melalui internet. Dr Mahathir Mohamad, dalam usia 92 tahun, bagai tokoh muda bertenaga luar biasa, masuk keluar kampung, berceramah hingga larut malam, ditemani isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Saya jarang sekali dapat hadir disebabkan sekatan kesihatan dan rutin rawatan. Cukup dengan mengikuti dari jauh, dengan mengikuti live streaming yang sering terganggu tetapi sudah dapat merasai gelora kebangkitan rakyat yang mahu menamatkan era kegelapan ini. Rata-rata khalayak yang terpapar wajah mereka menunjukkan sebahagiannya adalah audien baru pembangkang.
Mereka cuma mengharapkan kebijaksanaan pemimpin untuk mengemudi dan memandu arah, serta mengelak daripada perangkap samar yang mengelirukan. Terbatas dengan khalayak seperti di hospital dan tempat-tempat awam misalnya sewaktu menguruskan bil bulanan serta kaunter perkhidmatan, saya terkesan dengan rasa kecewa yang menular. Tidak dapat lari daripada masalah pendirian semasa Pas, juga kesepaduan semua parti pembangkang merealisasikan impian murni rakyat..
Seorang petugas DBKL bertanya ketika saya melangsaikan denda parkir kereta, November 2016: "Bang, betulkah Pas nak berbaik-baik dengan Najib? Pelik sangat kalau betul macam tu." Saya tanya balik: "Tahu dari mana?" Jawabnya, "Tak susah nak baca bang, tonton berita tv dan baca akhbar pun sudah dapat teka."
Malah seorang sarjana politik terkemuka tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya bila bertemu saya, selepas begitu lama kami tidak berjumpa. "Paling kecewa saya dengan sikap Pas, seolah-olah beri tongkat kepada Najib, dan mengendurkan marah orang Islam kepada perasuah besar itu," pantas sekali dia berbicara sebaik bertanya khabar.
"Cuba Lutfi bayangkan, kalau Pas seperti dulu, apa nasib Najib sekarang? Walaupun Umno pecah, tapi dia ada sikit rasa selesa sebab Pas seperti berada bersamanya."
"Tapi prof, Pas sentiasa menafikan dakwaan itu. Fitnah semuanya. Tak ada kerjasama, tak ada persefahaman dengan Umno, cuma pendekatan sahaja berbeda ... politik matang dan sejahtera," saya cuba mengumpannya agar lebih selesa bersembang.
"Memang tak perlu buat secara rasmi. Politik ini, orang dapat baca dan tafsir. Dan saya rasa tak semua pimpinan Pas selesa dengan gaya sekarang. Mereka dalam dilema dan tidak cukup kuat untuk bantah. Nanti kena label pula seperti geng Erdogan dulu. Jebonlah. Parasitlah.
"Saya sendiri duduk dalam beberapa jawatankuasa, ada yang dipengerusikan TPM dan menteri, rimas melihat gelagat wakil Pas yang ada bersama," kata sarjana politik itu lagi. "Saya cukup sesak nafas bila Pas juga terpengaruh dengan mainan sentimen Melayu-Cina ini, cukuplah ..."
"Lagi satu, memang benar Pas bawa prinsip Islam. tapi nampak sangat dia mahu parti pembangkang lain ikut dia saja. Pas mahu jadi ketua. Betul, dia paling tua, paling lama, paling diuji, tapi bukan itu caranya untuk berpakat," sambungnya sambil berceloteh panjang. Saya tahu rakan saya ini dalam mood marah, jadi saya biarkan saja dia mengomel, sekurang-kurangnya dapat meredakan keresahannya.
Malah bagi saya, Pas kehilangan peluang untuk menempati kedudukan parti pembangkang paling berpengaruh dan terkuat kerana kesilapan sendiri walaupun segala ramuan dan rencah sudah ada padanya. Hal ini akan saya jelaskan kemudian, dalam tulisan berikutnya.

mdl
IKLAN BERBAYAR

dana-100-all

Jumaat, Februari 17, 2017

PANAS!! YB RAFIZI RAMLI BUAT HAL LAGI...PENING UMNOBN.

Rafizi RamliRafizi Ramli
Pakatan Harapan disaran memansuhkan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang kini dilihat menjalankan kerja-kerja propaganda BN dengan kakitangannya diagihkan ke jabatan lain atau diberhentikan.
Naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, kakitangan tetap Jasa yang telah menjadi sebahagian daripada perkhidmatan awam akan dipindahkan ke jabatan atau kementerian yang memberikan khidmat terus kepada rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan.
Beliau menambah, semua lantikan politik di peringkat tertinggi Jasa akan ditamatkan perkhidmatan manakala semua lantikan kontrak yang melibatkan ahli Umno yang didapati dilantik khusus bagi tujuan propaganda akan ditamatkan perkhidmatan.
Dengan merujuk buku senarai perjawatan, beliau turut menyemak senarai jawatan Jasa di seluruh negara yang mempunyai 272 kakitangan.
Pecahan kakitangan Jasa, ujarnya meliputi enam orang di Pejabat Ketua Pengarah;
Bahagian Gerak Saraf dan Perancangan Dasar (3 orang); Bahagian Pembangunan Insan (4 orang); Bahagian Khidmat Pengurusan (36 orang); Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (127 orang); manakala pembantu tadbir, penolong akauntan, juruaudio dan pemandu (96 orang).
"Ini bermakna 47% dari keseluruhan kakitangan Jasa di seluruh negara adalah Jawatan Sementara Lantikan Kontrak (dengan kod JSKT).
"Jika dicampur dengan pegawai-pegawai tinggi yang juga adalah lantikan politik, maka saya anggarkan 50% dari kakitangan JASA adalah lantikan kontrak yang selalunya adalah lantikan politik untuk ahli-ahli atau pemimpin Umno mendapat imbuhan," tegas beliau.
mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for bukti gaji tone excel

Khamis, Februari 16, 2017

Panas!! Parti Islam Amanah sah tanding kerusi Pas

Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara


SHAH ALAM - Pas Selangor diingatkan tidak perlu mencabar Amanah kerana mereka memang telah membuat keputusan untuk terus bertanding di kerusi Pas.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, keputusan bertanding itu sudah dibuat dan kini Amanah hanya perlu berbincang dengan Bersatu untuk pembahagian kerusi.
“Kita tetap akan lawan Pas, Pas perlu ingat bahawa Amanah sudah menggantikan Pas dalam Pakatan Harapan selepas Pas mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

“Jadi Pas tidak perlu lagi cabar mencabar kita, kita akan tetap teruskan niat itu pada PRU14 nanti,” katanya sebagai reaksi kepada cabaran yang dibuat Pas Selangor melalui Setiausahanya, Khairuddin Othman, semalam.

Izham turut mencabar Pas menghantar calon di kawasan yang ditandingi Amanah untuk menilai sendiri calon dari parti mana yang boleh menang.

“Tiada guna main cabar-cabar dalam media, saya yakin Pas akan kalah jika dia terus bersendirian.

“Di negara ini, mana-mana parti yang bersendirian memang sukar untuk menang melainkan wujudnya permuafakatan dan kerjasama dengan parti-parti lain yang lebih kuat,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya percaya Pas Selangor kini di ambang ketakutan kerana risau akan kehilangan kuasa jika mereka kalah dalam PRU14 nanti.

“Tambahan lagi, kajian yang dibuat menunjukkan Pas hanya mampu memperoleh kira-kira 20 peratus undi Melayu manakala sekitar 3 peratus undi daripada pengundi Cina.

“Saya yakin jika berlaku pertembungan tiga penjuru termasuk Pas, parti itu boleh dilabelkan sebagai sengaja untuk ‘pecah undi’ dan memberi kemenangan kepada BN,” katanya.

Terdahulu,  Setiusaha Pas Selangor, Khairuddin Othman mencabar Amanah meletakkan calon di kerusi yang ditandingi Pas pada PRU14 bagi membuktikan parti itu mampu meraih sokongan pengundi Melayu.

sh

IKLAN BERBAYAR

Image result for bukti gaji tone excel

Rabu, Februari 15, 2017

Panas!! : Pas kena lepas jawatan dalam kerajaan Selangor

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar


SHAH ALAM –  Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad serta Exco Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor didesak melepaskan jawatan kerana Pas telah membuat keputusan dasarnya untuk tidak menjalinkan apa-apa kerjasama politik dengan  Amanah  dan DAP.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, Pas secara tegas dan jelas menolak hasrat Bersatu untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas dan akan memutuskan hubungan kerjasama dengan parti PKR.

Menurutnya, Pas tidak perlu menunggu sehingga muktamar akan datang untuk mengumumkan hubungannya dengan PKR.

“Alasan yang diberikan jelas, Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menjalinkan hubungan kerjasama denga parti DAP dan Amanah manakala hubungan dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar parti sudah tentu mengecewakan dan menjarakkan rakyat  dari Pas,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mahfuz, oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama Pas dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ini bermakna Pas perlu menarik diri dari kedudukannya dalam kerajaan negeri Selangor dan melepaskan semua jawatan Exco, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, JKKK, ketua kampung, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan apa-apa jawatan lantikan politik dengan segera secara berprinsip.

“Sudah terang lagi bersuluh, PKR sepertimana Bersatu sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan Amanah malah telah menandatangani 'perjanjian kerjasama politik' untuk meranapkan kuasa politik Umno/BN pada PRU14 akan datang
“Adalah lebih baik untuk Pas mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan Pas masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi hasil dari kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya.

Mahfuz berkata, berdasarkan keputusan yang dinyatakan Pas, semua parti pembangkang sudah boleh merumuskan PRU14  akan menyaksikan pertandingan tiga  penjuru termasuk Pas juga sudah boleh  merancang 'strategi tiga penjuru' untuk memastikan Umno/BN dikalahkan pada PRU14.

“ Usah lagi menghabiskan masa dengan agenda pujuk rayu untuk Pas menyertai gabungan pakatan pembangkang, sebaliknya semua parti termasuk Pas perlu tumpu kepada usaha 'pujuk rayu rakyat' untuk menolak Umno/BN pada PRU 14 nanti,”katanya.

“ Sayu dan sedih dengan keputusan Pas mengenang nasib rakyat yang tertindas dan terbeban akibat salah guna kuasa Umno/BN  'merompak wang rakyat'. Rakyat sangat mengharapkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad lalu berkata,  Pas tidak akan bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan Amanah dan DAP manakala kerjasama dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar pada  April akan datang," katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin  Hassan dalam sesi temu bual bersama Sinar Harian menegaskan  parti itu masih  berminat menjalin hubungan dengan Bersatu kerana parti itu tidak mempunyai apa-apa  ikatan rasmi dengan DAP.
Menurut Nasrudin, Bersatu cuma wujudkan persefahaman, tapi jika mereka ingin bersama Pakatan Harapan dan ingin ajak Pas masuk Pakatan Harapan itu tidak akan mungkin berlaku.

sh

IKLAN BERBAYAR

Image result for ramai berjaya dengan tone excel

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive