Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Januari 04, 2017

HOT!! : KENYATAAN TERKINI YB KHALID SAMAD KEPADA PAS SELANGOR.

Amanah harap Pas bersikap terbuka untuk berunding dengan Pakatan Harapan Amanah harap Pas bersikap terbuka untuk berunding dengan Pakatan Harapan
Parti Amanah Negara (Amanah) mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad atas kesedarannya mengenai perlunya rundingan antara parti-parti pembangkang bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sejak awal lagi menyarankan rundingan diadakan tetapi ditolak oleh Pas.
Sebaliknya Pas katanya, terus dengan usaha memecahbelahkan kesatuan pembangkang dan menggagalkan rundingan dengan menolak untuk berunding dengan PH.
"Sebaliknya Pas hanya sanggup berunding dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PPBM. Usaha pecah belah oleh Pas perlu dihentikan jika ingin mengelak dari berlakunya tiga penjuru," katanya dalam satu kenyataan.
Isnin lalu, Iskandar dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa parti-parti pembangkang akan sama-sama menanggung akibat jika tidak bersetuju dengan pertandingan dua penjuru.
"Jika ada persetujuan untuk dua penjuru, Pas boleh menghormatinya.
"Jika tidak ada persetujuan dan akan berlaku "free for all", Pas bersedia untuk menerokai kawasan-kawasan baru.
"Jentera Pas berupaya dikerah menghadapi kemungkinan tersebut. Sama-sama kita menanggung akibatnya," katanya.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata, Amanah mengambil maklum pandangan Iskandar bahawa Amanah sendiri perlu melawan Pas jika mahu meggantikan parti itu, bukan menghantar PKR atau PPBM.
"Amanah cukup bersetuju supaya Keadilan dan PPBM jangan dikaitkan dalam persoalan persaingan antara Pas dan Amanah," katanya.
Justeru beliau meminta Pas berhenti mengugut PKR dan PPBM untuk bertanding di kerusi mereka sekiranya mereka berkerjasama dengan Amanah.
"Amanah terpaksa bersedia menghadapi Pas secara tiga penjuru sekiranya Pas terus berusaha memecahbelahkan PH dengan berunding hanya dengan Keadilan dan PPBM dan tidak dengan PH.
Dalam pada itu, Khalid berharap Pas bersikap terbuka untuk berunding dengan PH walaupun Iskandar berkata partinya sedia untuk dicabar Amanah.
"Iskandar juga ada berkata Pas akan tunggu Amanah. Kami bagaimanapun mengharapkan Pas bersikap terbuka untuk berunding dengan PH.
"Namun sekiranya tiada perubahan pada sikap Pas maka Amanah tidak akan menghampakan pihak yang menunggu," katanya.
mdl

IKLAN BERBAYAR 

Related image

3 ulasan:

  1. Pas dah jadi hampas

    BalasPadam
  2. hamPASampah parti peralatkan Islam.

    BalasPadam
  3. Dulu masa banjir kecil dipenang,ulamak dedak pas kata Allah bayar cash pd penang....Ni skrg banjir kat kelantan pulak...senyap menikus ulamak dedak pas.kahkahkah.padan muka....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...