Iklan Penaja 1

Picture

Jumaat, Disember 29, 2017

Agihan kerusi PH Selangor dijangka selesai Januari depan

Agihan kerusi PH Selangor dijangka selesai Januari depan
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad memberitahu perbincangan berhubung agihan kerusi di Selangor dijangka dimuktamadkan pada akhir Januari depan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penonton dalam slot Fokus yang disiarkan secara langsung di Oren TV semalam.

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menurutnya, rundingan antara komponen Pakatan Harapan bagi menentukan calon dari parti mana akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melibatkan empat parti berbanding tiga sebelum ini.
“Masih lagi dalam proses (agihan kerusi). Dulu, kita mula tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Sekarang ini dalam Pakatan Harapan, kita ada empat parti.
“Dulu agih kepada tiga, sekarang nak agih antara empat. Ia akan selesai jika tidak hujung bulan Disember, sebelum akhir Januari,” katanya.
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, rundingan tersebut perlu berjalan dengan pendekatan hormat-menghormati tanpa memperlekeh mana-mana parti.
“Masing-masing mesti saling menghargai bukan saling menghina. ‘Parti awak ini kecil tiada harapan, tiada kekuatan’. Itu tidak harus wujud.
“Kalau kita ada sikap begitu, susahlah tapi Alhamdulillah, setakat ini kita ada satu pendekatan saling menghormati dan kita akan mencapai kata sepakat,” jelasnya.
Sehubungan itu, Khalid berkata, parti mana yang memperoleh banyak kerusi ditandingi pada pilihan raya umum lalu harus bertolak ansur meskipun mengakui hal itu bukan mudah dilakukan.
Beliau turut berkongsikan pengalamannya berhubung agihan kerusi antara parti pembangkang sewaktu berada dalam Pas ketika PKR baharu sahaja ditubuhkan.
“Mana dapat banyak kerusi yang ditandingi, dia kena serah (kerusi). Nak serah itu bukan satu yang mudah. Mula-mula waktu PKR baru ditubuhkan, Pas pun tidak mahu serah kepada PKR. Parti barulah, ahli baru, petugas tiada.
“Tetapi hasil perbahasan, perbincangan dalam kalangan pimpinan Pas dan saya juga ketika itu terlibat memang kita yakinkan kena serahkan kepada PKR.
“Banyak kerusi yang kita serahkan kepada PKR dan Dr Hatta yang salah seorang pemimpin terlibat ketika itu dikutuk oleh sebahagian ustaz-ustaz muda sebagai pengkhianat Pas,” dedahnya.
potong jari
Tanpa menyebutkan nama pemimpin Pas yang sanggup mengerat jari sendiri jika Selangor dimenangi parti pembangkang, Khalid berkata, kesepakatan rundingan ketika itu terbukti membawa kejayaan.
“Pemimpin-pemimpin Pas kata kerusi-kerusi ini dipinjamkan kepada PKR tetapi kami yang sekarang ini semua berada dalam AMANAH kata, kita serah kepada PKR.
“Jangan kita tamak. Kita ada kekuatan di kawasan tertentu. Kawasan-kawasan lain kita serah kepada PKR.
“Biar dia (PKR) bertanding. Dia menang, kita menang bersama. Ada pemimpin Pas, saya tidak mahu sebut nama jika menang Selangor, aku potong jari.
“Terbukti dengan kerjasama itu, kita boleh menang. Lalu, kita kena ada satu kejujuran dalam soal agihan kerusi. Kita tahu kita ada kekuatan. Jangan kita macam Pas anggap kita kuat di semua tempat,” ujarnya.
Menegaskan kembali pentingnya semangat saling membantu dalam membincangkan agihan kerusi di Selangor, beliau menyifatkan AMANAH, PKR, Bersatu dan DAP saling melengkapi.
“Kita perlu saling bantu-membantu. Setiap satu parti itu penting, ada kekuatan di mana kalau kita gembleng (Pakatan Harapan) boleh menang.
“Hal ini ambil masa lagi untuk kita bincang dan percaya satu sama lain,” tambah khalid lagi.
mdl
Picture

Khamis, Disember 28, 2017

Hot!! Tanah Felda Jalan Semarak : Shahrir dah tak sanggup pikul biawak hidup

Tanah Felda Jalan Semarak: Shahrir dah tak sanggup pikul biawak  hidup, kata Mahathir
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad dianggap tidak lagi mahu memikul ‘biawak hidup’ apabila mendedahkan kebenaran berlakunya penyelewengan dan rasuah dalam skandal membabitkan tiga bidang tanah Felda di Jalan Semarak sebagaimana didedahkan oleh media arus perdana baru-baru ini.
Tun Dr Mohamad berpendapat tindakan Shahril itu melalui sidang media tergemparnya sejurus dilaporkan Berita Harian pada Khamis lalu, menunjukkan Shahrir tidak lagi mahu bersekongkol dengan kepincangan yang berlaku dalam Felda.
“Saya fikir Shahrir pun tak larat nak pikul ‘biawak hidup’ ini…terpaksa dedah perkara yang berlaku.
“Ini kerana kalau boleh yang terlibat nak sembunyikan. SPRM kata kes pindah hak milik tanah Felda RM270juta tiada unsur rasuah dan salah guna kuasa, sedangkan belum lagi periksa (siasat) sudah kata tiada unsur rasuah,” ujarnya dalam satu rakaman video berdurasi 4minit yang disiarkan di laman facebook parti itu hari ini.
Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak Kuala Lumpur  apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mengaitkan dakwaan sama berlaku terhadap Najib dengan derma RM2.6bilion.
“Tetapi Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) menyatakan derma tersebut tiada unsur rasuah dan tiada sebarang kesalahan dilakukan perdana menteri.
“Sama macam apa yang terdapat dalam bank Najib RM2.6bilion tetapi Peguam Negara memutuskan tiada kesalahan- jadi sekarang ini kita tidak tahu siapa hakim, pendakwaraya dan siapa ahli Umno kita tidak tahu,” ujarnya.
Dr Mahathir mendakwa individu di peringkat atasan Felda dan Kerajaan berkemungkinan terbabit dan mendapat faedah dalam skandal membabitkan tiga bidang tanah Felda di Jalan Semarak ini.
“Tidak payah tanya sesiapa, dia buat keputusan sendiri apa-apa keuntungan akan dapat pada diri dia. Ini bermakna yang memimpin ‘top man’ begitu berkuasa.
“Saya percaya ada keuntungan tertentu sebab itu dia sanggup curi tanah Felda jual pada orang sampai Ahli Lembaga Pengarah pun tidak tahu,” ujarnya.
Tan Sri Shahrir Samad
Tan Sri Shahril Samad
Dr Mahathir berkata, penyelewengan berlaku sepanjang masa terhadap insitusi atau syarikat milik kerajaan di negara
ini.
“Perkara ini berlaku sepanjang masa nampak saja ada badan yang mempunyai harta atau duit, akan ada cadangan bagaimana nak curi duit itu.
“Ini berlaku kepada Felda dan Tabung Haji berlaku juga kepada Kerajaan Malaysia apabila tanah di Kuala Lumpur nilai lebih kurang RM7,000 sekaki persegi dijual kepada 1MDB pada harga RM60 dan 1MDB jual balik kepada Tabung Haji dengan harga RM3,000 sekaki persegi.
“Ini cara mereka menipu dan ambil harta rakyat dijadikan duit supaya duit itu boleh masuk poket orang tertentu,” dakwanya.
Ditanya ada pemimpin Umno yang tidak mahu mengaitkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membabitkan skandal tanah Felda di Jalan Semarak ini, sedangkan beliau juga adalah menteri
kewangan yang sepatutnya mengetahu transaksi berlaku?
Bekas perdana menteri ini berkata, Felda bukan pihak yang mengurus tetapi skandal Felda ini tidak ubah seperti apa yang berlaku dalam urusniaga mata wang asing forex- Bank Negara Malaysia, katanya. .
“Berlaku ujian dalam perniagaan mata wang Bank Negara Malaysia maka perdana menteri terdahulu dipersalahkan dan akan diambil tindaan undang-undang.
“Nak suruh polis siasat… jadi macamana PM tidak terlibat dalam kes Felda kali ini kerana benda yang besar mesti dilapor kepada PM.
“Kita hairan dalam kes nak bayar orang membuat umrah perkara ini  dilulus dalam kabinet dia (Najib) tidak tahu apa yang dia nak luluskan pun…jika ada kerajaan macam ni rosaklah,” ujarnya yang berpandangan perdana menteri harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap skandal tanah Felda di Jalan Semarak ini.
Tan Sri ISa Samad kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd
Tan Sri Isa Samad
Sebagai rekod Felda dilaporkan oleh Berita Harian berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
Tanah itu kini dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda dikenali sebagai KLVC Tower1A.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Cor-poration Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.
Mengikut laporan media pada 14 Mei 2014, kawasan itu mulanya dirancang dimajukan sebagai projek pembangunan bercampur komersial dan kediaman dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM500 juta oleh anak syarikat FIC, iaitu ENCORP Bhd.
Namun, pada 6 November 2014, DBKL menerima permohonan kebenaran merancang kawasan sama daripada pemaju utama KLVC dan bukan ENCORP.
Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga mendapati kontraktor utama projek KLVC adalah sebuah syarikat baharu yang hanya ditubuhkan Januari lalu.
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.
Sehingga kini Isa masih lagi belum dipanggil untuk membantu siasatan polis dan SPRM.
mdl
Picture

Rabu, Disember 27, 2017

MeMusuhi hanya kerana bukan Islam bercanggah ajaran Islam sebenar - Pengerusi panel syariah AMANAH Kelantan

Musuhi hanya kerana bukan Islam bercanggah ajaran Islam sebenar
Umat Islam yang menganggap seseorang itu musuh hanya semata-mata kerana dia bukan Islam adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
Pengerusi panel syariah AMANAH Kelantan Ustaz Hj Hashim Mohd berkata, fahaman seperti itu berlawanan dengan apa yang dilakukan Rasulullah S.A.W sendiri.
“Kita perlu ingat bahawa ketika Nabi diutus menjadi Rasul hanya beliau seorang diri sahaja yang Islam.
“Kalau baginda bertindak memusuhi semua yang belum Islam di kelilingnya, tentu Islam tidak berkembang,” katanya ketika memimpin tanweer bulanan pimpinan AMANAH Kelantan di Jeli malam tadi.
Dalam ajaran Islam katanya, permusuhan dengan orang kafir hanya ketika berlaku peperangan.
“Memanglah semasa perang mereka memusuhi kita dan kita memusuhi mereka. Semua orang Islam tahu bahawa perang ialah jalan terakhir dalam interaksi dengan bukan Islam. Itupun apabila umat Islam diperangi,” katanya.
Dalam konteks orang bukan Islam di Malaysia katanya tidak pernah terjadi orang bukan Islam memerangi kaum Muslimin atas nama agama.
“Oleh itu kita tidak harus mengkategorikan DAP, MCA, MIC dan apa sahaja sebagai golongan yang perlu dimusuhi.
“Malah seharusnya kita sentiasa mencari jalan untuk mengadakan hubungan dan berbuat baik kepada mereka supaya mudah-mudahan mereka menerima Islam,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya lagi kumpulan seperti MCA dan MIC harus ditolak kerana mereka berpakat dengan pemerintah yang menzalimi rakyat.
“Kita tolak mereka kerana hal ini dan bukan kerana mereka tidak beragama Islam,” katanya.
mdl
Picture

Selasa, Disember 26, 2017

Hot!! : 300 ahli Umno sertai Bersatu, 6 cawangan ditubuhkan serentak di Permatang Pauh

300 ahli Umno sertai Bersatu, 6 cawangan ditubuhkan serentak di Permatang Pauh
Dalam kesungguhan Umno dan BN untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang, tiba-tiba usaha tersebut tergugat apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Permatang Pauh berjaya membuka enam lagi cawangan Bersatu khususnya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya.
Penyertaan hampir 300 ahli ini membuktikan Bersatu semakin mendapat tempat terutamanya dikalangan orang Melayu.
Menurut Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Pulau Pinang, Marzuki Yahya, kemasukan begitu ramai orang Melayu khususnya bagi Parlimen Permatang Pauh pada kali ini membuktikan Umno semakin hilang sokongan.
“Secara jelas ia membuktikan Bersatu mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu.
“Sekaligus memperlihatkan kesungguhan Bersatu bersama-sama dengan PH untuk menyahkan Umno dan BN dari terus menguasai kepimpinan negeri maupun negara.
“Membiarkan Umno dan BN terus menguasai negara, akan menyebabkan lebih banyak kerugian kepada orang Melayu dan juga rakyat negara ini, ” jelasnya ketika merasmikan penubuhan enam lagi cawangan Bersatu bagi kawasan Dun Seberang Jaya semalam.
Beliau juga berkata, dengan penyertaan enam lagi cawangan pada hari ini iaitu cawangan Pauh Jaya, Taman Sutera, Taman Pauh, PPR Ampangan, Bandar Perda dan Tuna, Bersatu Pulau Pinang berjaya menarik lebih 11,000 ahli hingga kini.
“Dikalangan mereka yang menyertai Bersatu Dun Seberang Jaya pada kali ini, 80 peratus daripada mereka adalah ahli Umno yang telah sanggup meninggalkan parti lama mereka.
“Dengan kemasukan mereka membuktikan jumlah ahli Umno dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh semakin menguncup dan susut.
“Malah Bersatu dengan kerjasama PKR, AMANAH dan juga DAP mempunyai kerjasama erat dengan satu tekad untuk membebaskan negara ini dari cengkaman pemerintahan Umno dan BN, ” ujarnya lagi.
Marzuki Yahya (kiri) ketika merasmikan enam cawangan baharu Bersatu.
Tegasnya lagi, membiarkan Umno memerintah akan memberi kesan yang lebih buruk sepertimana yang berlaku kepada tanah milik Felda yang hilang di Jalan Semarak,Kuala Lumpur.
“Sekiranya tanah milik Felda sendiri tidak dapat mereka jaga dan kawal selia dengan begitu baik, apa lagi yang boleh diharapkan kepada tanah-tanah orang Melayu yang masih ada.
“Tidak dapat dinafikan banyak lagi tanah-tanah milik orang Melayu akan menjadi mangsa kepada ketamakan pimpinan Umno sehinggakan terdapat tanah yang dijual tetapi tidak dalam pengetahuan pihak berkuasa.
“Oleh kerana itu katanya, orang Melayu harus segera sedar, tidak lagi lena serta bermimpi di siang hari,” tegasnya.
Tambahnya lagi, dalam PRU yang akan datang, Bersatu dan PH akan tetap mempertahankan Permatang Pauh dari dirampas oleh Umno dan BN maupun yang sekutu dengannya.
“Setakat ini telah jelas Bersatu mampu untuk menggantikan Umno bagi membela nasib orang Melayu dan hak-hak yang diperjuangkan.
“Begitu juga dengan komponen dalam PH tetap meletakkan aspirasi yang amat tinggi untuk menyahkan Najib dari kepimpinan kerajaan sedia ada.
“Hanya dengan mengundurkan Najib, Umno dan BN sahaja dapat menyelamatkan negara ini dari terus dibelenggu dengan seribu satu macam kekalutan yang amat merugikan rakyat sepertimana yang berada di hadapan mata, ” katanya.
mdl
Picture

Sabtu, Disember 23, 2017

Hot!! : Isu Wisma Felda telah dibangkit sejak 2014, jelas Presiden Anak

Isu Wisma Felda telah dibangkit sejak 2014, jelas Presiden Anak
Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Johor Bahru berkenaan kehilangan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan.
Menurut Pengerusinya Mazlan Aliman, isu ini telah lama dibangkitkan sejak 2014.
“Isu ini telah saya bangkitkan pada hujung 2014 kerana saya telah mendapat maklumat, Lembaga Pengarah FELDA berhasrat untuk membangunkan tanah seluas 22 ekar itu,” katanya.
Menurut Mazlan, beliau pernah membangkitkan keperluan Felda untuk membangunkan Wisma Felda di Jalan Semarak sedangkan Menara Felda bernilai RM660 juta baru sahaja siap dibina.
Beliau turut mempersoalkan mengapa syarikat terbabit secara begitu mudah mendapat tender membina Wisma Felda dan kemudian diakui Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad mendapat hak pemilikan tanah.
“Saya juga ingin persoalkan jika ahli lembagai Felda telah membuat keputusan saya yakin Perdana Menteri mengetahui akan perkara ini, namun yang menjadi persoalan mengapa Perdana Menteri tidak menegur perkara tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, Mazlan mahu pihak polis segera membuat siasatan.
Pihaknya juga akan membuat laporan kepada SPRM, 26 Disember ini di ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Dalam sidang media yang sama, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor Aminolhuda Hassan menyatakan rasa kesal dengan apa yang berlaku.
“Saya berasa amat dukacita dengan perkara yang berlaku pada harta milik bangsa Melayu sehingga tergadai.
“Peneroka perlu sedar apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, peneroka Felda Taib Andak yang turut hadir, Tosrin Jarvanthy menuntut mereka yang bertanggung jawab agar meletakkan jawatan.
Berjalan keluar daripada Balai Polis Sentral Johor Bahru selepas membuat laporan.
Picture

Jumaat, Disember 22, 2017

Hot!! : Projek Landasan Keretapi Pantai Timur sebenarnya hutang bukan pelaburan

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur sebenarnya hutang bukan pelaburan
Projek mega Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dibanggakan pentadbiran Najib pada hakikatnya suatu bentuk hutang dan bukannya pelaburan.
Perkara ini dibangkitkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin apabila beliau mempersoalkan projek kontroversi bernilai RM55 bilion itu.
“Kalau betul dia bawa duit, ok lah, berapa banyak pelaburan dia bawa masuk? Keretapi dia bawa duit?
“Kalau ‘loan’ makna kata dia bayar balik? Kalau bayar duit itu makna pelaburan? kalau kamu pelabur kamu kata apa? Tidak, itu pinjaman,” katanya dilapor media.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, persoalan dibangkitkan Daim mampu memperbetulkan persepsi umum bahawa projek itu satu pelaburan dan membawa keuntungan seperti digembar-gemburkan kerajaan.
Katanya, kerajaan bermati-matian bertegas bahawa projek yang diserahkan kepada syarikat dari China itu sebuah “pelaburan domestik dengan pembiayaan asing”.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya sering menjaja projek berkenaan sebagai kejayaan kerajaan BN meraih pelaburan asing yang besar.
Tony turut mempersoalkan mengapa projek sebesar itu tidak diberikan secara tender terbuka.
“Oleh itu, timbul persoalan, siapa yang benar-benar mendapat keuntungan dari kontrak ini?” soalnya.
Syarikat milik China, China Communications Construction Company (CCCC) dianugerahkan projek berkenaan dan dibiayai Export-Import Bank of China (EXIM) yang juga dimiliki tanah besar itu pada tahun lalu.
Projek yang memakan kos RM91.7 juta per km itu dianggap pengkritik sebagai mahal dan tidak berpatutan.
Dalam pada itu, Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata kerajaan sehingga kini masih tidak menjawab mengapa kontrak pembinaan ECRL diberikan secara terus kepada CCCC dengan nilai RM55 bilion jika projek berkenaan sebenarnya berharga RM30 juta.
“Di manakah lebihan RM25 bilion pergi? Adakah ia akan digunakan untuk membayar sebahagian hutang 1MDB sebagai spekulasi untuk menutup skandal kewangan antarabangsa terbesar pentadbiran Najib?” soalnya.
mdl
Picture

Khamis, Disember 21, 2017

Tiga penjuru: Pemuda Pakatan Harapan yakin masih boleh menang

Tiga penjuru: Pemuda Pakatan Harapan yakin masih boleh menang
Pemuda Pakatan Harapan yakin blok pembangkang dianggotai PKR, AMANAH, Bersatu dan DAP itu mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) walaupun berlaku pertembungan tiga penjuru.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pencapaian PRU pada 2008 dan 2013 menyaksikan perkembangan positif bagi pembangkang dalam usaha menjatuhkan Umno-BN.
Nik Nazmi Nik Ahmad
“Kita yakin untuk pergi tiga penjuru. Tidak mudah, tetapi kita yakin masih boleh menang. Itu kita perlu letak satu keyakinan.
“Kalau selama ini ramai anak muda letak harapan tinggi pada (PRU) 2013 – ‘ini kalilah’ tapi keputusan jadi ‘lain kalilah.’
“Tapi dari segi realiti sejarah sejak 2008, trend kita sentiasa menaik. Pada 2004, BN dapat 90 kerusi Parlimen, 2008 BN hilang dua pertiga. 2013 BN hilang undi popular,” jelasnya pada forum Diskusi anjuran Invoke malam tadi.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata, PRU-13 juga menyaksikan Pakatan Rakyat ketika itu mendapat majoriti undi popular berbanding hanya memiliki 10 peratus kerusi Parlimen pada PRU 2004.
Sehubungan itu, ujarnya, pilihan di tangan rakyat terutama anak muda hanya sama ada memilih Pakatan Harapan atau Umno-BN.
Sebaliknya, Nik Nazmi berpendapat hasrat untuk memulihkan negara tidak tercapai sekiranya memilih parti yang main-main untuk menumbangkan rejim parti pemerintah.
“Hanya ada dua pilihan sama ada menyokong Najib dan memilih kerajaan Umno-BN atau Pakatan Harapan untuk melakukan perubahan.
“Pilih pihak lain yang tidak serius untuk menjatuhkan Najib atau tidak mengundi, itu tidak membantu kita memperbaiki negara kita.
“Di negara luar, mereka pun pada awalnya tidak terbayang nak tukar kerajaan tetapi sekarang mereka sudah mempunyai sistem dua parti,” tegas Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi Kerajaan Negeri Selangor itu lagi.
Untuk rekod, Pas berada di luar blok Pakatan Harapan dengan bersendirian menubuhkan apa yang dipanggil sebagai Gagasan Sejahtera.
mdl
Picture

Rabu, Disember 20, 2017

Panas!! Tiga penjuru keranda buat Pas Kelantan, kata penganalisis

Tiga penjuru keranda buat Pas Kelantan, kata penganalisis
Pas akan mengalami kekalahan sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dan Pas di Kelantan.
“Tiga penjuru, boleh siap keranda untuk Pas,” kata penganalisis politik tersohor, Mohd Sayuti Omar dalam temu bual bersama Ketua Pemuda AMANAH Kelantan lewat petang semalam.
Mohd Sayuti Omar
Pada temu bual yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Pemuda AMANAH Kelantan itu beliau berkata, semua syarat telah mencukupi untuk Pas pasti kalah dalam PRU14.
“Hanya satu jalan untuk Pas menyelamatkan diri iaitu sama ada bergabung dengan BN atau dengan PH.
“Pas kini jelas hilang kekuatan apabila berlaku perpecahan dan muncul parti baru iaitu AMANAH yang jelas kini berkembang pesat,” katanya.
Beliau yang begitu yakin parti yang 27 tahun memerintah Kelantan itu akan jatuh berkata, statistik kemenangan Pas boleh diteliti dengan jelas.
“Pas boleh jatuh sekiranya 5 peratus sahaja pengundinya dahulu keluar daripada parti itu.
“Sedangkan dalam pemerhatian saya, pergerakan keluar Pas menyertai AMANAH tidak kurang daripada 10 peratus, malah di kampung-kampung tertentu melebihi 50 peratus,” katanya.
Tindakan Pas menghina dan memusuhi ahlinya yang menyertai AMANAH katanya, menyebabkan kerosakan yang semakin teruk kepada parti itu sendiri.
“Gelaran-gelaran kotor dan tindakan keras yang tiada toleransi menyebabkan orang ramai begitu terasa Pas sekarang telah berubah berbanding dengan zaman Tok Guru Nik Aziz.
“Perangai Pas dalam isu pembelian gelap Wisma Tok Guru menyebabkan begitu ramai orang terasa biadapnya parti itu sekarang,” katanya.
mdl
Picture

Selasa, Disember 19, 2017

Umno-Pas hipokrit, sudah ‘bersatu’ atas isu umat Islam

Umno-Pas hipokrit, sudah ‘bersatu’ atas isu umat Islam, dakwa Khairuddin

Khairuddin Abu Hassan
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Umno dan Pas dilihat mahu menjadi juara dalam menangani isu Palestin dengan menganjurkan ‘Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis’ sedangkan ia membabitkan masalah umat Islam sejagat.
“Isu Baitulmaqadis dan Palestine adalah permasalahan Islam sejagat. Ianya harus ditangani oleh semua ummah sejagat bagi mempertahankan kota Baitulmaqdis mahupun PalestinKoordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa, himpunan yang akan diadakan pada Jumaat ini, tidak membabitkan parti-parti politik dan NGO lain untuk mendengar pendirian Malaysia hasil dari mesyuarat tergempar sidang OIC baru-baru ini.
“Kenapa perhimpunan ini hanya dikhususkan pada Umno dan Pas saja? Mengapa tidak menjemput semua parti-parti politik dan NG0 lain untuk turut sama mendengar pendirian Malaysia hasil dari mesyuarat tergempar sidang OIC.
“Masalah orang-orang Islam di seluruh dunia bukan harus ditangani oleh Umno dan Pas secara eksklusif saja! Tetapi ianya adalah milik bersama ummah sejagat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru katanya lagi, himpunan solidari untuk Palestin ini adalah sandiwara Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Dua pemimpin ini sedang memperbodohkan ahli-ahli akar umbi parti masing-masing agar tidak protes pada penyatuan mereka secara memperalatkan agama bagi menghalalkan cara ke arah mencapai matlamat kerjasama menggunakan parti Pas untuk pecah undi orang-orang Melayu demi menjamin kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Perdana menteri paling korup dan haji hadi awang sudah bersatu pada hakikatnya. Namun Umno dan Pas cuma berselindung di sebalik isu-isu tertentu,” ujarnya.
Khairuddin mendakwa perhimpunan pada 22 Disember ini di Putrajaya membuktikan hubungan di antara umno dan Pas amat jelas.
“Cuma kaedah mereka ialah berselindung di sebalik isu-isu tertentu untuk bergabung bagi mengaburi pandangan ahli-ahli akar umbi masing-masing yang tidak boleh terima kerjasama di antara umno dengan Pas khususnya pada PRU14.
“Najib serta Hadi sedang melaksanakan agenda menghalalkan cara bagi memperbodohkan ahli-ahli akar umbi masing-masing.” ujarnya.
Khairuddin berpendapat apapun yang cuba dilakukan Umno dan Pas dengan berselindung sekalipun, akan memanfaatkan Pakatan Harapan kerana ahli-ahli akar umbi Umno dan Pas ujarnya, akan memprotes terhadap parti masing-masing, manakala undi mereka pula akan diberikan pada Pakatan Harapan pada PRU14 nanti.
“Perhimpunan di putrajaya dengan pemimpin-pemimpin Pas yang bakal dihadiri oleh perdana menteri paling korup melambangkan hipokrasi Umno dan Pas,” katanya.
Najib yang juga Presiden Umno itu dipetik berkata,langkah bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan yang akan dihadirinya bersama pemimpin Pas di Putrajaya, Jumaat ini.
Beliau berkata, parti tonggak Barisan Nasional (BN) berkenaan dan Pas perlu bersama-sama dalam mencari jalan untuk menangani isu berkenaan.
“Perlu ada pendirian bersama apabila membabitkan isu kepentingan Islam dan umatnya,” kata Najib kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau di ibu negara Bahrain, awal pagi Ahad seperti dilaporkan Bernama.
mdl
Picture

Isnin, Disember 18, 2017

Pendakwah anggap dakwaan Hadi berkaitan Islam di Pulau Pinang palsu

Pendakwah anggap dakwaan Hadi berkaitan Islam di Pulau Pinang palsu
Dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan suasana rakyat di Pulau Pinang dalam akhbar Berita Harian semalam dianggap palsu.
Pendakwah terkenal Ustaz Wan Ji Wan Hussin berkata, ketika rakyat Pulau Pinang sedang menerima bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM700, kenyataan Presiden Pas bahawa rakyat negeri itu sedang keperitan adalah amat jelas merupakan sesuatu pembohongan.
Ustaz Wan Ji Wan Hussin
“Dari sudut perkembangan Islam pula, Pulau Pinang adalah antara negeri yang tidak pernah menghalang ceramah agama di masjid dan surau daripada mana-mana penceramah agama.
“Hatta Presiden PAS sendiri, cuma pihak kerajaan menetapkan agar sebarang ceramah tidak membawa sebarang elemen permusuhan, fitnah dan merosakkan Imej Islam seperti perkauman. Kerajaan Negeri selalu tawarkan pendekatan rahmat sekelian alam agar diterapkan di semua masjid dan surau di sekitar Pulau Pinang,” katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui aplikasi Facebook.
Menurutnya, tidak seperti di beberapa buah negeri di Malaysia, Pulau Pinang tidak menyenaraikan nama-nama penceramah agama tertentu supaya dihalang berdakwah di Pulau Pinang.
“Nama-nama besar seperti Dr Maza, Dr Rozaimi Ramli, Dr Danial Zainal Abidin, Ustaz Hussin Yee, malahan sebarang guru daripada Aliran Asya’irah juga dibenarkan seperti Ustaz Shahul Hamid yang sejak sekian lama berdakwah di Pulau Pinang.
“Malahan, di kebanyakan masjid dan surau di Pulau Pinang masih banyak ceramah ustaz-ustaz Pas, walaupun kadangkala ucapan mereka penuh dengan fitnah dan dakwaan palsu terhadap kerajaan Pulau Pinang,” katanya.
Andainya Presiden PAS tidak terpengaruh dengan berita propaganda khianat Umno-BN kata beliau, sudah pasti Presiden Pas akan akui bahawa perkembangan Islam di Pulau Pinang jauh lebih baik daripada banyak negeri lain di Malaysia.
“Umpamanya baru-baru ini, kerajaan memberi anugerah kepada lebih 10 orang tokoh pendakwah sebagai Tokoh Ma’al Hijrah sebagai teladan dakwah di semua negeri-negeri di Malaysia.
“Ajaibnya, Presiden Pas tidak pula menyerang MCA yang apabila kerajaan negeri menaikkan bajet untuk hal ehwal Islam, pihak MCA selalu menuduh kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan seperti anti Cina,” katanya.
Beliau menasihatkan Presiden Pas dalam membuat kenyataan, seharusnya bukan sekadar perlu memikirkan untuk tidak membuat tuduhan jahat dan dusta, malahan perlu berfikir bagaimana dia mahu menjawab di hadapan Allah atas dakwaan palsu beliau itu di akhirat nanti.
mdl
Picture

Sabtu, Disember 16, 2017

Himpunan bebaskan Palestin bukan hak eksklusif parti

Himpunan bebaskan Palestin bukan hak eksklusif parti
Satu-satunya pemimpin Pas yang hadir pada protes membantah Presiden Amerika Syarikat (AS) di ibu negara hari ini, Dr Syed Azman Syed Ahmad berpendapat himpunan menuntut pembebasan Palestin bukan hak eksklusif mana-mana parti.
Ditemui Malaysia Dateline, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkenaan berkata, isu Palestin melangkaui kepentingan politik kepartian.
“Ini isu kemanusiaan sejagat yang perlu diperjuangkan tanpa mengira warna dan fahaman parti politik.
“Paling penting perjuangkan hak bangsa Palestin dan bebaskan bumi para anbiya itu daripada terus dijajah Zionis Israel.
“Kita melihat bahawa usaha membebaskan Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama itu satu tanggungjawab besar bagi seluruh manusia yang mencintai keadilan lebih-lebih lagi umat Islam,” tegasnya.
Penyokong Pakatan Harapan tidak membawa bendera parti tidak seperti Pas minggu lalu.
Sehubungan itu, jelas Dr Syed Azman, sentimen fahaman parti mesti diketepikan terlebih dahulu tanpa perlu terlalu ketara menonjolkan imej parti.
Ditanya tentang perbezaan suasana dengan himpunan minggu lalu anjuran Pas, beliau mengakui lebih selesa dengan protes menuntut pembebasan Palestin hari ini.
“Sepatutnya beginilah. Tidak perlu membawa bendera. Tidak boleh kita menganggap bahawa perjuangan Palestin hak eksklusif mana-mana parti.
“Kita bukan mahu cari siapa wira tapi apa yang penting mesej kita mengutuk kekejaman rejim Zionis datang dari seberapa ramai rakyat di negara ini tanpa mengira warna parti,” tambahnya lagi.
Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan hadir pada himpunan tersebut iaitu Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Antara peserta yang menghadiri himpunan bantah Trump di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat.
Turut hadir dan berucap Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang dan Ketua AMK merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Walau bagaimanapun, perhimpunan anjuran Pakatan Harapan itu menyaksikan tiada kelihatan bendera mana-mana parti berkibar melainkan hanya bendera Malaysia dan Palestin.
Berbanding himpunan sama minggu lalu anjuran Pas, imej dan lambang parti yang bersendirian itu dilihat begitu menonjol sehingga menenggelamkan bendera dan sepanduk Palestin.
mdl
Picture

Jumaat, Disember 15, 2017

Hot!! : Yb Mahfuz Omar seru ahli Pas tidak berdendam

Mahfuz Omar sedang berucap di majlis ceramah anjuran PPBM.
Satu-satunya pemimpin Pas yang terus berceramah di pentas Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar menyeru supaya ahli Pas tidak berdendam sebaliknya fokus untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN.
“Saya sudah lama ajak orang tinggalkan Umno, tiba-tiba hari ini ada orang Umno tinggalkan Umno,” ujarnya diikuti ketawa hadirin yang majoritinya ahli dan penyokong PPBM di Kampung Chenghai, Changloon, Kedah semalam.Menurutnya, ahli Pas perlu berfikir secara rasional dengan menyokong Pakatan Harapan serta menyambut baik mereka yang meninggalkan Umno.
Ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, sikap menolak mereka yang meninggalkan Umno hanya kerana dendam tidak harus berlaku dalam kalangan ahli Pas.
“Tiba-tiba kita (Pas) tidak mahu bersama rakan-rakan kita pada hari ini kerana dendam kesumat. Ini bagi saya tidak betul.
“Bukan kepentingan dendam dengan musuh lama tetapi kita fikir untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini,” tegasnya dalam ceramah anjuran PPBM Kedah itu.
Beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa ahli Pas tiada masalah untuk kekal berada dalam parti tersebut jika tidak mempunyai keberanian meninggalkan Pas.
“Saya minta ahli Pas fikir secara rasional. Saya ulang, ahli-ahli Pas boleh tengok dalam Youtube ceramah saya mutakhir ini.
“Saya cakap terus-terang tidak berselindung lagi apa yang berlaku dalam Pas pada hari ini berkaitan dengan RUU 355. Tuan-tuan tidak berani keluar Pas, tidak mengapa. Duduklah dalam Pas,” ujarnya.
Orang ramai yang hadir pada majlis Ghebang Santai di Kampung Chenghai, Changloon Kedah semalam.
Mahfuz berpendapat kerajaan Umno-BN perlu diganti dengan Pakatan Harapan memandangkan isu kos sara hidup yang melambung pada masa ini dirasai seluruh rakyat tanpa mengira parti politik.
“Takkan kita nak biarkan keadaan ini berlarutan dengan Umno-BN terus memerintah?
“Isu kos sara hidup dan kesusahan rakyat dirasai oleh semua tidak terkecuali ahli Umno dan Pas,” katanya dalam program Ghebang Santai di Kampung Chenghai itu.
Tambahnya, keadaan tersebut berlaku kerana urus tadbir negara yang diterajui Umno-BN pada masa ini gagal melihat kepada penyelesaian terhadap masalah sebenar yang dialami rakyat.
Turut hadir timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga pengerusi PPBM Kedah; ahli dewan undangan negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta para pemimpin parti-parti komponen Pakatan Harapan Kubang Pasu.
mdl
Picture

Khamis, Disember 14, 2017

Lima hari direman tidak patahkan semangat Milo Suam terus perjuangan

Lima hari direman tidak patahkan semangat Milo Suam terus perjuangan
Penulis blog Milo Suam atau nama sebenarnya Yusof Al-Siddique Suratman dibebaskan hari ini selepas pihak polis melanjutkan tempohnya, tahanan reman selama lima hari.
Selepas pembebasannya Milo Suam menyatakan keazamannya untuk meneruskan perjuangan untuk menentang kezaliman dan penganiayaan terhadap penahannya.
“Penahan ini dirasakan satu kezaliman dan penganiayaan tetapi tidak melunturkan sama sekali semangat saya, sebaliknya menjadi pencetus untuk membakar semangat saya lebih kuat lagi, lawan tetap lawan,” ujarnya ringkas dalam video yang dirakamkan selepas beliau dibebaskan hari ini.
Beliau ditahan sekumpulan anggota polis Bukit Aman pada 8 Disember lalu kerana disyaki memuat naik gambar dokumen berupa kenyataan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Milo Suam ditangkap di rumahnya di Melaka.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya, anggota parlimen dan rakan-rakannya yang membantu memberikan sokongan sepanajang ditahan.
Dokumen tersebut adalah keterangan berkaitan kes penukaran status hartanah melibatkan bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi yang dihadapkan dengan 33 pertuduhan rasuah melibatkan RM30.3juta awal tahun ini.
Menteri Besar Johor ketika bercakap di Dewan Undangan Negeri Johor pada 4 Disember lalu, menafikan terbabit dalam sebarang salah laku atau penyelewengan. Beliau mendakwa tuduhan yang dikaitkan dengannya adalah fitnah.
Semalam, Pakatan Harapan Johor mempersoalkan mengapakah pihak polis masih belum membuat siasatan ke atas Menteri Besar Johor dalam kes skandal hartanah Johor sedangkan blogger Milo Suam yang dikaitkan dengan kes yang sama telah dilanjutkan tempoh remannya.
mdl
Picture

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive