Tidak wajar bermesra dengan Iran ketika Aleppo dibom

Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.Hadi bersama ulama Iran ketika Aleppo teruk dibom oleh tentera Basyar dan sekutunya termasuk Iran.Parti Amanah Negara tidak bersetuju dengan tajuk berita sebuah portal yang menyebut "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran" kerana bagi parti itu, menghadiri 'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pemimpin Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar.
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad,  dalam satu kenyataan berkata, ada portal berita yang telah meletakkan tajuk berita "Amanah pertahan lawatan Hadi ke Iran".
Namun, katanya apabila isi kandungan berita tersebut dibaca, tiada terdapat walaupun satu ayat yang menyatakan sokongan terhadap lawatan tersebut.
Menurutnya, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, sekadar menceritakan latar belakang program tersebut.
Ianya adalah program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu.
Apabila Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang ditanya pandangannya mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut, beliau menjawab "itu hak dia", kata Khalid.
"Presiden dan Penasihat Umum Amanah sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang lagi. Jawapan yang diberikan bukan satu pembelaan atau sokongan terhadap lawatan Abdul Hadi.
"Ianya sekadar jawapan ringkas kerana tidak mahu dilihat 'mengambil kesempatan' mengkritik tindakan Presiden Pas itu demi keuntungan politik," jelas beliau.
Bagi Khalid, memadai untuk dijelaskan bahawa Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Penasihat Umum Amanah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan.
"Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak hadir," kata Khalid yang dipercayai merujuk kepada persidangan yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Tehran baru-baru ini.
mdl
IKLAN BERBAYAR 
Image result for bukti gaji tone excel
Previous
Next Post »

11 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Disember 2016 11:44 PG delete

Hebat Tok Guru kita. Dalam penat-penat gagah bawa RUU355 ke sidang Dewan. Dalam sakit-sakit, sampai juga ke Himpunan Solidariti Ummah Untuk Myanmar. Baru lagi rasanya tengok gambar Tok Guru lelah pucat di sudut wad. Sedar-sedar sampai pula di Tehran . Dengar-dengar petah berucap menyatukan umat. Patutnya, baru lepas baik sakit, berehatlah. Belek kitab belek facebook di rumah saja. Macam Dr. MAZA, Dr Zuraimi dan Dr Juanda.

Persidangan di Tehran menyerlahkan segala-gala walaupun musuh nista. Dalam ramai-ramai negarawan muslim, Tok Guru kita yang didamba pandangannya. Dalam ramai-ramai ulama, Tok Guru kita dipilih berbicara di negara kuasa besar Islam sedunia. Bukan sebagai pendengar tetapi berdiri sebagai tokoh bicara. Krisis Bosnia, Perang Teluk , Perang saudara Afghanistan, sengketa Acheh, Konflik Yaman dan banyak lagi, Tok Guru kita dah jadi macam wakil PBB. Kalau ada Khalifah, beliaulah duta ke sana-sini. Siang bekerja untuk ummah. Malam mengabdi kepada Rabbi.

Ramainya orang sakit hati pada Tok Guru. Tok Guru dipukul disindir dari kedai kopi hingga bilik mufti. Kalau musuh politik satu cerita. Ini ilmuwan hadis berceramah di sana-sini bawa title Dr dan Phd pun nanar jiwanya. Aduh, sakit hendak memikirkan ini semua.

Pemergian Tok Guru nampak bercanggah dengan ketuanya di KUIS. Inipun dijadi hujah seolah kerja Tok Guru tak betul belaka. Merdeka jiwa ulama dari Kampung Rusila ini. Di negara kita, Tok Guru merdeka mengutarakan idea politiknya. Caci maki bertimbunan di media sosial tidak jadi kudis gatal mengganggu perjalanan siasahnya. Ideanya bukan sekadar membina agama. Malah kekuatan minda dan semangatnya mampu menyelamatkan bangsa dan negara. Tetapi pepatah ada berkata. Dekat berbau tahi,nanti bila jauh baru berbau bunga.

Hebat bacaan politik ulama haraki ini. Merdeka jiwanya demi Islam seantero dunia. Mata hatinya terang nampak permainan kuasa besar dunia dengan proksi. Perang dicetuskan umat yang jadi mangsa. Licik Mossad, licik CIA. Sedang merekalah dalang persengketaan kita. Media mereka memprojekkan pertembungan Sunni-Syiah. Umat kurang maklumat mudah terpedaya. Tapi Tok Guru kita nampak rencana mereka.

Apakah nanti Tok Guru dibidik oleh mereka? Setelah Tok Guru mendedahkan wajah sebenar di topeng durjana. Mereka tentu bimbang umat ini kembali bersatu. Pasti nanti Tok Guru kita dijadikan seteru. Puas hatilah musuhnya nanti, andai badannya kelak tersungkur diragut peluru?

Hebat Tok Guru kita di sisi manusia. Apalagi di sisi Allah Yang Maha Esa. Kita semua jadi saksi di akhirat nanti. Pasti. Moga Allah pelihara dan beri kesihatan kepada Sang Murabbi.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Disember 2016 12:03 PTG delete

Tok guru bangang.mula2 kata mewaakili kuis padahal kuis pun xtau last2 kena hentam dgn kuis. Lepas tu ckp mewakili pas pula.tok guru apa bohong cmtu.tok guru taik namanya..kahkahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Disember 2016 12:15 PTG delete

Ust. Ahmad Awang & Ust. Ghani juga dijemput ke Iran seperti Hadi, namun depa tolak
PENDIRIAN AMANAH BERHUBUNG KEHADIRAN KE MUKTAMAR PERPADUAN UMMAH DI TEHRAN

www.amanah.org.my

1. Ada portal berita yang telah meletakkan tajuk berita "AMANAH pertahan lawatan Hadi ke Iran". Namun apabila isi kandungan berita tersebut dibaca, tiada terdapat walaupun satu ayat yang menyatakan sokongan terhadap lawatan tersebut.

2. Presiden AMANAH Tn Hj Mohamad Sabu, sekadar menceritakan latar belakang program tersebut. Ianya merupakan program tahunan sempena Maulidur Rasul di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah hadir hampir setiap tahun sejak ianya dimulakan 30 tahun dahulu.

3. Apabila Penasihat Umum AMANAH Ustaz Ahmad Awang ditanya pandangannya mengenai kehadiran Abdul Hadi pada program tersebut, beliau menjawab "itu hak dia".

4. Presiden dan Penasihat Umum AMANAH sengaja tidak mahu menjawab dengan lebih panjang lagi. Jawapan yang diberikan bukan satu pembelaan atau sokongan terhadap lawatan Abdul Hadi. Ianya sekadar jawapan ringkas kerana tidak mahu dilihat 'mengambil kesempatan' mengkritik tindakan Presiden Pas itu demi keuntungan politik.

5. Memadai untuk dijelaskan bahawa Ustaz Ahmad Awang dan Timbalan Penasihat Umum AMANAH Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin telah juga menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan. Kedua-dua mereka bagaimanapun tidak hadir.

6. AMANAH berpandangan bahawa menghadiri 'Muktamar Perpaduan Ummah' dan beramah mesra dengan pimpinan Iran di waktu rakyat Syria khususnya di Aleppo dibunuh adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Adalah diharapkan degan penjelasan pendirian AMANAH ini dapat menjawab segala kekeliruan berhubung kehadiran di program Perpaduan Ummah di Tehran itu.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Disember 2016 12:16 PTG delete

Hanya hadi tolol yg pergi maklumla.pas = parti ajaran Syiah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Disember 2016 12:23 PTG delete

Mereka tidak dijemput sebenarnya, tidak ada dalam senarai.

Syiah ada mereata-rata, dalam PAN pun ramai, cuma belum ada pihak yang mempergunakan mereka seperti di Iran dan Syria.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Disember 2016 2:26 PTG delete

TGHA pergi atas Presiden Parti Islam SeMalaysia.

Ingat siapa dalang disebalik pergolakan di Syria.

Bersatu lah kita semua umat Islam.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Disember 2016 3:20 PTG delete

Siapa syiah dlm pan?cer sebutkan dan bserta bukti..kalau setakat tuduh kosong je xleh pakai.org2 bodoh dlm pas je blh percaya tuduhan bangang mcmtu.kikikiilikiki

Reply
avatar
23 Disember 2016 7:37 PTG delete

Tanpa nama 11.44..bukan main kau tahsub dgn tok guru kau..rumah tangga bercerai berai.. solat 2 imam.. sembelih org umno tak sah.. tragedi mamali.. kalau baca faham firman dan hadis.. semua isu di atas tok guru kau takde saham ke kat akhirat nanti utk di menjawab.ulamak asyik membawa kehancuran ulamak ke tu. boleh pergi ke iran ckp sbb tahu percaturan kuasa2 asing.. kenapa tak di terangkan di malaysia percaturan2 tu.. kenapa.. org malaysia bodoh2 isu luar negara.. hanya org2 iran je cerdik.. banggang tok guru kau tu.. boleh ckp.. jawatan tu bukan dia yg mintak. Kuis yg lantik.. sombong dan bongkah betul tok guru kau itu..apakah itu nada seorg ulamak..bila tersepit...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 Disember 2016 11:33 PTG delete

Elok la dah duduk depan cermin tu tengok la dalam-dalam diri sendiri, adakah diri sendiri dah cukup bagus untuk memberi pandangan pada orang lain.

TGHA boleh mewakili PAS atau KUIS, pasal jawatan tidak penting, yang penting ialah pendirian dan prinsip.


Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
25 Disember 2016 3:49 PTG delete

Walaun tolol ayatollah hadi Parti Ajaran Syaitan.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26 Disember 2016 10:47 PG delete

Bongok betul walakontol diatas.xfaham aku taraf bongok walaun mcm ni masih wujud lg.kalau mcmtu lebih baik kata hadi mewakili israel.kahkahjahkahjahjah

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes