PANAS!! : JANGAN JUAL NAMA ARWAH TUAN GURU NIK AZIZ UNTUK TUTUP KELEMAHAN KERAJAAN PAS.

Husam MusaHusam Musa

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa mengingatkan ahli Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Anuar Tan Abdullah supaya tidak 'menjual' nama mantan Menteri Besar Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi melindungi kelemahan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang bermasalah.

Ini kerana keputusan-keputusan perniagaan syarikat-syarikat terbabit dibuat setelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak lagi menjawat Menteri Besar.

Merujuk kenyataan media Anuar Tan pada 3 November lalu, Husam menegaskan "rela menjadi harimau terluka kerana diburu" daripada melindungi unsur penyalahgunaan kuasa kerajaan negeri sekarang yang berlaku dalam berbagai cara dan skala.

Menyentuh tentang isu Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK), beliau mengingatkan bahawa transaksi KPK dan syarikat pembalakan Souncern diputuskan oleh Lembaga KPK pada 18 Mac 2014.
"Hampir setahun selepas Tok Guru tidak lagi menjadi MB. Tok Guru tidak menjadi MB sejak Mei 2013. Kenapa nak ‘jual’ nama Tok Guru? Ini lah sebenarnya cubaan memalukan Tok Guru.
"Perkara buruk hendak dilindungkan di belakang Tok Guru. Orang lain mendapat manisnya pada masa sekarang," kesal beliau.

Menyentuh isu Ladang Rakyat, Husam berkata banyak aspek yang boleh diberikan teguran namun jika kerajaan negeri berpuas hati dengan harga pajakan yang begitu rendah dan pihak lain mendapat keuntungan besar, beliau tidak boleh berbuat apa-apa.

Bagaimanapun beliau sekali lagi mengingatkan Anuar Tan agar tidak melindungi kelemahan pengurusan projek Ladang Rakyat dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz.

"Tidak adil dan tidak bersopan untuk mengaitkan semuanya dengan Tok Guru yang telah meninggal dan tidak lagi mampu menjawab semua ‘tuduhan’ YB Dato Haji Anuar Tan itu," tegasnya.
Husam juga kesal kerana Anuar Tan sanggup menggadaikan kredebiliti beliau dengan hujah-hujah murahan.


Kenyataan penuh Husam boleh dibaca di ruang rencana  Malaysia Dateline.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Image result for banner iklan GAJI tone excel

Previous
Next Post »

2 ulasan

Write ulasan
Nobody
AUTHOR
4 November 2016 9:33 PTG delete

Salam semua,

Teruknya PAS Kelantan ni. Tak reti memerintah dijualnya nama Almarhum Nik Aziz!!!

Kalau gagal je menyorok belakang Nik Aziz. Memalukan Nik Aziz je.

HAji Hadi sekarang kata pintu rundingan terbuka nak 1 lawan 1. Dengan orang yang dilabel kafir harbi, pengkhianat, munafiq haraki, barua, jebon, syaitan dan sebagainya, kenapa???

Sebab si bodoh tu malu kena tipu dengan UMNO!!!

Itu pun penyokong PAS tak sedar-sedar lagi ke???

Itu pun kalau Najib janji lagi, tertipu lagi Hadi tu!!!

PAdan muka korang jelah penyokong PAS, berketuakan orang bodoh nak buat apa???

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 November 2016 10:53 PTG delete

Pas kelantan merompak balak guna nama tgna....busuk nya pas kelantan ni.patutla nk berbauk semula ngan ph...dah kena kencing dgn umno br sedar diri tu bodoh...alangkah silapnya kalau ph terima semula pas...ph sila pikir sejuta kali..

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes