Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, September 09, 2016

DENGAN KEMASUKAN YB HUSAM, PARTI ISLAM (AMANAH) MELONJAK NAIK

Keputusan Husam menyertai Amanah disambut gembira rakyat Kelantan.Keputusan Husam menyertai Amanah disambut gembira rakyat Kelantan.

Golongan usahawan dan belia di Kelantan menyambut baik keputusan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dan menganggapnya sebagai satu 'cahaya' kepada rakyat Kelantan.

Mereka yang ditemui yakin Datuk Husam bukan sekadar mampu mengukuhkan kedudukan Amanah di negeri ini malah diharap dapat mengemukakan idea-idea baru untuk kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan.

Nik Faizah Nik OthmanNik Faizah Nik OthmanPengedar kereta mewah Nik Faezah Nik Othman, 40, berkata walaupun tidak mengenali rapat Husam, namun sebagai usahawan beliau sentiasa mengikuti tindak tanduk ahli politik itu sejak lama dahulu.
"Dulu saya aktif sebagai anggota Puteri Umno tetapi saya amat tertarik mengikuti idea-idea yang diketengahkan Datuk Husam ketika beliau menjadi ahli Parlimen dan kemudian sebagai exco kerajaan negeri Kelantan.

"Kritikan beliau di parlimen menyentuh hati saya kerana apa yang selalu dibangkitkan beliau berkaitan dengan perborosan dan pembaziran kerajaan yang menyebabkan ekonomi negara dalam keadaan tidak stabil," katanya.

Menurut Nik Faezah, apabila Husam  diturunkan untuk bertanding di Dun Kijang pada pilihan raya 2004 , ramai yang menjangkakan arwah Tuan Guru Nik Aziz bercadang meletakkan beliau sebagai Menteri Besar.

"Sejak itu, saya mengikuti perkembangannya sebagai exco kerajaan negeri dan mendapati  beliau seorang yang berkebolehan untuk merancang program-program ekonomi dan kebajikan rakyat," katanya.

Berkenaan keputusan Husam menyertai Amanah beliau berkata pilihan ini amat sesuai dengan perkembangan politik peringkat negeri dan nasional.

Di peringkat negeri, kerajaan dilihat semakin hilang kemampuan dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah rakyat.

"Rakyat Kelantan terus tertekan dengan harga barang yang melambung tinggi dan gaji rendah kerana tiada industri produktif tinggi yang dikembangkan kerajaan.

"Rakyat juga terus terhimpit akibat tiada peningkatan infrastruktur seperti lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang yang sesuai dengan keperluan semasa," katanya.

Dzul AzimDzul AzimSeorang belia yang ditemui Dzul Azim, 25, berkata penyertaan Husam dalam Amanah menjadi pendorong dan sumber inspirasi kepada belia Kelantan.

"Rekod Datuk Husam semasa beliau menjadi exco masih diingati para belia dan golongan kurang bernasib baik di negeri ini.

"Walaupun Datuk Husam ditohmah kononnya membawa projek-projek gagal namun usaha beliau mengemukakan hasrat rakyat Kelantan amat mengkagumkan," ujarnya.

Menurut Dzul, projek-projek yang masih terkesan di hati orang ramai adalah kerahan beliau untuk rakyat Kelantan menuntut Royalti.

"Beliau jugak mencadangkan pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan stadium negeri di Bukit Merbau Pasir Putih," katanya.

Tambah Dzul, walaupun projek-projek tersebut tidak terlaksana selepas Husam dipinggirkan, nama beliau tetap dalam ingatan rakyat kerana mengemukakan idea berani yang memang menjadi hak negeri Kelantan.

Dengan menyertai Amanah kata Dzul, Husam dijangka mampu melonjakkan parti itu untuk diterima rakyat.

Ini katanya amat  sesuai dengan perkembangan semasa apabila Umno dan Pas sedang menghadapi saat menurun yang tidak mampu diperbaiki.

"Pas dilihat kembali kepada parti retorik yang berbincang perkara-perkara konsep tetapi tidak dilihat memberi penyesaian kepada masalah-masalah harian rakyat.


"Umno pula kini dilihat sebagai parti perosak negara dengan munculnya skandal-skandal rasuah berskala antarabangsa membabitkan pemimpin utamanya," katanya.

mdl

Image result for satu peluang hebat IKLAN DAPAT DUIT

IKLAN BERBAYAR

 Buat Wang Banyak Dengan Membeli Lot Iklan Biz55DotCom


BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400

2 LOT AKAN DAPAT RM800

10 LOT AKAN DAPAT RM4000

100 LOT AKAN DAPAT RM40,000

DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00 

BERMINAT

BOLEH LAYARI

http://biz55.lot.my

12 ulasan:

  1. Parti pigs pulak melonjak melingkop.kahkahmah

    BalasPadam
  2. Lonjakan undi cina memang dah terbukti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam En. Ir Anonymous,

      Kata pergi oversea. Rupa-rupanya over sana sini je!!!

      Hahahaa!!! Dasar parti dilaknat Allah dengan gelaran PIGS. Menipu je kerjanya!!!

      Padam
    2. Wanrosli pergi oberse??!!kahkahkah.walaun bangang ni g oberse wat apa.ngabiskan beras je.kahkahkah.alasan je tu cabut lari dr kena gasak.kahkahkah

      Padam
    3. Kahkahkahkah wan rosli lebong lari kat blog lain..tak sgup kena bantai..kahkahkah

      Padam
  3. Cian tgk wanrosli xda idea,tulis bodo2 pun kene bantai juga
    Hahahahaha

    BalasPadam
  4. Tak nak mengaku pun tak pe.. Org semua tahu dah.. Cer tgk undi Sg Besar dan Kuala Kangsar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prk sg besar dan kuala kangsar tpt tradisi Pas bertanding ttp kalah sokmo walau parti dah tua bangka lebih 60thn.

      Parti Lebai dan walaun pigs pemakan dedak yg tk diredhai Allah dulu, kini dan selamanya krn menjual agama utk kepentingan diri.

      Padam
    2. Islam versi PAN merangkumi:

      a. Doa
      b. Fitnah

      Selain di atas akan dianggap oleh PAN sebagai telah menjual agama..

      Sebab itu kini harbi pun dapat merasai bahawa islam versi PAN memang selari dan sesuai sangat dgn kefahaman harbi itu sendiri tentang islam.. malah mungkin boleh mencapai sehingga ke tahap harbi sendiri pun merasakan bahawa mereka sudah pun islam; jika islam versi PAN inilah yg menjadi sandaran harbi..

      Patutlah G18 amat marah pabila majoriti ahli PAS tak mahu langsung mengikuti jejak langkah mereka utk masuk PAN! Kerana PAN masih menyangka bahwa semua org perlu tunduk kpd harbi spt mereka! Rupanya PAN tak perasan pun yg sebenarnya selama ini hanya PAN sahaja yg tergamak utk tunduk kpd harbi! kih kih kih..

      Sebab tu dalam PAN boleh:

      a. Biarkan tonggang arak secara terang2an spt acara Octoberfest selagi mursyidul am PAN redha dan langsung tidak bersuara!

      b. Perjuangkan hak2 pengamal LGBT asalkan PAN boleh meraih sebanyak mungkin akan sokongan bukan islam serta harbi!

      c. Perjuangkan hak2 pengamal murtad kerana PAN sedar bahawa ianya adalah amat selari dgn perjuangan harbi yg dikasihinya!

      d. Fitnah parti islam dgn melanggar sumpah bai'ah kerana katanya parti islam telah "mengkhianati" rakyat walaupun secara faktanya ialah G18 yg kecewa lantaran tewas dalam muktamar parti islam lalu menubuhkan PAN!

      e. Fitnah para pewakaf dgn merampas harta wakaf sebab org2 yg telah wakafkan harta kpd parti islam sejak dulu samada yg masih hidup atau yg telah mati "sudah pun tahu" bahawa G18 akan keluar parti islam lalu "ditukar" hak wakaf kepada PAN!

      f. Fitnah dgn membuat ramalan tok nenek mereka jika sipolan2 itu dan ini masih hidup adalah diyakini akan masuk PAN!

      g. Fitnah parti islam berUG dgn UMNO tapi jika PAN dgn parti harbi tidak mengapa!

      h. Fitnah ada 10 ADUN akan lompat parti tapi jika tak menjadi kenyataan PAN hanya perlu buat muka bodo!

      i. Membentak seorang mufti kerana menyokong RUU 355 tapi jika harbi MENENTANG RUU 355 tak mengapa kerana ini yg PAN katakan rahmatal lil aalamiin!

      j. Fitnah parti islam habis2an dgn hanya bersandarkan berita dari sumber asing SR. Almaklumlah kini sumber tersebutlah yg kini diimani oleh PAN berbanding sumber dari alQuran yg terang2 perintah org2 beriman agar melaksanakan hukum Allah. Ini juga lantaran PAN amat takut (berbanding takut kpd Allah) jika nak laksanakan hukum Allah kerana pasti mendapat tentangan hebat dari golongan harbi yg dikasihi serta ditunduki mereka!

      Sekian seadanya kehidupan terkini para sang pengkhianat!!

      Padam
    3. Apa ko merapu ni wanrosli.bukti video matsabu tolak hudud pun dah setahun xda lagi,mau fitnah lain ker wanrosli. Tulurrrr mana Tulurrrr

      Padam
    4. Kih kih.. Prestasi PAN terkini.. "Kekuatan" PAN kini hanya bergantung pada kekuatan org yg telah tiada.. walaupun anak arwah sendiri sudah menafikan.. tapi apakan daya.. masih mengharap benda yg tak pasti dek akal.. apakah kekuatan lagi yg mereka ada selain itu?.. Kesian dan simpati jugak dibuatnya..

      Silalah PAN jawab dimanakah lagi kekuatannya? Di keris nya kah? Di huruf fa' nya kah? Di perempuan yg nak tangkap MO1 nya kah? Ataupun di dubur LGBT nya kah?

      Bagaimanapun, terima kasih jua buat PAN kerana masih dan terus menerus mengiktiraf tokoh PAS yg sehingga akhir hayatnya istiqamah bersama PAS (selari dgn apa yg disarankan oleh Presiden PAS sendiri yg amat dikasihi iaitu istiqamah bersama islam hingga kemenangan!).

      Di harap mursyidul am PAN tidak pula berkecil hati dgn sanjungan2 PAN terhadap tokoh PAS yg telah pulang kerahmatullah itu. Apakan daya, kemungkinan beliau sendiri tidak akan mengakhiri hayatnya di dalam PAS! Kan jauh bezanya tu antara mereka berdua! Satu yg telah tunduk kpd islam manakala yg satu lagi pula mungkin akan terus tunduk kpd harbi!

      Padam
    5. Perjuangan Pas dibwh Hadi adalah membuncitkan perut lebai pigs, makan elaun dan dedak haram duit rompakan rakyat terbesar dunia.

      Parti Auta Semalaysia aka PIGS

      KAH KAH KAH

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...