ALHAMDULILLAH!! : DATUK HUSAM MUSA AKAN UMUM MASUK PARTI ISLAM (AMANAH) MALAM INI..

Majlis makan malam Amanah bersama Datuk Husam Musa malam iniMajlis makan malam Amanah bersama Datuk Husam Musa malam ini


Teka teki hala tuju politik Datuk Husam Musa bakal berakhir malam ini apabila beliau akan membuat pengumuman penting dalam satu majlis anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Cyberjaya malam ini.

"Malam esok, bertempat di Cyberjaya, sebagai tetamu makan malam sebuah pertubuhan, saya berhasrat menamatkan masa penantian saya," kata beliau dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam.

Selepas hampir empat bulan menurut beliau, nampaknya tidak ada sebarang isyarat untuk diterima semula (oleh Pas).

"Tiada semakan atas pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada Presiden Pas tidak berguna apa-apa," katanya.

Menurut kaedah Islam katanya, berdiam diri bukan pilihan.

"Al Qur'an menggelarkan orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al Qa'idun.
"Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur," katanya.

Berikut kenyataan penuh beliau yang telah viral dengan meluas dalam media sosial:

Esok, Saya Menyarung Jersi Baru

Kini, menghampiri empat bulan saya terpecat dari Pas.

Dalam tempoh itu, nampaknya tidak ada sebarang isyarat saya diterima semula. Tiada semakan atas pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada Presiden Pas tidak berguna apa-apa.
Saya menikmati tempoh bertenang. Sambil menemui anggota masyarakat untuk bertanya pandangan mereka. Terburu-buru adalah dari syaitan, kata Nabi s.a.w.

Memerhatikan apa yang berlaku. Merenung dan mencari petanda-petanda pedoman.
Nyata, negara menuju keadaan yang lebih kritikal dari sebelumnya.

Negeri kelahiran saya juga, tidak menjadi lebih baik selepas ombak pengislahan bermula 1990.
Wadah yang saya harapkan dulu, se akan telah 'terjual'. Tertambat dengan kejumudan tanpa inovasi, takwilan nas di luar relevansi, pelabelan dan syok sendiri, membelakangkan budaya argumentasi tetapi mengutamakan emosi, laungan tidak sama dengan aksi, terikat dengan umpan politik lawan dan gagal menerapkan agenda perjuangan yang lebih luas meliputi.

Berdiam diri bukanlah pilihan. Al Qur'an menggelarkan orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al Qa'idun.

Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur.
Saya?

Mencari gua persembunyian dari kelelahan perjuangan akan sia-sia. Berpaling kerana kecewa belum diberikan kejayaan perjuangan, adalah sama dengan apa yang dialami Nabi Yunus a.s ketika ditelan ikan dalam lautan. Tiga kegelapan menyelubungi baginda sebagai pengajaran untuk kita.
Sesekali, ketika fikiran terlintas untuk berehat dari mendayung perjuangan kerana digempur keberatan bebannya, kebimbangan atas pedoman Al Qur'an melalui kisah Yunus a.s itu menerpa.
Dunia bukan tempat istirehat.

Bersendirian? Juga bukan pilihan.

Empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang.

Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding mencuba merealisasikan: Islam Adalah Penyelesaian.
Yang lama dilaungkan tetapi belum menjadi realiti. Yang pernah sebahagian menjadi realiti, tetapi kini kabur semula.

Saya mencapai ketetapan, perjuangan Islam bukan hanya milik satu pihak, apa lagi satu parti.
Malam esok, bertempat di Cyberjaya, sebagai tetamu makan malam sebuah pertubuhan, saya berhasrat menamatkan masa penantian saya.

Dan mengumumkan parti baru pilihan saya.


Husam Musa
29 Ogos 2016
26 Dzulkaedah 1437

mdl

IKLAN BERBAYAR

 Buat Wang Banyak Dengan Membeli Lot Iklan Biz55DotCom


BUAT INCOME PASIF HANYA BERMODAL RM55 SAHAJA.

BELI LOT IKLAN DENGAN BIZ55DOTCOM

HARGA RM55 BERSAMAAN 1 LOT

PULANGAN YANG MEMBELI LOT DENGAN BIZ55DOTCOM

1 LOT AKAN DAPAT RM400

2 LOT AKAN DAPAT RM800

10 LOT AKAN DAPAT RM4000

100 LOT AKAN DAPAT RM40,000

DAN SETERUSNYA..

JIKA NAK JADI JUTAWAN BELILAH 3000 LOT AKAN DAPAT RM1,200,000.00 

BERMINAT

BOLEH LAYARI

http://biz55.lot.my 
Previous
Next Post »

14 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 12:31 PTG delete

Husang nak masuk parti ternakan dapig's.....kahkahkah......masuk lah oooiiiiii.....kenapa lama sangat......tunggu pinangan tak datang2....kahkahkah.....parti ternakan dapig's
jugak yang dipinang husang.......kahkahkah.....habislah puak2 mat sabu....adakah parti ternakan dapigs akan bertambah kuat?.......sama je......semua nya akan jadi keldai......kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 12:57 PTG delete

Alhamdulillah. Lebai dan macai Pigs mula kepanasan.kahkahkah

Pigs penjual agama akan tersungkur di Kelantan dan seluruh Msia.

Parti Auta Semalaysia aka Pigs

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 1:39 PTG delete

Berangan la korang......kahkahkah.....kena lebong belaka.....kuikuikui

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 2:05 PTG delete

Kena lebong dgn lebai dan macai Pigs penjual agama.kuikuikui

Parti Auta Semalaysia aka Pigs

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 2:11 PTG delete

Ada lagi 13 hari lgi..kita tgok pigs nk saman sr ke tidak..takat rahim pnya hal tu taklah sbesar aji sotong yg bdegar nk saman sr..klau tak juga kompom pigs nyondol bodoh je.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 2:13 PTG delete

Oopp razali..bukn rahim.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 3:55 PTG delete

Xkan berani nye pas nk saman.dlm pas tinggal golongan bangang je semua mane de berani nk saman kat luar negara plak tu...dlm negara pun kecut telor inikan pula luar negara.kahkahkah.pas @ pigs mana ada telor

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 3:56 PTG delete

Pigs lagi hebat dr dapigs.kahkahkah.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 4:00 PTG delete

Mana wanrosli pigs ni.xkan nangis kot kene gasak.kahkahkahkahkah.lap ngan tisu ek.kahkahjah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 4:57 PTG delete

Nampaknya tinggal yg tongong dan walaun buta kayu jealah dlm ikatan pigs...kehkehkehh...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30 Ogos 2016 9:57 PTG delete

Tak pernah terfikir aku pas yg hebat dulu masa zaman arwah nik aziz boleh jadi bangang dan tolol mcm skrg...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
31 Ogos 2016 10:13 PG delete

Mana walaun buta kayu ni...dah penat lawan hujah ker...dgn keluarnya geng profesional drp pas, maka pas kembali menjadi parti 70'an...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1 September 2016 12:05 PG delete

Walaon pas semua xdak telor..tengah nangis kene bantai hujah.kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 September 2016 2:11 PTG delete

Sianye wanrosli terus kecut telorrrrr.alololoo wanrosli.kahkahkahkau

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes