PANAS!! : PARTI PAS KEMUNGKINAN AKAN DITOLAK RAKYAT PRU14

Pas


SHAH ALAM - Pas dijangka akan ditolak rakyat jika terus memilih untuk bergerak sendirian.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ia berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu.

“Pengaruh Pas di Selangor terbatas. Jika Pas tidak bersama Pakatan Harapan atau bersendirian pada PRU akan datang, mereka mungkin akan ditolak rakyat dan tiada dalam Kerajaan Selangor pada masa akan datang.

“Kalau Pas bergerak sendiri dan bertanding di semua kawasan misalnya, undi akan berpecah dan ini akan menguntungkan BN," katanya kepada Sinar Harian.

Namun menurutnya, jika Pas mendapat bantuan Umno, Pas akan lebih kuat menyaingi Pakatan Harapan.

"Cuma Umno dan BN perlukan kompromi untuk bekerjasama kerana Pas tidak akan bekerjasama dengan BN jika ia tidak menguntungkan.

“Saya rasa Pas tak akan bergabung dengan Pakatan Harapan. Tapi, apa pun boleh jadi dalam politik. Jika BN atau Pakatan Harapan mahu bekerjasama dengan Pas, perlulah berkompromi dengan tuntutan Pas,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Othman berkata, Pas harus membuat keputusan sama ada ingin bersama pakatan pembangkang atau BN memandangkan mereka sukar untuk berdiri bersendirian.

“Ini kerana setiap kali pilihan raya pastinya berlaku persaingan tiga penjuru dan ia pasti beri kelebihan kepada BN.

“Berdasarkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas bukan ingin memerintah tapi berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, langkah seterusnya yang lebih logik dan strategik adalah penggabungan semula Pas dan Umno seperti sebelum ini.

“Ia pasti akan mengukuhkan kedudukan kerajaan BN dan politik Melayu Islam secara keseluruhannya.

“Kedudukan Pas di Selangor pun menjadi tanda tanya kerana pada masa sama, Pas bersaing dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya baru-baru ini,” katanya.

sh

Cara gandakan simpanan wang

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!

income-online
Previous
Next Post »

18 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Julai 2016 5:28 PTG delete

Aku lebih suka PAS bergabung dengan BN sebab BN besssst.... PAS lagi besssst.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Julai 2016 6:31 PTG delete

Betul tu.buat pe pas main drama lagi.masuk le bn cpt2 dedak byk ooooo masuk bn kayorayo smpi mampus duit x abis.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1 Julai 2016 7:10 PTG delete

Setuju.perompak bgabung ngan perompak boleh merompak lagi hebat kuat dasyat...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2 Julai 2016 11:23 PTG delete

Kamu semua silap...pascai x akan masuk be end...cukup sekadar dia jadi pengacau dan penyelamat umngok utk terus kekal bkuasa...itu pendapat aku, x setuju korang punya pasallah...hihihii..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Julai 2016 9:55 PG delete

Mmg btl tu,tu cara pis selamatkan bn.byk dedak pis dpt oi mkn 7keturunan x abis.rakyat kelantan miskin paoa kedana jua..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Julai 2016 8:15 PG delete

Sejak dah kamcing dgn Tun M, kini sikap PH berubah dari benci (kononnya) kpd perasuah, kini bersolidariti bersama perasuah pula...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Julai 2016 8:53 PG delete

Sejak kamcing dgn Najib kini sikap pas berubah dari benci (kononnya) kpd syg perasuah 2.6b,kini menyokong kuat bersama perasuah pula....pas parti dedak...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Julai 2016 4:35 PTG delete

Kasihan dato sri khir toyo.. tak de org nak bersolidariti dgn dia dulu walau utk kes yg agak sama...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Julai 2016 1:29 PG delete

Pas apa lagi.kan dah jadi barua umno.blhla bersolidariti dgn kir toyol.kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Julai 2016 1:30 PG delete

Kir toyol jgn risau,kini pas dah jadi macai umno.Pas akan support kir toyol utk menang pru akan dtg

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Julai 2016 10:22 PG delete

Jangan risau PAN.. PAS takkan jd bangang mcm PH utk bersolidariti dgn perasuah lama dan perasuah baru!!.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Julai 2016 9:14 PTG delete

Kahkahkah.bodohnya macai bn.lge belum dibicarakan lagi.xjatuh hukum lagi salah atau x.bukan mcm pas.khir toyol jelas salah pun masih mau sokong.kahkahkahkahkah

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
8 Julai 2016 9:22 PG delete

Ye ke? Kalau nak bicara pasal dedak @ RASUAH.. jom baca di bawah..

Patutlah PH tak berapa minat dengan Kanun Jenayah Islam yg dibawa ke parlimen oleh TGHH yg mana diyakini akan memasukkan sekali kesalahan RASUAH di masa hadapan..!!

Rupa2nya PH ada cara tersendiri utk menghapuskan dosa RASUAH.. yg mana si peRASUAH hendaklah terlebih dahulu bersekongkol dgn PH; kerananya dosa RASUAH mereka bolehlah disapu begitu sahaja terus ke bawah karpet PH..
Kenapa? Tak percaya ke? Betul ke ni masih tak percaya??
Cer perhatikan Tun M dan tok guru PAN LGE.. bukankah mereka kini sudah pun dibersihkan dari RASUAH oleh PH?..

Manakala 'kesilapan' khir toyo pula ialah tak mahu dan amat malu nak bersekongkol dgn PH lantaran amat bertanggungjawab atas kesilapan beliau.. bukan macam tok guru PAN yg dianggap maksum oleh PAN.. Mursyidul Am PAN pun mungkin tak semaksum tok guru LGE!!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Julai 2016 11:45 PG delete

Tulis alasan lagi.aku tanya ni mana video matsabu tolak hudud??????

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
11 Julai 2016 9:47 PTG delete

Kahkahkah.agak dah mesti wanrosli kasi alasan.lagi.kahkahkahkahkah..mana video nya....kahkahkahkahkah

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
12 Julai 2016 1:29 PG delete

Ingatkan dah tgk, blm rupanya

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
12 Julai 2016 8:59 PG delete

Nk tgkla ni tp mana video nya?

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes