Iklan Penaja 1

Khamis, Jun 02, 2016

PRK SG BESAR : PARTI ISLAM (AMANAH) CALON PAKATAN HARAPAN.

Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar menerima watikah pencalonan dari Dr Wan Azizah bagi mewakili Pakatan Harapan dengan diperhatikan oleh pemimpin Amanah dan DAP. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.

Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan meletakkan calonnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ia ditubuhkan beberapa bulan lalu selepas hancurnya Pakatan Rakyat, kata ketua sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah.

Ketika berucap di majlis pengenalan calon mereka malam tadi, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pilihan raya pertama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Amanah, PKR dan DAP meletakkan calon rasmi mereka.

"Ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah," kata Saifudin ketika berucap memperkenalkan Azhar Ab Shukur di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar malam tadi.
Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Azhar calon Pakatan Harapan di Sungai Besar. Gambar Malaysia Dateline oleh Nazri Abdullah.Selepas ditubuhkan, Amanah, DAP dan PKR menyertai pilihan raya negeri Sarawak namun ia atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan.

Ada antara calon-calon mereka bertembung antara satu sama lain misalnya antara PKR dengan DAP.

Istilah calon Pakatan Harapan digunakan oleh kesemua pemimpin yang berucap. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memulakan istilah itu dan dengan tegas berkata "Ini adalah calon Pakatan Harapan.".

Baju rasmi Pakatan Harapan yang mempunyai tiga jalur, oren, biru PKR dan merah DAP mula dipakai buat pertama kalinya dalam majlis malam tadi oleh sebahagian pemimpin yang hadir.

Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut berucap berkata, ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah.

Azhar diperkenalkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam majlis yang penuh sesak dengan para penyokong ketiga-tiga parti Pakatan Harapan malam tadi.

Ia juga diikuti secara langsung oleh lebih 1500 penonton video melalui Facebook Amanah di samping ribuan lagi yang mendengarnya melalui radio internet, DPedas.fm.

"Suasana ini mengulangi ketika Pakatan Rakyat diperkenalkan buat pertama kalinya dahulu. Suasana itu kini kita dapat kembali," kata Mohamad yang berucap memperkenalkan calon itu.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang turut berucap memberikan jaminan, pemimpin DAP akan berada setiap hari dalam kawasan pilihan raya kecil yang mempunyai 33% pengundi Cina ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan.

Turut berucap adalah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan naib presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Dengan pengumuman ini, pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Sungai Besar iaitu Pakatan Harapan melawan calon Barisan Nasional yang diwakili Budiman Radhi dan calon Pas Dr Rani Othman.

Malam ini, Pakatan Harapan akan memperkenalkan calon mereka di Kuala Kangsar pula.
Kedua-dua pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian ahli parlimen mereka dalam kemalangan helikopter ketika berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Penamaan calon akan diadakan 5 Jun ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 18 Jun ketika umat Islam sedang berpuasa.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

41 ulasan:

  1. Alhamdulillah.xla mcm dr rani br umum dah serang matsabu baling mic.inilah akhlak Amanah x meburuk caci maki berbanding pas kata bwk islam tp sentiasa caci maki sesama islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah mmg baling mike...slefie...malah lbh rela mkn babi...xcaya tanya kak mah

      Padam
  2. Zaaassss.....kata nak letak mat sabu? Takut kalah ke atau takut tak cukup mic...kahkahkah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak haadi laa kalau nk lwn matsabu

      Padam
    2. Dengan Dr Rani pun mike sabun kecut telor nak lawan TGHA?...kahkahkah....mmg mike sabun takut dengan Dr Rani...kahkahkah....tapi mike sabun takut lagi dgn lks/lge.....kahkahkah.

      Padam
    3. Tunggulah Kat marang nanti pru14 hadi buncit pasti kalah..jgn mimpi boleh menang mcm dulu2 lagi...org2 jahil saja yg hormat hadi munafik tu.

      Padam
    4. Klu la.tokong pakai baju melayu aku x taula.camner melangit barua2 memuji tokong yg maha bijaksana dan maha menyantuni...belum pakai baju melayu pun dh anggap mcm umar abd aziz

      Padam
    5. puak2 yang malu pada agama sendiri.lebih memuji kafir dari seagama.

      Padam
    6. Puak2 pas la kecut menikus dgn mca mic gerakan.pas jd macai mca plak.kahkhkah

      Padam
  3. Kemana Azmin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azmin pergi jumpa hadi, merayu supaya pas masuk ph.kahkahkahkah.azmin dan hadi 2x5 elok diorg buat satu lagi blok keempat.kahkahkah

      Padam
    2. Aiikk, kata PH dah kuat, mimpi disiang hari laa korang kalau nak srh PAS masuk PH, kalau korang nak jugak dengan PAS mari join block ketiga.....PH gabungan sarkas je....kuikuikui

      Padam
    3. Aaik.setahu aku pas yg gebang lebih kata kuat hebat dasat boboiboy..skrg br ku tau pas mmg kuat sbb pakai 2 keris.kuikuikui

      Padam
    4. Pasik pulak gabungan keris.kahkahkah

      Padam
    5. Eh.silap.gabungan bow tie LA.ops.kuikuikui

      Padam
    6. Hahahaha....habis tu kenapa terhegeh-hegeh pujuk PAS masuk PH.....gabungan golongan manusia sombong dan ego....kahkahkah

      Padam
    7. Keris takpe jangan gabung ego campur angkuh sudahlah....kuikuikui

      Padam
    8. Gabungan kafirun dan munafikun....

      Padam
    9. Aik.bila pujuk pas dilabel sbg angkuh.alahai kepala otak macaipas awat bodoh sesangat.kahkahkah.mstla pkr usaha pujuk pas sbb pas sebahagian krjn selangor.pas pula apasal xnk letak jwtn selangor, Kata pkr tolak hudud.letak LA jwtn kalo berani.jwpnnya "kecut telo"..kuikuikui

      Padam
    10. Gabungan pasikontol

      Padam
    11. Blok ke 3 adalah satu gabungan yg kukuh dan pas yg punyai keahlian 60,000 org dan ikatan 79 org..kah kah kah

      Padam
    12. Agak2 tokog pakai baju melayu camner barua2 memuji2 tokong...boleh bagi hint pujian2 x

      Padam
    13. puak malu pada agama sendiri lebih memuji kafir dan bernapsu menfitnah seagama. dap kata nak tarik diri dari kjaan selangor tapi takut pulak. puak malu pada agama sendiri org lain dia nampak tapi dap dia tak nampak

      Padam
  4. Ketua umum atau ketum Pan merangkap pembaca doa dimajlis-majlis PH....kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketua fitnah pil kuda potong kek ijau putih guna keris kontot kahkahkah

      Padam
    2. Belum campur keris dlm seluar tu lagi tajam keris hadi tu potong kek nt bselemuih kek Kat keris kontot hadi.kuikuikui

      Padam
    3. Mike sabun kecut telur dgn Dr Rani.....kahkahkah....

      Padam
    4. Hadi kecut telor dgr mca Mic gerakan bantah ruu.kecut telur, taik pun xmau keluar.mmg barua mca Mic gerakan Si Hadi ni.kahkahkah

      Padam
    5. Agak2 klu jamuan raya nnt tokong hidang lauk.babi dgn lauk ayam...agak2.korg barua terkm lauk mana dulu?

      Padam
    6. tiada bukti pas takut pada mca mic gerakan dan supp tapi pan khadam dap terserlah buktinya. dap pun pas tak takut bukan macam pan puak malu pada agama sendiri

      Padam
  5. Bagus2.. komen2 di atas tidak ada yg menyentuh DAP.. so PAN tidaklah melenting..

    opsssss terrrrsebut DAP tanpa sengaja lagi.. sori PAN!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2 klu tokong pakai baju melayu...mesti seronokkan? Apa agaknya pujian2 barua akan beri

      Padam
    2. Pujian 1...umar abd aziz

      Padam
    3. Pujian 2...tokoh maal hijrah 2019

      Padam
    4. Sori...maal masihi 2019...waktu tu tahun hijrah dah dihapuskan atas arahan tokong krn unconstitutional

      Padam
    5. Pujian 2. Muktamar badut keris.kahahkah

      Padam
  6. Tokong ada ramai khadam dari kalangan bangsa Melayu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedih bangsa melayu lebih suka jadi khadam dap dari menjadi hamba allah swt

      Padam
    2. Dedak punya pasal....melayu yang munafik akan lemah dgn dedak dap...

      Padam
    3. Lagi sedih pas jd khadap mca mic gerakan dan tuan besarnya umno.kahkahkah

      Padam
    4. Pas keris khadam mcamicgerakan.kahkahkah.tukarla logo parti tu letak gambar keris mcm logo bn.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive