Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Jun 11, 2016

PENGAKUAN PANAS!! : DARI KETUA PEMUDA PAS

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh (tengah) ketika temu ramah eksklusif bersama Sinar Harian.

SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.

Beliau berkata, penyatuan Umno dan Pas hanyalah satu kepalsuan dan tidak boleh kekal lama, melainkan jika kesatuan itu berlandaskan kepada kefahaman dan nama agama.

“Pas cuba faham elok-elok Umno, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu. Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno, untuk fahamkan mereka, bukan hanya rakyat, bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin.

senyum“Ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama. Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka, kalau mereka terima alhamdulillah, itu baik,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada satu pertemuan.


Beliau berkata, Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.

“Memang Pas ditubuhkan untuk menyatukan ummah, bukan hanya niat, dia niat, azam, ada belaka. Jadi tiada sebab kita nak berpisah dengan PKR, nak balas dendam dengan DAP.

“Islam suruh menyatukan umat manusia, bukan umat Islam saja, tapi saat ini kita berpecah. Suatu hari nanti, kita tak tahu. Itu kita usahakan sebab memang manusia ini memang tidak akan maju kalau tak bersatu,” ujarnya.

Bersatu bukan atas landasan politik

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, penyatuan Umno dan Pas bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.
“Ia arahan agama termasuk RUU Persendirian Akta Mahkamah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016,” jelasnya.

Beliau menyifatkan perbalahan Pas dengan PKR dan Pakatan Harapan kerana pertembungan tiga penjuru pada PRK kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai isu sesama dan ia tidak kekal lama.

“Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita pernah bersatu masa dia bersama Abim. Bila dia masuk Umno kita berbalah.

“Lepas itu dia masuk balik, kita bersatu. Hari ini kita bising pula, tak tahu nak bersatu atau tidak. Kita cuba usaha, kalau dapat kita bersatu, alhamdulillah. Tapi kalau kita tumpu matlamat asal, Insya-ALLAH kita boleh kembali,” ulasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan ahli-ahli Pas yang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) akan kembali kepada parti Islam itu selepas kemarahan mereka itu reda dan tenang semula.
“Kita harap masa ini menyejukkan mereka, tenang balik, mereka boleh kembali. Ramai ahli Pas hari ini aktif, ada jawatan besar, dulunya mereka keluar Pas. Tapi bila sejuk, mereka datang balik dan istiqamah.

“Macam Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali keluar, sekali masuk balik Umno,” katanya.

sh

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

18 ulasan:

  1. TGNA kata jgn sekali2 percaya umno.Anak nya pula bulat2 terhegeh2 ngan umno.Sama2 bwk keris pulak tu.btl la umpama lagu raihan "iman xdpt diwarisi dr seorg ayah yg bertaqwa"

    BalasPadam
  2. tanpa nama 2:23PTG kamu memg tah suka islam bersatu tgna pernah berkata pas akan bubar sekiranya umno ikut islam. jadilah islam sebenar serulah penyatuan umat islam itu yang nabi muhammad usahakan tapi kamu perlekwhkan perjuangan menyatukan umat islam. baca biar paham dah dijelaskan bersatu untuk islam bukan politik kamu ni mudah dipermaikan oleh musuh islam dengan memecahbelahkan umat islam macam pan yang kalah pemilihan berpecah buat parti baru.sekarang pan berkemping untuk pecahkan pas supaya islam malaysia jadi librel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xyah tulis pjg2...umno ikut Islam ke?skrg ni yg nampak jelas perangai pas ikut umno, bkn umno yg ikut islam.cuba tgk prk kali ni pas 24jam serang pan dap xpernah pun serang umno.umno dh senang sbb ada balaci umno iaitu pas ambil tugas serang ph.terbaikla penasihat umno nih.Kahkahkah.

      Padam
    2. Perjuangan mende pas ni,balak kelantan pun lesap smpi satu Malaysia banjir besar lagi mau ckp pasal perjuangan. Ptuihhhhhh.sudah2 la tu mainkan agama utk tarik undi. Serban pun dah tangggal.skrg pakai tengkolok siap ber keris pulak sebijik perangai umno.betul lah slogan pas dlu pas ganti umno tp bukan ganti kerajaan cuma ganti perangai umno. Tahniah pas

      Padam
    3. membalak bersama olarmak....licin habis guu

      Padam
    4. membalak bersama olarmak....licin habis guu

      Padam
  3. rembat duit 2.6b tu islamik ko?PAScai dan bengong berpisah tiada.Nik Abodoh setiap kali buka mulut terserlah kebahlolan dan kebodohan.Khalassss.

    BalasPadam
  4. rembat duit 2.6b tu islamik ko?PAScai dan bengong berpisah tiada.Nik Abodoh setiap kali buka mulut terserlah kebahlolan dan kebodohan.Khalassss.

    BalasPadam
  5. Pas dah jadi adik beradik parti keris umno

    BalasPadam
  6. Cobaan yang baik Pas secara berjamaah masuk umno merobah dari dalam. Anwar gagal kerana dia masuk seorang dgn ketokohannya sahaja. Pas masuk secara gerombolan...in syaa' Allah swt mungkin berjaya merobah umno dan berjaya membentuk sebuah parti Islam yg kuat dan disegani kerana jumlahnya mebcecah 4 juta ahli. SELAMAT MENCOBA DAN PERTARUHKAN PERJUANGAN...SIAPA TAHU BERJAYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas dpt dedak mmg la baik ngan umno

      Padam
  7. Cobaan yang baik Pas secara berjamaah masuk umno merobah dari dalam. Anwar gagal kerana dia masuk seorang dgn ketokohannya sahaja. Pas masuk secara gerombolan...in syaa' Allah swt mungkin berjaya merobah umno dan berjaya membentuk sebuah parti Islam yg kuat dan disegani kerana jumlahnya mebcecah 4 juta ahli. SELAMAT MENCOBA DAN PERTARUHKAN PERJUANGAN...SIAPA TAHU BERJAYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas merobah umno. Hang mabuk ka hapa, skrg ni pas yg berobah jadi hamno hang buta kayu ka Walaung oi.kahkahkah.

      Padam
  8. Kahkahkah....pelik ke kerjasama PAS dan UMNO? DAP dan PANdir pun berkerjasam dengan UMNO jugak....bebal belaka puak2 Kuali DAPur.....kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerjasama umno/PAS utk kebaikan Islam, DAP ajak umno bergabung utk rosakkan Islam supaya agenda tersirat DAP terlaksana.

      Padam
    2. Yahoo. Wanrosli dtg lagi yes yes...best tgk wanrosli komen2 wanrosli. Lama xkedengeran maybe bx beli keris kot.kikiki.erm.tp mana video matsabu tolak hudud tu?

      Padam
    3. Kuikuikui.dah agak dh. Senyap terus wanrosli.Kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...