Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Jun 22, 2016

PANAS!!! : PRU14 PARTI PAS AKAN HILANG KERAJAAN KELANTAN

 Lim Kit Siang

Pas bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri Kelantan yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun berdasarkan keputusan diperoleh Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar,Sabtu lalu, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

 “Pada PRU ke-14, Pas Kelantan bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun di bawah (Allhayarham) Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian kerana ramalannya sebelum PRK ternyata mengena apabila Pas dibuktikan begitu banyak undi setelah berpisah daripada Pakatan Harapan.

Pas hanya memperolehi 6,902 undi di Sungai Besar dan 5,684 undi di Kuala Kangsar.
“Pas memperolehi 18,296 undi di Sungai Besar dan 13,136 undi di Kuala Kangsar pada PRU 2013.

“Mereka kehilangan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar dalam PRK lalu,” jelas Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya hari ini dilapor Roketkini.

Menurutnya lagi, Pas hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU ke-13, namun undi yang mereka perolehi pada masa itu adalah atas nama Pakatan Rakyat.

“Saya telah berhujah bahawa cerminan yang tepat untuk sokongan bagi Pas ialah keputusan PRU tahun 2004, apabila Pas yang bertanding ‘sendirian’ mendapat 7,988 undi di Sungai Besar dan 5,748 undi di Kuala Kangsar,” ujarnya lagi.

Malahan Pas, katanya lagi, tidak mampu mengulang pencapaian tahun 2004 di kedua-dua kawasan tersebut. Gabungan pembangkang sebelum ini – Barisan Alternatif, katanya terkubur sebelum PRU pada 2004, justeru memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional(BN) yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada waktu itu.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meramalkan Pas akan bungkus di Selangor dan Perak, berdasarkan keputusan PRK Sabtu lalu.

“Pas akan menyusut daripada mempunyai 15 kerusi Dun di Selangor, dan lima kerusi di Perak pada PRU ke-13 sehingga langsung tidak mempunyai kerusi, sepertimana yang berlaku dalam tahun 2004,” jelasnya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637
Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!! 

Cara gandakan simpanan wang

6 ulasan:

  1. Yahoo. Semua hilang. Pas hilang kelantan. Selangor juga hilang. Penang je susah sikit tp mungkin juga blh hilang pada next pru.kahkahkah. Padan muka pembangkang semua nt next pru umno menang besar.pembangkang blh main kutuk mengutuk je tiap hari.pas pulak nk ceramah kat masjid pun kene halau dek umno nt.syoknya xsabar nk pru nih.yehaaaaa

    BalasPadam
  2. Kahkahkah.....lks patut fikir macamana nak selamatkan Penang tak perlu risau pasal Kelantan....PAS akan kekal memerintah Kelantan mungkin dapat Terengganu dan Kedah juga....pergilah mintak tolong mahafiraun....kahkahkah....bangang apek tua ni...kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk ngata org walalontol ni..kena tipu ngok salahkn org lain.tganu n kedah sepenggal je dpat ada hati nk printah lgi.hutang klantan lbih teruk dri srawak..kahkahkah ni walakontol nk jaga?gi mampus ar lgi bgus kahkahkah

      Padam
    2. Kelantan dahla kotor penuh maksiat pulak tu.cuba tanya org kelantan mana nk pas lagi dh.depa dah serik mangsa banjir pun xda umah lg.next pru kelantan kompom bn ambik

      Padam
    3. Syukurlah pengkhianat dah tersingkir dari PAS.. mujurlah kaum cina masih simpati dgn pengkhianat.. kita tunggu nanti DAP pula jadi mangsa pengkhianat..

      Padam
    4. Syukurlah pas berkawan dgn umno.perompak berkawan dgn perompak. Penfitnah berkawan dgn penfitnah. Mujur Amanah keluar pas kalau tidak terpalit najis pas dan umno...kita tunggu nt next pru kelantan lebuh pada bn masa tu pas xda kerusi jadi mcm dulu nk buat ceramah pun kena halau ngan bn.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...