Iklan Penaja 1

Isnin, Jun 13, 2016

PANAS!! : KENYATAAN PEMUDA PAS LARI DARI PERJUANGAN ATGNA.

NIK MOHAMAD ABDUH

JOHOR BAHRU - Kenyataan dikeluarkan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyimpang dari semangat perjuangan politik parti berkenaan yang pernah dibawa oleh arwah ayahnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata, Pas pimpinan Allahyarham amat menekankan roh kesejagatan Islam.

“Ia cenderung ke arah membawa rakyat kepada roh perjuangan Islam yang meraikan kepelbagaian yang tidak dibatasi perbezaan warna kulit.

“Sebaliknya kenyataan Nik Abduh hanyalah menggambarkan Pas yang kini hilang arah, bahkan melangkah ke belakang sehingga terpaksa menjalinkan hubungan intim dengan Umno untuk lebih memahami parti berteraskan Melayu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Sheikh Omar berkata, Pas kini jelas hilang jati diri seolah-olah meraba-raba mencari arah.

Katanya, kenyataan Nik Abduh juga dilihat membawa parti berkenaan kepada Islam berteraskan perkauman, bukan atas semangat Islam yang rahmah, yang dahulunya cukup popular dengan jolokan ‘Pas for all’.

“Dalam konteks dua pilihan raya kecil (PRK) yang sedang berlangsung, saya berpandangan Pas seakan-akan cuba mempersendakan rakyat.

“Patutlah semasa berkempen di Sungai Besar, saya tak jumpa masyarakat bukan Muslim pegang bendera Pas, apatah lagi berkempen untuk Pas sepertimana suasana yang pernah dialami sewaktu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz masih hidup. Waktu itu Pas untuk semua, tapi kini Pas seperti untuk Melayu sahaja,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan Nik Abduh ‘Memang Pas ditubuhkan untuk menyatukan ummah’ yang merujuk persoalan penyatuan Pas-Umno, memperlihatkan perlawanan antara dua parti itu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ibarat ‘olok-olok’ sahaja.

“Jika rakyat undi Pas, hakikatnya parti itu sedang berusaha menjalin hubungan rapat dengan Umno. Maka, apa ertinya mengundi Pas dalam dua PRK ini?

“Tidak ada lagi garis yang jelas memisahkan perjuangan Pas dan Umno yang boleh menjadi asas kukuh mengapa rakyat perlu mengundi Pas berbanding Umno,” katanya.

Sheikh Omar turut meminta agar rakyat di Sungai Besar serta Kuala Kangsar memberikan undi kepada calon Pakatan Harapan dari Parti Amanah Negara yang jelas ingin memperjuangkan nasib rakyat, dari terus dibelenggu polisi tempang dan sarat dengan rasuah di bawah Umno-BN.

sh

IKLAN VIP

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!! 

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. 
Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!

5 ulasan:

  1. Hahahaha.TGNA memusuhi umno, dpt kat hadi terus jd penasihat umno, ni nik abduh plak akui berbaik2 ngan umno. Muktamar pas pun dan jadi muktamar umno siap keris bagai.tuko jela nama tu pd umpas.kahkahkah

    BalasPadam
  2. Pas dah dah jadi brg lePAS..ibarat lagu p.ramlee "brg yg lepas usahla dikenang...jikalau dikenang merana lah diri"

    BalasPadam
  3. yang komen dap dah tentu anti islam yang menyokong komen anak didik dap.yamseen

    BalasPadam
  4. Tak baiklah yamseng2.. tapi kalau PAN menang barulah PAN kata ok utk yamseng!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yamseng pulak. Pitnah video matsabu tolak hudud pun xda lagi video nya lagi mau tuduh Yamseng pulak ka wanrosli oi.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive