KATA ULAMA : KELUAR PARTI PAS, BUKAN KELUAR ISLAM.

Ustaz Abdul  Ghani Shamsuddin (kiri) ketika bersama  turut memberi sokongan kepada calon Amanah yang bertanding  semalam.Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (kiri) ketika bersama turut memberi sokongan kepada calon Amanah yang bertanding semalam.
Kepelbagaian parti politik atas nama Islam boleh diterima kerana perjuangan tidak semestinya khusus pada parti berjenama Islam semata-mata, tegas Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Menurutnya, Pas hanya salah satu daripada pelbagai jemaah Muslimin di negara ini dan tidak bererti keluar dari Islam sekiranya meninggalkan parti itu.

"Berlapang dadalah kerana kepelbagaian ini satu perkara sihat selagi jelas tidak lari daripada perjuangan bersekongkol dengan pemerintah zalim," ujarnya ketika ditemui sempena penamaan calon PRK Sungai Besar semalam.

Mengulas lanjut dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya tidak taat pada Pas seperti hilang akidah pada ucapan penggulungan di muktamar parti itu baru-baru ini, beliau berkata, kenyataan itu jelas melampau dan membahayakan pemikiran umat.

"Menganggap parti seumpama akidah tidak harus berlaku. Ulamak termasuk Yusuff Al Qaradhawi pun menegaskan Islam menerima kepelbagaian parti," jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).

Ustaz Abdul Ghani ShamsuddinUstaz Abdul Ghani ShamsuddinDitanya tentang pemilihan Ustaz Azhar Ab Shukur sebagai calon bertanding di Parlimen Sungai Besar, beliau berkata, keputusan Amanah meletakkan tokoh usahawan itu lambang perpaduan blok pembangkang melalui Pakatan Harapan.

"Amanah didukungi PKR dan DAP serius untuk mengambil tempat (pemerintahan) dari BN yang terlalu lama berkuasa tapi menyeksa rakyat.

"Lebih menarik apabila kehadiran calon kita lebih 'segar' dan belum ada bebanan tugas lain berbanding calon BN dan Pas.

"Kedua-dua calon dari parti itu sudah cukup tanggungjawab dan tidak perlu dibebankan dengan tugas lain," tambahnya lagi.


Untuk rekod, seramai 42,655 pemilih berdaftar bakal membuang undi pada PRK Sungai Besar, 18 Jun ini.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 
Previous
Next Post »

14 ulasan

Write ulasan
rusli rashid
AUTHOR
7 Jun 2016 11:09 PG delete

Setakat hari ni masih belum nampak halatuju perjuangan Islam Parti Amanah. Mohon pencerahan.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Jun 2016 3:30 PTG delete

Kita majority rakyat malaysia pun cofius dgn PAS,SUDAH 60Tahun LEBIH,walaupun berpelembagaan,tapi tak tahu kamana halatuju?nak jadi penasihat?pendakwah?pembangkang?atau parti hamtamsajah.Mohon pencerahan.

Parti Amanah (nak gantikan pas sebagai parti pembangkang seperti ajaran tgna/fadhil noor),baru bayi,sekarang masih merangkak-rangkak.banyak kesilapan,tapi sikit demi sedikit,belajar dari kesilapan,insyallah,jika diizinkan tuhan...jika memerlukan 10 thn,20thn..lagi..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Jun 2016 4:20 PTG delete

Memey dh keluor PAS bukan keluor Isle, mkn babi pun dok keluor lagi dari Isle, ulamak gapo kecek lagu nih?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Jun 2016 4:22 PTG delete

Nak pencerahan kena tunggu dasar dan perlembagaan dari PAN yang belum lagi pasti apa perjuangan yang dibawa.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Jun 2016 4:24 PTG delete

Halatuju PAN ditentukan oleh DAP, srh terjun sungai pun mereka akan terjun, tiada dasar dan kekuatan sendiri.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Jun 2016 9:43 PG delete

Halatuju parti pas keris apa pulak?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Jun 2016 9:45 PG delete

Halatuju pas lagi berong.dulu Kata masuk prk bukan utk menang,apa pulak tujuan masuk prk.nk jual keris ke.kahkahkahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Jun 2016 9:47 PG delete

Walaun pas udah anggap pas tu agama isle baru.sapo dok kelua pas maka kapir masuk nerako.kalo dlm pas lagi isle masuk surga walaupun rompak balak kelantan pun xpa asalkan bwk keris.kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Jun 2016 10:13 PG delete

pan penghianat pembuat fitnah melaga2kan ulamak menghasut rakyat bencikan ulamak meletakkan hukum hudud sebagai bukan keutamaan tidak yakin dengan janji allah swt. membelakangkan perjuangan islam dan dahului kemenangan dunia apa mati boleh tunggu sehingga menang ke. kalau ph dapat tawan putrajaya dap akan setuju ke untuk laksanakan hudud ke. kelantan nak perkasakan mahkamah syarian ditentang habis2san belum lg nak laksanakan hudud. puak pan dah buta hati jadi kembalilah pada ajaran islam sebenar.puak pan buat ungkapan dan fitnah kepada tghh sejak dari dalam pas lg dah puas buat fitnah kuar pas tubuh parti boneka dap lepas tu cuba nak pecah belahkan ahli pas sebab dap dah berkerjasama dengan umno untuk nak tumbangkan perjuangan islam. dap tahu gerakan islam dimalaysia makin berkembang jadi untuk mengagalkan dengan memecahkan pengaruh islam dan pan sebagai pengerak perpecahan islam dimalaysia dimana umno dalam krisis dan umno takut ahlinya beralih kepada pas maka tertubuhnya pan ada kaitan dengan gerakan mengagalkan perancangan pas menarik ahli umno sokong pas. pas sekarang berdepan dengan pergerakan sekular malaysia yang didokongi oleh umno dan pengeraknya dap dan pan. pkr sekarang berpecah dua pro dap dan pro anuar dimana anuar masih lagi memerluka pas sebagai teras untuk menjatuhkan rejim umno bn.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Jun 2016 10:15 PG delete

puak pan dah mula ditolak oleh kaum cina sebab tak berpendirian mereka takut bila menang nanti mereka khianat.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Jun 2016 11:09 PG delete

Kahkahkahkah.puak pas perasan sendiri.sudah2la mainkan hukum tuhan.tu Nancy syukri Kata terang2 die tolak ruu hadi apa cter.mana suara pas.kecut telo?kahkahkah.puak pas disukai cina?kahkahkah.jgn bermimpi disiang hari dibulan puasa.tu sbb lebih cium keris udah puak pas mabuk keris.kahkahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Jun 2016 11:14 PG delete

Jahatnya pas patutnya pas ikutla ajaran menyatukan umat manusia xkira melayu cina India tp skrg jd parti rasis anti cina.mcmne cina nk dekati Islam seterusnya menerima Islam.ni spt Donald trumph anti Islam, dimalaysia kita Ada umno Dan pas anti cina.tahniah pas ikut perangai umno siap bwk keris LG sebijik umno dah...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Jun 2016 12:33 PTG delete

jahatnya pan sanggup marah media sebab guna singkatan pan dah pilih nama tu org gunalah lagipun tak layak guna amanah sebab ditubuh oleh pengkianat parti lepas tu menghianati amanah penyokong pas yang memberi tanggungjawab untuk melaksanakan islam tapi buang islam ambik sekuler. pengikut sekuler memg tak suka islam berkembang.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
8 Jun 2016 11:17 PTG delete

Sejahat pan xda la smpi menfitnah sesame Islam. Smpi merompak balak kelantan.

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes