Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 23, 2016

ANALISIS PRK : PRU14 PARTI ISLAM (AMANAH) KENA TUKAR STRATEGI

Suhaizan Kaiat (kiri) dan  Hasbie MudaSuhaizan Kaiat (kiri) dan Hasbie Muda

Serangan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi keuntungan kepada BN dan Pas.

Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat  berkata, jentera BN dan Pas sangat kurang berbalas serangan sebaliknya serangan hanya tertumpu kepada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan.

“Hanya Amanah mewakili Pakatan Harapan mendapat serangan daripada dua penjuru BN dan Pas. Model PRK ini telah menguntungkan BN dan boleh memberi kemenangan berganda kepada BN dalam pilihan raya umum ke-14,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Terengganu Hasbie Muda berpandangan, undi Amanah di kawasan Melayu yang agak rendah berpunca daripada sikap Amanah yang terlalu defensif.

Beliau berkata, Amanah tidak membalas serangan Pas walaupun pelbagai cercaan dan maki-hamun dilemparkan oleh mereka.

“Amanah juga memilih untuk tidak banyak menjawab kononnya 'yang lepas itu lepaslah',” katanya.

Sikap berdiam diri ini katanya akan dilihat seperti mengiyakan tuduhan yang dibuat pihak lawan.

“Psiko politik orang Melayu berbeza dengan orang Cina. Pengundi luar bandar berbeza cara berfikir berbanding dengan di kawasan bandar. Cara fikir golongan terpelajar berbeza dengan yang berpendidikan rendah.

“Apabila anda banyak berdiam diri, ia akan dilihat mengiayakan tuduhan yang dibuat oleh pihak lawan.

“Semakin kerap label diberikan, lama-kelamaan ia akan terus melekat. Orang akan percaya suatu pembohongan yang diulang-ulang,” katanya yang juga penulis buku politik.

Sehubungan itu beliau berkata, Amanah perlu mengubah strategi menjelang PRU14 dengan menggandakan penerangan kepada rakyat.

“Menghadapi PRU14, strategi perlu diubah. Penerangan perlu digandakan dengan lebih agresif,” katanya.

Di Sungai Besar, BN menang dengan majoriti 9,191 undi. Calon BN Budiman Mohd Zohdi mendapat 16800 undi manakala Amanah memperoleh 7,609 undi dan Pas 6,902 undi.

Di Kuala Kangsar pula, calon BN Mastura Mohd Yazid meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684), calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli (4,883) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54).

mdl

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!


Cara gandakan simpanan wang

22 ulasan:

  1. Strategy pas selamatkan bn.tahniah pas jadi barua umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.ph kena pakai keris lagi panjang drp hadi br blh Menang. Kita menanggggg

      Padam
  2. Parti islam ikut mana ni? Hadari Hadari@ dap? Pan perosak terbaru pd umat,taubat selagi masih berpeluang

    BalasPadam
  3. Parti islam ikut mana ni? Hadari Hadari@ dap? Pan perosak terbaru pd umat,taubat selagi masih berpeluang

    BalasPadam
  4. Parti islam ikut mana ni? Hadari Hadari@ dap? Pan perosak terbaru pd umat,taubat selagi masih berpeluang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Parti islam perompak balak kelantan lah.kahkahkah

      Padam
    2. Tak baik tuduh tanpa bukti.. nanti kena mintak maaf balik mcm Saifuddin Nasution pd tan sri khalid

      Padam
    3. Eh ehhhh.pandai pulak wanrosli kata org tuduh tanpa bukti.... Dia tu xpa plak..Eh eh ehh...wanrosli tuduh matsabu tolak hudud tu mana buktinya????aritu kata ada video jelas matsabu kata tolak hudud
      ..tp beratus ribu kali sy minta bukti tp xda bukti pun..xbaik tuduh tanpa bukti tau.nt wanrosli kena minta maaf balik kat matsabu kat padang masyar..kahkahkah

      Padam
    4. Ydp pas mohon maaf kat lge tu apa cter plak wanrosli. Kahkahkah. Pitnah dilarang azan.kahkahkah. Kan dah kena minta maaf takut kena saman.mmg pas ni semua kaki fitnah gamaknya drp pesideng smpi la macai mcm wanrosli nih.kahkahkah

      Padam
    5. Kan bagus ydp dah mintak maaf.. sekarang mana bukti kes balak Kelantan plk?..

      Padam
    6. Mmgla kena minta maaf sbb jelas fitnah. Rompakan balak kelantan dh serah pada sprm.xkan itu pun wanrosli xtau.kahkahkah. Mana pulak video matsabu tolak hudud????!!!

      Padam
    7. Siapa individu yg rompak balak diKelantan, blh senaraikan? Kat Penang kita dah tahu individunya iaitu lim go end....

      Padam
    8. Penang rompak balak xseteruk kelantan negeri islam rompak balak.kata islam to merompak balak apa cter.senaraikan individu?kes dah lapor sprm.nk tau individu nya tanya lah pas kelantan. Pendedahan husam beserta bukti jelas.kat penang plak?cuba wanrosli senaraikan individu yg rompak balak kelantan tu?tadi tanya kan.ni aku tanya balik.kahkahkah

      Padam
    9. Kahkahkah......tiada bukti dan tiada individu.....takkan robot kot.....lim go end bukan robot.....beliaulah perompak sebenarnya......kahkahkah

      Padam
    10. Laa.kahkahkah buat lawak bodoh pulak walaung pis ni.dah la bodoh tp buat lawak bodoh pulak. Kahkahkah. Okla tu mungkin susah walaung pis nk kasi bukti. Ni dulu kecoh2 kata matsabu tolak hudud, ada bukto video matsabu kata tolak hudud.. Mana video nya????

      Padam
    11. Video dah bagi.. takkan tahu lagi..?

      Padam
    12. Setelah mujahid mengaku bahawa PAN tolak kaedah politik islam atau dgn erti kata lain PAN tak perlu jadi lebih islam dari PAS atau sama dgn PAS, maka dgn ini aku dah tak nak tanya atau ungkit lagi pasal perlembagaan PAN.. hehe..

      Padam
    13. Diharap tuan Blogger tidak rujuk lagi parti PAN sbg parti islam.. kalau nak juga guna islam sila letakkan perkataan liberal selepas islam..

      Padam
    14. Ala wanrosli. Tipu.aku sentiasa check sini. Video nya xda.aku ulangi VIDEO NYA XDA..dahla penfitnah, skrg jd penipu pula..skrg tjukla cepat video nya..cptla..jgn nk kasi alasan.aku nk bukti video. Bukan alasan..cpt2...buktikan pas bukan penfitnah mcm kes pil kuda dan tuduhan penang xblh azan tu.jgnla wat malu pas. Kahkahkah

      Padam
    15. Sian wanrosli kena belasah.kahkahkahkahkah.jangan nangis tau.kahkahkahjahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...