Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Jun 19, 2016

ALHAMDULILLAH!! : GANDINGAN YANG MANTAP PAKATAN HARAPAN DITERIMA OLEH RAKYAT.

 Salahuddin di sidang media Pakatan Harapan selepas keputusan rasmi yang turut dihadiri Nga Kor Ming dan Dr Ahmad Termizi.

Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan keputusan bagi pilihan raya kecil (PRK) Parimen Kuala Kangsar sebagai membanggakan walaupun berada di kedudukan ketiga di belakang BN dan Pas.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selepas bekerja kuat memperkenalkan Amanah yang belum mencecah usia setahun, parti itu mampu memperoleh 4,883 undi.

“Terima kasih kepada pengundi yang saya faham amat sukar untuk mengenali parti Amanah yang tak sampai umur setahun, baru lapan bulan, lambang pun baru, ramai rakan dalam Pakatan Harapan terpaksa bekerja keras untuk memperkanalkan Amanah.

“Atas beberapa halangan itu kita berupaya mendapat undi dan undi 4,883 itulah undi Pakatan Harapan setelah tidak ada lagi Pakatan Rakyat.

“Berdasarkan prestasi ini Amanah berasa kita telah mencapai keputusan yang amat membanggakan kami. Dalam keadaan yang begitu sukar kita telah berjaya untuk mendapatkan undi yang sebenarnya undi Pakatan Harapan,” kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).
Menurut Salahuddin, pencapaian Amanah itu merupakan kayu ukur untuk Pakatan Harapan menyertai pilihan raya umum akan datang sebagai satu gabungan yang kuat.
“Ini isyarat jelas yang kita berikan sebagai menghadapi PRU yang akan datang.
“Secara keseluruhannya penyertaan Amanah dibantu sepenuhnya oleh Pakatan Harpaan menjadikan ia begitu penting sehingga kita dapat muncul sebagai parti baru yang tidak boleh dipermainkan.

“Kita mendapat undi yang meyakinkan dan ini satu petanda bahawa rakyat mahukan suatu gabungan pakatan yang benar-benar boleh berhadapan dengan BN dalam PRU akan datang,” katanya.

Sementara itu beliau berkata faktor pengundi luar turut mempengaruhi keputusan pada hari ini.

“Antara faktor yang mempengaruhi keputusan pada hari ini ialah jumlah keluar mengundi yang rendah 71 peratus berbanding 84.5 dalam PRU dahulu. Ini adalah kerana pengudi yang berada di luar Kuala Kangsar tidak pulang pengundi.

“Lebih 300 pengundi DAP dipindah ke Padang Rengas dan pengundi muda tidak pulang kerana memikirkan mereka harus pulang untuk berhari raya dua minggu dari sekarang. Ini semua faktor yang mempengaruhi,” katanya.

SPR memaklumkan, jumlah peratusan pengundian di PRK Parlimen Kuala Kangsar hanya mencatatkan 71 peratus berbanding sasaran SPR sebanyak 75 peratus.

Salahuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Termizi yang sanggup mewakili Amanah dan Pakatan Harapan dan telah memberikan usaha yang maksimum.

“Terima kasih kepada Dr Ahmad Termizi yang sudi menjadi calon, pertama kali menjadi calon dan beliau sangat diminati cuma undi sahaja belum cukup,” katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Ahmad Termizi, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  mengumumkan BN menang dengan majoriti 9,191 undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar. Calon BN meraih 16800‎ undi manakala Amanah memperoleh 7,609 undi dan Pas (6,902 undi).

mdl

IKLAN BERBAYAR

PENCEN AWAL DENGAN TONE EXCEL !!!

Buka mata anda, kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar sehingga boleh di warisi! Sertai kami untuk mendapatkan sim kad Tone Excel . Sesi penerangan percuma melalui telefon disediakan. Jangan lupa taip "Ya! Saya ingin menjadi jutawan Tone Excel " Sila sms atau whastup ke nombor telefon 010-7898637. Kami akan menghubungi anda melalui telefon untuk memberi maklumat lengkap. Bertindak segera!!!


Cara gandakan simpanan wang

27 ulasan:

  1. Kata pas kuat hebat boboboy tp undi lebih kurang sama je ngan Amanah malah Amanah lebih tinggi di sgi besar,Amanah baru je 8bulan.pas dah brp puluh tahun..kahkahkah...

    BalasPadam
  2. Keadaan sama je dengan Berjasa dan Hamim dulu. Kembalilah kepada PAS, buang ego tu. Inn Shaa Allah lebih diberkati olih Allah SWT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slagi aji sotong ada pyah nk runding..cuma cpat2 r pas bgbung dgn umno sana.

      Padam
  3. Hebat PAS, masih mengekalkan kekuatan walaupun bersendiri, bayangkan kalau DAP atau PKR atau PAN bersendirian seperti PAS mungkin mereka kehilangan deposit, PAS bukan saja lawan BN tapi DAP, PKR dan PAN yang dikenali sebaga Pakatan Harapan yang kehilangan harapan. PAS akan terus maju kehadapan InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekal apa nya.undi pas berkurang 60-70% tu bro drp undi pas pru lepas. Kahkahkah... Siap kat selangor kalah dgn Amanah lagi tu.xkan ngan parti nyamuk pun blh kalah kot. Kata hebat sgt..kahkahkah.. Tahniah pembangkang semua berpecah. Bagus2.next pru kelantan selangor dan pulau pinang kembali kepada bn.yahooooo

      Padam
    2. PAS tak kalah dengan PAN tapi kalah dengan gabungan tiga parti DAP, PKR dan PAN, undi yg berkurang itu adalah undi cina kafir yang beralih kepada PAN undi PAS masih kekal, sudah nampak kehebatan PAS apabila bersendirian dan belum tentu lagi kehebatan PAN atau PKR atau DAP bersendirian mungkin hilang deposit, itulah realiti yang paling ditakuti oleh gabungan yang tidak pasti harapannya.

      Padam
    3. Taik kucing la.pas dulu pun menang sbb join pakatan rakyat. Lagi mau bodoh sombong. Mana ada pas menang sendirian.sejarag mbuktikan pas xpernah pun menang sendirian.dah kalah lagi mau cakap besar.bodoh sombong punya pas.dah la bodoh sombong pulak tu pastu salahkan dap 24jam.pas xpernah salah.inikah ajaran islam pas?sedarla sikit pas dah jauh tersesat.ptuihhh

      Padam
    4. Kahkahkah.toksah la layan walaung pas tu depa tu jenis makan taik hadi,maksum xpernah salah.mrk sj betul,mrk anggap pas tu umpama agama,sapa keluar pas jadi kapir. Hadi tu pun mrk anggap mcm tuhan, xleh lawan hadi nt masuk neraka.kahkahkah

      Padam
    5. Macai pan bising pemimpin pulak merayu pas join ph.apa cita 3 + 1 hentam pas tapi pas stdy aja.

      Padam
  4. PAS memang terkuat jika dibandingakan dengan DAP, PKR dan PAN, tgk PRU 14 nanti jika PAS masih bersendirian jangan harap PH dapat mempertahankan Selangor dan Penang, PAS bukan kuda atau keldai yang boleh ditunggang, PH akan hancur tanpa PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah.perasan la pulak. Jaga kelantan tu dulu. Mangsa banjir pun xda rumah lagi lagi mau ckp besar.kahkahkah

      Padam
    2. Tolonglah pas masuk ph. Dengarlah arguably.

      Padam
  5. Lawak blok ni, kalau Pakatan Harapan diterima rakyat takkan BN menang, banggang dan tolol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko la bangang.kalau pis diterima rakyat,apasal pis kalah.kahkahkah

      Padam
    2. Tolonglah pas masuk ph.

      Padam
  6. Kalau setakat tubuh parti baru tapi hanya undi Cina yg didambakan lebih baik bertanding di Penang aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau setakat undi melayu dlm kampong je undi pas baik xyah ckp pasal islam sbb islam tu merangkumi semua kaum bukan kaum melayu je.dlm quran pun xsebut islam tu utk melayu je bekeris bagai.eh...ckp byk pula wanrosli. Mana video matsabu tolak hudud??

      Padam
    2. Sian korang belasah wanrosli. Dahla dia tu bersedih kalah ngan parti nyamuk ni kena hentam pasal video huud lagi.sian wanrosli. Jgn nangis ya wanrosli. Adatla jadi walaun mmg mcmtu sbb otak letak kat lutut

      Padam
    3. Dah agak dh senyap terus wanrosli.Kahkahkah

      Padam
    4. Pada pandangan saya pula kedua2 PRK benar2 membawa rahmat kpd PAS.. di mana diharap PAS tidak perlu menoleh ke belakang lagi kerana bimbang akan dibuli lagi oleh PR.

      Spt yg kita dah jelas, PAS lebih kuat bersendirian jika dibandingkan dgn DAP bersendirian dan PKR bersendirian.. tak mahu komen pasal PAN bersendirian sbb semua org dah tahu..

      Begitu juga bilamana PH telah mewujudkan precedent iaitu dgn melanggar kawasan PAS.. jadi PAS tak perlu malu2 alah lagi utk langgar kawasan PH pula pd PRU 14 nanti..

      Saya ingin mencadangkan agar PAS bertanding di kawasan PAS yg sediada dan juga kawasan PKR yg pernah dipinjamkan kpd PKR sebelum ini.. manakala bagi kerusi2 PKR yg lain dan kerusi DAP, PAS letaklah calon parti gabungan Blok ke 3 tapi masih guna lambang PAS. Yg ada buat masa ni ialah parti Ikatan.. pastikan setiap jentera cawangan dan kawasan PAS di kawasan parti Ikatan bertanding digerakkan seluruhnya utk berhadapan dgn jentera BN. ini adalah bagus utk latihan kpd parti Ikatan atau parti gabungan yg lain kelak..

      Tidak lupa juga kpd ahli2 bersekutu dlm Dewan Himpunan Penyokong PAS.. mereka ini jg boleh bertanding di kawasan DAP dan PKR utk berdepan dgn BN!

      Itu shj yg dapat saya fikirkan buat masa ini..

      Padam
    5. Tolonglah pas masuk ph.

      Padam
    6. Xyah. Pas tu pengkhianat kalau masuk ph lagi merosakkan ph.pas parti rosak elok bgabung dgn umno sama2 parti rosak

      Padam
  7. Eh ehhh.ada pulak wanrosli ni.lama menghiang g mane.asah keris ya.kahkahkah. Sebelum wanrosli tabur fitnah lagi tjuk la dulu mana video matsabu talak hudud tu.kahkahkah.. Sbb wanrosli penfitnah sepatah perkataan pun xblh pakai.. Ni nk fitnah lain pulak ker.kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah.. undi Melayu yg mengundi PAS masih kekal.. Tak silaplah kami menyingkirkan G18 dari tampuk kepimpinan PAS.. mereka hanya boleh tarik undi Cina spt yg mereka dambakan..

      Padam
    2. Mabuk ketum la wanrosli ni.undi pas hilang 60% oi...kahkahkah.padan muka kata kuat hebat boboboy tp kat selangor lagi teruk kalah dgn Pan.kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...