PANAS!! : ORANG DS ANWAR KETUA SEKRETARIAT DEKLARASI RAKYAT.

Datuk Kamarudin JaffarDatuk Kamarudin Jaffar

Orang kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyertai PKR tidak lama dahulu, Datuk Kamarudin Jaffar telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Deklarasi Rakyat, sebuah badan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Setiausaha Agung PAS itu dilantik dalam mesyuarat penuh gerakan Selamatkan Malaysia yang disertai para pemimpin pertubuhan dan parti politik  Jumaat lepas.

Kamarudin, bekas setiausaha agung Abim sewaktu dipimpin Anwar,  ketika dihubungi mengesahkan perlantikan itu yang katanya dibuat di hadapan semua pemimpin utama gerakan untuk menyingkirkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ya betul, saya dilantik dalam mesyuarat Jumaat lepas," kata Kamarudin yang sebelum ini dilantik oleh PKR untuk mengendalikan pejabat Ketua Umum PKR ketika Anwar berada dalam penjara.
Perlantikan Kamarudin dipercayai sedikit sebanyak meredakan ketegangan antara kumpulan-kumpulan dalam PKR yang selama ini menentang gerakan pimpinan Tun Mahathir ekoran hubungan dingin Tun Mahathir dengan Anwar.

Di samping perlantikan Kamarudin yang juga bekas Pengarah Urusan Harakah, lidah rasmi PAS dan ahli parlimen Tumpat itu, Deklarasi Rakyat juga kini mendapat pejabat baru yang disumbangkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kamarudin dipercayai akan bertugas mengendalikan sektretariat gerakan ini sehingga matlamat untuk menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri tercapai.

Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim dianggap sebagai setiausaha kepada gerakan ini kerana beliau mengetuai jawatankuasa penyelaras termasuk menganjurkan Kongres Rakyat di Shah Alam, 27 Mac lepas.

Zaid turut berada dalam mesyuarat yang melantik Kamarudin itu.

Kongres yang disertai semua pemimpin yang menyokong gerakan pimpinan Tun Mahathir ini dianggap berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada rakyat namun belum berjaya menyatukan semua kumpulan dalam PKR untuk bersama-sama Tun Mahathir yang dianggap musuh tradisi Anwar sebelum ini.

Dalam satu forum di Shah Alam Jumaat 14 April lepas, Tun Mahathir menegaskan, fokus gerakan ini adalah untuk menjatuhkan Najib sahaja, sesuatu yang dipersetujui oleh semua yang menyertai gerakan ini.

"Jika Najib kekal, jangan harap Anwar boleh dibebaskan," kata Tun Mahathir menjawab persoalan yang diajukan kepadanya secara bertalu-talu oleh peserta forum itu yang ingin tahu apakah membebaskan Anwar juga menjadi tuntutan gerakan yang beliau pimpin itu.

Deklarasi Rakyat dilancarkan oleh Tun Mahathir pada 4 Mac lepas dengan 45 tokoh ternama negara menandatanganinya di hadapan para wartawan. Mereka termasuklah bekas pemimpin Umno, pemimpin PKR, DAP dan Amanah dari Pakatan Harapan, pemimpin PAS dan pertubuhan bukan kerajaan.

Deklarasi ini bertujuan untuk memujuk Majlis Raja-raja agar menasihatkan Najib supaya meletakkan jawatan.

Mereka mensasarkan satu juta tandatangan menjelang 15 Mei ini sebelum ia diserahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu yang dijadual bermesyuarat beberapa hari selepas itu.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
Previous
Next Post »

31 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 9:22 PG delete

Orang kepercayaan najib pula ialah hadi awang pesideng pas yg sentiasa Uturn. Kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 11:21 PG delete

" Jika Najib kekal jangan harap Anwar boleh dibebaskan " kata madey. Bersemangat kami PAN mendengar ucapan madey. Betul ke kalau Najib jatuh Anwar boleh dibebaskan? Macamana Tun? Suruh Mukhriz jadi PM, bebaslah Anwar, itulah harapan kami PAN.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 11:25 PG delete

Itulah strategy kami,mesti pas xmampu nk berfikir sejauh itu kan,hujah mcm taik yg skrg ni pun wanrosli terpakse minum susu omega. Kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 11:27 PG delete

Deklarasi Rakyat dilancarkan oleh Tun Mahathir pada 4 Mac lepas dengan 45 tokoh ternama negara menandatanganinya di hadapan para wartawan. Mereka termasuklah bekas pemimpin Umno, pemimpin PKR, DAP dan Amanah dari Pakatan Harapan, pemimpin PAS dan pertubuhan bukan kerajaan.

Mengapa tidak disebut pemimpin umno, kenapa sebut bekas pemimpim umno? Mukhriz, Muhyiddin tu bukan pemimpin umno ke? Penyokong PH memang dungu kalau mereka masih menafikan bahawa PH dah berUG dengan umno.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 11:34 PG delete

Husam pun ada.husam kan ahli pas?ape cter ahli pas pun ada.kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 11:48 PG delete

Husam tu pembenci PAS oleh kerana sayangkan bini masih lagi bertenggek dengan PAS kalau tak kerana bai'ah dah lama Husam jadi presiden PAN tak perlu lagi jadi harum manis, Mukhriz dan Muhyuddin sayangkan umno, mereka masih ahli umno, mereka nak selamatkan umno, mereka bukan harum manis, Madey akan masuk semula umno apabila Najib jatuh, walaupun kita nak jadi KHADAM jadi lah KHADAM yang berakal sikit.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 11:49 PG delete

Sekurang2nya deklarasi rakyat selamat kan malaysia drp pas jadi khodam umno jahanam kan malaysia

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 11:54 PG delete

Itu bukan strategi PH itu strategi Madey dengan umno, PH hanya menangguk di air yang tidak pun keruh, jernih lagi sehingga boleh menampakkan kepentingan peribadi masing-masing, tapi PH masih bebal tangguk jugak, hasilnya kosong. Yang untung hanya umno, begitu mudah PH diKHADAMkan oleh umno.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 11:58 PG delete

Itu bukan deklarasi rakyat, itu deklarasi madey dan umno, PH hanya jadi KHADAM.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 12:06 PTG delete

Mana blh kata husam tu pembenci pas.kalau die benci pas dah lama die keluar pas...deklarasi rakyat nk selamatkan malaysia, hadi apa?apa pun xbuat utk selamatkan malaysia. Lagi puji siap berpeluk2 dgn najib lg ada la

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 12:45 PTG delete

Kahkahkah....nak selamatkan malaysia ke nak selamatkan umno dan kroni madey? Bertingkat-tingkat bebal nya penyokong PH, lihat saja siapa yang menguasai deklarasi rakyat, PH ke umno/madey....kahkahkah kelakau betul macai PH, otak lembab.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 1:23 PTG delete

Dah terbukti kini PH adalah Pakatan Hemput bukan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAN.

Matlamat asal gabungan Pakatan Harapan ditubuhkan adalah untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu, sungguh elok dan begitu waras pemikiran pemimpin PH pada ketika itu.

Sekarang sudah nyata terbukti PH bukan Pakatan Harapan sebaliknya hanya Pakatan Hempuk apabila PKR memuktamadkan akan berdepan dengan DAP di lima kerusi pilihanraya Sarawak, apa sudah jadi dengan semangat setiakawan? dimana kewarasan pemimpin PH ketika ini, apakah ini dinamakan PAKATAN? kepada macai PH elok lah kamu berjaga-jaga supaya kamu pun tidak hilang kewarasan seperti mereka.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 3:44 PTG delete

Dari pas yg terang2 ckap brtanding di serawk hnya nk jdi penasihat lgi buruk n teruk.tujuan pas hnya nk bgi pecah undi di kwasan pkr n amanah brtanding scara langsung nya jadi kadam,kodam n jadam bn je.kat pas m bn dh ada krjasama tu..maka pas khadam umngok n bn kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 3:52 PTG delete

Okla dr hadi nk selamatkan najib.kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 3:53 PTG delete

Pakatan hamput lebih ok dr parti ajaran sesat = pas...kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 3:56 PTG delete

Mcm cter p.ramlee tuan penasihat 25%...Syaratnya jgn marah,barangsiapa yg marah akan kena jual.kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 3:57 PTG delete

Yela.ph otak lembab kan.pas otak pintar,org otak pintar aje pakai pakaian dewa nk tarik pengundi cina.huarghhhhhkahkakahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 April 2016 3:59 PTG delete

Elok sgtla tu parti ajaran sesat kemudian jadi pasik@fasik pulak...ish ish ish

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
20 April 2016 9:25 PG delete

Mana wanrosli ni,nangis ke...ala rilexla wanrosli xkan nangis terisak isak kot...baru hujah2 sikit dah nangis mcm budak2 la.kahkahkahkah

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
20 April 2016 8:00 PTG delete

Pakatan Hampas hanya syok sendiri.. mereka sangka tanpa PAS sokongan rakyat akan kekal kpd pakatan pembangkang sepertimana di masa Pakatan Rakyat..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
20 April 2016 10:01 PTG delete

Apa wanrosli meroyan pasal hampas pulak ni. Kahkahkahkah. Sendiri ngaku parti hampas. Kahkahkahkah. Org xsebut pun rp sendiri ngaku.kahkahkahkah. Wanrosli pandai wat lawak skrg.hahahaha

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
20 April 2016 10:02 PTG delete

Hamno + pas = hampas.kahkahkahkah

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
21 April 2016 7:53 PG delete

Kita tak perlu hairan bagaimana mudahnya PAN dibebalkan oleh Tun M jika dilihat sebagaimana mudahnya PAN dibengapkan oleh DAP sebelumnya..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
21 April 2016 9:56 PG delete

Kita tak perlu hairan bagaimana mudahnya PAS dibebalkan oleh Najib jika dilihat sebagaimana mudahnya PAS dibengapkan oleh UMNO sebelumnya..kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
21 April 2016 3:00 PTG delete

Husam nk sekamatkan pas dari pencuri2 balak yg bertopeng...dia nk selamatkan pas dari pemimpin berlidah biawak dan lidah ularmak.
Mahadir nk nk selamatkan masa depan dirinya dan keluarganya supaya tidak dipenjara kemudian hari.
Pas@hadi nk jaga tembolok dirinya dan ahli2 keluarga supaya senang hidup kemudian hari dgn menjawat jawatan2 penting glc kerajaan umno.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
23 April 2016 5:53 PG delete

Kita harus menyokong DZN yg dapat melihat bhw PAS dan UMNO parti yg jelas dikaitkan dgn islam lantaran perlembagaan jelas menyebut adanya memperjuangkan islam.. bagaimana plk dgn PAN? Perlembagaan pun takde.. sbb tu DZN tak nampak di mana islamnya PAN ini.. malah utk membuktikan betapa benarnya DZN ini ialah pabila PAN hanya diam seribu bahasa tatkala tok guru mereka TGPDRamasamy menghina DZN dgn panggilan SATAN..

Terimalah hakikat wahai PAN.. kalau rakyat Sarawak tanya apakah benar PAN parti islam dan ada perlembagaan atau tidak.. apa agaknya nak dijawab..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
24 April 2016 3:22 PTG delete

PemAlas btl wanrosli ni.kopipes je kejenye. Apa nk jadi walakontol pas semua pemalas2 belaka.kahkahkahkah

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
26 April 2016 6:50 PG delete

Kita semua tahu bahawa PAN tak akan pecat DAP dalam isu pertindihan kerusi dgn PKR pd PRN11 Sarawak. Babak tu sekadar nak cover malu akibat dah terbongkar dan terpahat di minda rakyat Malaysia bahawasanya PAN khodam DAP dan tambahan lagi yg terkini PAN khodam UMNO agar UMNO dpt diselamatkan!

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26 April 2016 9:00 PG delete

Mekacih sahkan pan semakin berkuasa.yehaaaa.pas makin tenggelam. Kikikiki

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
26 April 2016 9:44 PG delete

Ya semakin berkuasa utk jadi khodam terbaik..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
26 April 2016 1:37 PTG delete

Akhirnya pas akui pas makin lemah.kahkahkahkah

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes