Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Februari 04, 2016

PANAS!!! : ADA ORANG DENGKI DENGAN NAJIB.

 

Kementerian Kewangan (MoF) menegaskan bahawa Malaysia mencatat perkembangan ekonomi, termasuk peningkatan kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) daripada RM528 billion kepada RM877 billion dari tahun 2009-2015, hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Malah, katanya, menerusi pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan, ekonomi negara berkembang daripada 1.9 peratus pada tahun 2009 kepada 6.0 peratus tahun 2014 dalam persekitaran ekonomi dunia yang lembap serta beberapa cabaran lain.

MoF menegaskan demikian dalam satu kenyataan semalam sebagai menjawab artikel FinanceAsia bertajuk "Najib Razak: Asia's Worst Finance Minister 2016" (Menteri Kewangan Asia Paling Teruk 2016).

Sambil menyangkal tuduhan dilemparkan portal itu, MoF berkata adalah tidak beretika bagi media itu membuat penilaian berdasarkan perkembangan dalam tempoh 12 bulan dan bersandarkan beberapa pertuduhan tidak berasas serta berat sebelah.

MoF sebaliknya menegaskan, di bawah kepemimpinan perdana menteri, ekonomi Malaysia terus mencatatkan perkembangan sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun 2015.

Malah, kadar pengangguran telah turun daripada 4.5 peratus kepada 3.0 peratus dengan sejumlah 1.8 juta pekerjaan baharu berjaya diwujudkan.

Pendapatan per kapita pula meningkat daripada RM24,541 kepada RM33,572, manakala defisit fiskal berkurangan daripada 6.7 peratus kepada 3.2 peratus.

"Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu, Malaysia masih optimistik dengan sasaran pertumbuhan KDNK pada kadar 4.5 peratus bagi tahun ini.

"Jadi, jika Malaysia mampu mencatatkan pertumbuhan pada kadar 4.5 peratus dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, boleh dikatakan ekonomi Malaysia masih kukuh jika dibandingkan dengan beberapa negara Asia yang lain," jelas kementerian itu.

MoF turut mempersoalkan tujuan artikel tersebut yang menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang teruk dan menggunakan tajuk sedemikian bagi meningkatkan semula laman web media itu.

Ini disebabkan, pada tahun lepas dalam artikel sama, portal Financeasia berkenaan meletakkan Najib di tempat kelapan daripada 12 Menteri Kewangan Asia dalam 'Finance Minister of the Year' berbanding tempat ke-12 tahun ini.

"Asia mempunyai 48 negara, jadi bagaimana berada di tempat ke-12 boleh menjadikan Najib sebagai Menteri Kewangan paling teruk di Asia?," kata MoF.

Kementerian itu turut menyuarakan kebimbangan mengenai tindak tanduk beberapa pihak yang iri hati dengan kemajuan Malaysia di bawah pentadbiran perdana menteri, menjadikan negara ini sebagai sasaran kritikan melulu.

"Seolah-olah mereka sentiasa mahu menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak stabil dari segi politik dan ekonomi."

mk

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

 klik link sini : http://autod9.com/army



 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...