Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Januari 21, 2016

PANAS!! : UMNO TEMUI STRATEGI BARU TAWAN SELANGOR.

 

Selepas kekalahan dalam dua pilihan raya umum sebelum ini, Umno Selangor kini tekad untuk mengubah strategi dan pendekatan mereka bagi menawan hati rakyat negeri itu pada pilihan raya umum ke-14.

Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, selain tidak akan membuat program besar-besaran seperti sebelum ini, parti itu juga hanya mensasarkan 30 kerusi untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Katanya jumlah tersebut memadai memandangkan Umno tidak mensasarkan untuk menang dua pertiga bagi menawan kembali Selangor.

"Pendekatan yang kita akan gunakan kali ini berbeza. Tak ada buat program besar-besar seperti biasa. Akan buat program yang lebih dekat kepada pengundi.

"Insya-Allah saya yakin kalau kita ada strategi, cara pendekatan kita sendiri, saya lihat kita ada peluang untuk menang. Prinsip kita kalau nak menang bukan nak menang semua tetapi menang 30 kerusi pun cukuplah.

"Kita tak berhajat atau berangan untuk menang dua pertiga. Saya sasarkan majoriti mudah. Cukuplah," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini.

Selain itu, bercerita mengenai kekalahan Umno di Selangor dalam dua pilihan raya berturut-turut, Noh mengakui bahawa antara punca kekalahan BN disebabkan mereka lemah di media sosial.
Jelasnya, isu wang bukan permasalahan utama tetapi beliau mengakui bahawa pihaknya tidak fokus dalam menjawab atau memberi penjelasan berhubung sesuatu isu.

"Dari segi media sosial, saya lihat pihak kerajaan agak ketinggalan. BN di Selangor, saya akui bahawa kita masih ketinggalan dengan bagaimana nak guna media baru untuk dekati rakyat.

"Bukan soal kewangan. Pertama kita tak ada satu fokus dan rakyat pun lebih suka baca perkara yang menghentam kerajaan. Itu yang lebih mendapat perhatian. Dari segi pemantauan isu dan dari segi untuk menyerang pemimpin BN, pakatan lebih 'advance'. Saya tak nafikan mereka lebih ke depan," katanya.

Menurutnya, salah satu pendekatan yang akan digunakan Umno Selangor ialah melalui media sosial memadangkan sekarang merupakan zaman teknologi maklumat.
"Kita tak nafikan salah satu cara nak tawan balik Selangor dan rakyat ialah media sosial. Sekarang siapa yang tak ada telefon pintar. Semua ada. Media sosial di hujung jari. sebab fitnah ini berubah.
"Bila viral benda tak betul, ia akan jadi betul. Saya tengok ini saya kena akui," katanya.

Selain itu, anggota parlimen Tanjung Karang itu juga menambah, isu yang 'tidak benar' juga sering diviralkan terutamanya jika ia dari pihak parti pembangkang.

Malah, Noh turut mengumpamakan parti pembangkang seperti 'ayam bertelur riuh sekampung' kerana sering menghebohkan perkara buruk dan tidak benar tentang kerajaan persekutuan.
Berbeza dengan Umno, kata Noh, parti Melayu itu lebih seperti penyu - walaupun mempunyai banyak telur tetapi tidak bising.

"Mereka (pembangkang) ambil budaya ayam. Telur sebiji riuh sekampung. Ini budaya pembangkang. Umno tak boleh jadi macam tu sebab Umno amal budaya penyu. Telur banyak pun dia tak reti nak heboh, dia diam.

"Saya sebagai pemimpin Umno, kalau fakta tak betul, kita dalam ucapan tak akan berani nak cakap. Tak sampai hati nak burukkan, nak tuduh seseorang walaupun dia itu pembangkang. Nak tuduh orang tanpa bukti, saya sendiri tak sanggup buat.

"Tapi kalau pembangkang, kita (kerajaan) salah sikit dia boleh huraikan meleret-leret dan spin. Kita (Umno) ini tak pandai spin dan tak sampai hati nak spin. Kita Umno dilatih supaya cakap benda yang betul, mesti ada bukti. Kita memang mengamalkan budaya penyu," katanya lagi.

Sehubungan itu, Noh yang juga bekas menteri kabinet turut mengharapkan agar rakyat Selangor dapat menilai kerajaan negeri yang ada sekarang serta memberi peluang kepada BN untuk memerintah kembali negeri itu.

Katanya, BN boleh menang pada pilihan raya akan datang sekiranya rakyat membuat pilihan tepat kerana menurutnya, kerajaan negeri yang ada kini ditadbir oleh sebuah 'kerajaan cacarmarba'.
"Dalam politik ini tiada yang mustahil. Itu prinsip saya. Rakyat boleh buat penilaian zaman mana lebih baik memerintah. Zaman BN atau zaman PKR. Hari ini saya tengok rakyat pun jemu dengan cara mereka ini yang tak habis-habis berpolitik, isu politik dalaman.

"Harapan saya, saya nak rakyat Selangor dapat nilai cara pimpinan dan dasar dibuat Pakatan dan BN. Hari ini kerajaan negeri yang ada cacarmarba. PAS isytihar musuh dengan DAP, PAS tak boleh bekerjasama dengan AMANAH. Rakyat kena menilai.

"Untuk jangka masa pendek bolehlah, tapi untuk jangka masa panjang, kerajaan cacarmarba macam ini tidak menguntungkan rakyat," ujarnya lagi.

mk

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?
Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :
Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement
Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan
Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan
Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army 


 
http://iklanviral.blogspot.my/

2 ulasan:

  1. Saya pengundi dari Selangor. Sangat bersyukur Pakatan yang mentadbir sungguhpun ada masalah mereka sendiri. Akan lagi bsrsyukur jika bn dan umno sekaligus berkubur selama-lamanya. Tolong jangan balik!!

    BalasPadam
  2. Dia mmg perasan lebih sebijik perangai PAN..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...