Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Disember 13, 2015

PANAS!! : RAKYAT TERTUNGGU-TUNGGU PENYATUAN PAS-UMNO

Muzakarah

KUALA LUMPUR - Pas tidak perlu ragu-ragu untuk menerima kerjasama dengan Umno.
Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata, Umno dan Pas mempunyai banyak persamaan dan yakin kerjasama antara kedua-dua parti akan berjaya.

“Sebelum ini kita lihat banyak isu seperti isu Palestin, kedaulatan agama dan bangsa, Pas dan Umno dilihat sering mencapai keputusan bersama.

“Malah, tindakan ahli Parlimen Pas yang tidak bangun membantah Bajet 2016 baru-baru ini juga merupakan satu petanda baik dalam kerjasama ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, kerjasama antara Pas dan Umno juga sebenarnya ditunggu-tunggu oleh rakyat dalam melihat penyatuan antara kedua-dua parti Melayu itu.

 DAFTAR DI LINK SINI

“Saya fikir ini merupakan satu lembaran politik baharu dan saya mendoakan ia akan menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud menyifatkan Umno sentiasa terbuka untuk bergabung sekiranya ia berkaitan dengan Melayu dan agama.

Namun, beliau berkata, kerjasama itu perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan jalinan itu dapat bergerak dengan lancar.

“Mungkin, tidak semua perkara akan dijalankan bersama. Terserah kepada kedua-dua belah pihak berbincang medium dan cara tertentu untuk menjadikan ia berjaya.

“Untuk menggabungkan kedua parti Melayu terbesar ini bukan kerja mudah,” katanya.

Katanya, Pas juga tidak boleh memikirkan dan menggunakan sejarah lama dalam konteks kerjasama sekarang.

“Harus diingat, zaman dulu dan sekarang cukup berbeza. Saya yakin kedua -dua parti sudah cukup matang. Perpaduan kini lebih penting daripada sejarah lalu,” katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

3 ulasan:

  1. Senang jer kalau dah nk sgt bekerjasama.. Tukar perlembagaan UMNO kpd Islam dulu.. barulah putih..

    BalasPadam
  2. Senang jer kalau dah nk sgt bekerjasama.. Tukar perlembagaan UMNO kpd Islam dulu.. barulah putih..

    BalasPadam
  3. untung le ahli2 pas dah boleh dapat projek2 tenmder2 kerajaan umno nanti

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...