Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Disember 20, 2015

PANAS!!! : PEMIMPIN PAS TENGAH MEMPENGARUHI AHLINYA UNTUK BERGABUNG DENGAN UMNO..

 

PAS bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan Umno, kata Datuk Takiyuddin Hassan.
Setiausaha agung PAS itu berkata ini kerana ia adalah sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Malah, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata tindakan memaafkan dan melupakan kesalahan adalah perkara yang sentiasa diamalkan parti Islam itu.

"Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan ini.

"Ini bukan perkara baru, ramai pemimpin lain masuk dalam PAS, mereka ada kedudukan baik, diterima hati terbuka di kalangan ahli, sekarang ini antara parti kita akan laksanakan perkara sama," kata Takiyuddin.

Beliau berkata kepada pemberita pada mesyuarat agung tahunan PERKASA ke-6 di Kuala Lumpur hari ini.
 

Proses penjelasan

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PAS kini dalam proses memberikan penjelasan kepada anggota parti itu berhubung hasrat kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

"Kita dalam proses untuk beri penjelasan menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat itu.

"Boleh lihat benda baru ada suasana kefahaman masing-masing, pokoknya dalam PAS apa yang dibawa oleh presiden perlu bersikap kolektif atas nama parti, itu keputusan kolektif," katanya, merujuk kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tambah Takiyuddin lagi, prinsip perjuangan PAS adalah berlandaskan syariat Islam dan apabila terdapat pihak yang sama mempunyai prinsip sama PAS akan bersikap terbuka.

"Sepanjang masa PAS berjuang atas dasar itu apabila sampai ketika ada pihak lain yang mahu ambil prinsip sama dan bersikap terbuka menjayakan agenda bersama.

"Atas kata kuncinya perpaduan berdasarkan syariat kita sedia bersama dengan mana-mana pihak atas kebaikan orang Islam."

Takiyuddin bersama-sama pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali turut hadir bagi menjayakan mesyuarat agung tahunan PERKASA, hari ini.

mk
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

2 ulasan:

  1. Tipah tertipu....tipu tertipah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang, matlamat utama ulamak2 PAS menghalalkan fitnah2 serta penggunaan chai semasa muktamar PAS yang lepas telah terserlah. Sekarang pengolahan minda pengikut2 PAS pun sedang dimulakan. Pencacai2 PAS akan mula memutarbelitkan fakta dan menaburkan cerita2 dongeng berkenaan "kewajipan serta keutamaan perpaduan" antara PAS dan UMNO walaupun satu masa dulu mereka lah bertempik dan berpekik bahawa PAS kan berperang dengan UMNO.

      PAS sudah menyerlahkan muka mereka yang sebenar iaitu kaki putar belit, u-turn, borak kosong dan opportunis yang tidak langsung ada keinginan untuk membela rakyat tetapi hanya bernafsu dan tamak untuk kepentingan mereka sendiri. Sekarang barulah ramai yang sedar kenapa pemimpin2 puak2 progresif keluar dan menubuhkan Amanah.

      Nick.
      Cape Tiger.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...