Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 10, 2015

SOMBONGNYA PARTI PAS NI...RAKYAT ADAKAH MAHU UNDI LAGI PADA PRU14 NANTI???


Tuan Ibrahim Tuan Man

 SHAH ALAM - Cadangan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berhubung perlunya Pas bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi bagi menangani kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri Selangor ditolak oleh Pas.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan itu ditolak kerana Pas sudah tidak mempunyai hubungan dengan DAP mahupun Amanah.

"Kita (Pas) tiada hubungan dengan DAP, parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama pakatan harapan untuk bergabung semula.

"Dan keduanya kita tidak menerima parti Amanah, jadi saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar, realiti sebenarnya DAP tidak akan bersama Pas dan Pas tidak akan bersama DAP, jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," katanya kepada Sinar Online.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi  mengulas cadangan Khalid bahawa persoalan status dan kedudukan kerajaan Selangor boleh diselesaikan melalui satu perjanjian kerjasama rasmi antara Pakatan Harapan dan Pas.

Terdahulu Khalid Samad dalam entri blognya berkata persoalan status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Cadangan jalan penyelesaian krisis di Selangor]

"Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau Pas Selangor. Melalui perjanjian kerjasama ini kedudukan kedua-dua entiti diiktiraf dan hubungannya menjadi rasmi.

"Melalui tindakan ini hubungan antara Pas adalah dengan Pakatan Harapan dan bukan hanya dengan PKR,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilapor berkata, tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/
      

4 ulasan:

  1. Benar parti PAS serpihan parti UMNO.. itu berlaku kerana UMNO telah mungkar dan ini dpt dilihat sehingga sekarang dan diperakui semua pihak.

    Benar parti PAN serpihan parti PAS... itu pula berlaku kerana PAN telah mungkar kerana sanggup menolak hudud sekiranya DAP menolak hudud dan ini dpt dilihat sehingga sekarang dan diperakui semua pihak..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Kalau tak setuju dengan kamu sombong la tu.

    BalasPadam
  4. Sebagaimana sy sokong TGHH begitulah sy sokong TITM... TAKBIR 3X..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...