Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, November 15, 2015

PULAK!! : PAS halang DAP kuasai bandar untuk halal arak, judi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menentang DAP memperkenalkan pilihan raya pihak berkuasa tempatan kerana tidak mahu kaum CIna menguasai kawasan bandar.

"Kita halang DAP daripada pemilihan perbandaran, (kerana) orang Cina akan kuasai bandar.
"Kita takkan benar (kawasan) bandar dikuasai oleh DAP, (yang) menghalalkan arak dan judi kepada orang Islam. Itu jawapannya, senang," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa DAP perlu kekal di kerajaan Selangor bagi memastikan PAS "tidak buat jahat" dan menghalang parti Islam itu melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat Selangor.

Malah sebelum hubungan PAS dan DAP terputus, mereka sudah berbeza pandangan cadangan DAP mengenai pilihan raya kerajaan tempatan.

Hadi kemudiannya memberi amaran bahawa pilihan raya kerajaan tempatan boleh membawa kepada rusuhan kaum, seperti rusuhan 13 Mei 1969.

Sementara itu, Hadi turut ditanya sama ada PAS masih berharap untuk menasihati kerajaan BN.

"Kita dalam Parlimen menasihati kerajaan. (Secara) rasmi atau tidak rasmi, berucap dalam Parlimen, (nasihat secara) rasmilah tu," katanya.

Hadi berkata pembangkang tidak harus terkongkong dan membantah semua apa yang kerajaan katakan.
"Kita adalah pembangkang yang menasihat," katanya.

mk
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

5 ulasan:

  1. Serban balut kepala,
    Dalam kepala penuh taik,
    Kalau dap yang baru dijaja,
    Arak judi zaman umno dah lama jadi taik.

    Aku bukan nak bela dap, tapi aku tak suka haji hadi buat fitnah jaja merata.

    BalasPadam
  2. Ini ulamak cari makan..ulamak bangsat..

    BalasPadam
  3. Tak payah nk marah2.. di mana silapnya kenyataan tghh?.. betul lah yg sebenarnya bg lesen judi dan arak adalah bn.. tapi tghh kata yg menghalalkannya ialah dap.. sbbnya yg nk apply lesen tu nanti pastinya non muslim dan kemungkinan besar non malay..

    BalasPadam
  4. Bodoh pnya knyataan

    BalasPadam
  5. Tak payah nk marah2.. di mana silapnya kenyataan tghh?.. betul lah yg sebenarnya bg lesen judi dan arak adalah bn.. tapi tghh kata yg menghalalkannya ialah dap.. sbbnya yg nk apply lesen tu nanti pastinya non muslim dan kemungkinan besar non malay..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...