Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, November 11, 2015

PANAS!! : ULAMA PAS HALAU DATO HUSAM MUSA..KERANA KRITIK PRESIDEN PAS.

Ekoran kelantangannya mengkritik presiden PAS, Dewan Ulama parti itu menyarankan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa keluar parti.

Ketua dewan itu a Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar) malah mencadangkan Husam menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH), lapor Sinar Harian.

“Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini?" beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

“Kita tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai rakan-rakannya dalam AMANAH.”

Husam pada 6 November lalu mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengaku cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Sebagai reaksi, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kemelut dalaman yang melanda parti Islam itu kini bukan disebabkan Hadi.

Sebaliknya, kata Amar, ia berpunca daripada sikap anggota parti itu sendiri terutama pemimpin yang tewas dalam pemilihan di muktamar PAS Jun lalu.

Umno Selangor pula menafikan dakwaan itu selain mempersoalkan logik dakwaan Husam itu.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Husam berkaitan gesaan Dewan Ulama PAS supaya beliau keluar parti itu.

mk
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

4 ulasan:

  1. Setuju.. kerana patut salurkan segala ketidakpuashatian dlm mesyuarat2 dalam PAS shj.. dlm kes husam ni x sepatutnya diperbesarkan kerana isu2 yg dibangkitkan beliau telah pun berbangkit sebelum ini oleh geng2 yg kalah dlm muktamar..

    Sbb itu ketua dewan ulamak mencadangkan kpd husam sebegitu.. kalau husam x setuju tak menjadi barah pun.. kerana tak de impak pun pendedahan beliau kerana isu ini telah hangat disembangkan sebelum muktamar.. Keputusannya ahli2 PAS tetap mendokong TGHH kerana pada mereka kerjasama utk kebaikan rakyat boleh diterima manakala utk bergabung atau berUG dgn UMNO adalah ditolak sama sekali.. so x nampak apa2 impak pun kpd pengaruh TGHH serta PAS akan pendedahan husam ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Husam membuat fitnah maka pecatlah dia dan saman kat mahkamah bagi membersihkan nama Hj Hadi. Masalah ini tidak lah sukar untuk rungkai dan dalam sejarah Mesia ni sudah banyak kali ahli2 politik membawa pemfitnah ke mahkamah, sebagai contoh, DSAI pun dah banyak kali menang ke atas utusex malaysia LGE pun dah banyak kali menang dan kalau tak silap, seorang bekas calon pilihanraya PKR pun pernah membawa Hj Hadi kemahkamah atas dakwaan membuat fitnah dimana Hakim telah memutuskan bahwa Hj Hadi memang telah memfitnah tetapi atas sebab tiada nama khusus yang disebut (hanya gambaran yang dinyatakan oleh hj Hadi) maka hakim menolak saman tersebut. Tetapi, dimata Allah, fitnah tetap fitnah walaupun hanya berkias dan menggambarkan sahaja tanpa menyebut nama penuh.

      Dan kalaulah betul apa yang diucapkan oleh Husam, apakah wajar, menyuruhnya keluar dari Parti sedangkan orang yang telah dinyatakan melakukan khianat kepada parti dan PR langsung tidak di siasat mahupun diambil tindakan? PAS ingin mengikuti jejak UMNO dalam kes Najib dimana Muhyiddin bersuara tentang kerosakan 1MBD maka dia dipecat dari jawatan TPM dan dipulaukan? PAS pun nak mempertahankan Tuang Presideng walaupun tuang presideng telah khianat? Orang yang menyuarakan masalah dihukum tetapi pihak yang menimbulkan masalah pula dilindungi? Mana punya Islam korang pakai ni?

      Nick.
      Cape Tiger.

      Padam
  2. Hadi nak tiru najib..sapa kritik..kena buang..persoalan tinggal persoalan..tak berjawab..dasar presideng tak der telor..

    BalasPadam
  3. Hadi ni maksum ke?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...