Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 28, 2015

PANAS!!! : PARTI UMNO SUDAH BERKUBUR..KATA AHLI UMNO.

Demokrasi dalam Umno sudah terkubur, kata Hamidah

IPOH - "Demokrasi dalam parti telah berkubur", demikian kata bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Othman berhubung pemecatannya yang diputuskan Majlis Tertinggi Umno, Selasa lalu.

Menurut beliau, meskipun menerima perkara itu dengan hati terbuka namun dirinya kesal kerana pemecatan terbabit dilakukan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Prosedur yang sebenarnya adalah setelah ada pertuduhan maka saya akan diberi surat tunjuk sebab dan selepas itu akan dibawa mengadap lembaga disiplin parti.

"Dan di situlah (Lembaga Disiplin parti) apa sahaja pertuduhan patut dibincangkan namun itu tidak dibuat (prosedur), tiba-tiba saya dipecat," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN : Pecat Hamidah: Satu keputusan muktamad

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Hotel Impiana, di sini, hari ini.

Terdahulu, lima pemimpin Wanita Umno Bahagian Gopeng yang diketuai Timbalan Ketua Wanita, Bendahari, Setiausaha, Ketua Penerangan dan AJK meletak jawatan daripada Umno selepas kecewa dengan pemecatan Hamidah.

Mengulas lanjut, Hamidah berkata, sehingga kini beliau masih tidak menerima surat pemecatan daripada Umno dan hanya mengetahui tentang perkara itu melalui media.

"Belum dapat kecuali bulan Mei lepas, itu pun surat tunjuk sebab selepas ada pihak menuduh saya sebagai penganjur kepada Diskusi Bicara Negara dimana Tun Mahahthir adalah penceramahnya," katanya.

Beliau berkata, dirinya tidak menolak pemecatannya itu merupakan salah satu usaha untuk menutup mulut ahli Umno yang lantang mengkritik.

"Hari ini tiada siapa lagi dibenarkan bercakap malah dalam Perhimpunan Agung Umno telah ada usaha-usaha untuk menghalang orang bercakap dan mendengar perkara yang benar," katanya.

Selain itu, beliau yang juga bekas Adun Sungai Rapat menyelar cadangan segelintir pihak yang mahu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad dipecat dari Umno.

"Tindakan itu tidak bijak dan bukan tahap mereka untuk mengutarakan hukuman seumpama itu kepada Tan Sri Muhyiddin dan Tun Mahathir," katanya.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...